Anda di halaman 1dari 2

Sima Qian (145 SM - 90 SM) adalah seorang sejarawan dan negarawan di zaman Dinasti Han.

Karyanya yang termashyur adalah Catatan Sejarah Agung yang merupakan catatan sejarah terlengkap pertama di Tiongkok bahkan di dunia yang mencatatkan sejarah peradaban Tiongkok sejak zaman Kaisar Kuning sampai masa Dinasti Han. Ketika berusia 20 tahun, ia mengadakan perjalanannya yang pertama. Ia bepergian dari utara ke selatan, sepanjang Sungai Kuning dan Sungai Yangtze. Ia juga mendaki gunung Hui Ji untuk menjelajah kuburan Yu, pendiri Dinasti Xia yang terkenal dan pergi ke gunung Jinyi di provinsi Hunan untuk menyelidiki tanah pemakaman Shun, raja terkenal dari Cina kuno. Perjalanan berikutnya melalui sungai Yuan dan Xiangjiang kemudian menuju utara sepanjang sungai Wen dan Si. Kemudian ke Sungai Buluo tempat penyair patriotik Qu Yuan melompat bunuh diri setelah mengalami ketidakadilan. Tempat bersejarah lain yang dia kunjungi adalah kota benteng Xiehe yang merupakan tempat raja-raja Chu dan Han bertempur demi kekuasaan. Dan dalam perjalanan pulang ke Chang'an, dia melalui negara bagian Liang dan Chu. Tiga tahun kemudian, Sima Qian menggantikan posisi ayahnya sebagai sejarawan agung kenegaraan. Dalam posisi ini, ia biasa membaca semua arsip dan dokumen istana. Pada tahun 104 SM, Sima Qian mulai menggunakan waktu senggangnya untuk menulis Catatan Sejarah Agung. Namun lima tahun kemudian, pada usia 47 tahun, Sima Qian mengalami goncangan keras dalam hidupnya ketika masalah Li Ling terjadi. Pernyataan Sima Qian menyebabkan Kaisar menjatuhkan hukuman mati untuk Sima Qian atas protes. Pada saat itu, tahanan yang akan dihukum mati bisa lepas dari hukuman dengan dua cara. Cara pertama dengan menggunakan wang jaminan pembebasan. Namun keluarga Sima Qian terlalu miskin . Bahkan, teman-temannya juga dari golongan yang sama dan tidak seorang pun yang membantunya. Cara kedua adalah dengan dikebiri. Kebanyakan sarjana sanggup mati daripada menerima hukuman seperti ini. Namun karena janji Sima Qian kepada ayahnya untuk meneruskan usaha ayahnya sebagai sejarahwan agung, akhirnya Sima Qian memilih untuk dikebiri. Hal ini jelas menunjukkan semangat kegigihan Sima Qian untuk menunaikan janji yang telah dipesahkan oleh ayahnya, walaupun beliau telah mengalami hukuman seperti dikebiri juga tidak pernah berputus asa dalam sepanjangan hayatnya.

Qu Yuan (340-278 sebelum Masehi) dilahirkan dalam keluarga bangsawan di negeri Chu. Ketika baru berusia 20 tahun, beliau sudah menjadi pegawai kanan dan sangat dipercayai oleh Raja Huai. Kononnya, beliau boleh masuk ke istana bila-bila sahaja untuk berbincang dengan baginda untuk mengeluarkan perintah, dan juga dapat bertemu dengan utusan dari negerinegeri lain sebagai wakil baginda. Jadi, beliau dikatakan pernah menjadi pegawai yang paling penting dalam kerajaan pada suatu ketika dahulu.

Bagaimanapun, kerana difitnah oleh bangsawan lain, akhirnya beliau telah dipulaukan oleh Raja Huai. Meskipun dipulaukan, rasa cinta beliau terhadap Negeri Chu tidak terjejas langsung. Dalam tempoh tersebut, beliau telah mencipta banyak sajak yang penuh dengan unsur patriotik. Antaranya, 25 buah sajak yang dihasilkannya itu masih popular hingga kini. Sajak "Li Sao" merupakan sajak yang paling terkenal yang pernah dicipta oleh beliau. Dalam sajak ini, Qu Yuan mengutuk amalan memberi dan menerima rasuah, tidak menghiraukan undang-undang dan pelbagai jenayah lain, yang memperlihatkan semangat patriotik beliau yang lebih mengutamakan kepentingan negeri. Pada tahun 278 sebelum Masehi, Negeri Chu telah dimusnahkan oleh kerajaan Negeri Qin. Apabila mendengar berita tersebut, Qu Yuan telah membunuh diri dengan terjun ke Sungai Miluo. Semangat kegigihan beliau boleh nampak ke atas sentiasa rasa cinta serta membimbang akan negara serta merisau, walaupun telah dipulaukan oleh raja.

Anda mungkin juga menyukai