Anda di halaman 1dari 5

Mohd Azizuddin Mohd Sani, Mas Juliana Mukhtaruddin dan Mohd Baharudin Othman (2004). Petaling Jaya.

IBS Buku Sdn. Bhd. Globalisasi sering dikaitkan dengan pensejagatan sistem ekonomi yang

memperlihatkan struktur kesalingbergantungan antara sebuah negara dengan negara lain dan sebuah rantau dengan rantau yang lain. Krisis ekonomi yang berlaku di Asia pada Julai 1997 telah dijadikan contoh terbaik pendokong teori globalisasi dalam melihat keadaan kesalingbergantungan antara sesebuah negara di dalam rantau tersebut. Kewujudan pasaran barangan global pada pertengahan dekad 1990-an

menyebabkan kemunculan Piawaian Pengurusan Alam Sekitar Antarabangsa Siri ISO 14000. Globalisasi pasaran dan kehendak pengguna antarabangsa telah menyebabkan piawai pengurusan ini menjadi kian popular. Walau bagaimanapun, ia menjadi masalah kepada kebanyakan negara sedang membangun yang kekurangan dana modal untuk membangunkan sistem pengurusan terkini. Akibatnya, hanya syarikat-syarikat yang besar dan multinasional sahaja membolot kebaikan yang disediakan oleh piawaian terkini ini. Oleh itu, ia menjadi cabaran getir kepada Industri Kecil dan Sederhana untuk bersaing dengan syarikat gergasi luar bertaraf multinasional. Masyarakat dunia tahu bahawa proses globalisasi sering membawa kesan negatif kepada golongan miskin terutamanya di negara-negara sedang membangun. Sesebuah negara yang mempunyai jumlah rakyat miskin yang ramai selalunya ketinggalan dalam pembangunan ekonomi kerana tidak dapat bersaing secara global. Ini mengakibatkan negara-negara berkenaan akan terus dibelenggu kemiskinan. Globalisasi masa kini dianggap sebagai suatu era baru dalam sejarah manusia yang membawa kepada terhapusnya kepentingan sempadan negara dan seterusnya menjadikan birokrasi, golongan ahli politik dan ketenteraan sebagai institusi yang tidak lagi penting. Globalisasi juga membawa kepada perubahan pembahagian kekayaan negara yang seterusnya mewujudkan satu kelas yang terdiri di kalangan elit dan pekerja yang berilmu di dalam ekonomi baru. Akibat perubahan ini, negara dikatakan akan mengalami kesukaran untuk melaksanakan dasar kebajikan untuk melindungi kepentingan golongan miskin.

Husin @ Ibrahim Mamat (2007). Pemimpin Era Globalisasi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Globalisasi merupakan satu proses perluasan semua aspek kehidupan hasil perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi serta pelbagai bidang lain termasuk ekonomi, politik dan sosial yang dialami seluruh manusia hari ini (Husin @ Ibrahim Mamat, 2007). Keadaan ini bermakna sempadan dan kedudukan geografi tidak menjadi batasan atau halangan. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan perhubungan dan penyebaran maklumat dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Konsep globalisasi dicetuskan oleh negara maju yang melihat pasaran ekonomi tidak menyeluruh. Pasaran produk dan perkhidmatan mereka tidak dapat menembusi sesetengah negara akibat kekangan undang-undang yang telah digariskan. Oleh itu, mereka mencari cara baru untuk memperluas pasaran tanpa kekangan daripada mana-mana pihak. Cara baru tersebut ialah dengan memperkenalkan konsep globalisasi untuk menjadikan dunia mampu berhubung dan menjalankan urusan ekonomi dengan lebih mudah dan cepat. Ia kemudiannya diperluas untuk merangkumi semua aspek kehidupan yang lain. Secara amnya, idea penggerak di sebalik globalisasi ialah pasaran bebas kapitalisme.

Husin @ Ibrahim Mamat (2007) mengatakan istilah globalisasi mula digunakan secara khusus pada 1980-an oleh negara Barat, khususnya Amerika Syarikat untuk merujuk integrasi ekonomi dunia yang semakin pesat berlaku terutamanya dari segi pergerakan perdagangan, modal, buruh dan maklumat. Globalisasi membawa perubahan besar terhadap bentuk politik dunia (Husin @ Ibrahim Mamat, 2007). Banyak institusi yang dahulunya mengawal kehidupan politik tempatan sedang mengalami hakisan kuasa. Agenda global pula meresap masuk merentasi sempadan negara. Isu-isu seperti hak asasi manusia, pembangunan dan keselamatan ekonomi, alam sekitar dan jenayah antarabangsa semakin menonjol di merata negara di dunia. Suatu ketika dahulu, dua sistem pemerintahan utama yang diamalkan oleh negaranegara di dunia ialah demokrasi dan sosialis. Namun setelah ditekan oleh pengaruh

globalisasi, ideologi sosialis runtuh terutamanya di Rusia dan Eropah Timur sehingga sistem pemerintahan bertukar kepada bentuk demokrasi. Negara sosialis yang lain khususnya China terpaksa berubah dan menyesuaikan diri dengan keadaan dunia masa kini. Setelah Kesatuan Republik Sosialis Rusia runtuh, pola politik dunia berubah. Kuasa yang dominan hari ini ialah Amerika Syarikat. Dengan kuasa ekonomi dan ketenteraannya yang hebat, pengaruh politiknya dirasai di hampir seluruh negara di dunia. Maka politik dunia hari ini sudah bertukar daripada dwipola kepada satu pola atau lebih dikenali dengan istilah Hegemoni. Globalisasi akan mempengaruhi bentuk perhubungan antarabangsa. Sebelum globalisasi menguasai keadaan dunia, kebanyakan negara berhubung antara satu dengan yang lain secara tertutup. Namun, keadaan ini berubah akibat globalisasi. Banyak negara mengadakan pakatan politik dan ekonomi untuk menjaga kepentingan masing-masing. Beberapa contoh yang jelas ialah Kesatuan Eropah (EU) yang ditubuhkan oleh negara-negara Eropah, Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA) yang dimenterai oleh negara Amerika Utara dan Kesatuan Negara Tenggara Asia (ASEAN) yang ditubuhkan oleh negara-negara di Asia Tenggara. Kumpulan G-8 yang dianggotai oleh negara maju manakala Kumpulan G12 dianggotai oleh negara-negara membangun. Globalisasi ekonomi menyebabkan berlakunya peningkatan perdagangan antara negara di dunia (Husin @ Ibrahim Mamat, 2007). Ia berlaku dalam tiga bentuk iaitu:i) Perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti di luar sempadan negaranya meliputi eksport, import dan penghasilan bahan mentah. ii) iii) Perusahaan multinasional yang menjalankan kegiatan di pelbagai negara. Perusahaan global yang melihat dunia sebagai satu pasaran ekonomi sahaja, lantas membeli bahan mentah dari mana-mana tempat dan menjual barangan siap ke tempat-tempat yang diperlukan. Peningkatan kerjasama antara negara menyebabkan perpindahan pelaburan. Lantaran itu muncul syarikat gergasi untuk melabur di negara yang menawarkan kos pengeluaran paling rendah bagi mendapatkan keuntungan paling tinggi. Contoh

yang jelas ialah syarikat besar dari Amerika Syarikat seperti Motorola, Kentucky Fried Chicken, Coca-Cola dan McDonalds. Arah aliran ini berlaku juga kepada syarikat besar atau syarikat korporat yang lain. Husin @ Ibrahim Mamat (2007) berpendapat globalisasi membawa implikasi positif kepada perniagaan. Dari satu sudut, ia menggalakkan pertumbuan ekonomi sesebuah negara dengan kemasukan modal dari luar. Akibat perkembangan ini, hasil sampingannya turut memberi manfaat yang meluas. a) Perkembangan sains dan teknologi Globalisasi mempercepat

perkembangan dalam bidang sains dan teknologi yang mengalami perubahan yang sangat pesat. Paling nyata ialah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kebelakangan ini, bidang-bidang bioteknologi dan kejuruteraan genetik membangun dengan pantas. b) Perkembangan ekonomi Globalisasi menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang pesat di kebanyakan negara. Antara negara-negara yang mengalami pertumbuhan ekonomi yang sangat menggalakkan ialah China, India, Korea Selatan, Taiwan, Singapura dan Malaysia. c) Perniagaan pantas Dalam era globalisasi, perniagaan dijalankan secara meluas antara negara dengan cepat. Kepantasan perhubungan melalui teknologi maklmat dan komunikasi menyebabkan kemunculan perniagaan bentuk baru seperti K-ekonomi dan E-dagang. d) Pekerja mahir Globalisasi menyebabkan dunia pekerjaan menjadi semakin canggih. Ini menuntut pekerja memperbaharui kemahiran dan pengetahuan. Oleh itu, tenaga kerja perlu dilatih untuk menguasai ilmu khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Di sebalik kesan positif, globalisasi boleh mendatangkan kesan negatif terhadap ekonomi sesebuah negara.kesan sampingannya juga akan dirasai secara meluas. a) Persaingan hebat Dalam era globalisasi, pergerakan perniagaan adalah bebas. Sesebuah syarikat boleh beroperasi di mana-mana negara. Maka persaingan syarikat tersebut dengan syarikat-syarikat lain sangat hebat. Ia terpaksa bersaing dengan sebuah syarikat lain dari semua sudut sama ada

dari segi harga, barangan, perkhidmatan, modal atau sebagainya. Ini akan menguji ketahanan sesebuah syarikat sama ada terus berdaya saing atau tidak. Akhirnya, syarikat yang besar dan kukuh akan terus wujud manakala syarikat kecil dan tidak stabil akan musnah. Keadaan ini ditakuti oleh negara yang ekonominya lemah. b) Perubahan struktur ekonomi Akibat daripada perubahan pantas dan persaingan yang hebat, struktur ekonomi dunia menjadi tidak menentu. Jenis, bentuk, kualiti dan harga barangan yang ditawarkan sentiasa berubah-ubah. Citarasa pelanggan juga sentiasa berubah. Oleh itu, syarikat pengeluaran terpaksa mengubah strategi untuk kekal beroperasi. Semua ini melibatkan kos yang tinggi. Akhirnya barangan menjadi lebih mahal. Beban ini akan ditanggung oleh pengguna. c) Penstrukturan semula organisasi Untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi yang berubah, organisasi perniagaan juga terpaksa berubah. Maka penstrukuran semula terpaksa dilakukan. Terdapat organisasi yang bergabung untuk mengukuhkan kedudukan atau menakluki pasaran. Atas alasan mengurangkan kos operasi, banyak pekerja akan diberhentikan. Ini akan meningkatkan jumlah pengangguran. d) Eksploitasi terhadap tenaga buruh Organisasi perniagaan bekerja keras untuk mencari keuntungan maksimum. Salah satu caranya adalah dengan mengurangkan kos pengeluaran. Organisasi akan merebut apa sahaja peluang yang ada. Oleh itu, banyak syarikat akan memilih untuk beroperasi di tempat-tempat yang menawarkan harga buruh yang murah. Ini akan menyebabkan terjadi eksploitasi terhadap sumber tenaga manusia.

Anda mungkin juga menyukai