Anda di halaman 1dari 11

Senarai kandungan

Unit 1.0 Pengenalan 2.0 Objektif 3.0 Alatan amali 4.0 Spesifikasi 5.0 Prosedur 6.0 Keputusan 7.0 Perbincangan 8.0 Kesimpulan dan Cadangan 9.0 Rujukan 10.0 Lampiran

Muka surat 2 3 3 5 6 7 9 10 11 12

Tajuk amali: Marcet Boiler Semester: 5 Program: DJL Kod: J4141 Nama Kursus: Amalan Bengkel Loji

Pengenalan Marcet Boiler merupakan salah satu unit yang direka untuk memberi gambaran asas prinsip termodinamik dalam penjanaan stim. Pelajar berkebolehan untuk mempelajari kepentingan hubungan antara tekanan melawan suhu dalam keseimbangan air. Selain itu, unit ini mengandungi stainless-steel pressure vessel yang digabungkan bersama pemanas elektrik bertekanan tinggi. Unit ini juga mempunyai pressure relief valve, thermometer dan tiub bourdon. Inlet handle valve dan oulet handle valve juga turut dilengkapi bagi membolehkan air masuk dan keluar dari sistem unit ini. Seterusnya, unit ini didatangkan dengan transduser suhu dan tekanan. Dengan ini, pelajar dapat membaca dan merekod nilai yang diterjemahkan pada alat penunjuk digital dipaparkan pada komputer. Pelajar juga dapat memerhati peningkatan suhu semasa operasi sistem unit ini dijalankan.

Objektif 1) Pelajar dapat memahami konsep asas dandang dalam menghasilkan stim pada tekanan tinggi. 2) Dapat memberikan pendedahan mengenai hubungkait antara suhu dan tekanan semasa penjanaan stim berlaku. 3) Pelajar dapat membandingkan nilai sebenar dan nilai ukuran. 4) Pelajar dapat mengenalpasti komponen asas yang terdapat pada bahagian dandang.

Alatan Amali LOTUS SCIENTIFIC LS-17002 Marcet Boiler Apparatus

Rajah 1 : control panel marcet boiler

Rajah 2: sistem paparan berkomputer

Rajah 3: kelengkapan marcet boiler

Rajah 4 Komponen dan alatan Marcet Boiler

Spesifikasi

1) Pressure vessel 2) Pressure gauge 3) Control panel 4) Transduser suhu dan tekanan 5) Operating pressure max 15 Bar 6) Electrical heater 7) Temperature controller 8) Safety pressure relief valve

Prosedur Amali

1) Inlet water handle valve dibuka. 2) Air dimasukkan ke dalam pressure vessel sehingga memenuhi ruang. 3) Inlet water handle valve ditutup. 4) Bekas untuk menakung air lebihan diletakkan dihujung hose water outlet. 5) Outlet water handle valve dibuka untuk mengeluarkan air daripada pressure vessel sehingga mencapai setengah paras. 6) Outlet water handle valve ditutup. 7) Suis heater dihidupkan. 8) Suhu ditetapkan pada 270C mengikut suhu bilik pada permulaan pengoperasian unit ini dijalankan. 9) Tunggu sehingga takat tekanan mencapai 8 Bar pada tiub bourdaon dan bacaan yang dipaparkan pada skrin computer. 10) Setelah mencapai tekanan sehingga 8 Bar, pressure relief valve akan berfungsi mengelurkan stim lebihan secara automatic. 11) Pemerhatian dilakukan melibatkan masa, suhu dan tekanan yang dipaparkan pada jadual. 12) Pemerhatian juga turut dilakukan melibatkan suhu melawan tekanan yang dipaparkan dalam bentuk graf. 13) Bacaan pada graf dicetak. 14) Suis unit ini dipadamkan. 15) Stim didalam pressure vessel dikeluarkan melalui oulet water handle valve.

Keputusan amali

180

160

140

120 temperture C

100

80

60

40

20

0 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 pressure (bar)

Graf 1: bacaan nilai sebenar

Graf 2 bacaan nilai sebenar

Perbincangan

7.1 Senaraikan semua injap dan komponen yang diperlukan dalam amali ini?

1) Tiub bourdon 2) Inlet water handle valve 3) Outlet water handle valve 4) Pressure relief valve 5) Control panel 6) Pressure controller 7) Temperature controller 8) Electrical heater 9) Computer 10) Container 11) Hose

7.2 Senaraikan langkah-langkah keselamatan yang diambil untuk melakukan amali ini?

1) Jangan menghampiri pressure vessel ketika pengoperasian unit ini dilakukan. 2) Patuhi setiap arahan dan peraturan semasa melakukan amali ini. 3) Safety glove digunakan ketika memegang komponen pada unit ini. 4) Pengudaraan dalam keadaan baik seperti membuka tingkap ketika melakukan amali ini. 5) Tidak bergurau ketika melakukan amali ini. 6) Berada ditempat amali sepanjang pengoperasian unit ini dijalankan.

7.3 Nyatakan kelebihan dan kekurangan semasa menjalankan amali ini? Kelebihan daripada amali ini adalah pendedahan secara menyeluruh dengan menggunakan alatan yang ringkas dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Kekurangan yang terdapat semasa menjalankan amali ini adalah kesukaran mendapat bacaan yang tepat pada tolok bourdon, kekerapan kehilangan tekanan mudah berlaku dan tidak mempunyai aspek keselamatan yang mencukupi.

Kesimpulan dan Cadangan Hasil daripada amali yang dijalankan, pelajar telah melakukan pemerhatian dan telah mendapati perbezaan antara nilai sebenar dan nilai ukuran. Hasil daripada pemerhatian terhadap kecerunan graf, pelajar mendapati bahawa kenaikan suhu melawan tekanan bagi nilai ukuran adalah lebih cepat berbanding dengan nilai sebenar suhu melawan tekanan. Kecerunan pada nilai ukuran adalah lebih besar berbanding kecerunan pada nilai ukuran sebenar.Jika dibandingkan nilai sebenar mengikut jadual stim, proses kenaikan suhu dan tekanan adalah lebih cepat berbanding dengan nilai ukuran. Selain itu, kesabaran diperlukan untuk melakukan amali ini kerana semasa pengoperasian,unit ini memerlukan masa yang lama untuk melihat perubahan yang berlaku diantara suhu dan tekanan Seterusnya, sifat bertanggungjawab dan displin diamalkan contohnya dengan tidak mengabaikan aspek keselamatan seperti memakai sarung tangan semasa proses memegang peralatan unit ini. Justeru itu, diharapkan agar pihak politeknik khususnya unit penyelenggaraan menjalankan kerja-kerja selenggara ke atas peralatan Marcet Boiler ini secara proaktif kerana pressure relief valve tidak berfungsi semasa amali dijalankan dan boleh menyebabkan kemalangan jika perkara ini tidak diselesaikan dengan segera.

10

9.0 Rujukan http//:www.solution.com.my

10.0 Lampiran

Rajah 10.1: marcet Boiler

11