Anda di halaman 1dari 1

Laporan Bahagian Pengangkutan Sebelum Program Perjumpaan AJK KMJD diadakan untuk melihat perkembangan bagi setiap bahagian

dan induksi bagi setiap aktiviti program KMJD. Perjumpaan AJK KMJD yang terakhir dilakukan bagi memastikan setiap bahagian tiada masalah manakala bahagian pengangkutan hanya memaklumkan kepada semua AJK KMJD yang tinggal di luar kampus agar bermalam didalam kolej kediaman kampus induk untuk memudahkan pergerakan bas.

Selepas Program Pada awal pagi program kami menetapkan pukul 0500 a.m untuk semua AJK KMJD berkumpul di perhentian bas kolej kediaman masing-masing ini kerana ingin mengelakan kelewatan untuk sampai ke destinasi. Pada pukul 0600a.m kami menunggu ketibaan Dr. Tahir Bin Mapa selaku pemantau program KMJD dihadapan pintu pagar besar Universiti Malaysia Sabah. Tepat pada pukul 0630a.m kami semua begerak dari UMS ke Beluran, Sandakan. Pada pukul 0945 a.m, kami semua berhenti seketika di pekan kundasang untuk berehat. Manakala pada pukul 1000a.m kami berhenti untuk kali kedua kerana salah seorang dari AJK KMJD yang berasa loya dan senak perut. Tepat pukul 1030a.m kami berhenti di pekan Ranau untuk sarapan pagi dan membeli barangan masing-masing dan tepat pukul 0130 p.m kami tiba dengan selamat di Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran Bestari dan memaklumkan kepada pemandu bas yang kami akan menghubungi mereka jika memerlukan bas secara tiba-tiba.

Selepas Program Tepat pukul 0700a.m bahagian pengangkutan memaklumkan kepada pemandu bas untuk menghantar kami ke pekan beluran. Tepat pukul 1030a.m, semua AJK KMJD dihantar ke pekan beluran. Pada pukul 1215a.m semua AJK KMJD dihantar pulang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran Bestari semula bagi meneruskan acara perasmian dan penutupan bagi program KMJD. Tepat pukul 0500p.m kami semua bertolak dari SMK Beluran Bestari untuk pulang ke UMS. Pada pukul 0810p.m kami telah berhenti di pekan Ranau untuk berehat dan makan. Pada pukul 1100p.m kami berhenti di Petronas, Tuaran kerana salah seorang dari AJK KMJD menetap di Tuaran. Pada pukul 11.48 pm bas tiba di kolej kediaman indah permai. Tepat pada pukul 12.00 a.m bas berhenti di Universty Apartment (UCA) bagi menghantar AJK KMJD Pada pukul 12.15 a.m bas menghantar AJK KMJD di kolej kediaman masing-masing di dalam kampus induk.