Anda di halaman 1dari 16

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA ___________________________________________________________________________ HBML 2203 PEMBESTARIAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEMETER JANUARI

2013 ___________________________________________________________________________

NAMA NO MATRIKULASI NO KAD PENGENALAN NO. TELEFON EMAIL

: SAIDAH BINTI ARSAH : 700704125272-001 : 700704-12-5272 : 012-8342072 : saidah70@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

: SABAH LEARNING CENTER (OUM) ISI KANDUNGAN

BIL 1. 2 3 PENGENALAN

PERKARA

MUKA SURAT 34 56 6 - 16

DEFINISI DAN KONSEP SEKOLAH BESTARI HASIL DAPATAN KAJIAN 3.1 Pengenalan Instrumen Kajian 3.2 Analisis Hasil kajian 3.2.1 Bahagian A Profil Demografi Reponden 3.2.2 Bahagian B Soalan kaji selidik 3.2.3 Cadangan-cadangan penambahbaikan. KESIMPULAN RUJUKAN

16 17

1.

PENGENALAN Perkembangan sistem pendidikan di era teknologi maklumat ini banyak mempengaruhi

perkembangannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Seiring dengan lonjakkan perkembangan dunia teknologi dan maklumat ini, penggunaan ICT dalam bidang pendidikan sudah mendapat tempat sehingga kini. Maka itu, terbentuknya sekolah-sekolah yang
2

diwujudkan khusus untuk melaksanakan program berteraskan penggunaan kemudahan ICT dengan lebih berkesan. Pembestarian sekolah merupakan salah satu proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Perlaksanaan Program Pembestarian Sekolah ini juga membawa pengertian yang mana konsep Sekolah Bestari adalah sebagai satu institusi pembelajarn yang direka semula secara sistematik dari segi amalan pengajran dan pembelajaran serta penguruan sekolah pengurusan sekolah bagi menjamin murid-murid berhadapan dengan era teknologi maklumat. Komponen utama dalam Pembestarian Sekolah adalah memfokuskan kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Perlaksanaan program ini adalah untuk memahirkan guru dan murid yang mahir dalam bidang ICT. Maka itu, kemahiran yang diperolehi dapat membantu melahirkan murid yang berkebolehan mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-defrected) dan kadar kendiri (self-paced). Sistem pendidikan yang ada pada masa kini perlu dimantapkan lagi selari dengan era perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Terdapat beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek harus dilakukan agar dapat berdaya saing dan relevan dengan perkembangan semasa. Pembentukan sekolah bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan dunia teknologi, sosial serta budaya masa kini. Ini dapat memenuhi hasrat kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9), Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan enam teras strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010 seperti dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1. : Enam teras strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010

Hasrat Malaysia ingin menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri menjelang tahun 2020, iaitu mencapai mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian serta kebudayaan. Perlaksanaan program sekolah bestari ini merupakan salah satu hasrat kerajaan dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berpengatahuan serta berkemahiran tinggi bagi menjadi pemangkin negara menjelang tahun 2020. Strategik yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan ini merupakan salah satu cara menyediakan generasi muda menghadapi cabaran globalisasi dan mengangkat sistem pendidikan bertaraf dunia. Pewujudan sekolah bestari inilah yang menjadi pemangkin ke arah pembentukan keperibadian murid yang arif dengan perkembangan ICT. Perubahan ini berkait rapat dengan pendidik yang menjadi agen perubahan bagi melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang ICT dan bersedia berhadapan dengan cabarancabaran dunia teknologi masa kini dan pada masa hadapan. Sebagai seorang guru bestari, perlulah mempunyai keperibadian yang mantap dalam memenuhi hasrat kerajanaan dalam melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berdedikasi menjadi peneraju di masa akan datang. 2. DEFINISI DAN KONSEP SEKOLAH BESTARI

Perlaksanaan Sekolah Bestari di negara ini merupakan salah satu hasrat kerajaan ke arah melahirkan generasi yang celik IT dan dapat berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam era globalisasi ini. Sekolah Bestari merupakan sebuah institusi pembelajaran yang direka semula daripada segi amalan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah bagi menyediakan pelajar yang mahir IT dalam zaman maklumat ini. Perubahan ini bertujuan untuk membantu pelajar menghadapi zaman maklumat yang berasaskan dua perkara penting, iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni serta kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohammed semasa pelancaran Multimedia Super Coridor pada 1 Ogos 1996 menyatakan bahawa : Teacher will need to change their role in the electronic classroom from being information providers to counsellors to help students develop know how and judgment to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the right judgment between an awesome array of choice. We are examining our education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing education through their lives. Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi semasa melancarkan The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap pada 3 Julai 2004 menyatakan mengenai program smart school di bawa perlaksanaan Sekolah Bestari sebagai : The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet though the SchoolNet program, which is already at an advanced stage of implementation. Advanced teaching and learning materials developed through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School Management System will be used to improve administration processes.

Manakala menurut Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran Malaysia pada 7 Mei 2005, menyatakan bahawa pembestarian sekolah
5

adalah dengan hasrat Perdana Menteri, Datu Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos. Jelaslah bahawa, perlaksanaan Sekolah Bestari yang dimulakan melalui Projek Rintis Sekolah Bestari pada tahun 1999 hingga 2002 sebanyak 87 buah sekolah yang terlibat. Ini dikembangkan lagi kepada 10,000 buah sekolah bermula tahun 2002 hingga 2010 di bawah Program Pembestarian Sekolah dalam Rancangan Malaysia ke-8 (RMK8) dan Ke-9 (RMK9). Keberkesanan perlaksanaan sekolah bestari yang sudah bertapak hampir 14 tahun dapat kita lihat dengan membuat kajian terhadap kefahaman dan pengetahuan selaku Guru Bestari di peringkat sekolah dalam merealisasikan hasrat kerajaan menjelang tahun 2020 yang tinggal tujuh (7) tahun lagi. Peranan Guru Bestari itu sendiri menjadi pemangkin ke arah perubahan gaya pembelajaran murid ke arah celek IT dan mahir dalam pencarian maklumat melalui IT secara cepat dan pantas. Guru bukan lagi sebagai pembekal maklumat untuk disebarkan kepada para pelajar. Peribahan dalam kurikulum itu sendiri telah memperlihatkan kesan yang positif terhadap perlaksanaan sekolah bestari suatu ketika dulu.

3.

HASIL DAPATAN PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan Insturmen Kajian

Kaji selidik ini dijalankan beberapa buah sekolah yang mempunyai Guru Bestari di Daerah Papar. Ini kerana sekolah bestari sudah dilancarkan hampir 14 tahun yang lalu. Untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan Guru Bestari terhadap perlaksanaan program dan pedagogi sekolah bestari satu insturmen berbentuk soal selidik kajian telah disediakan oleh pengkaji. Dalam soal selidik ini disediakan beberapa soalan berkaitan dengan sejauhmanakah kefahaman dan pengetahuan mereka mengenai perlaksanaan sekolah bestari yang telah dijalankan setelah sekian lama. Ini untuk mengimbas kembali sama ada pelaksanaan sekolah bestari ini berkesan di samping memberi cadangan untuk menambahbaikkan program ini di masa akan datang.
6

Sampel kajian ini terdiri daripada 20 oarang guru bestari di 20 buah sekolah di Daerah Papar, Sabah. Sekolah tersebut ialah:-

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

SK St. Mary (M) SK Pekan Papar SK Surati SK Rampazan SK Benoni SK Kuala SK Beringgis SK Langkawit SK Limputog SK Pekan Kimanis

11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

SK St. Jospeh (M) SK Kinarut SK Buang Sayang SK Kelanahan SK Pantai Manis SK PekanKinarut SK Ching Hwa SK Nyaris-Nyaris SK Anglo Chinese SK Kimanis

Instrumen kajian ini menggunakan satu set borang soal selidik kajian untuk mengumpulkan data mengenai persepsi responden terhadap pelbagai aspek perkembangan perlaksanaan sekolah bestari pada masa kini. Item-item soal selidik ini dibentuk berdasarkan berbagai rujukan yang pernah dijalankan mengenai pengetahuan dan kefahaman guru bestari mengenai perkembangan perlaksanaan sekolah bestari di sekolah masing-masing soal selidik ini mengandung dua bahagian utama iaitu : a. Mengenai latar belakang responden b. Mengenai pengetahuan dan kefahaman responden terhadap aspek-apsek

perlaksanaan sekolah bestari dan pengetahuan mereka terhadap pedagogi dan perlaksanaan pembelajaran bestari disekolah serta cadangan-cadangan bagi meningkatkan keberkesanan program sekolah bestari di masa hadapan. Bahagian A dalam borang soal selidik kajian adalah merangkumi soalan-soalan untuk mendapatkan data maklumat guru bestari seperti nama, jantina, umur, kelayakan akademik, akademik tertinggi, kelayakan profesional tertinggi, bilangan program perkembangan prosefionalisme guru yang telah disertai berkaitan perlaksanaan sekolah bestari dan peringkat menghadiri program perkembangan perlaksanaan sekolah bestari. Semua soalan yang
7

terdapat dalam bahagian ini hanya memerlukan responden menandakan ( / ) di ruang yang sesuai. Manakala Bahagian B terdiri daripada bahagian 2, 3, 4, 5, dan 6 .Setiap bahagian memerlukan responden menjawab dengan menandakan( / ) pada ruang skala likert 4 poin iaitu 1. Amat Faham 2. Faham 3. Kurang Faham 4.Tidak Faham. Sangat. Antara bahagian soalan tersebut adalah seperti berikut: Bahagian 2 : Kefahaman mengenai konsep Sekolah Bestari. Bahagian 3 : Faham akan objektif, peranan dan fungsi Sekolah Bestari. Bahagian 4 : Memahami akan pedagogi dan kemahiran Sekolah Bestari. Bahagian 5 : Hasil guna tenaga yang diharapkan melalui SekolahBestari aliran Malaysia. Bahagian 6 : Cadangan menambahbaikkan perlaksanaan sekolah bestari di masa hadapan. 3.2 Analisis Hasil Kajian Analisi kajian ini dilakukan kepada 20 orang responden daripada jumlah populasi seramai orang Guru Bestari di sekolah rendah daerah Papar. Analisis data dilakukan berdasarkan respon yang diberikan oleh responden. Ciri-ciri demografi seperti jantina, umur, kelulusan akademik, pengalaman memegang jawatan Guru Bestari, adakah mereka memegang jawatan selaku Guru Bestari di sekolah, pernahkah mengikuti Kursus Peningkatan Profesionelisma Guru Bestari selanjutnya dan sebaliknya yang dikaji oleh penyelidik. 3.2.1 Bil Profil
8

Bahagian A - Profil Demografi Reponden Kajian Kekerapan Peratus

1 2

Jantina Umur

L P Kurang daripada 30 tahun 30 39 tahun 40 49 tahun Lebih daripada 49 tahun SPM/STPM/Diploma Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Lanjutan Lain-lain Kurang 1 tahun 1 5 tahun 6 10 tahun

(n) 6 14 4 15 1 12 8

(%) 30 70 20 75 5 60 40

Kelayakan akademik

Pengalaman Memegang Jawatan Guru Bestari

4 6 10 16 4 16 4

20 30 50 80 20 80 20

Lebih daripada 10 tahun Perlantikan jawatan selaku Guru Ya Bestari di Sekolah Tidak Ya Tidak

Pernah mengikuti Kursus Peningkatan Profesionelsime Guru Bestari

Merujuk kepada Jadual 3.2.1 di atas, didapati bahawa majoriti reponden terdiri daripada perempuan iaitu seramai 14 orang dan mencatat peratus sebanyak 70 peratus manakala bilangan guru lelaki adalah seramai 6 orang dan mencatat peratus 30 peratus. Majoriti reponden terdiri daripada mereka yang berumur dalam lingkungan 30 hingga 39 tahun dan mencatat peratus tertinggi iaitu sebanyak 75 peratus. Selain itu, data turut menunjukkan bahawa seramai 4 orang atau 20 peratus terdiri daripada guru-guru dalam lingkungan umur kurang dariapda 30 tahun, seorang reponden atau 5 peratus yang berada dalam lingkungan umur 40 hingga 49 tahun, manakala tiada responden yang berumur lebih daripada 49 tahun. Data juga turut memberikan maklumat mengenai peratus responden mengikut kelulusan akademik. Majoriti reponden yang mempunyai kelulusan SPM/STPM/Diploma adalah seramai 12 orang dan mencatat peratus sebanyak 60 peratus. Seterusnya yang mempunyai
9

kelulusan Ijazah Sarjana Muda adalah seramai 8 orang dan mencatat peratus sebanyak 40 peratus. Manakala tiada reponden yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Lanjutan dan Lain-lain kelayakan akademik bagi Guru Bestari di Daerah Papar ini. Ciri demografi seterusnya adalah pengalaman memegang jawatan selaku Guru Bestari di sekolah masing-masing, iaitu tidak ada guru yang kurang 1 tahun pengalamannya sebagai guru bestari di daerah ini. Seramai 4 orang reponden atau sebanyak 20 peratus guru bestari yang berpengalaman memegang jawatan ini antara 1 hingga 5 tahun. Manakala seramai 6 orang reponden atau sebanyak 30 peratus guru bestari berpengalaman memegang jawatan ini selama 6 hingga 10 tahun. Bilangan tertinggi pengalaman reponden memegang jawatan Guru Bestari di daerah ini ialah seramai 10 orang iaitu sebanyak 50 peratus mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun. Data seterusnya adalah berkaitan dengan perlantikan jawatan selaku Guru Bestari di sekolah masing-masing di daerah Papar. Seramai 16 orang reponden iaitu sebanyak 80 peratus merupakan Guru Bestari yang telah dilantik dan mendapat surat perlantikan daripada jabatan manakala seramai 4 orang iaitu sebanyak 20 peratus yang dilantik sebagai Guru Bestari tapi tidak mempunyai surat perlantikan dari jabatan. Bilangan ini menyamai mereka yang berpengalmaan mengikuti kursus berkaitan dengan pembestarian sekolah. Ini menunjukkan bahawa walaupun tidak mendapat surat perlantikan daripada jabatan selaku Guru Bestari di sekolah namun, mereka masih meneruskan tugas agar tidak ketinggalan dalam meneruskan aspirasi Kementerian Pendidikan Pelajaran untuk menjadikan sekolah sebagai satu platform melahirkan pelajar yang celek IT dan peka terhadap perkembangan semasa disamping mempergunakan sebaik mungkin kemudahan ICT untuk meningkatkan kecemerlangan diri. 3.2.2 Bahagian B Analisis Soalan Kaji Selidik 3.2.2.1 Kefahaman tentang konsep Sekolah Bestari

Jadual 3.2.2.1 : Tahap Kefahaman Guru-Guru Bestari di Daerah Papar mengenai konsep Sekolah Bestari.
10

ITEM N = 20 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Jumlah Skor 78 80 76 79 72 65 62 83 88 83

Peratus 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100

Min 3.90 4.00 3.80 3.95 3.60 3.20 3.10 4.15 4.40 4.15

Selang Skala Min 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 2.61 3.24 Sederhana 2.61 3.24 Sederhana 3.41 4.20 Setuju 4.21 5.00 Sangat Setuju 3.41 4.20 Setuju

Melalui analisis yang dijalankan terhadap soalan kajian bahagian B-1 meninjau mengenai kefahaman mengenai konsep Sekolah Bestari dikalangan 20 orang reponden di Daerah Papar, didapati bahawa hampir kesemua soalan yang dikemukakan didapati min bagi selang skala terhadap 8 item menunjukkan bahawa 20 orang reponden selaku Guru Bestari di daerah ini mendapat selang skala di tahap setuju. Kesemua responden memahami akan maksud konsep sekolah bestari yang diperkenalkan sejak tahun 1999 lagi. Walaupun item soalan 6 dan 7 menunjukkan kefahaman mereka di tahap sederhana tapi bagi Item soalan 9 mereka sangat bersetuju dengan kenyataan mengenai konsep sekolah bestari tersebut. Jadual 3.2.2.2 : Kefahaman Guru Bestari terhadap Objektif, Peranan dan Fungsi Sekolah Bestari. ITEM N = 20 1 2 3 Jumlah Skor 70 72 78 Peratus 100 100 100
11

Min 3.50 3.60 3.90

Selang Skala Min 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20

4 5 6 7 8 9 10

80 68 80 78 80 83 83

100 100 100 100 100 100 100

4.00 3.40 4.00 3.90 4.00 4.15 4.15

Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju

Berdasarkan analisis keputusan daripada soalan kajian Bahagian B-2 mengenai Kefahaman Guru Bestari terhadap Objektif, Peranan dan Fungsi Sekolah Bestari memperlihatkan bahawa reponden berada di tahap setuju iaitu antara 3.41 hingga 4.20 dalam selang skala min yang mana mereka memahami akan objektif, peranan dan fungsi Sekolah Bestari dalam melaksanakan kesemua matlamat yang digarikan bagi merealisasikan harsrat Kementerian Pendidikan Malaysia. Jadual 3.2.2.3 : Kefahaman Guru Bestari Pedagogi yang dilaksanakan di Sekolah Bestari. ITEM N = 20 1 2 3 4 5 6 7 8 Jumlah Skor 80 80 80 72 65 86 84 86 Peratus 100 100 100 100 100 100 100 100
12

Min 4.00 4.00 4.00 3.60 3.20 4.30 4.20 4.30

Selang Skala Min 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 4.21 5.00 Sangat Setuju 4.21 5.00 Sangat Setuju 4.21 5.00 Sangat Setuju

9 10

88 84

100 100

4.40 4.20

4.21 5.00 Sangat Setuju 4.21 5.00 Sangat Setuju

Manakala dalam menganalisis kefahaman guru bestari terhadap perlaksanaan pedagogi Sekolah Bestari sebahagian Item soalan 1 hingga 5 menunjukkan bahawa reponden berada di tahap setuju iaitu antara 3.41 hingga 4.20 dalam selang skala min. Bagi item soalan 6 hingga 10 memperlihatkan responden berada di atahap sangat setuju iaitu antara 4.21 hingga 5.00 dalam selang skala min. Ini memperlihatkan bahawa 20 orang reponden di daerah ini begitu mahir dan faham akan pedagogi sekolah bestari dan ada melaksanakannya di sekolah masingmasing. Kefahaman terhadap pedaogi sekolah bestari penting bagi melicinkan lagi pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah agar objektif perlaksanaan sekolah bestari tercapai menjelang tahun 2020. Jadual 3.2.2.4 : Kefahaman Guru Bestari mengenai Kemahiran yang digunakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Bestari ITEM N = 20 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumlah Skor 78 80 76 79 72 78 80 76 79 72 Peratus 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 Min 3.90 4.00 3.80 3.95 3.60 3.90 4.00 3.80 3.95 3.60 Selang Skala Min 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju

13

Bagi Item Soalan Bahagian B-4 mengenai kefahaman Guru Bestari terhadap keamhiran yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sekolah Bestari menunjukkan bagi kesemua item dalam bahagian ini menunjukkan bahawa reponden berada di tahap setuju iaitu antara 3.41 hingga 4.20 dalam selang skala min. Ini memperlihatkan bahawa kefahaman guru sangat baik terhadap penggunaan kemahiran belajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kemahiran belajar ini penting bagi membolehkan guru membentuk murid yang mampu berdikari disamping membentuk keyakinan diri yang tinggi dalam kemahirankemahiran yang diberikan kepada mereka. Selain itu, kemahiran belajar ini penting bukan saja dalam pembelajaran mereka namun berguna dalam kehidupan seharian mereka. Guru dapat melahirkan murid yang dapat berhadapan dengan cabaran dunia teknologi yang semakin pesat berkembang dalam era globalisasi ini. Jadual 3.2.2.5 : Kefahaman Guru Bestari terhadap hasil guna tenaga yang diharapkan daripada acuan Sekolah Bestari. ITEM N = 20 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jumlah Skor 83 88 83 88 83 83 88 83 88 83 Peratus 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 Min 4.15 4.40 4.15 4.40 4.15 4.15 4.40 4.15 4.40 4.15 Selang Skala Min 3.41 4.20 Setuju 4.21 5.00 Sangat Setuju 3.41 4.20 Setuju 4.21 5.00 Sangat Setuju 3.41 4.20 Setuju 3.41 4.20 Setuju 4.21 5.00 Sangat Setuju 3.41 4.20 Setuju 4.21 5.00 Sangat Setuju 3.41 4.20 Setuju

Bagi Soalan Bahagian B-5 mengkaji mengenai kefahaman Guru Bestari terhadap hasil guna tenaga yang diharapkan daripada acuan sekolah bestari memperlihatkan bahawa item soalan 2 4, 3, 6 dan 10 memperlihatkan reponden berada di tahap setuju iaitu antara 3.41
14

hingga 4.20 dalam selang skala min. Manakala bagi item soalan 1, 3, 7, 8 dan 9 memperlihatkan reponden berada di tahap sangat setuju iaitu antara 4.21 hingga 5.00 dalam selang skala min. Ini menunjukkan bahawa Guru Bestari di daerah Papar mengetahui akan apa yang ingin dicapai melalui perlaksanaan sekolah bestari di daerah mereka. Perkembangan dunia IT memungkinkan mereka memenuhi hasrat kerajaan dalam melahirkan guna tenaga yang berkualiti, berketrampilan dan cemerlang dalam semua bidang sama ada kurikulum mahupun kokurikulum. Walaupun terdapat seramai 4 orang guru yang tidak mendapat surat lantikkan sebagai Guru Bestari tapi diarahkan untuk menjalankan tugas sebagai Guru Bestari di sekolah ini tidak menjejaskan mereka untuk memahami konsep perlaksanaan Sekolah Bestari. Melalui pembacaan dan bertanya kepada rakan berpengalaman mereka dapat melaksanakan tugas selaku Guru Bestari di sekolah mereka. 3.2.3 Cadangan-cadangan Penambahbaikan Pengetahuan Guru Bestari Mengenai Perlaksanaan Sekolah Bestari. Berdasarkan daripada analisis yang dijalankan terdapat beberapa cadangan penambahbaikkan yang perlu dilakukan bagi menjamin perjalanan progam sekolah bestari ini mencapai keberkesanannya pada tahun 2020 nanti, antaranya ialah: i. Memperbanyakkan kursus peningkatan profesionelisma selaku Guru Bestari bagi menyegarkan pengetahuan mereka terhadap perlaksanaan pembestarian sekolah di sekolah masing-masing. ii. Memberikan galakan dan motivasi dengan membekalkan kemudahan ICT yang lebih bermanfaat dalam perlaksanaan pembestarian sekolah di daerah ini. iii. Mengadakan kursus dalaman di peringkat sekolah agar semua warga sekolah mengetahui akan perlaksanaan pembestarian sekolah ini bagi melicinkan lagi perlaksanaan program dan aktiviti bestari di sekolah masing-masing. iv. Membuat pemantauan perlaksanaan dan melihat keberkesanannya dari semasa ke semasa bagi menambahbaikkan lagi program sekolah bestari di semua peringkat.

15

4.

KESIMPULAN Hasil daripada kajian yang dijalankan terhadap Guru Bestari di Daerah Papar ini yang

seramai 20 orang memperihatkan bahawa tahap kefahaman dan kemahiran Guru Bestari di sekolah ini keseluruhannya berada di tahap yang memuaskan. Analisis soalan kajian bagi kelima-lima peringkat iaitu pengetahuan terhadap konsep sekolah bestari, kefahaman terhadap objektif, peranan dan fungsi sekolah bestari, kefahaman terhadap pedagogi dan kemahiran yang di gunakan dalam sekolah bestari dan hasil guna tenanga yang diharapkan daripada perlaksanaan Sekolah Bestari mengikut acuan Malaysia menunjukkan bahawa kesemua reponden ini berada di tahap setuju iaitu tahap yang menunjukkan mereka mahir dan faham akan peranan selaku Guru Bestari di sekolah masing-masing dalam mencapai apa yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malayisa berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengubah corak pembelajaran dari sekolah biasa kepada sekolah yang luar biasa melalui pembentukan kurikulum yang baru dengan mempergiatkan kemahiran ICT dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

BIBLIOGFI Kementerian Pelajaran Malaysia, (2010). Pembestarian Sekolah. Kuala Lumpur; Bahagian Teknologi Pendidikan. Tuan Jah Tuan Yusof, (2010). HBML2203 Pembestarian Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor, Meteor Doc. Sdn Bhd.

16