Anda di halaman 1dari 2

Pendidikan Seni Visual Kertas 2 2013 3 Jam

SMK TAUN GUSI, KOTA BELUD

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013 TINGKATAN SATU

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kertas 2 ( Seni Halus ) 3 jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas ini mengandungi 6 soalan. 2. Jawab satu soalan sahaja. 3. Kertas soalan ini hendaklah diberikan kepada calon sekurang-kurangnya seminggu sebelum tarikh peperiksaan kertas ini.

Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak

Arahan kepada calon. a. Tuliskan dengan terang Nama, Tingkatan, & nombor soalan di sudut kanan sebelah atas muka hadapan lukisan anda. b. Hasil kerja anda hendaklah memenuhi kertas lukisan. c. Jawab salah satu daripada soalan-soalan di bawah. Gunakan media kering seperti (pen, pensel, pensel warna, dll.), atau media basah ( cat air, dll.)

Kertas ini mempunyai enam soalan. Pilih SATU soalan sahaja. 1. 2. Dengan menggunakan pelbagai jenis garisan yang dipelajari hasilkan sebuah lukisan pemandangan air terjun. Rupa ialah hasil pertemuan antara hujung garisan dengan titik permulaan. Hasilkan sebuah kertas pembalut hadiah menggunakan rupa geometri dan organik. Hasilkan karya anda menggunakan teknik resis. Dengan menggunakan teknik jalinan sentuh dan tampak hasilkan sebuah pemandangan di Taman Bunga. Lukis sebuah lukisan bertemakan Buah-buahan Tempatan. Lukisan tersebut mestilah mempunyai aspek jalinan, bentuk dan ton. Hasilkan sebuah lukisan yang bertemakan pemandangan di sebuah jalan raya. Lukisan tersebut mestilah mempunyai garisan perspektif dan beberapa buah batang lampu jalan di tepi jalan raya. Dengan menggunakan warna panas, hasilkan sebuah catan bertemakan sebuah pemandangan pada waktu senja di laut. Catan anda mestilah menekankan aspek ton warna, ruang, dan komposisi.

3. 4.

5.

6.

Anda mungkin juga menyukai