Anda di halaman 1dari 28

Ayam tandoori, Roti naan dan Dalca

July 26, 2010


Assalamualaikum.. bertemu lagi kita.. Bila masa tak kerja nie, macam-macam resepi nak dicuba. Dengan kenaikan harga minyak pemotongan subsidi baru-baru ini, ramai yang mengeluh harga makanan/barang akan naik juga seperti biasa.. Nak pula dekat dengan time puasa dan raya.. Mari kita lihat resepi hari ini.. saya ingin menunjukkan cara-cara membuat ayam tandoori, roti naan dan kuah dalca. Resepi ini untuk 6-8 orang makan. Ayam Tandoori

+ 2 ekor ayam belah 4 Rempah ratusnya: + 3 biji bawang besar + 13 ulas bawang putih + 2 inci halia + 2 sudu teh garam + 1 sudu serbuk kunyit + 1 sudu serbuk cili + 1 sudu serbuk lada sulah + 1 sudu serbuk jintan manis + 1 sudu serbuk jintan putih + 1 sudu serbuk ketumbar + 1 sudu serbuk kulit kayu manis + 3 biji buah pelaga + 1 cawan susu cair + 2 biji buah lemon + 2 ikat daun ketumbar + 2 ikat daun pudina + 2 sudu marjerin + 2 sudu sos tiram + pewarna merah

Langkah pertama sekali untuk membuat ayam tandoori ini, kita buat tairu. Perahkan biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu ini.

Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Jangan lupa perahkan 1 biji buah lemon ke dalam pengisar. Untuk pengetahuan semua, di dalam resepi ini saya tidak menggunakan pewarna merah.. dah kehabisan stok.. nak beli kat kedai pun dah habis..

Kemudian, masukkan tairu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.

Bila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini dilumur sehingga sebati dengan rempah ratus ini.

Ok, sekarang masukkan ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik kedap udara. Beg plastik kedap udara boleh dibeli di pasaraya berdekatan. Jikalau takde, pakai aje bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk kedalam ayam yang diperap tadi. Untuk pengetahuan semua, saya perap ayam ini selama 5 jam sahaja. Bahan-bahan ini habis diperap dari pukul 12 lebih tengahari dan saya biarkan ayam ini ke dalam peti ais selama 5 jam.

Kiranya pada pukul 5-6 petang saya sudah mula membakar ayam tandoori ini di dalam ketuhar dengan kepanasan 170c selama 1 jam. Masa ayam tengah diperap di dalam peti sejuk, kita jangan buang masa.. kita buat roti naan pula. Roti Naan

Bahan-bahannya: + + + + 6 cawan tepung gandum 2 cawan tepung berserbuk penaik 1 cawan susu cair buah lemon

+ + + +

1 2 2 1

sudu sudu sudu sudu

yis segera marjerin gula castor teh garam

Mula-mula sekali, campurkan 1 sudu yis segera dengan air suam dan biarkan ia kembang seketika.

Kemudian, perahkan buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair untuk dijadikan tairu. Nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu.

Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan kering ke dalam mangkuk bulat. Gaulkan tinggi-tinggi dengan tangan bahanbahan ini sehingga sebati supaya angin dapat masuk ke dalam adunan ini.

Kemudian, letakkan adunan tadi ke atas permukaan licin seperti meja kerja dapur ataupun marble khas untuk mengulikan adunan doh. Kalau ada mixer yang boleh menguli doh pakai aje.. Saya menggunakan tangan saje bajet tak de nak beli mixer besar .

Buatkan lubang ditengah bahan adunan tadi.

Masukkan yis yang sudah kembang tadi bersama-sama tairu. Sekarang mulakan proses menguli dengan tangan.

Jika adunan tadi terlalu kering, anda boleh masukkan sedikit air supaya doh ini dapat diuli dengan lancarnya.

Uli lagi uli lagi uli lagi sampai doh menjadi lembut. Jangan malas pula..

Bila doh sudah boleh dibentuk menjadi bulat, masukkan ke dalam mangkuk bulat dan basahkan tuala dapur dengan sedikit air dan letakkan doh ini berhampiran dengan haba panas seperti di tepi ketuhar supaya doh ini cepat naik kembang dengan jayanya.

Lihat, setelah doh ini dibiarkan selama 1 jam lebih, doh ini menjadi kembang 2 kali ganda dari saiz asal.

Lepas itu, tumbuk doh ini dengan tangan supaya udara dapat keluar.

Taburkan sedikit tepung dan letakkan semula doh yang ditumbuk tadi ke atas meja kerja. Uli sekali lagi menjadi panjang.

Potongkan doh mengikut saiz yang anda suka. Saya memotong dalam saiz agak kecil setebal 1 inci lebih kurang. Kalau suka yang besar, tambahkan beberapa inci lagi ketebalan saiz tersebut.

Kemudian, doh-doh tadi diuli menjadi bulat seperti bola.

Sekarang, canaikan doh bulat tadi sehingga leper seperti gambar di atas. Lepas itu bakar di dalam ketuhar. Dalam kes ini, ketuhar saya kecil sahaja, lagi pun tengah bakar ayam tandoori, jadi saya pun bakar di atas pan leper sahaja. Ok ayam tandoori sudah, roti naan pun sudah.. mari kita masak kuah dalca pula. Kuah Dalca

+ + + + + + + + + + + + + + + +

1-2 biji bawang besar dipotong hiris 5 ulas bawang putih dipotong hiris 1 inci halia diketuk 1 cawan kacang dal direndam 1 sudu serbuk jintan manis 1 sudu serbuk cili 1 sudu serbuk kunyit 1 sudu biji sawi 1 batang kulit kayu manis 1 tangkai daun kari 1 cili merah dipotong hiris kasar 1 cili hijau dipotong hiris kasar 4-6 biji terung bulat dibelah dadu besar 1 batang lobak merah besar dipotong 4 segi panjang 4-6 biji kentang dibelah dadu besar 4 biji tomato dibelah dadu besar dan dibuang biji

Gunakan pan besar ataupun periuk besar untuk merebus kacang dal yang telah direndam sebentar. Kacang dal ini tidak perlu direndam lama, kerana kacang dal ini mudah diempukkan semasa proses merebusnya.

Gunakan pan yang lebih kecil ataupun periuk kecil, tumiskan bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, halia, biji sawi, kulit kayu manis dan daun kari. Tumis sehingga bahan-bahan tadi menjadi layu.

Bila bahan-bahan tadi sudah layu, masukkan rempah-rempah seperti serbuk cili, serbuk jintan manis dan serbuk kunyit. Tumis sehingga garing. Bila sudah garing, tutup api.

Sekarang kacang dal sudah empuk sedikit, masukkan pula sayur-sayur yang keras seperti kentang dan lobak merah. Masak sehingga empuk.

Bila kentang dan lobak merah sudah empuk, masukkan terung bulat, tomato, cili merah dan cili hijau ke dalam pan besar tadi.

Sekarang barulah masukkan bahan-bahan yang telah ditumis tadi ke dalam bahan-bahan sayur tadi. Masukkan garam secukup rasa.

Inilah hasilnya Ayam Tandoori, Roti Naan dan Kuah Dalca. Sebelum makan perahkan jus limau nipis ke atas ayam.. Sayang takda pewarna merah. Kalau tak dah lawa dah ayam tandoori saya ini.. Serius saya katakan resepi ayam tandoori ini lagi sedap dari restoran mamak. Ayam tandoori kat restoran mamak dah laa kering, jus ayam pun sudah kering. Berbeza dengan saya punya, bila kopek sedikit ayam tandoori ini, kita boleh nampak jus dalam ayam ini masih ada lagi Ok lah saya cabar anda semua mencuba resepi ini.. Jimat lagi duit.. boleh buat banyak hahaa

Naan is traditionally cooked in a clay oven or tandoor. This recipe uses a regular home oven. Makes 6 Naan.

Ingredients: 2 cups of All Purpose flour (Plain flour or maida) 1 teaspoon active dry yeast 1 teaspoon salt 1 teaspoon sugar Pinch of baking soda 2 tablespoons of oil 2 1/2 tablespoons yogurt (curd or dahi) 3/4 cup lukewarm water

Also needed: 1 teaspoon of clear butter or ghee to butter the Naan 1/4 cup All Purpose flour for rolling

Method: 1. Dissolve active dry yeast in lukewarm water and let it sit for 10 minutes or until the mixture becomes frothy. 2. Add sugar, salt and baking soda to the flour and mix well. 3. Add the oil and yogurt mix, this will become crumbly dough. 4. Add the water/yeast mixture and make into soft dough.Note: after dough rise will become little

softer.
5. Knead until the dough is smooth. Cover the dough and keep in a warm place for 3-4 hours. The dough should almost be double in volume. 6. Heat the oven to 500 degrees with pizza stone for at least thirty minutes so stone is hot. Using a pizza stone will help to give naan close to same kind of heat as clay tandoor. 7. Next turn the oven to high broil. 8. Knead the dough for about two to three minutes and divide the dough into six equal parts. 9. Take each piece of dough, one at a time, and roll into 8-inch oval shape. Dust lightly with dry flour to help with the rolling. 10. Before putting the Naan in oven, lightly wet your hands and take the rolled Naan, and flipp them between your palms and place onto your baking/pizza stone into the oven.

11. You can place about 2 Naan on the baking/pizza stone at a time. The Naan will take about 2 to 3 minutes to cook, depending upon your oven. After the Naan is baked(Naan should be golden brown color on top). 12. Take naan out of the oven and brush lightly with clear butter or ghee. 13. wait 2 to 3 minutes before baking the next batch of naan. It gives oven the chance to get heated again to max. 14. Serve Naan with Daal, Chola, Palak Paneer or any vegetable. Enjoy!

Roti Naan Bahan-Bahan 250 gm tepung 2 sudu teh gula sudu teh garam sudu teh baking powder 110-130ml susu 2 sudu besar minyak, termasuk untuk melengserkan mangkuk doh Untuk taburan atas naan (Pilih antara satu mengikut citarasa sendiri) * bijan hitam atau putih, bawang putih yang di cincang, cheese dan hirisan daun ketumbar. Cara-Cara 1 sudu makan butter dicairkan 1. Ambil sebuah mangkuk, ayak tepung bersama gula, garam dan baking powder. Dalam mangkuk yang lain, satukan susu dan minyak. 2. Buatkan lobang ditengah tepung dan tuangkan susu dan minyak tadi. Mula uli tepung perlahan-lahan ditengah dan kemudian uli ke tepi. Uli doh hingga licin dan lembut. Uli hingga 8-10 minit dan tambahkan sedikit minyak jika tepung melekit.

3. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah dilengser dengan minyak. Tutup dengan kain bersih yang lembab. Jadikan doh pada lima biji seperti bola kecil. 4. Panaskan oven pada suhu sederhana.Siapkan dulang pembakar dan letak atas shelf yang pertama. 5. Canai doh hingga menjadi tipis dan bentukkan memanjang seperti bujur. Hiaskan dengan taburan yang disukai dan tekan sedikit diatas permukaan doh. 6. Letakkan naan atas dulang pembakar dan bakar hingga 1-2 minit atau sehingga masak. Akhir sekali bila telah masak sapukan dengan cairan butter tadi. Makan waktu masih panas-panas. *Roti naan ini Nur makan dengan menu ayam tikka dan juga chutney.

Ayam Tikka Bahan-Bahan 1 kg dada ayam atau peha telah dibuang tulangnya 3 biji bawang putih 1 inci halia 2 biji bawang 150 ml yogurt (tairu) 1 sudu teh cili powder 2 sudu teh serbuk ketumbar 1 sudu teh garam masala 2 sudu besar perahan air limau

1 sudu besar minyak 2 biji lada benggala dipotong kecil* 2 biji bawang dipotong kecil* (Jika suka) Garam secukup rasa Cara-Cara 1. Kisar bawang, halia dan bawang putih 2.Campurkan bahan kisar bersama bahan yang lain.Gaul rata. 3. Bila telah rata masukkan ayam dan perap beberapa jam atau semalam.Biarkan dipeti ais. 4. Siapakan lidi pembakar, rendam dalam air sebentar supaya daging ayam tidak melekat pada lidi bila dibakar. 5. Ambil seketul ayam,lada benggala,hirisan bawang dengan berselang seli dan cucuk pada lidi. Panaskan oven pada suhu 240 darjah celcius dan bakar ayam hingga 10 minit dengan membalikkan nya sekali saja. Jangan bakar terlalu lama biar ayam lembab sedikit. 6. Akhir sekali bila telah masak, jika suka perahkan air limau nipis.

Resepi untuk Garlic Naan :2 1/2 cawan tepung roti 1 sudu kecil yis segera 1 labu bawang putih - dicincang halus 1 sudu kecil serbuk ketumbar 1 sudu kecil garam 100ml air 4 sudu besar yogurt asli 2 sudu kecil madu 1 sudu besar butter cair + 3 sudu kecil minyak sapi 1 sudu besar daun ketumbar - dicincang Cara2:Dalam bekas, letakkan garam kemudian diikuti dengan tepung gandum, diikuti semua bahan2 kering. Gaul sebati, Didalm satu jug, satukan air, yogurt, madu dan butter kacau sebati dan tuangkan semua bahan2 cair kedalam bahan2 kering, gaul sebati selama 10 minit atau hingga doh menjadi elastik dan tidak melekat pada tangan. Biarkan doh mengembang 2 kali gandi ( biasanya 1 jam). Bekas hendaklah ditutup dengan "plastic wrap". selepas 1/2 jam bolehlah dipanaskan oven. Apabila doh sudah mengembang 2 kali ganda, tumbuk2 doh untuk buangkan angin dan masukkan daun ketumbar cincang dan biarkan seketika ( 10-15 minit), kemudian bagikan doh kepada bulatan kecil. dan canai leper. Bolehlah dibakar hingga masak. Saya bakar seketika ( dalam 5 minit) kemudian saya grillkan diatas dapur. Untuk dapatkan aroma asap....baru real sikit....hihihihi Rempah ratusnya: 3 biji bawang besar 13 ulas bawang putih 2 inci halia 2 sudu teh garam 1 sudu serbuk kunyit 1 sudu serbuk cili 1 sudu serbuk lada sulah 1 sudu serbuk jintan manis 1 sudu serbuk jintan putih 1 sudu serbuk ketumbar 1 sudu serbuk kulit kayu manis 3 biji buah pelaga

yogurt 2 ikat daun ketumbar 2 ikat daun pudina 2 sudu marjerin 2 sudu sos tiram pewarna merah

CAra: Semua bahan dikisar hingga hancur kemudian sapukan pada ayam dan perap sekurang2nya 5 jam. Saya perap malam esok saya bakar....selepas 5 jam ayam bolehlah dibakar...memang sedap sebab diluar garing, tapi didalam juicy sangat....:D

note : saya hanya buat 1/2 ekor ayam so, saya kurangkan kuantiti rempah ratus tersebut, dan saya juga gantikan tairu dengan yogurt sebab malas nak buat....:D

Chutney 1) Daun ketumbar (1 cawan) 2) Cili dipotong kecil (2 biji) 3) Halia (1/4 inci) 4) Jus lemon (2 sudu besar) 5) Garam (secukup rasa

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, seperti yang telah dijanjikan hari ni ros akan berkongsi resepi roti naan yang ros buat dua hari lepas, ber-eksperimen menggunakan bahan asas membuat roti dan memasak hanya menggunakan fry pan, mane nak cari tandor yang kebiasaanye di gunakan untuk memasak roti naan ni, jadinya gunalah perkakas yang ade je, ros juga akan kongsikan beberapa tips berguna untuk menghasilkan roti naan yang lembut, resepi nye ade kat bawah ni, now everybody can make naan bread at home : ) Fry Pan Naan Bread Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com Bahan-bahanya 300gram tepung roti 50gram tepung gandum 4 sudu besar plain yogurt 3 sudu besar gula 1/2 sudu kecil garam 3 sudu besar minyak masak 190ml air suam 2 sudu kecil yis 1 sudu kecil baking powder Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah. 2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik. 3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. 4. Bahagi doh pada 7 bahagian, dan bulat-bulatkan kemudian ambil sedikit marjerin atau minyak masak, dan lumur pada doh tadi, tutup bekas adunan, perap sekali lagi lebih kurang setengah jam. 5. Setelah di perap, ambil satu bahagian doh dan terap memanjang menggunakan penggelek roti, ketebalan agak-agak lah ye, lebih kurang 2cm, jangan tebal sangat, jangan nipis sangat. Ulang langkah tadi sehingga doh habis. ( masa ni pastikan papan canai dan penggelek di tabur dengan sedikit tepung bagi mengelakkan doh melekat). 6. Panaskan Fry pan, setelah fry pan betul-betul panas baru letakkan doh roti naan yang telah diterap tadi, renjiskan atau spray dengan sedikit air, dan tutup fry pan, setelah, nampak roti naan kembung sedikit di permukaaanya, terbalikkan roti naan dan tunggu sehinga kedua-dua belah roti naan tadi masak, masa yang di perlukan tak lama, lebih kurang 5-6 minit sahaja. 7. Setelah masak, sapukan roti naan tadi dengan butter atau marjein, sedap dimakan panas-panas bersama keeema daging, kuah kari atau ayam tandori, sedap juga dimakan begitu sahaja. Selamat Mencuba.

Tips-tips Membuat roti naan - by rosmarlina @ jintanmanis.com 1. Pastikan anda menggunakan tepung roti yang berkualiti. 2. Sukat bahan dengan betul, dan doh roti naan ini agak lembik sedikit, tapi masih boleh dicanai dengan baik, pastikan papan canai dan penggelek roti di tabur dengan sedikit tepung apabila ingin membentuk roti naan ni nanti. 3. Proses perapan digandakan bagi memastikan bahan-bahan dalam doh lebih mesra. 4. Gunakan api sederhana apabila memasak roti naan ini nanti. 5. Jangan gliss fry pan dengan minyak masak, cukup hanya merenjiskan atau spray air didalam fry pan dan pastikan fry pan ditutup kemas apabila memasak roti naan. apabila nampak fry pan kering boleh direnjis lagi dengan sedikit air. 6. Setelah roti naan perang di kedua-dua permukaanya terus angkat, jangan over cook, nanti roti naan akan menjadi keras dan tidak lembut. 7. Jangan terap doh roti naan terlalu tebal, nanti lambat masak ataupun bahagian dalamnye kurang masak. 8. Gliss terus permukaan roti naan sejurus diangkat dari fry pan, supaya permukaan nye cantik berkilat dan tidak terlalu kering.

9. Simpan roti Naan di dalam berkas bertutup bagi mengekalkan kelembutannya.

roti naan yang baru dimasak

sentiasa lembut walaupun telah sejuk

tekstur dalamnya yang lembut dan gebu

sedap dimakan bersama kuah kari kacang dall dan keema daging Nota: Kalau nak bakar roti naan ni bun boleh, pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu sebelum naan dibentuk, suhu pula lebih kurang 200c dan dibakar selama 15minit. Tapi bagi ros, masak guna fry pan lagi sedap dan lembut rasanya. : ) Resepi keema daging tu ros akan update kemudian, tunggu..