Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum

: Pertama : Pertama (minggu )

Tarikh Peristiwa / Kejadian : Januari 2013 hingga Januari 2013. Tajuk Jurnal : Minggu Pertama di SK.

Semasa bermulanya sesi praktikum yang ketiga di SK, saya telah membuat lawatan dari kelas ke kelas di PPKI SK. Saya difahamkan bahawa isu yang dipilih perlu sesuai dengan amalan profesional keguruan serta mampu meningkatkan nilai atau kemahiran seseorang murid yang dikaji. Tambahan pula bagi semester ini kami dikehendaki menyediakan kertas cadangan bagi subjek penyelidikan tindakan. Terdapat pelbagai isu yang boleh dikaji termasuklah interaksi sosial antara guru dan murid, pengawalan tingkah laku dan peningkatan dalam aspek akademik. Pensyarah penyelia juga telah memberi nasihat sebelum kami memulakan praktikum supaya menyelidik dan membuat literatur mengenai isu yang menarik dalam konteks murid khas di sekolah. Pendapat dan pandangan guru pembimbing juga tidak sepatutnya diketepikan dalam memilih isu yang berkaitan bagi melaksanakan pedagogi yang berkesan. Pada masa yang sama, aspek penting dalam kajian seperti mendapatkan kebenaran dalam menjalankan kajian serta kesesuaian murid turut diambil kira. Saya berharap agar kajian yang dilaksanakan bakal mengubah perspektif dalam pengajaran para pendidik pada masa akan datang.

Disemak oleh Guru Pembimbing: Tandatangan Nama Tarikh : : :

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia : Tandatangan Nama Tarikh : : :

Anda mungkin juga menyukai