Anda di halaman 1dari 9

SELASA, SEPTEMBER 29, 2009

Cara Memegang dan Teknik Memainkan Alat Perkusi


Kemahiran Memainkan Alat Perkusi Dalam permainan alat perkusi, murid-murid diberikan peluang belajar membaca skor perkusi yang terancang. Mereka belajar : Menunggu giliran mengikut skor. Menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama. Memainkan alat dan berhenti mengikut arahan. Mula dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik. Merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yang penuh dengan peraturan dan disiplin.

Cara yang betul untuk memegang dan memainkan alat-alat perkusi adalah penting bagi menghasilkan bunyi yang estetik. Murid perlu dilatih mengamalkan teknik memainkan alat-alat perkusi yang betul.

Kerincing Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring. 1. Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh kerincing. 2. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.

ISNIN, SEPTEMBER 28, 2009

Matlamat Bermain Alat Perkusi


Permainan perkusi pastinya menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Ia merupakan masa yang membolehkan pelajar meluahkan perasaannya disamping berhibur. Alat muzik perkusi tentunya mudah dimainkan dan semua pelajar dapat mengambil bahagian tanpa kecuali. Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa

tanggung jawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi. Antara matlamatnya ialah : 1. Menyemai rasa cintakan irama. (Cultivating a feeling for rhythm) 2. Membantu kanak-kanak mengetahui dan menghargai muzik dimana kebanyakkan mereka tidak dapat peluang belajar bermain muzik secara formal. Kanak-kanak dilatih untuk mengenali bunyi dan nilai bunyi pastinya akan sedar betapa kreatifnya pencipta lagu dan seterusnya menghargai nilai seni bunyi. 3. Membolehkan kanak-kanak melalui latihan aural dan membaca muzik dapat menghayati dan menghargai hasil karya muzik seterusnya memajukan diri mereka dalam muzik.

Apakah yang boleh dicapai melalui pembelajaran Perkusi? Pendengaran; dapat mengenalpasti rangkai lagu, imbangan bunyi, tekanan bunyi, bentuk irama seterusnya menjadi lebih sensitif kepada bunyi dan sentuhan bunyi. Daya Ingatan; Kanak-kanak dapat menyerap tema malah keseluruhan lagu melalui latihan muzikal. Mata; Mata boleh dilatih untuk membaca dengan lancar malah boleh lebih pantas dari sebutan.
POSTED BY SYAHARIMAN HAMID AT 6:57 PTG TIADA ULASAN: LABELS: PENGENALAN LINKS TO THIS POST

RABU, SEPTEMBER 16, 2009

Pengenalan
Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia zaman dahulu mengetuk dindingdinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan bagi sesuatu upacara adat kelompok kaum berkenaan. Lama kelamaan ianya menjadi tradisi dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal sebagai adat dan seni budaya suku kaum tersebut.

Permainan muzik perkusi adalah asas kepada permainan muzik yang lebih besar seperti orkestra . Permainan perkusi memerlukan disiplin yang tinggi semasa persembahan atau semasa latihan. Tanpa disiplin yang tinggi persembahan tidak mungkin berjaya.Bentuk persembahan menyerupai

sebuah orkestra sebenar. Pemain berbaris mengikut kumpulan alat. Seorang konduktor akan mengawal persembahan.

Seorang pengiring (biasanya guru muzik) akan memainkan melodi dengan piano atau satu instrumen @ menggunakan rakaman audio. Permainan perkusi dimainkan mengikut disiplin orkestra. Setiap alat dikumpulkan dalam satu kumpulan dan akan bermain serentak. Bagi tahap 2 KBSR melodian akan dimainkan oleh beberapa murid. Pemain akan bermain mengikut skor muzik yang telah disediakan. Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkan sesuatu alat perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik dari awal lagi. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bermain alat muzik melebihi keinginan untuk belajar muzik. Guru yang akan mengubah keinginan ini agar murid-murid dapat belajar muzik dalam erti kata sebenarnya.
POSTED BY SYAHARIMAN HAMID AT 11:01 PTG TIADA ULASAN: LABELS: PENGENALAN LINKS TO THIS POST

SELASA, SEPTEMBER 29, 2009

Alat Perkusi Tidak Berpic


Alat muzik yang tergolong dalam permainan muzik perkusi adalah : Diketuk, dipalu, digeselkan, digoncang Setiap alat menghasilkan satu ton sahaja. Biasanya dalan keluarga membranofon dan Ideofon. Mudah dipelajari dan diiringi oleh satu alat muzik utama sahaja seperti piano, melodian atau lain-lain yang biasanya dimainkan oleh guru pengiring serta rakaman audio.

POSTED BY SYAHARIMAN HAMID AT 8:51 PTG 2 ULASAN: LABELS: KLASIFIKASI ALAT PER KUSI

LINKS TO THIS POST

ISNIN, SEPTEMBER 28, 2009

Alat Perkusi Berpic

Semua jenis bunyi terhasil daripada getaran. Gelombang getaran diukur menggunakan unit ukuran Hertz, iaitu bilangan getaran lengkap setiap satu saat. Pic ialah standard getaran yang telah ditetapkan oleh ahli muzik terhadap bunyi daripada getaran yang stabil. Contohnya pic A mempunyai ukuran sebanyak 440Hz. Ukuran ini hanya boleh didapati daripada getaran bunyi yang stabil sahaja. Getaran yang tidak stabil tidak boleh dikukur unit Hznya. Oleh kerana ciri-ciri getaran alat perkusi yang terhasil ada yang stabil dan ada yang tidak stabil, maka alat perkusi juga turut dibahagikan kepada alat muzik perkusi berpic dan alat muzik tidak berpic. Getaran yang stabil menghasilkan bunyi pic manakala getaran yang tidak stabil menghasilkan bunyi tanpa pic. Alat perkusi berpic boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2 not dalam pic yang tepat dan standard. Alat-alat ini boleh memainkan melodi atau lagu. Contohnya: vibraphone, xylophone, marimba, gambang, slentem, caleste, tubular bells, glokenspiel, angklung dan timpani.
Kibod merupakan sejenis alat muzik berpic mirip organ dan piano tetapi menggunakan kuasa elektrik untuk memainkannya. Keyboard atau kibod dicipta dan diubahsuai semula dengan perkakasan elektronik. Konsep asal alat muzik Organ menggunakan tenaga salur paip angin dimainkan di gereja-gereja di benua Eropah pada zaman Barok lagi pada awal abad ke 15.

GAMBAR 1 Gambar 1 menunjukkan alat muzik organ berpaip telah wujud di zaman Renaissance dan di awal Zaman Barok Sistem alat muzik kibod Organ berfungsi dengan menggunakan tenaga udara yang disalurkan melalui silinder paip yang tersusun mengikut tiap bilah papan nadanya. Kibod memerlukan sumber tenaga secara terus atau menggunakan bateri biasanya bateri kering bagi memainkannya. Kibod juga mempunyai susunan papan nada atau keys yang tertentu bilangan oktafnya mengikut jenis dan model ciptanyanya sama seperti piano atau organ. Ada pelbagai jenis dan jenama kibod dari model yang lama hingga kepada yang baru mengikut perubahan dan keperluan semasa..

GAMBAR 2

Gambar 2 di atas menunjukkan bagaiman sistem alat muzik kibod Organ berfungsi dengan menggunakan tenaga udara yang disalurkan melalui silinder paip yang tersusun mengikut tiap bilah papan nadanya. Jenis-Jenis Kibod Pihak pengeluar kibod berjenama sentiasa berlumba untuk menghasilkan kibod yang terbaik atau dengan lebih tepatnya alat-alat muzik yang terbaik.Dengan ini terhasillah berbagai jenis kibod dari yang sederhana kepada yang agak canggih ciptaannya. Setiap pengeluar mengeluarkan berbagai-bagai model mengikut kemampuan pengguna dan juga keupayaan pengguna itu sendiri. Kualiti sesebuah kibod pula bergantung kepada berapa banyak keupayaannya berfungsi serta beroperasi dengan mudah semasa memainkannya. Jenis kibod yang ringkas dan agak sederhana buatannya hanya mampu menyediakan bilangan ton atau bunyi alat muzik serta beberapa jenis rentak (Style & Rhythm). Selain daripada itu kemampuannya terhad untuk diprogramkan atau dibuat rakaman main semula.

Cara kibod beroperasi berbeza di antara jenis-jenis model ciptaannya. Jenama kibod yang biasa digunakan serta terkenal ialah seperti YAMAHA, CASIO RHODES, TECHNICS dan KORG. Ada beberapa lagi jenama kibod yang harganya tidaklah mahal sekadar menyebut sebilangannya mampu dimiliki oleh seseorang yang ada minat dalam bidang muzik. Mengikut klasifikasi, alat-alat muzik keyboard terbahagi kepada tiga jenis iaitu kordofon, aerofon dan elektrofon. Antara alat-alat muzik keyboard ialah piano, organ, piano akordian dan synthesizer. Terdapat juga kibod yang memerlukan alat pembesar suara (speaker) untuk dimainkan dan ada jenis model yang sudah dibina pembesar suara (speaker) di dalam kibod itu sendiri. Piano Antara alat muzik keyboard yang paling popular ialah piano. Piano pertama telah dibuat di Florence, Itali pada tahun 1700 oleh Bartolommeo Cristofori. Beliau mendapat ilham untuk mencipta piano dengan mengambil contoh alat harpsikord yang begitu popular pada masa itu. Walau bagaimanapun, piano mengambil masa seratus tahun untuk mengatasi populariti harpsikord. Terdapat dua jenis piano yang sering dimainkan iaitu grand piano dan piano tegak. Untuk persembahan muzik profesional, grand piano menjadi pilihan kerana bunyinya yang lebih besar. Piano tegak selalunya digunakan sebagai alat muzik yang dimainkan di rumah. Piano moden mempunyai papan jejari dalam lingkungan tujuh oktaf yang membolehkan pemain piano memainkan muzik seperti sebuah orkestra. Dalam apa-apa muzik sekalipun sama ada jaz, pop rock mahupun klasikal, piano tetap menpunyai kedudukan sebagai alat muzik terpenting kerana kemampuannya menjadi alat melodi dan juga iringan.

Organ Organ terbahagi kepada dua klasifikasi. Organ jenis aerofon ialah organ berpaip yang biasanya digunakan di gereja. Ia menggunakan kuasa angin yang dipam melalui paip-paip khas. Jenis yang kedua ialah organ eletrofon atau moden yang menggunakan kuasa elektrik untuk meghasilkan bunyi. Organ ini lebih ringan, mudah alih dan jauh lebih murah berbanding dengan organ aerofon. Ini menjadikannya alat muzik yang sesuai untuk persembahan konsert serta digunakan di gereja kerana kemampuannya meniru bunyi yang hampir sama dengan organ paip. Pada sekitar tahun 1930 an di Amerika Syarikat, organ elektrik yang paling popular ialah organ harmonium. Ketika era muzik rock dan blues pada tahun 1960 an, muncul pula organ elektronik. Organ elektronik meggunakan kaedah litar elektronik yang lebih mudah untuk menghasilkan bunyi. Hasilnya, organ ini lebih kecil saiznya serta mudah alih selain harganya yang murah. Organ jenis ini menjadi alat muzik kegemaran pemuzik-pemuzik kontemporari. Apa Kelebihannya Kibod? Kelebihan utama kibod ialah keupayaannya berfungsi sebagai alat muzik All in One dan menjadi begitu canggih serta menakjubkan dunia muzik hari ini. Semua kibod adalah kromatik dan dilengkapi dengan pelbagai warna ton serta renj pic yang baik. Melodi dan harmoni boleh dimainkan secara serentak diiringi dengan automatik bassnya. Antara kelebihan kibod ialah;

SELASA, SEPTEMBER 29, 2009

Alat Perkusi Tidak Berpic


Alat muzik yang tergolong dalam permainan muzik perkusi adalah : Diketuk, dipalu, digeselkan, digoncang Setiap alat menghasilkan satu ton sahaja. Biasanya dalan keluarga membranofon dan Ideofon. Mudah dipelajari dan diiringi oleh satu alat muzik utama sahaja seperti piano, melodian atau lain-lain yang biasanya dimainkan oleh guru pengiring serta rakaman audio.

POSTED BY SYAHARIMAN HAMID AT 8:51 PTG 2 ULASAN: LABELS: KLASIFIKASI ALAT PER KUSI

LINKS TO THIS POST

ISNIN, SEPTEMBER 28, 2009

Alat Perkusi Berpic

Semua jenis bunyi terhasil daripada getaran. Gelombang getaran diukur menggunakan unit ukuran Hertz, iaitu bilangan getaran lengkap setiap satu saat. Pic ialah standard getaran yang telah ditetapkan oleh ahli muzik terhadap bunyi daripada getaran yang stabil. Contohnya pic A mempunyai ukuran sebanyak 440Hz. Ukuran ini hanya boleh didapati daripada getaran bunyi yang stabil sahaja. Getaran yang tidak stabil tidak boleh dikukur unit Hznya. Oleh kerana ciri-ciri getaran alat perkusi yang terhasil ada yang stabil dan ada yang tidak stabil, maka alat perkusi juga turut dibahagikan kepada alat muzik perkusi berpic dan alat muzik tidak berpic. Getaran yang stabil menghasilkan bunyi pic manakala getaran yang tidak stabil menghasilkan bunyi tanpa pic. Alat perkusi berpic boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2 not dalam pic yang tepat dan standard. Alat-alat ini boleh memainkan melodi atau lagu. Contohnya: vibraphone, xylophone, marimba, gambang, slentem, caleste, tubular bells, glokenspiel, angklung dan timpani.
POSTED BY SYAHARIMAN HAMID AT 8:39 PTG 1 ULASAN: LINKS TO THIS POST