Anda di halaman 1dari 3

3.

0 REFLEKSI KENDIRI NAMA: DANG YEEN HUI NO I/C: 920901-09-5114 Pada 25 September 2013, Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2013 telah dijalankan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan ambilan Januari 2012 BC 1 yang berada di Sekolah Bandar Tenggara II di bawah pimpinan mentor iaitu Dr Yong Kee Ping. Terlebih dahulu, saya amat bersyukur atas kejayaan program ini yang begitu bermanfaat kepada semua guru pelatih. Saya berasa amat bersyukur dapat menjalankan aktiviti dan bersama guru-guru pelatih yang sungguh kreatif dan bersemangat ini. Saya telah mendapat pengalaman yang baru kerana saya telah mengambil jawatan sebagai pengerusi sepanjang perjalanan Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4/2013 ini. Tanggungjawab saya sebagai seorang pengerusi bagi BIG kali ini telah secara langsungnya memberi peluang kepada saya untuk belajar bagaimana menjadi seorang pemimpin baik dan bagus. Sepanjang penyediaan untuk BIG Fasa 4 ini, saya telah melaksanakan tanggungjawab saya dengan sedaya upaya supaya dapat membawa informasi dan arah yang betul kepada guru pelatih kelas saya. Amat syukurnya juga kerana guru pelatih juga amat memberi kerjasama yang sepenuhnya di bawah pimpinan saya. Program Bina Insan Guru (BIG) kali ini telah ditempat di Sekolah Bandar Tenggara II, maka segala aktiviti yang dijalankan adalah bekerjasama dengan pihak sekolah tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti persiapan bagi Kojohanan Olahraga Tahunan iaitu Hari Sukan, guru pelatih menjadi sebagai pegawai-pegawai semasa Hari Sukan, gotong royong dan pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran. Sepanjang perjalanan aktiviti-aktiviti di SKBT II ini, guru pembimbing sekolah tersebut telah memberi banyak bantuan kepada kami dan juga guru-guru yang lain telah menyampaikan banyak ilmu dan kemahiran tentang persiapan satu majlis kepada kami semua. Secara tidak langsungnya, melalui peluang yang begitu bagus

ini, saya telah dapat mempelajari sesuatu ilmu atau kemahiran yang tidak dapat dipelajari melalui teks. Disebabkan pihak Sekolah Bandar Tenggara II menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan, kami telah mendapat peluang untuk belajar cara menguruskan aktiviti Hari Sukan melalui Program BIG ini. Kami telah diagihkan untuk menjadi sebagai seorang pegawai sukan pada hari sukan dan melaksanakan tugasan yang berlainan yang telah ditetapkan dengan sebaik mungkin. Ini juga sebagai satu cabaran dan dugaan kepada para guru pelatih untuk menangani segala masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan tugasan. Maka, kami semua telah menyemai nilai bekerjasama antara satu sama lain dan telah berjaya membantu pihak sekolah dalam penganjuran Kejohanan Olahraga Tahunan.

Selain itu, sekolah tersebut adalah sekolah di kawasan luar bandar. Ini telah memberi peluang kepada saya untuk belajar cara untuk menyesuaikan diri dalam sebuah sekolah yang berada di kawasan luar bandar. Sekolah yang berada yang di kawasan luar bandar tidak seperti yang kita fikir. Hubungan antara guru dengan murid-murid amat mesra dan pelajar sekolah ini amat bersemangat dan berketerampilan, cukup setanding dengan pelajar yang berada di bandar.

Aktiviti pelaksanaan program pengajaran dan pembelajaran juga telah memberi peluang kepada kami sebagai seorang guru pelaith untuk merasai dan memperolehi pengalaman mengajar. Kami telah menjalankan proses P&P Tahun 1 dengan mengikut kumpulan untuk memasuki kelas yang telah ditetapkan. Kumpulan saya telah melaksanakan proses P&P dalam masa yang telah dijangkakan dengan sempurna, ini adalah satu kekuatan bagi kumpulan saya berbanding dengan kumpulan yang lain yang tidak mampu menguruskan masa dengan sebaiknya ketika sedang menjalankan aktiviti P&P di dalam kelas.

Di samping itu, saya telah menyedari kelemahan diri semasa perjalanan program ini,. Saya telah mengalami masalah dari segi berkomunikasi khususnya ketika ingin menggunakan bahasa bukan ibunda untuk mengajar. Dengan ini, saya akan membuat penambahbaikan dengan meningkatkan kemahiran dalam

komunikasi dengan bahasa bukan ibunda supaya dapat menguasai dengan sepenuhnya. Maka, program pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran ini telah menjadi suatu anugerah pengalaman kepada kita semua dan menjadi bekalan di waktu alam persekolahan kelak.

Melalui program BIG kali ini, sekali lagi memberi kesedaran bahawa saya adalah bakal insan guru yang akan menjadi pembina generasi dan sebagai role model kepada masyarakat pada masa yang akan datang dengan ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Falsafah Pendidikan Guru. Begitulah pentingnya seorang guru memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk menempuhi apa-apa cabaran.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam pelaksanaan program ini secara langsung dan tidak langsung dengan baik sekali.Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu program ini tidak akan begitu sempurna. Tahniah diucapkan kepada diri sendiri yang telah berjaya menjalani program ini. Pengalaman yang ditimba semasa program ini telah memantapkan kekuatan diri dan rohani secara tidak langsungnya untuk menempuh dunia pendidikan dan mampu menangani cabaran era globalisasi pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai