Anda di halaman 1dari 11

SOALAN 1 a) Huraikan dengan ringkas peranan model berikut yang berkaitan dengan Teori Pemerolehan dan Perkembangan Bahasa:

i) ii) iii) Model Behavioris Model nativis Model Konstruktis

Pengenalan Perkembangan Bahasa Bahasa merupakan sesuatu yang menghubungkan sesuatu komuniti dengan satu komuniti yang lain. bahasa boleh diperolehi melalui persekitaran dan pembelajaran secara formal. i. Teori Behavioris

Teori ini juga turut dikenali sebagai teori pelaziman klasik dan teori mekanis. Teori ini dipelopori oleh B. Watson, Thorndike, Ivan Pavlov dan B.F. Skinner. Mereka menyatakan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan dan perubahan tingkah laku. Para pakar behaviorisme berpendapat bahawa sama seperti perilaku lainnya misalnya duduk, berjalan atau berlari. Mereka juga menyangkal teori yang mengatakan bahawa kanak-kanak lahir dengan membawa kapasiti atau potensi berbahasa. Ini dibuktikan oleh Brown dalam Principles of Language Learning and Teaching yang menyatakan bahawa kanak-kanak lahir ke dunia ini ibarat sehelai kain putih tanpa ada apa-apa calitan. Persekitaran yang akan mencorakkan warna kain tersebut. Teori ini lebih menekankan perilaku dan individu banyak belajar melalui pengalaman daripada otaknya. Justeru itu, teori ini berpendapat bahawa bahasa terjadi hasil daripada operasi ransangan dan gerak balas yang bergantung pada ciri-ciri naluri manusia. Maka, teori ini menyimpulkan bahawa bahasa merupakan satu tabiat yang boleh bdiwujudkan dalam diri kanak-kanak melalui proses pengulangan dengan adanya latihan yang berterusan dan peneguhan yang positif. B.F Skinner berpendapat bahawa kanak-kanak memperoleh bahasa berdasarkan ransangan iaitu pemberian ganjaran atau

peneguhan. Sekiranya kanak-kanak diberi ganjaran seperti hadiah dan peneguhan seperti pujian, pastinya mereka akan mengulangi perlakuan yang sama kerana inginkan ganjaran. Teori ini juga menyatakan bahawa kanak-kanak memperolehi bahasa melalui persekitaran mereka. maka, ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang penting dengan banyak berkomunikasi dengan anak-anak, menggunakan perkataan yang baik semasa bercakap dengan mereka, tidak menggunakan bahasa yang kesat. Ini kerana,

kanak-kanak akan mendengar apa yang diucapkan berulang kali oleh ibu bapa mereka sehingga mereka dapat mengucapkannya dengan betul dan lancar. Beliau juga berpendapat seorang guru haruslah menggunakan cara yang efektif untuk mengajar kanak-kanak. oleh itu, sebelum mengajar kanak-kanak guru perlu mengetahui bagaimana cara mengajar bahasa kepada anak-anak mereka. Teori behaviouris dibina berdasarkan konsep-konsep berikut: Tingkah laku Terdapat 2 jenis tingkah laku: a) Refleksi seperti pantulan lutut apabila diketuk b) Tingkah laku Operan yang dipengaruhi oleh keseronokan bagi ransangan positif dan kesakitan bagi ransangan negatif. Pengukuhan positif Pemberian makanan yang istimewa, permainan, pujian dan dakapan mampu meningkatkan kekerapan tingkah laku yang diingini oleh kanak-kanak. selain itu, pemberian masa yang lebih kepada kanak-kanak juga merupakan satu motivasi dalam melaksanakan tugas pendidikan. Pengukuhan negatif Pengukuhan negatif akan berubah menjadi dendaan atau hukuman sekiranya seorang guru tidak berhati-hati. Ini kerana, pengukuhan negatif biasanya berkesan apabila diikuti dengan pengukuhan negatif. Misalnya, seorang kanak-kanak yang

berperangan tidak elok diminta berdiri di suatu sudut. Setelah beberapa ketika, kanak-kanak tersebut akan diminta kembali semula ke tempat duduknya. Ini merupakan satu pengalaman yang tidak diingini bagi kanak-kanak tersebut. Dendaan Penyelidik telah mendapati bahawa dendaan dapat mengubah tingkah laku tetapi ia mesti dilaksanakan sebaik sajaka tingkah laku yang tidak diingini berlaku. Namun begitu, dendaan juga mampu menimbulkan kesan sampingan seperti wujudnya

perasaan benci dan takut kepada sekolah. Tiada pengukuhan Tiada pengukuhan bermaksud guru tidak mempedulikan tingkah

laku yang baik atau sebaliknya. Ini adalah kerana, guru mahu kanak-kanak sedar bahawa sudah tiba masanya mereka tidak perlu lagi mengharapkan ganjaran yang berterusan. Dalam tingkah laku yang tidak diingini, tiada pengukuhan dapat yang dapat menyebabkan kanak-kanak berhenti daripada tingkah laku tersebut. Perubahan tingkah Tingkah laku kanak-kanak dapat berubah sekiranya salah satu laku daripada kaedah di atas digunakan. Sebagai seorang guru, objektif pengajaran perlu disusun dengan jelas dan pembelajaran pula haruslah mengikut urutan daripada yang mudah ke kompleks dan daripada konkrit ke abstrak.

Dalam perkembangan bahasa, teori behavirious banyak membantu kanakkanak. ini kerana mereka selalunya akan mengajuk perkataan yang didengar dan melafaazkannya dengan berulang-ulang kali. Sebagai ibu bapa dan guru ganjaran dan peneguhan yang positif haruslah diberikan kepada kanak-kanak sekiranya mereka berjaya menyebut sesuatu perkataan yang baru dengan betul. Misalnya, memuji mereka dan memberikan hadiah seperti makanan kegemaran mereka. sebaliknya, apabila mereka menyebut sesuatu perkataan yang tidak elok teguran haruslah diberi kepada kanak-kanak agar mereka tidak terus menyebut perkataan yang tidak elok Kesimpulannya, teori behavioris berpendapat bahawa pembelajaran berlaku apabila seseorang menerima ganjaran ataupun pengukuhan akibat tingkah laku ataupun tindak balas yang betul daripada sesuatu ransangan. Pembelajaran kanak-kanak berlaku akibat syarat-syarat yang ditentukan oleh orang dewasa dan persekitaran. Kanak-kanak belajar apabila keperluan mereka dipenuhi ataupun tidak dipenuhi oleh orang lain dan faktor persekitaran.

ii.

Teori Nativisme

Teori nativis dipelopori oleh Avran Noam Choamsky. Teori ini berpandangan bahawa kanak-kanak telah membawa satu kapasiti ataupun memori berbahasa sejak dari lahir. Ini bermakna perkembangan bahasa kanak-kanak tersebut adalah bergantung kepada pembawaan diri dan genetic kedua ibu bapa. Choamky mengatakan terdapat dua proses yang berlaku apabila seseorang kanak-kanak memperoleh bahasa pertamanya, iaitu proses kompetensi dan proses performansi. Proses kompetensi bermaksud penguasaan tatabahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik oleh kanak-kanak. Menurut choamsky, kompetensi telah sedia ada dalam diri kanak-kanak kerana ia merupakan pembawaan dari lahir tanpa disedari. Namun begitu, kompetensi masih lagi memerlukan pengukuhan agar kanak-kanak boleh melakukan proses performansi dengan baik. Proses performansi merujuk kepada kebolehan kanak-kanak menggunakan bahasa dalam interaksinya dengan orang lain. Proses performansi pula terbahagi kepada dua iaitu proses pemahaman dan proses penerbitan perkataan. Proses pemahaman adalah melibatkan kemampuan kanakkanak mengamati dan mentafsir perkataan-perkataan yang didengar. Pendapat Choamsky turut disokong (Haliza Hamzah, Joy. N. Samuel (2008), Perkembangan Kanak-Kanak) yang menyatakan bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan menggunakan tatabahasa universal ini. mereka akan memerhati dan memadam cara-cara menyusun ayat dengan bahasa yang digunakan di persekitaran mereka. kemudian mereka akan menyesuaikan pembentukan ayat yang didengar dengan gaya bahasa yang terdapat di persekitaran. Ini menunjukkan kanakkanak telah belajar sesuatu secara tidak langsung daripada ibu bapa ataupun orang dewasa yang terdapat di persekitaran mereka. Choamsky pula menyifatkan kemahiran yang diperolehi kanak-kanak ini sebagai satu alat pembelajaran bahasa yang ada dalam diri setiap individu sejak mereka dilahirkan di dunia. Alat pembelajaran ini bersifat semulajadi dan ia diwarisi daripada ibu bapa. ini bermakna kapasiti inilah yang akan menentukan tahap penguasaan bahasa kanak-kanak tersebut. kapasiti ini dalam masa yang sama memudahkan kanak-kanak memahami bahasa yang ada di persekitarannya.

Namun begitu, faktor persekitaran seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat di sekelilingnya mudah mempengaruhi kapasiti yang ada dalam diri kanak-kanak tersebut. Menurut teori ini kanak-kanak perlu di beri bimbingan oleh ibu bapa dan guru agar mereka boleh menggunakan bahasa dengan betul dalam komunikasi. Seterusnya, menurut Chomsky lagi, kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu : Umur Peringkat Menggunakan Keterangan pancaindera seperti perhatian,

pendengaran dan aktiviti motor untuk meneroka 0-2 tahun Sensori motor persekitaran. pergerakan kanak-kanak banyak

bergantung kepada gerak balas spontan. Misalnya, menangis apabila ibunya hilang dari pandangan. Kanak-kanak mula menggunakan simbol untuk mewakili pemahamannya sendiri bagi sesuatu 2-6 tahun Pra-operasi objek. Lama kelamaan kanak-kanak lain, mula

memahami

perspektif

orang

membuat

klasifikasi dna menggunakan logik mudah. Kanak-kanak masih terikat dengan pengalamanpengalaman spesifik, namun boleh melakukan aktiviti manipulasi mental dan fizikal. Namun 6-12 tahun Operasi konkrit begitu, mereka hanya boleh melakukan operasioperasi pada imej dan objek-objek yang nyata atau konkrit sahaja dan bukan perkara-perkara yang abstrak seperti erti kebebasan. Pada tahap ini mereka telah memahami aspekaspek yang abstrak dan logic, mereka boleh 12 tahun ke atas Operasi formal membayangkan perkara-perkara yang tidak pernah dilihat atau dialami sebelum ini dan mampu menyusun idea secara sistematik, berfikir secara deduktif dan menjangka akibat.

Antara kebaikan teori nativis kepada kanak-kanak ialah teori ini mengaplikasikan pengajaran secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Selain itu, teori ini juga menekankan pembelajaran yang mengikut kadar kendiri di mana kanak-kanak berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. Bukan itu sahaja, teori ini juga menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar membawa maksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dn penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Antara kelemahan teori ini pula ialah teori ini mementingkan kemahiran menulis dan kemahiran membaca manakala kemahiran lisan kurang di ambil perhatian. Maka ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan tetapi lemah dalam lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur.

iii.

Teori Konstruktivis

Dalam perkembangan bahasa kanak-kanak, teori ini berpandangan bahawa kanakkanak-kanak boleh menguasai sesuatu bahasa dengan baik sekiranya mereka melibatkan diri dalam pembelajaran yang aktif. Ini bermakna, teori ini merujuk kepada pembelajaran formal bagi kanak-kanak agar dapat menguasai sesuatu bahasa dengan baik. Pendekatan konstruktivisme mempunyai beberapa konsep. Antaranya ialah: o Pelajar aktif membina pengetahuan berasaskan pengalaman yang sudah ada. o Dalam konteks pembelajaran, pelajar seharusnya membina sendiri pengetahuan mereka. o Pentingnya membina pengetahuan secara aktif oleh pelajar sendiri melalui proses o saling mempengaruhi antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru o Unsur terpenting dalam teori ini ialah seseorang membina pengetahuan dirinya secara aktif dengan cara membandingkan informasi baru dengan

pemahamannya yang sudah ada. o Bahan pengajaran yang disediakan perlu mempunyai perkaitan dengan pengalaman pelajar untuk menarik minat pelajar.

Teori ini dipelopori oleh seorang tokoh teori kognitif iaitu Jean Piaget. Menurut Jean Piaget, terdapat tiga cara kanak-kanak mengetahui sesuatu iaitu pertama melalui iinteraksi sosial. Menurut beliau lagi, bahasa, tingkah laku yang sesuai dengan buday dan keagamaan adalah contoh-contoh pengetahuan yang akan diperolehi kanakkanak melalui cara sedemikian. Oleh itu, sebagai ibu bapa dan guru hendaklah selalu berkomunikasi dnegan kanak-kanak agar dapat meningkatkan penguasaan kosa kata mereka dan menambah perbendaharaan kata yang sedia ada.

Terdapat enam model teori pembelajaran penting dalam teori konstruktivis iaitu: o pembelajaran bahasa sebagai satu kegiatan mekanis o menganggap faktor persekitaran menjadi rangsangan Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan dan tindak tanduk organisme pada rangsangan sebagai gerak balas o Contoh : Dalam konteks pembelajaran bahasa, model ini menegaskan latihan dan latih tubi untuk membentuk kebiasaan kepada kanak-kanak. o pembelajaran bahasa sebagai satu proses pemikiran yang merupakan kebolehan manusia secara semula jadi o mementingkan pemahaman Model Pembelajaran Kod-Kognitif o mementingkan kefahaman struktur bahasa kerana dan

memudahkan

pembelajaran

penguasaan bahasa pengetahuan mengenai pola-pola

sintaksis dan letsikal o Peraturan tatabahasa juga perlu dihafal o menganggap bahasa adalah fenomena pemikiran dan bukan mekanikal o pendedahan kanak-kanak kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh menggambarkan makna kognitif dalam bentuk-bentuk lingusitik yang jelas dan tepat. Model Pembelajaran Interaksionalis o bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi dan proses yang melibatkan mental dan linguistic o Aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik dapat membantu kanak-kanak menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa dan seterusnya dapat menggunakannya dengan fasih dan lancar Model Pembelajaran Fungsionalis o menekankan kepentingan struktur dan fungsi bahasa o bahasa mempunyai tiga fungsi: a) alat penyampai idea - untuk berhubung, berkongsi

pendapat dan pandangan. b) menyampaikan maklumat - menyampaikan maklumat mengenai penutur. c) menyampaikan penglibatan - berinteraksi o Sistem bahasa yang digunakan oleh ahli-ahli masyarakat adalah bertenaga dan terbuka o Perkara dasar yang ditekankan dalam struktur bahasa ialah semantik. Model Pembelajaran Fungsionalis o Bahasa ditutur mengikut keadaan dan sistem sosial o Bahasa merupkan alat untuk berhubung, melahirkan pendapat dan menyatakan perasaan. o Bahasa juga menggambarkan watak dan peribadi penuturnya. o menekankan fungsi bahasa, makna dan mengutamakan tatabahasa yang bersistem. o percaya bahawa bahasa adalah satu sistem yang bermakna. o beranggapan bahawa pembelajaran bahasa ialah mempelajari cara memberi makna. o Selain itu, teori ini menerangkan keperluan berkomunikasi kanak-kanak dan kemudian mempamerkan cara-cara setiap komunikasi itu dilakukan.

Teori Pembelajaran Anggapan

Anda mungkin juga menyukai