Anda di halaman 1dari 8

Cangkul

adalah satu alatan pertanian yang penting semenjak dulukala untuk menggali, menggembur, memotong, mengaut tanah, mengalih tanah dan sebagainya. Artikel ini membentangkan cangkul dari sudut kegunaan dan peranannya pada masa kini. Cangkul terdiri dari dua komponen iaitu Bahagian Besi leper (Mata) dan Bahagian kayu pemegang. Mata Cangkul(Besi ceper) mempunyai pelbagai bentuk dan saiz bergantung kepada keperluan teknikal. Mata Cangkul tersebut mempunyai bentuk 'U' dan mempunyai lubang untuk disambung dengan kayu pemegang. Kini terdapat cangkul yang diperbuat seluruhnya dari besi dari ceper hingga hulu pemegang.

Hulu cangkul mempunyai pelbagai bentuk dan panjang yang berbeza-beza. Bagi hulu lurus panjangnya antara 3-6 kaki (dipanggil sebagai Cangkul Betul) manakala bagi hulu bengkok lingkungan 2-4 kaki dipanggil sebagai Cangkul Burung. Hulu yang bengkok biasanya sesuai untuk kerja-kerja gali parit kerana mudah mengaut tanah dan mencampakkanya ketepi. Bagi tujuan menaikan batas digunakan cangkul agak besar dan hulu yang panjang.

Petani dan pengguna cangkul perlukan kefahaman dan kudrat kekuatan tenaga jika hendak menggunakan cangkul. Pertama sekali pengguna perlu pastikan mata cangkul dan hulu cangkul dipasang dengan kuat dan kukuh agar tidak tanggal. Jika tertanggal akan merbahaya kepada rakan sebelah dan diri sendiri. Berdiri atau membongkok di hadapan sasaran untuk mencangkul. Hayun dengan hati-hati mengikut keseusuaian sasaran. Jika hayun terlalu kuat diatas tanah keras akan melantun. Jika hayun terlalu perlahan di tanah sederhana keras tak cukup dalam. Bagi kerja menggali lubang pastikan tanah yang dialih tidak mengganggu. Bagi kerja membuat batas pastikan dihancurkan bahagian tengah dan naikan tanah dari tepi batas dikumpulkan ditengah2 batas.

Tajak yang antik untuk dugunakan oleh petani.

Tajak

adalah satu lagi jenis alatan pertanian yang digunakan untuk tujuan aktiviti pertanian. Tajak merupakan alatan tradisonal yang lazim digunakan dalam sawah padi. Bentuk tajak agak unik kerana iaya seolah-olah gabungan antara Cangkul dengan Parang. Mata tajak berbentuk suku bulat panjang di sambung dengan hulu yang panjangnya antara 2 -5 kaki bergantung kepada kegunaan. Tajak juga ada yang bersaiz kecil untuk kerja-kerja membuang rumpai.

Cara menggunakan tajak agak berbeza dengan cara menggunakan cangkul. Hulu tajak di pegang dengan dua tangan di tengah dan di hujung untuk menstabilkan hentakan mata tajak yang bengkok. Pegangan perlu kuat kerana jika tidak kuat mata tajak akan serong dan kurang berkesan. Tajak sesuai untuk kerjakerja membuang rumput rampai dan membuat pembersihan anak2

pokok di keliling rumah, sawah, dusun dan kubur. Pertanian Organik tidak mahu penggunaan kimia dan tajak serta cangkul merupakan satu alatan yang relevan. Terdapat tajak bersaiz kecil yang sesuai untuk golongan wanita. Cangkul, Tajak dan Sabit merupakan alatan tradisional yang masih relevan sehingga kini. Walau pun pertanian moden menggunakan banyak alatan jentera dan mesin moden tetapi peranan cangkul dan tajak tetap diperlukan. KALAU ADA CANGKUL....PERLU ADA TAJAK.... KINI PETANI... GUNA TREKTOR PEMBAJAK.... ALATAN LAMA... MASIH TIDAK BERGANJAK.... PERANAN PENTING....JANGAN DITIDAK.....

ALATAN BERKEBUN (Gardening tools) merupakan satu keperluan didalam kita


menjalankan aktivitii berkebun sama ada berskala komersil, separuh masa atau pertanian hobi. Ramai diantara kita yang membeli peralatan berkebun untuk kegunaan sendiri sama ada ia merupakan alatan mahal, sederhana atau pun yang murah dengan pelbagai jenama dan tujuan penggunaannya. Terdapat alatan berkebun yang amat perlu dan sering digunakan manakala terdapat beberapa alatan yang yang jarangjarang digunakan tetapi kritikal pada waktu-waktu tertentu peringkat pertumbuhan pokok. Dalam membuat pemerhatian berkaitan peralatan berkebun, saya dapati terdapat sekitar 10 alatan yang lazimnya dikategorikan sebagai perlu. Antara peralatan tersebut adalah Cangkul, Tajak, Kereta Sorong, Secateurs, Sudip Tangan, Gunting, Penggembur Tangan, Pisau Cantuman Tunas, Alat Penyiram, Alat Pencungkil Rumpai, Tong Penyembur, Penggembur Tiga Mata, Sarung Tangan, Gergaji Cantasan , Kapak, Topi dan

sebagainya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa peralatan pertanian yang saya fikirkan perlu untuk kita mengenalinya dan faham akan kegunaannya berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pembacaan. 11. TONG PENYEMBUR (Knapsack Sprayer)

Tong Penyembur merupakan sejenis alatan pertanian yang sangat penting dalam aktiviti pertanian (Lihat foto sebelah). Alat ini merupakan satu alat yang dimestikan dibeli olh semua petani kerana fungsinya untuk mengawal rumpai, serangga dan penyakit melalui semburan bahan kimia. Komponen alatan ini terdiri daripada sistem pam, tong menyimpan cecair, pemegang, alat semburan bernozel, penutup dan tali pengendong (Knapsack). Bahan yang digunakan untuk membuat alat tong penyembur terdiri daripada bahan logam seperti tembaga, zink dan bahan plastik yang ringan. Anda boleh membaca mengenai tong penyembur racun dalam artikel sebelum ini (Sila - Klik disini). Harga satu unit alat ini bergantung kepada kualiti, bahan digunakan, kapasiti dan jenama serta negara pengeluar. Alat tong penyembur keluaran tempatan dijual dengan harga sekitar RM 80.00 - RM 120.00 satu unit bergantung kepada jenama.

12. PENGGEMBUR TIGA MATA

Alat pennngmbur tiga mata adalah sejenis alat yang mempunyai 3 mata tajam dari bahan metal untuk kegunaan memecahkan permukaan tanah yang agak keras. Komponen alat ini terdiri daripada bahagian pemegang yang lazimnya diperbuat daripada kayu panjang dan bahagian mata daripada logam yang kuat. Terdapat alat ini yang mempunyai 3 jejari, 4 jejari sehingga 5 jejari. Alat ini berbeza dengan cangkul kerana ia sesuai untuk menggali dilokasi dimana tanah agak keras, tanah yang melekat(seperti tanah liat) dan sebagainya (Lihat foto sebelah). Walau pun kini tidak ramai petani moden menggunakan alatan ini, namun keperluannya masih ada dan harganya juga tidak berapa mahal.

13. SARUNG TANGAN (Hand Glove)

Sarung Tangan (Hand Glove) merupakan sejenis sarung yang diperbuat daripada material kain, getah

dan sebagainya dan dipakai pada tangan. Terdapat banyak jenis, rekabentuk dan kualiti sarung tangan dipasaran untuk dibeli bagi tujuan berkebun. Saya sering beli sarung tangan yang diperbuat daripada tektil seperti kapas yang selesa dipakai, murah, tahan dan mudah didapati dikedai runcit (Lihat foto sebelah). Sarung tangan ini dipakai pada tangan dengan lima jari bagi memudahkan kita memegang alatan pertanian dengan kuat. Ia melindungi tangan daripada kecederaan, kekotoran, gigitan serangga, keracunan dan sebagainya. Sepasang sarung tangan kain dijual dengan harga RM 0.80 - RM 1.20 bergantung kepada kualiti. Beberapa jenis sarung tangan untuk kebun mungkih diperbuat daripada getah (untuk membancuh racun), daripada kulit dan sebagainya.

14. GERGAJI CANTASAN (Pruning saw)

Gergaji cantasan merupakan sejenis alatan pertanian yang perlu digunakan didalam membuat cantasan pokok terutamanya dahan atau ranting yang bersaiz besar, rendah atau tinggi. Gergaji cantasan lazimnya mempunyai komponen pemegang yang yang membengkok diperbuat daripada plastik atau kayu. Komponen meta gergaji diperbuat daripada bahan logam yang memounyai mata bersilang. Mata gergaji cantasan ada dua jenis iaitu makan dua belah (tolak dan

tarik) atau makan sebelah (Tarik atau tolak sahaja makan). Saya membeli satu gergaji cantasan buatan Jepun berharga RM 120.00 (Seperti foto diatas) yang amat tajam dan sering digunakan untuk memotong dahan dikebun mangga dari varieti Chok Anan (MA224) di Kg Tehel, Jasin dan kini masih berfungsi baik selepas 12 tahun dibeli.

15. KAPAK (Axe)

Kapak merupakan sejenis alat pertanian kecil yang sering digunakan oleh pekebun terutama untuk aktiviti menebang pokok, membelah kayu dan memotong batang kayu atau dahan. Kapak mempunyai komponen daripada pemegang yang lazimnya di perbuat daripada kayu atau logam dan Bahaguan Mata Kapak yang diperbuat daripada besi tahan lasak (Lihat foto sebelah). Saiz dan rupabentuk kapak bergantung kepada penggunaannya dimana kapak untuk menebang adalah berbeza mata kapak dan panjangnya dengan jenis kapak untuk membelah kayu. Harga kapak bergantung kepada kualiti, saiz, negara pembuat dan juga kemahiran pembeli kapak. Kapak pada zaman dahulu merupakan alatan penting untuk menebang pokok bagi membuka ladang dan kebun walau pun kini ianya semakin kurang popular.

16. TOPI (Hats)

Topi untuk berkebun bukan dalam kategori alatan pertanian tetapi ia lebih kepada 'pakaian'. Topi merupakan aksesori yang dipakai dikepala oleh petani bagi pelbagai tujuan seperti mengelakan sinaran matahari yang panas, perlindungan daripada benda terjatuh kekepala ketika bertani, elakan kekotoran sisa pertanian dari jatuh kekepala dan juga sebagai satu bentuk 'fesyen' dikalangan petani. Topi pertanian yang popular dijual di Malaysua lazimya diperbuat daripada bahan daun mengkuang dan lain jenih yang selesa dipakai dan murah serta tahan lama (Lihat foto sebelah). Bagi pekerja ladang sawit, ladang sayuran yan terdedah kepada cahaya matahari, lazimnya topi pandan yang besar (hingga 0.6m garispusat) dipakai kerana ia melindungi sebahagian besar pemakainnya.