Anda di halaman 1dari 1

Tiga aspek pernafasan yang perlu ada pada setiap penyanyi ialah: a)Kemampuan menyedut seberapa banyak udara

yang boleh b)kemampuan melakukan pernafasan dengan cepat c)kemampuan mengawal pelepasan pernafasan Perkara yang perlu dielakan untuk mengawal pernafasan: a)Ketegangan b)Coup de glotte penghasilan suara dengan keadaan kerongkong yang tertutup.(terutama dipermulaan dan diakhir frasa) SUARA MANUSIA Suara manusia mengandungi bunyi yang dihasilkan oleh seseorang menggunakan vokal cord untuk bercakap, ketawa, menjerit atau menangis. Vokal cord yang bergabung dengan gigi, lidah dan bibir akan menghasilkan bunyi.

REGISTER SUARA MANUSIA Suara manusia adalah satu alat yang unik dan komplek. Manusia mempunyai vokal cords yang mana ianya dapat melonggar dan menyempit atau menukar ketebalan setiap suara yang dihasilkan. Bentuk dada dan leher, kedudukan lidah dan kedudukan otot yang tidak berkaitan adalah boleh diubahsuai. Tindakbalas dari bahagian-bahagian badan yang disebutkan tadi akan menghasilkan pic, kekuatan suara, kepelbagaian bunyi dan ton suara yang dihasilkan. Sesuatu yang penting tentang suara yang dihasilkan oleh penyanyi adalah bunyi yang di hasilkan oleh penyanyi itu sendiri atau dikenali sebagai daftar suara. Istilah yang digunakan untuk mengenalpasti daftar suara adalah diambil dari bahagian badan yang digunakan untuk menghasilkan suara. Terdapat banyak perbezaan pendapat dan teori tentang apakah daftar suara, bagaimana ianya dihasilkan dan berapakah daftar suara yang terdapat pada manusia. Dalam topik ini, anda akan didedahkan dengan tiga jenis daftar suara yang selalu digunakan di dalam nyanyian iaitu suara dada, suara tengah dan suara kepala. SUARA DADA (SUARA RENDAH) Suara dada adalah suara yang biasanya digunakan dalam percakapan seharian. Apabila kita bercakap dengan seseorang yang ada berhampiran dengan kita dengan menggunakan suara biasa, kita akan dapat merasai bunyi yang kita keluarkan adalah datangnya dari bahagian atas dada kita. Ini adalah kerana frekuensi bunyi yang rendah mempunyai gelombang yang panjang, dan bergetar didalam bahagian dada. Bila kita menyanyikan not di pertengahan renj suara kita, kita sebenarnya menggunakan suara dada. Kualiti ton suara dada selalunya dikatakan mempunyai ciri-ciri yang kaya, penuh, dalam, nyaring dan kuat. SUARA TENGAH Suara tengah juga dikenali sebagai suara campuran yang mana ianya digunakan untuk menerangkan renjnya adalah terdapat diantara suara dada dan suara kepala. Dengan latihan yang mencukupi, kebanyakan penyanyi boleh memilih samada untuk menyanyikan not dalam renj suara dada atau suara kepala.