Anda di halaman 1dari 15

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

JIP EDU3101
NAMA : WONG SIEW BIN LOH BOON PING KELAS : PISMP SEM 1 PENDIDIKAN PEMULIHAN BM/MT/BI 1
NAMA PENSYARAH: TN HAJI NAZRI WAN SENIK

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG)


Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara serta menyanjung warisan

kebudayaan Negara, menjamin perkembangan


individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin

MATLAMAT FPG
Untuk menjadi panduan bagi individu dan pihak yang terlibat dengan dunia pendidikan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Melahirkan guru-guru yang berkualiti dari segi: a) Peribadi b) Profesional c) Sosial dan amalan tingkah laku. d) Menguasai ilmu. e) Kemahiran f ) Amalan nilai-nilai keguruan.

ANALISIS FPG
Elemen-elemen FPG Berpekerti mulia Berpandangan progresif dan saintifik Analisis - Sahsiah guru yang baik -Berkembang mengikut peredaran zaman - Menekankan sains dan teknologi - Tidak ketinggalan dari segi profesional. -Menghayati aspirasi negara - Berusaha mencapai aspirasi negara. -Menghayati dan memupuk sifat bangga terhadap kepelbagaian budaya. - Menyemai sifat patriotisme. - Menjamin perkembangan diri dan murid secara menyeluruh (aspek JERI) -Menyumbang kepada pembangunan negara. - Berusaha agar masyarakat dapat memenuhi aspirasi dan hasrat negara.

Bersedia menjunjung aspirasi Negara Serta menyanjung warisan kebudayaan Negara Menjamin perkembangan individu Memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin

VIDEO Teachers Make A Difference

Ciri-ciri Keguruan Yang Terdapat Dalam Video Tersebut.

1) Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya. 2) Mengetahui keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. 3) Mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang.

4) Menjadi kaunselor kepada murid-murid. 5) Bertindak sebagai penyebar ilmu . - melahirkan insan yang berilmu dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS. 6) Memiliki sifat-sifat komited pada tugas, sanggup berkorban masa dan tenaga serta mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya.

7) Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model. - Mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. 8) Bertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu. - Memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu.

9) Mengamalkan kemahiran profesional. - Mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 10) Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.

Peranan Guru dalam Merealisasikan FPG


1) Melengkapkan diri dengan pengetahuan am dan pengetahuan dalam mata pelajaran, serta pengetahuan ikhtisas keguruan. 2) Mengamalkan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Guru, khasnya mengembangkan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. 3) Meyemai dan memupuk amalan nilai-nilai murni dan etika keguruan kepada diri dan pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru.

Peranan Guru dalam Merealisasikan FPG


4) Menyempurnakan tanggungjawab dan akauntabiliti sebagai insan guru yang sentiasa mencari ilmu serta mengamalkannya bagi memenuhi tuntutan keperluan pendidikan dan masa depan.

5) Menggunakan ilmu dan kemahiran mendidik serta nilai keguruan merangsang perkembangan pelajar 6) Membentuk identiti murid dan cara pemikiran yang positif agar mampu menjunjung aspirasi negara dan menjayakannya.

Peranan Guru dalam Merealisasikan FPG


7) Sebagai rol model dengan memaparkan teladan yang baik seperti bermoral, beretika dan bersifat profesional dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 8) Mengajar budaya dari pelbagai warisan kepada anak muridnya agar lebih memahami dan mendalami keunikannya. 9) Guru hendak berkembang mengikut peredaran zaman dan tidak ketinggalan dari era globalisasi.

Rujukan
Abdul Rahim M. Ali. (2001). Ilmu Pendidikan DPM :Pendidikan di Malaysia dan Psikologi Pendidikan. Selangor: Utusan publications & Distributors Sdn Bhd. Chong Lean Keow. (2008). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Najeemah Md. Yusof. (2006). Konsep Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. http://bakorlambok.tripod.com/falsafah/1.4falsafahpe ndidikan.htm http://www.skpa-bgnpinang.net/v2/buletin-skpa/111nilai-nilai-keguruan.html

Sekian, Terima Kasih.

Anda mungkin juga menyukai