Anda di halaman 1dari 6

PHOTOJOURNALIST ( FOTO KEWARTAWANAN )

1.Pada kali ini saya ingin berkongsi maklumat berhubungFoto Kewartawanan yang menjadi nadi dan memperkenalkan sesebuah daerah,parlimen,negeri,negara mahupun imej pemimpin,peniagaan,isu semasa dunia,peperangan,kemanusiaan dan lain-lain. 2.Fotografi (Photography) merupakan satu proses rakaman imej dengan kaedah merakamkan cahaya ke atas media atau bahan yang sensitive kepada cahaya (light-sensitive material),seperti filem atau sensor. 3.Corak cahaya yang dikeluarkan atau dipantulkan oleh objek-objek akan melalui sesebuah lensa dan dirakamkan pada filem atau sensor dengan menggunakan kamera.

4.Wartawan (Journalist) adalah seorang yang mengambil berat tentang ketamadunan manusia dan dunia. Seorang wartawan melaporkan kepada dunia apa yang berlaku di satusatu kawasan dan satu-satu ketika, atau dengan kata lain wartawan ialah Pelapor Peristiwa. 5.Penulis seorang wartawan berkeupayaan membuat pembaca memahami subjek yang dilaporkan, hanya dengan penggunaan perkataan dan tatabahasa.

6.Seorang wartawan mampu menceritakan, bahkan mempengaruhi pemikiran pembaca tentang apa yang dilaporkan contohnya berkenaan krisis bekalan makanan. Namun, kekuatan mesej yang cuba disampaikan oleh wartawan akan bertambah kukuh dengan sokongan foto.

7.Photojournalism mampu membuat pembaca lebih memahami apa disampaikan oleh wartawan dengan melihat foto sesuatu peristiwa yang ditulis. 8.Seorang photojournalist adalah wartawan yang melaporkan peristiwa atau fakta dengan bantuan foto (visual).Saya ingin menjelaskan dari sudut Wikipedia, photojournalism perlu mengandungi perkara-perkara berikut; a.Susurmasa (Timeliness); gambar yang disiarkan berkait dengan kesinambungan peristiwa. b.Tujuan (Objectivity);situasi yang digambarkan mestilah tepat, benar, shahih dan menjurus kepada peristiwa yang diceritakan/dilaporkan. c.Penulis (Narrative); gambar-gambar kewartawanan bila dipadankan dengan penulisan atau sebarang bentuk penyampaian akan memberi lebih pemahaman kepada para pembaca berkenaan peristiwa atau berita yang disampaikan.

Photographer vs Photojournalist 1.Jurufoto (Photographer); merakamkan gambar berkenaan nouns (kata nama) iaitu manusia,haiwan,benda, barang-barang atau tempat. 2.Wartawan Foto (Photojournalist); merakamkan gambar berkenaan verbs (kata kerja/perbuatan) seperti meletup,pergaduhan,ketawa,menangis atau dengan kata lain photojournalist merakamkan peristiwa atau berita.

3.Kadangkala photojournalist merakamkan kata nama juga, tetapi kata nama/benda yang dirakamkan MESTI menceritakan sesuatu peristiwa.

Etika Photojournalist a.Photojournalist mesti jujur ketika membuat liputan berita dan tidak memutarbelitkan fakta. b.Gambar yang diambil tidak palsu (pose) tidak diubah secara digital atau tidak dimanupulasi. c.Mesti menyampaikan maksud sebenar peristiwa atau berita. Sifat berita dengan 5w 1H ( Who? What? When? Where? Why? & How?) diguna pakai dalam merakam foto-foto kewartawanan. 5W 1H juga digunakan di dalam membuat penjelasan (caption/Cutline) ke atas gambar yang diambil. Kategori Photojournalist a.Berita (News) b.Feature c.Dokumentari / cerita bergambar (Documentary / Picture Stories). Beberapa Panduan Merakam Photojournalist Rakaman di majlis-majlis resmi. Photojournalist akan melibatkan majlis pemimpin dan pembesar Negara.Rakaman yang dilaksanakan akan mengambil berat tentang bagaimana majlis tersebut berlangsung. Perlu diambil perhatian rakaman bagaimana pemimpin berucap dengan menampakkan khalayak hadirin mendengar ucapan pemimpin tersebut. Rakaman perlu dilakukan ketika suasana majlis itu berlangsung. Sebagai contoh pemimpin Yang Berhormat memalu gong,memotong reben,menepung tawar,menyampaikan sumbangan atau hadiah. Adalah menjadi trend masakini, photojournalist suka merakam apa yang dilakukan oleh pemimpin dan tetamu majlis resmi tersebut. Contohnya, bersalaman dengan anak-anak yatim, warga emas atau merasai makanan yang dimapirkan.

Rakaman peristiwa atau kejadian Merakam gambar dalam kategori perlu menumpukan pada subjek yang hendak diberitakan. Biasanya merakam foto sebegini harus melahirkan mood peristiwa tersebut. Contoh suasana kemalangan atau kebakaran. Kita pastikan memaparkan suasana kelam kabut di lokasi. Rakaman arena sukan Merakam aksi di arena sukan photojournalist mesti mengetahui sedikit sebanyak undang undang sukan yang dirakam. Kawasan yang mana perlu dihindari agar ahli sukan tidak terganggu. Biasanya penggunaan flash adalah dilarang. Penggunaan lensa telephoto atau lensa zooms antara 200 500 mm membolehkan segala pergerakan atlit boleh dirakamkan dengan berbagai aksi. Tips dan teknik mengambil gambar Berikut adalah tips-tips asas/umum untuk mengambil gambar ; 1. 2. 3. 4. 5. 6. Fahami dan sayangi kamera anda. Banyak melihat gambar jurufoto professional. Bayangkan (visualize) gambar yang anda inginkan. Compose sebaik mungkin. Rajin mengambil gambar photo outing, lakukan ujikaji. Gunakan aksesori yang bersesuaian untuk mengambil gambar, seperti ; tripod, flash & filter. 7. Cetak gambar-gambar anda. 8. Sertai komuniti jurufoto. Tips tambahan ; a.Fahami dan peka dengan cahaya b. Untuk mengambil gambar manusia ataupun gambar haiwan-dapatkan eye contact dan eye level subjek. c.Dekati dan fahami subjek anda d.Be a picture director bila berkesempatan.

Asas-asas komposisi Mengambil gambar adalah sama seperti melukis, bezanya jurufoto melukis menggunakan cahaya. Namun asas-asas komposisi lukisan digunakan untuk menghasilkan gambar yang baik,cantik,menarik dan seimbang. Komposisi adalah kaedah susun letak elemen-elemen di dalam gambar. Berikut adalah asas-asas komposisi ; .Simplicity .Titik tarikan (point of interest) .Rule of Thirds .Garisan & Lengkungan (Lines & Curves ) .Corak dan bentuk (Pattern & Shape) .Bingkai (Framing) .Bebayang (Shadow) .Reflection Bagaimana memasarkan gambar-gambar Photojournalist? Melalui akhbar atau majalah-majalah media memerlukan gambar yang boleh menjadi Skop untuk melariskan jualan mereka atau tajaan iklan. Walaupun kita bukan petugas media tersebut masih boleh menyumbang bahan-bahan berita bersama dengan gambar yang dirakam. Contoh, seorang guru boleh mengirimkan berita atau rencana berserta gambar mengenai kegiatan sekolah untuk dimuatkan dalam halaman pendidikan. Kita boleh memohon untuk menjadi stringer (pemberita sambilan) untuk mewakili agensi berita tersebut. Ada ketikanya stringer lebih awal tiba sebelum wakil tetap agensi berita itu tiba untuk liputan lanjut. Gambar-gambar photojournalist boleh dijual kepada agensi-agensi berita antarabangsa seperti Reuters, getty Image dan sebagainya.

Dunia kewartawanan sememangnya amat menarik,mencabar dan memerlukan semangat dan minat mendalam, ilmu bagi menghasilkan berita berkualiti.Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada wartawan-wartawan di Parlimen Silam,RTM Tawau,Sabah,dan RTM Malaysia,walau dimana berada yang bertungkus lumus menghasilkan foto menarik bagi paparan dimuka depan akhbar mahupun blog-blog dunia tanpa sempadan teknologi canggih. Syabas,syabas,syabas,Syabas,Syabas,Syabas,Syabas

Anda mungkin juga menyukai