Anda di halaman 1dari 3

Kebaikan budaya musyawarah dan kolaborasi kepada seorang guru.

Kepentingan mencari ilmu turut ditegaskan dalam setiap agama."Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan menunjukkan jalan yang perlu ditempuhinya untuk menuju Syurga."Pembelajaran sepanjang hayat bermaksud motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal ataupun profesional.

PELAN PEMBELAJARAN PERIBADI

Guru ialah contoh dan role model paling dekat dengan murid, maka belajar bagaimana belajar (learn how to learn) perlu dipaparkan melalui perlakuan dan tindakan guru sendiri.

Antara pelan pembelajaran pembelajaran peribadi yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut:

i. Pembelajaran di Rumah ii. Pendidikan Dewasa iii. Pendidikan Berterusan iv. Pengetahuan Pekerja v. Persekitaran Pembelajaran Kendiri (PPK)

Pada masa sekarang terdapat beberapa program pendidikan yang boleh berlangsung di rumah, antaranya pembelajaran melalui talian atau dikenali sebagai online learning (OLL) merupakan satu pendekatan yang membolehkan seseorang meneruskan pengajian tanpa perlu berada di kolej atau universiti untuk berinteraksi secara bersemuka dengan guru atau pensyarah.

Peluang meningkatkan ilmu turut berlaku di tempat - tempat kerja yang kerap dirujuk sebagai Latihan Pembangunan Staf (LPS) untuk meningkatkan tahap kecekapan dan kompetensi dalam kerjaya masing - masing.

Pendidikan

berterusan

lebih

bertumpu

pada

usaha

seseorang

untuk

menyambung pengajiannya di sesebuah kolej atau universiti untuk memperoleh sijil, diploma atau ijazah lanjutan sama ada secara sepenuh masa atau secara sambilan.

Sebagai seorang guru, perlulah menerokai bidang kerja mereka yang berkaitan dengan pengetahuan pedagogi (pedagogical content knowledge), kandungan mata pelajaran (subject content knowledge), psikologi murid dan perkara - perkara yang melibatkan pengurusan bilik darjah.

Oleh itu, konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat menerusi PPK adalah sesuatu yang baharu dan selaras dengan konsep e- learning yang diperkenalkan.

Untuk memperhebatkan lagi konteks pembelajaran sepanjang hayat ini dilaksanakan, pelbagai penekanan yang telah dilakukan. Salah satu daripadanya adalah kolaborasi musyawarah.

Kolaborasi didefinisikan sebagai bekerja dengan orang lain dalam projek bersama yang tidak mempunyai matlamat yang sama hendak dicapai. Musyawarah ialah rundingan yang berlangsung dan mencapai kata sepakat atau persetujuan terhadap sesuatu tindakan yang diambil.

Kepentingan kolaborasi ini adalah kerana melalui kajian mendapati bahawa guru boleh berkembang secara profesional melaluinya. (Lieberman, 1986a, 1986b; Hopkins et all.,1994).

Lieberman juga menekan bahawa sesebuah sekolah akan lebih berjaya untuk guru dan muridnya sekiranya guru bekerja secara kolaboratif untuk menyelesaikan masalah,dan diberi kuasa autonomi yang maksimum untuk menjalankan kerja mereka. Di mana kepakaran dalam pengajaran lahir daripada proses perkongsian, mencuba idea - idea baharu, membuat refleksi ke atas amalan dan membina pendekatan - pendekatan baharu.

Antara elemen kolaborasi ini adalah: i. Hubungan kerja berterusan ii. Kepercayaan dan sukarela iii. Peningkatan kemahiran dan daya usaha berterusan iv. Bekerjasama untuk perkembangan v. Penghargaan secara langsung.

Cara - cara guru berkolaborasi pula adalah: i. Pengajaran berpasukam ii. kolaborasi melalui Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) iii. Kolaborasi antara organisasi/institutsi/agensi

Rumusannya, musyawarah dan kolaborasi perlu dijadikan amalan oleh para guru dalam menentukan sesuatu keputusan bersama - sama demi perolehi hasil yang cemerlang.