Anda di halaman 1dari 7

SAINS SUKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

Disediakan Oleh: Nur Hidayah Bt. Ilyas AP100012 911008016814

Disemak oleh: Mohd Roslizan B. Saad Pensyarah Psikologi Sukan

KEBERKESANAN KOMUNIKASI: PENENTU KEJAYAAN SESEORANG ATLET Tidak dapat disangkal lagi bahawa komunikasi adalah amat penting dalam kehidupan kita seharian. Setiap hari kita berkomunikasi dengan masyarakat di sekitar sama ada dalam situasi formal mahupun tidak formal. 1.0 Definisi Komunikasi Komunikasi boleh dianggap sebagai "satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan individu yang lain". Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2001) pakar-pakar komunikasi secara amnya bersetuju bahawa komunikasi ialah proses bagaiman a seseorang itu berkongsi pengalaman Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2001) dengan orang lain. Komunikasi adalah asas kepada perhubungan interpersonal yang boleh ditakrifkan sebagai proses penyampaian atau pemindahan mesej daripada individu kepada individu yang lain merangkumi perbuatan menghantar matklumat dan proses untuk bertukar-tukar idea. Komunikasi juga adalah proses mewujudkan kefahaman yang dikongsi bersama. Hasil komunikasi yang baik akan mewujudkan perkongsian pemikiran dan kemungkinan akan mengubah sikap dan perangai pendengar (Mohd Yusof Othman, 2003). 1.1. Jenis-Jenis Komunikasi a) Lisan Komunikasi secara lisan perlu di hantar dengan jelas, diterima serta ditafsirkan dengan betul. Keseluruhannya, sesuatu kominikasi itu perlulah dihantar kepada penerima pada masa dan tempat yang betul supaya ia tidak disalah tafsir. Contohnya komunikasi lisan seperti berceramah, berpidato, pengucapan umum, temuramah dan sebagainya (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 2001) b) Komunikasi bukan melalui lisan Komunikasi bukan lisan boleh diertikan sebagai sebarang komunikasi yang disampaikan kepada pendengar tanpa melibatkan bahasa pertuturan. Berikut adalah jenis komunikasi non-verbal :

Penampilan fizikal Proses komunikasi diperbaiki setelah meneliti serta menafsir kelakuan penerima. Contoh: Ali seorang promoter barangan sukan namun pamakaiannya yang tidak kemas, kurang meyakinkan pelanggan untuk membeli barangan yang dipromosikan.

Kedudukan badan. Kedudukan badan dalam keadaan yang menyakinkan si penerima dan setiap gerak badan menghasilkan maklumat tersendiri kepada si penerima. Contoh: Walaupun Ali masih baru dalam bidang Sukan, penyampaiannya mengenai topik kecergasan fizikal amat meyakinkan kerana Ali mempunyai bahasa tubuh yang baik selain matanya yang sentiasa memandang para hadirin.

Sentuhan Sentuhan memberi kesan yang luar biasa dalam komunikasi. Hal ini kerana sentuhan dapat memberi ketenangan serta dapat meluahkan perasaan antara satu sama lain. Contoh: Ali memeluk bahu Abu sambil memberi kata semangat apabila mendapati rakannya itu kalah dalam perlawanan badminton.

Mimik muka Apabila proses mendengar berlaku, pihak yang satu lagi akan sentiasa memerhati mimik muka bagaimana pandangan si penyampai dikawal agar si penerima berminat terhadap apa yang ingin disampaikan. Contoh: Abu dapat merasai kekecewaan yang timbul dalam diri Ali apabila membincangkan soal rasuah sukan di Malaysia.

2.0

Keberkesanan Komunikasi Keberkesanan komunikasi merupakan kebekesanan dalam menyampaikan maklumat dan menjadikan maklumat tersebut penting serta berguna. Apabila menyampaikan maklumat, kemungkinan untuk menyalah tafsir adalah tinggi dan

perubahan pada maklumat akan berlaku. Oleh itu, keberkesanan komunikasi amat penting agar maklumat yang ingin disampaikan masih sama agar tidak disalah ertikan oleh pihak yang menerima. Keberkesanan komunikasi amat penting dalam sesebuah organisasi ataupun pasukan. Hal ini bagi memastikan misi dan visi dapat digerakkan bersama. Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi, iaitu: a) Bahan yang ingin disampaikan mestilah tersusun, ringkas, padat dan jelas supaya mudah difahamui oleh pendengar (Mohd Yusof Othman, 2003) b) Menurut Mohd Yusof Othman, penyampai perlu terlebih dahulu memahami situasi, keadaan dan jiwa pendengar sebelum memahami diri penyampai maklumat. Stephen Covey (1990) dalam buku beliau The 7 Habits of Highly Effective People juga turut menyokong perkara yang sama. c) Penyampai boleh menambah beberapa elemen yang menarik seperti kata-kata hikmah dan seumpamanya untuk menjadikan penyampaian sentiasa segar kepada pendengar. d) Penyampai maklumat mestilah terlebih dahulu melakukan perkara yang diperkatakan agar dapat memberi kesan kepada orang yang mendengar (Ahmad Fadzli Yusof dan Amin Idris, 2007) e) Penyampai perlu mempertimbangkan taraf pendengar. Antara aspek yang perlu diberi perhatian termasuklah ilmu pengetahuan, kefahaman pendengar, suasana soial, set minda. f) Penyampai digalakkan menggunakan teknik pengucapan yang baik dengan gaya yang menarik seperti mengawal kadar kelajuan sebutan perkataan dan intonasi suara, memilih bahasa dan istilah yang sesuai, ekspresi muka dan hubungan mata antara penyampai dan pendengar. 3.0 Komunikasi Dalam Sukan Menurut Spink (1991), komunikasi dianggap sebagai satu bahagian yang kritikal dalam senario dalam sains kejurulatihan: mungkin tidak terdapat satu elemen kejurulatihan yang lebih penting

dari komunikasi. Komunikasi sukan boleh merangkumi kajian komunikasi interpersonal dan organisasi sama ada secara lisan ataupun bukan lisan antara peserta dalam sukan tertentu. Contohnya pemain, jurulatih, pengurus, pengadil, jurulatih dan fisioterapi, dan badan yang mentadbir. Komunikasi dalam sukan juga melibatkan antara peserta sukan, peminat, media (Peddersen, Miloch and Laucella, 2007). Walau bagaimanapun komunikasi antara atlit dan jurulatih merupakan komunikasi yang lebih diutamakan selain komunikasi antara atlit dengan rakan sepasukan. Mekay et. al., (1995), menjelaskan bahawa jurulatih tidak boleh berjaya dengan berseorangan dalam mengendalikan pasukannya. Jurulatih perlu memahami dan meneliti tentang arahan yang disampaikan kepada atlitnya dengan tepat dan bersesuaian dengan situasi pertandingan. Sementara Robert B. dan Jane M. (1997), menyatakan proses komunikasi dalam sukan tidak hanya tertakluk kepada jurulatih tetapi memerlukan kerjasama daripada atlit itu sendiri. Atlit boleh membuat temu janji atau mendekati jurulatih mereka apabila ingin membincangkan tentang perasaan mereka sama ada secara positif mahupun negatif. 4.0 Bagaimana Komunikasi Berkesan Menjadi Penentu Kejayaan Seseorang Atlet Ketika pertandingan, kritikan digunakan untuk maklumbalas bagi sesuatu persembahan atau permainan untuk melepaskan atau meluahkan perasaan marah. Kritikan yang negatif akan menghasilkan satu tindakbalas yang juga negatif kepada pandangan di mana seseorang akan berasa marah, kecil hati , berdendam dan seterusnya ingin membalas dendam. Teknik memberikan kritikan tanpa menyakitkan hati seseorang ialah dengan menggunakan tiga langkah Miller (1992). Objektif pendekatan Miller ialah menyampaikan pendapat dan perasaaan tanpa melemahkan semangat seseorang atlit. Tiga langkah tersebut ialah: a. Menggambarkan situasi b. Menerangkan kesan kepada pasukan. c. Menerangkan kepada individu apa yang perlu atau harus dilakukan Sebagai contoh, dalam kajian Smith (1995) terhadap pemain Bola Keranjang mengenai komunikasi jurulatih dengan atlitnya, beliau mendapati jurulatih beranggapan bahawa pemain-pemainnya kurang memberi tumpuan dan tidak

bermotivasi untuk menang. Jurulatih tersebut kemudian meninggalkan tempat pertandingan dan pemain-pemain terkejut serta berasa bersalah dengan kemarahan jurulatih mereka. Walau bagaimanapun, pasukan itu seterusnya bermain dengan bersungguh-sungguh dan memenangi perlawanan tersebut. Kemarahan tersebut telah membawa satu perubahan yang positif dan mesej sebenar jurulatih telah dapat disampaikan. Jurulatih perlu berkongsi idea, memberi kata perangsang atau semangat dan saling memahami atlitnya semasa berada dalam situasi yang tidak tenteram ataupun tekanan disebabkan tidak menerima kegagalan. Hasil kajian yang dilakukan oleh Mohar (2000) berdasarkan kajiannya ke atas 30 orang jurulatih pasukan kebangsaan sukan prestasi tinggi, menunjukkan bahawa perlunya ada komunikasi antara jurulatih dan atlit mengenai maklumat sebelum, semasa dan selepas sesuatu pertandingan. 5.0 Kesimpulan Dalam sesuatu pertandingan, jurulatih merupakan individu yang memainkan peranan yang penting dalam proses komunikasi dengan atlit. Perlu diketahui bahawa peranan jurulatih amat penting dalam proses komunikasi dengan atlit kerana jurulatih merupakan orang terdekat dan sentiasa bersama atlit mereka. Komunikasi amat penting antara kedua-dua pihak, memandangkan proses komunikasi merupakan cara yang paling baik untuk membantu atlit dalam meningkatkan prestasi mereka. Berdasarkan kajian lampau, jelas menunjukkan bahawa komunikasi dalam sukan merupakan satu perkara yang amat penting bagi seorang jurulatih, pengurus pasukan, pegawai sukan, atlit ataupun kepada mereka yang terlibat dengan kegiatan ini. Jurulatih merupakan individu yang penting dalam hal ini dan perlu memainkan peranan yang penting dalam proses komunikasi dengan atlit. Hal ini kerana, jurulatih bukan sahaja dianggap sebagai pembimbing semasa latihan dan pertandingan, malah mereka menjadi orang yang terdekat selain daripada ibu bapa atlit masing-masing. Oleh itu, apabila proses komunikasi menjadi lebih mantap dan efektif antara jurulatih dengan atlit ini akan mewujudkan satu perhubungan yang baik di antara kedua-dua pihak sekaligus dapat meningkatkan prestasi atlit semasa sesuatu perlawanan berlangsung.

Rujukan Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 2001. Komunikasi Untuk Pemimpin. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ahmad Fadzli Yusof dan Amin Idris 2007. PDA Untuk Pemimpin Berwibawa. Selangor: PTS Millenia Sdn. Bhd. Mohar K. (2000). Kajian Mengenai Pendapat Jurulatih-Jurulatih Kebangsaan terhadap Program Latihan Mental dalam Sukan Prestasi Tinggi. Buletin Akademik Kognitif, Fakulti Sains dan Pembangunan Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohd Yusof Othman. 2003. Pengurusan Diri. Selangor: Aras Mega Sdn. Bhd. Pedersen, P. M., Miloch, K. S., & Laucella, P. C. (2007). Strategic sport communication. Champaign, IL: Human Kinetics Spink, K. (1991). The Psychology of Coaching. New Studies in Athletics, 6, 37-41. Stephen R. Covey. (1990) , The 7 Habits of Highly Effective People:Powerful Lessons in Personal Change. New York: Simon & Schuster, 33.