Anda di halaman 1dari 20

Bahasa Melayu mula menerima pengaruh bahasa sejak zaman bahasa Melayu kuno lagi.

Pada mulanya, bahasa Melayu dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Apabila Islam bertapak di Alam Melayu, bahasa Melayu turut dipengaruhi oleh bahasa Arab. Seterusnya, bahasa Melayu turut dipengaruhi oleh bahasa yang dibawa oleh penjajah seperti bahasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Salah satu ciri Bahasa Melayu ialah bersifat dinamik yang mana mudah menerima pengaruh bahasa asing agar bahasa Melayu dapat terus hidup dan berkembang dengan meluas. Peminjaman bahasa asing telah memperkayakan kosa kata bahasa Melayu. Peminjaman bahasa asing dilakukan melalui peminjaman terus serta penterjemahan.

Peminjaman bahasa asing dilakukan melalui peminjaman terus serta penterjemahan. Peminjaman terus merujuk kepada menyesuaikan ejaan dan sebutan sesuatu kata asing dengan system bahasa Melayu. psychology (bahasa Inggeris) psikologi (bahasa Melayu) Peminjaman terjemahan pula merujuk kepada dengan mengambil makna atau konsep perkataan bahasa asing itu, kemudian makna atau konsep tersebut diberi padanannya dalam perkataan Melayu. Perkataan daya pengeluaran (bahasa Melayu) diterjemahkan daripada perkataan productivity(bahasa Inggeris)

Keperluan untuk menamakan sesuatu benda, konsep atau fenomena baru. Sikap mengagungkan bahasa asing sehingga perkataan Melayu dianggap lapuk atau tidak bergaya.

Kekerapan penggunaan perkataan asing yang lebih tinggi berbanding penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu. Untuk mengatasi masalah sinonim Perancangan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa moden .

Antara bahasa asing menjadi sumber pinjaman bahasa Melayu ialah Sanskrit, Arab, Parsi, Jawa, Cina, Tamil, Portugis, Belanda dan Inggeris.

Bahasa
Portugis

Perkataan/imbuhan
1. Kosa kata : armada, baldi, bendera, keju, bomba, meja, sekolah, sepatu, tembakau, tinta, tuala

Belanda

1. Kosa kata : balkoni, buncis, dansa, engsel, kronis, kamar, komentar, kontan, korupsi, laci, pam, rokok, senapang.

Terdapat satu lagi bahasa asing yang menjadi unsur asing serta sangat mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu iaitu bahasa Inggeris. Saya akan memperincikan unsur pinjaman bahasa Inggeris dengan lebih mendalam.

Peminjaman bahasa biasanya berlaku disebabkan oleh pertembungan budaya seperti perniagaan, perdagangan, peperangan, penjajahan politik, perhijrahan, pendidikan dan penyebaran agama. Antara unsur bahasa asing yang diambil oleh bahasa Melayu ialah bunyi bahasa asing, sistem tulisan, imbuhan, kosa kata umum, istilah, peribahasa dan struktur ayat.

Kekerapan penggunaan perkataan asing yang lebih tinggi berbanding penggunaan perkataan dalam bahasa Melayu. Untuk mengatasi masalah sinonim Perancangan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa moden .

Peminjaman bahasa biasanya berlaku disebabkan oleh pertembungan budaya seperti perniagaan, perdagangan, peperangan, penjajahan politik, perhijrahan, pendidikan dan penyebaran agama. Antara unsur bahasa asing yang diambil oleh bahasa Melayu ialah bunyi bahasa asing, sistem tulisan, imbuhan, kosa kata umum, istilah, peribahasa dan struktur ayat.

Pengarauh bahasa Inggeris mula meresap masuk ke dalam bahasa Melayu pada abad ke-18 apabila pihak Inggeris bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786. Di bawah Perjanjian Pangkor 1876, sedikit demi sedikit pihak Inggeris berjaya menguasai bidang ekonomi, dan sosial masyarakat tempatan sehingga akhirnya pengaruhnya begiru dominan.

Dasar bahasa pihak pemerintah Inggeris yang mengutamakan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa rasmi pemerintahan Inggeris. Pendidikan Inggeris yang meningkatkan penutur bahasa inngeris dalam kalangan orang Melayu

Dasar bahasa pihak pemerintah Inggeris yang mengutamakan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa rasmi pemerintahan Inggeris. Pendidikan Inggeris yang meningkatkan penutur bahasa inngeris dalam kalangan orang Melayu. Peranan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Perancangan bahasa Melayu yang menyerap istilah daripada bahasa Inggeris untuk membina bahasa Melayu menjadi bahasa moden. Pengaruh media cetak dan elektronik, khususnya iklan yang banyak menggunakan bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris terus menguasai kosa kata bahasa Melayu hingga kini. Hal ini dapat meningkatkan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Contohnya: Aiskrim, agensi, automatik, demokrasi, enjin, gimik, idea, imej, faktor, nitrogen, lori, paip, radio, rizab, subjek, plastik, rubela, tayar, teknologi, saman, sepana, tiub, tuisyen, universiti, unit, yogurt, yoyo, zip dan zoo..

Bahasa Melayu turut meminjam peribahasa daripada bahasa Inggeris. Antaranya:

Bahasa Melayu
Beban kerja Bulan madu Bawah tanah

Bahasa Inggeris
Work load Honey moon Underground

Perang dingin
Kebudayaan kuning Langkah mayatku

Cold war
Yellow culture Over my dead body

Peminjaman imbuhan bahasa Inggeris itu berlaku dalam dua bentuk iaitu peminjaman imbuhan awalan dan imbuhan akhiran. Bagi imbuhan awalan, sebahagiannya telah terserap sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu sementara yang lain terserap sebagai sebahagian daripada kata pinjaman. Yang berikut adalah imbuhan awalan pinjaman yang dimaksudkan itu.

Imbuhan Awalan
antiauto makromikroultra-

Maksud
Menentang atau melawan

Contoh Perkataan
antikemajuan, antipenjajah

Secara sendiri atau bersendirian autobiografi, automatik Besar, banyak, atau panjang Halus atau kecil Teramat sangat, terlampau makrobiotik, makroekonomi mikroekonomi, mikroskop ultrabunyi, ultralembayung

Bagi imbuhan akhiran pinjaman bahasa Inggeris masih belum terserap sebagai imbuhan dalam pembentukan kata bahasa Melayu. Antara imbuhan akhiran pinjaman bahasa Inggeris yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah al, -grafi, -if, -is, -asi, -si, -isme, -ik, -or, -iti, dan logi..
Imbuhan akhiran Bahasa Inggeris -al Bahasa Melayu -al Contoh kata terbitan Bahasa Inggeris Clinikal, emotional Bahasa Melayu Klinikal, emosional

-ant
-er

-an
-ar/-er

Defendant, informant
Counter, driver

Defendan, informan
Kaunter, drebar

-graphy
-ive

-grafi
-if

Histriography, photography
Detective, subjective

Histriografi, fotografi
Detektif, sunjektif

-ic
-or

-ik
-or

Autocratic, democratic
Actor, contraktor

Autocratik,demokratik
Aktor, kontraktor

Daripada aspek bunyi bahasa pula, istilah peminjaman daripada bahasa Inggeris telah meningkatkan penggunaan fonem pinjaman /f/, /v/ dan /x/. Contohnya: /f/ = fauna, definisi, aktif /v/= vaksin, aktiviti, revisi /x/ = xenolit, xenon. Pengaruh daripada bahasa Inggeris juga menyebabkan perkataan bahasa Melayu mempunyai vokal rangkap. Selain itu, peminjaman juga telah melahirkan gugus konsonan dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Vokal Rangkap dalam Bunyi dan Sebutan Bahasa Melayu

Vokal Rangkap (Diftong)n dalam Bunyi dan Sebutan Bahasa Melayu

Vokal rangkap/Diftong ai

Contoh perkataan Baik, cair, kain, naib, saing

au ia iu ua ui

Baur, kaut, lauk, maung, sauh Biak, liar, kias, miang, tiap Cium, liut, nyiur, siul, tiung, Buat, luar, puas, suap, tuah Buih, duit, kuini, puisi, tuil

Gugusan Konsonan dalam Bunyi dan Sebutan Bahasa Melayu


Kedudukan gugus konsonan
bl Awal kata gr sf tr dr Tengah kata kl ks rt ks Akhir kata ltz rg

Bentuk gugus konsonan

Contoh perkataan
Blaus, blazer, blurb Grafik, gramatis, gred Sfalerit, sfera Trauma, trek, tribunal, tropika Hidrolik, karbohidrat Aklimasi, antiklimaks, tetraklorida Eksklusif, ekspedisi, dekstrosa Kartrij Antraks, konteks, paradoks Waltz Aisberg

sk

Asterisk

Bagi perkataan yang berupa istilah atau kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa -bahasa Eropah yang lain, penyesuaian ejaan dalam bahasa Melayumempunyai peraturan khas seperti berikut :-. Penyesuaian huruf-huruf konsonan tertentu Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu c - s cent, cylinder - sen, silinderc, cc - k carbon, classic - karbon, klasik, sc - sk scooter, telescope - skuter, telesko, pq - k quality, tecchnique - kualiti, teknik, x - ks express, taxi - ekspres, teksi. Pengekalan atau pengguguran satu daripada gabungan huruf konsonan yang sama. Huruf Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu (b, bb - b barbecue, lobby - barbeku, lobi), (f, ff - f factor, traffic faktor, trafik), (m, mm - m mammal mamalia), (p, pp - p passport, apple - pasport, epal), (t, tt - t tractor, battery - traktor, bateri)

Penyesuaian huruf bagi gabungan dua huruf vokal Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu : (ie - i calorie kalori), (oa - o cardboard, coat - kadbod, kot), (oe - e foetus, gonorrhea - fetus, gonorea), (ou - u coupon, serious - kupon, serius), (ea - i beaker, grease - bikar, gris) Pengekalan huruf bagi gabungan dua huruf vokal Huruf Bahasa Inggeris Bahasa Melayu: (ae - ae aerial, aerograph - aerial, aerograf), (au - au automatic, auditorium - automatik, auditorium), (io - io iodine iodin), (iu - iu premium, stadium premium, stadium), (ue - ue duet - duet) Penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa bahasa Eropah yang lain dalam bahasa Melayu dilakukan mengikut peraturan peraturan berikut :-

Penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa bahasa Eropah yang lain dalam bahasa Melayu dilakukan mengikut peraturan peraturan berikut :1. Mengeja kata pinjaman yang dipentingkan ialah bentuk visualnya. 2. Terdapat beberapa kata pinjaman yang dikecualikan daripada peraturan sistem keselarasan huruf vokal. 3. Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dikekalkan bentuknya. 4. Kata kata asing yang sudah diserap dan telah mantap ( selain ejaan gugus konsonan ) dan dieja Melayu tidak diubah ejaan. 5. Huruf g diucap sebagai /j/ menurut sebutan bahasa Inggeris ditulis dan disebut /g/ dalam bahasa Melayu. 6. Kata pinjaman yang berakhir dengan - sion , - tion , -tional dan sional menjadi -syen , - si , - sional dan - sen . 7. Kata pinjaman yang berakhir dengan - ism menjadi - isme.

Untuk mengeja kata pinjaman yang dipentingkan ialah bentuk visualnya.Maknanya , perubahan fonem asing dalam bahasa Melayu hanya dilakukan apabila perlu sahaja. Bahasa Inggeris BahasaMelayu (carbon menjadi karbon bukan Kaban ), (cartoon menjadi kartun bukan Katun), (Institute menjadi institut bukan Institiut), (dialogue menjadi dialog bukan dailog).

Terdapat beberapa kata pinjaman yang lain dikecualikan daripada peraturan sistem keselarasan huruf vokal menurut Sistem Ejaan Baru. Bahasa Inggeris Bahasa Melayu: (atom tetap atom bukan atum), (bonus tetap bonus bukan bonos, bunus), (fossil tetap fosil bukan fosel , fusil), (pistol tetap pistol bukan pestol ,pistul)