Anda di halaman 1dari 12

Sejarah Bola Sepak

Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di
negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah
diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.

Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang


mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular.
Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan
bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan
pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah
ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya
menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang
ini kemudian berkembang menjadi undang – undang bola sepak hari ini.

Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola
Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini
ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil
persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan
Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.

Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak
menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan
penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat
professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola
sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat
perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola
sepak pada peringkat amatur.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association


(FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih
daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara
di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang
minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.

Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat
memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti
tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia.
Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.
Taktik

Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga


gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan
pemain yang spesifik telah berubah. Mereka termasuklah:

• pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.


• pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan
bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu
serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
• penyerang - pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol.

Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak


menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah
kiri.

Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam


bahagian spesifik di padang; bagaimanapun; mereka tidak dikekang oleh peraturan
sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakai
oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan
berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permain berpasukan. Ini
biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir
perlawanan itu.

Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk


menggambarkan satu formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama
menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua adalah
bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan
penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 4-3-
3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.

Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.


Cara permainan

Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang
mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan
dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil
hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang
gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para
pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga
gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan
menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.

Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan.


Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap
sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30
minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan
menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang
menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.

Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan
diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan
penalti yang lebih memenangi perlawanan.
Kejohanan antarabangsa

Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA
yang diselenggarakan oleh FIFA. Piala Dunia diadakan setiap empat tahun sekali. Lebih
dari 190 negara bertanding di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat
melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya
berlangsung selama empat minggu dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada
tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya di dalam Piala
Dunia dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali.
Tokoh Bola Sepak

Mokhtar Dahari

Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah


legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi
gelaran SuperMokh kerana keberaniannya menjaringkan banyak gol sepanjang
kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985.

Biodata Mokhtar Dahari

Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah


Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Victoria Institution (1966-1970). Anak
kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun 1971
pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak
antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS),
Talasco, Kwong Yik Bank.

Beliau berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim dan dikurniakan 3 orang anak
iaitu Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina.

MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971

PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972

MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972

KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di


Seoul 1985
KAPS: 167

GOL PIALA MALAYSIA: 177

GOL ANTARABANGSA: 125

JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978

PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat


gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran

ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976

Penglibatan Dalam Bola Sepak

Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun
hayatnya sudah bersemadi hampir 18 tahun lalu.

Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi
hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi
yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara
adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring
dan kehebatannya menembusi gawang lawan.

Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan jolokan SuperMokh diiktiraf
Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia
dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.

Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi
elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol negara
pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama
negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.

Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan


tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga
kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa
bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.

Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya
sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah
padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala
Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada
pada orang lain.

Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di
Victoria Institution tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan
di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil
menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang
yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.

Malah dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran
dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola paling
diminati.

Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya
ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya cuba menjadikannya
sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti
sebelumnya.
Penghargaan

Alhamdulillah
Folio Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

Tingkatan : 502

Jenis Sukan : Bola Sepak

Nama : 1. Wan Mohd Syafiq bin Wan Salleh

2. Muhammad Shafik bin Muhammad

3. Mohd Nazrin bin Jamar@Jamari

4. Syafizal Hakimi bin Syahrudin

Nama Guru :

1.Norafizan bt. Mokhlas


2.

Anda mungkin juga menyukai