Anda di halaman 1dari 3

ULASAN BUKU Tajuk :Kisah 25 Rasul (Nabi Yaakub, Nabi Yusuf, Nabi Ayub dan Nabi Syuaib ) Penulis

: Ana Maria dan Syarmila Muntazar Penerbit : Kiddibird Sdn Bhd,No: 19 & 21, Jalan SBC 6, Taman Sri Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor Tahun diterbitkan: 2013

19

Buku ini adalah siri yang ketiga daripada enam siri buku yang kesemuanya ditulis oleh Ana Maria dan Syarmila Muntazar. Kesemua enam buku ini menceritakan kisah 25 orang Rasul. Buku ini mengandungi kisah Nabi Yaakub, Nabi Yusuf, Nabi Ayub dan Nabi Syuaib. Buku ini pertama kali diterbitkan pada tahun 2013 oleh Kiddibird Sdn Bhd. Buku ini diterbitkan dalam bentuk kulit nipis dan mengandungi 32 halaman. Buku ini menggunakan kertas yang berkualiti tinggi. Kesemua helaian buku ini mengandungi ilustrasi menarik berwarna warni yang menarik minat pembaca. Ilustrasi yang dipersembahkan juga bersesuaian dengan cerita yang ingin disampaikan. Pada bahagian kulit hadapan terdapat ilustrasi yang menarik, warna unggu yang ceria dan rekaletak tajuk menyerlah yang dapat menarik minat pembaca untuk membeli seterusnya membaca buku ini . Daftar kandungan yang mengandungi maklumat isi kandungan dan muka surat juga disediakan bagi memudahkan pembaca . Kesimpulannya ciri-ciri luaran yang terdapat pada buku ini dapat menarik minat khalayak pembaca. Terdapat segmen Uji Minda selepas setiap kisah nabi. Segmen ini sangat merangsang pembaca khususnya kanak kanak. Glosari perkataan juga disertakan bagi menjelaskan perkataan tertentu yang mungkin sukar difahami.Pada bahagian kulit belakang pula terdapat maklumat rukun iman, rukun islam, takrif nabi dan rasul, sifat-sifat wajib, mustahil dan harus bagi nabi dan rasul serta nama-nama kitab yang wajib diketahui oleh setiap orang islam. Maklumat tersebut dipersembahkan secara ringkas, tepat dan padat. Isi kandungan buku ini dipersembahkan menggunakan tulisan rumi. Bahasa yang digunakan juga mudah difahami selain saiz tulisannya yang tidak terlalu kecil menjadikan buku ini sesuai digunakan oleh guru dan pengasuh untuk proses pengajaran dan pembelajaran murid peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Penulis turut memetik sumber dari ayat Al Quran dalam penceritaannya.Justeru, kandungan buku ini adalah bersandarkan sumber yang sahih dan tidak bercampur dengan kisah-kisah israiliyyat yang diragui. Kisah setiap rasul juga disusun secara teratur mengikut susunan nama 25 rasul yang wajib diketahui. Dengan cara ini pembaca dapat mengikuti kisah setiap rasul secara teratur.Di dalam buku siri 3 ini, pembaca akan memulakan pembacaannya dengan membaca kisah Nabi Yaakub diikuti kisah Nabi Yusuf, Nabi Ayub dan diakhiri kisah Nabi Syuaib. Penulis turut menyelitkan sifat-sifat mahmudah dan pengajaran yang baik yang perlu dicontohi oleh pembaca di dalam setiap kisah nabi tersebut.

20

Di dalam kisah Nabi Yaakub, penulis menyatakan secara ringkas asal usul keturunan Nabi Yaakub. Dinyatakan juga permusuhan kembar Nabi Yaakub yang bernama Ishu serta saranan bapa Nabi Yaakub iaitu Nabi Ishak agar Nabi Yaakub berhijrah ke Fadan `Araam di Iraq.Turut diceritakan bagaimana Nabi Yaakub berkahwin dengan dua orang sepupunya. Penulis turut menjelaskan sebab-sebab keturunan Nabi Yaakub dinamakan Bani Israil. Di dalam kisah Nabi Yusuf pula, penulis menceritakan bagaimana Nabi Yusuf telah menjadi mangsa penganiayaan saudaranya sehingga Nabi Yusuf menjadi anak angkat pembesar Mesir bernama Fathiar. Turut dijelaskan bagaimana Zulaikha, isteri Fathiar melakukan fitnah terhadap NabiYusuf sebagaimana yang diceritakan didalam Surah Yusuf ayat 26-27.Penulis turut menjelaskan sebab-sebab Nabi Yusuf dipenjara dan kebolehan Nabi Yusuf mentafsir mimpi Kisah kejahatan iblis pula terkandung di dalam kisah Nabi Ayub. Walaupun menerima dugaan yang hebat, keimanan Nabi Ayub tidak sedikitpun goyah malahan semakin kuat. Penulis turut menceritakan bagaimana Nabi Ayub melaksanakan nazarnya untuk merotan isterinya Rahmah menggunakan seratus batang lidi bagi menggantikan seratus sebatan. Kisah kaum Madyan yang tidak jujur dalam urusan jual beli pula terkandung di dalam kisah Nabi Syuaib. Dakwah Nabi Syuaib tidak diendahkan oleh kaum Madyan malahan mereka mengugut Nabi Syuaib. Akhirnya Allah telah menurunkan azab kepada kaum Madyan dengan mendatangkan udara panas yang menyeksakan Kisah kisah nabi yang terkandung di dalam buku ini mengandungi iktibar yang baik. Tidak terdapat kisah-kisah israiliyat yang meragukan akal fikiran kerana penulis menggunakan sandaran yang sahih iaituayat-ayat Al Quran. Kesimpulannya, buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan dan bacaan di perpustakaan di sekolah.Buku ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa untuk dibacakan kepada anak-anak di masa lapang ataupun sebelum tidur

21