Anda di halaman 1dari 3

ISL MINGGU 17

DEFINISI - Perisian aplikasi merupakan program yang direka untuk memudahkan membantu pengguna dalam melakukan tugas seharian seperti menaip, mengira atau membuat grafik. - Perisian juga membolehkan pengguna membaca dan berinteraksi dengan teks, imej dan maklumat lain di laman web semasa melayari internet. - Jenis perisian aplikasi ialah o perisian pemprosesan perkataan o perisian hamparan elektronik o perisian persembahan o perisian pangkalan data o perisian grafik o pelayan internet o penerbitan meja

JENIS-JENIS DAN FUNGSI PERISIAN APLIKASI Pemprosesan Perkataan (Word Processing)

- Perisian yang boleh melakukan tugas seperti sunting dokumen, cari dan ganti, cantum e-mel, kaki dan kepala dokumen, nota kaki, fungsi matematik, penjana indeks, penjana kandungan dan import/eksport dokumen. - Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti menyediakan maklumat dalam bentuk dokumen seperti memo, laporan, surat menyurat, minit mesyuarat dll yang perlu ditaip. - Kegunaan awam seperti menaip tugasan, surat, jurnal, log wayang gambar dll. - Kelebihan perisian: o mencipta dokumen dan menyunting semula o mencetak teks bersama grafik seperti surat, notis, kertas kerja dll. o menyimpan memo atau dokumen yang telah ditaip ke dalam cakera o mencipta di lain masa, mengubahnya, mencetak semula dll dengannya. - Contoh: Microsoft Word, Lotus AMI Pro, Star Office Writer, Corel WordPerfect dan TexMaker

Hamparan Elektronik (Spreadsheet)

- Perisian ini membolehkan pengiraan dilakukan dengan pantas dan tepat kerana ia berkeupayaan melakukan pengiraan secara automatik pada lajur dan baris apabila nombor-nombor ditukar. - Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti boleh melakukan pengiraan automatik, boleh menganalisa dan merancang perniagaan serta berupaya menterjemah data ke dalam bentuk grafik/data. - Kegunaan awam seperti dapat menyimpan data belanjawan persendirian yang melibatkan pengiraan yang kompleks dan dapat menghasilkan output samada dalam bentuk elektronik ataupun bentuk cetakan. - Kelebihan perisian: o mencipta, menyimpan, memadam atau mengedit rekod o menyusun dan menyisih rekod o membuat pengiraan matematik, statistik, kewangan dan kejuruteraan berdasarkan formula. o memeaparkan maklumat dalam bentuk jadual dan carta - Contoh: Microsoft Excel, Lotus 123 dan FoxPro

Perisian Persembahan (Presentation)

- Perisian ini membantu pembina membuat persembahan dengan mengabungkan unsur animasi, audio, video dan grafik bertujuan untuk menarik perhatian pengguna dan menjadikan persembahan tidak membosankan. - Kegunaan dalam bidang perniagaan seperti digunakan untuk mempersembahkan/membentang data dan idea kepada pelanggan atau orang awam. Elemen persembahan mungkin terdiri datipada teks, jadual, lukisan klip, gambar atau grafik niaga. - Kelebihan perisian: o menarik minat penonton/pengguna o memberi motivasi kepada penonton/pengguna o mudah difahami oleh penonton/pengguna - Contoh: Microsoft PowerPoint, Harvard Graphic dan Lotus Freelance.

Pelayar Internet (Browser)

- Pelayar web adalah aplikasi untuk melayari internet. Ia menterjemahkan bahasa-bahasa pengaturcaraan web kepada antaramuka grafik yang dapat dipahami pelayar internet. - Kelebihan perisian: o menyimpan alamat (URL) sesuatu web kegemaran atau yang sering dilawati o mencetak maklumat yang menarik dalam laman web o menjejak sejarah laman web yang pernah dilawati sebelum ini o memindah turun fail-fail seperti format fail pdf, mp3, doc dll o membuat naik fail-fail tertentu ke komputer pelayan - Contoh: Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome, Safari dan Opera