Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ROKAM 31350 IPOH, PERAK. MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH (JKKS) BIL.

2/ 2012 Tarikh Masa Tempat Kehadiran : : : 1. 2. 3. 3. 4. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 4 APRIL, 2012 12.30 Tengah hari Bilik Gerakan, SK Sungai Rokam Pn. Hajjah Nafzah Binti Mohd Noor (Guru Besar) Pn. Sabariah bt Samsudin (PK Pentadbiran) Pn. Fatimah Zaharah bt Ghazali (PK Hem) Tn. Hj. Ab Rahman bin Ariffin (PK Kokurikulum) En Zafian (PK Petang) Pn. Che Su Binti Abdul Rahman (Ketua Panitia, Pendidikan Islam) Pn. Fazidah Binti Kamaruddin (Penyelaras Pusat Sumber) En. Mohamad Fairos bin Abdul Rahman ( Pendidikan Muzik) Cik Chiah Siew Cheng (Ketua Panitia, Bahasa Inggeris) Cik Rozana Binti Zamri (Setiausaha 1, Kurikulum) Pn. Santha Devi A/P Krisnan (Ketua Panitia, Matematik) En. Hishamuddin bin Zakaria (Ketua Panitia, Bahasa Melayu) Pn. Syazlizawati bt Ahmad (Ketua Panitia, Sains) Pn. Zainun bt Mohd Abdul Kadir (Ketua Panitia, Kajian Tempatan) Pn. Zaleha bt Abdul Ghani (Ketua Panitia, Pend. Sivik & Kewarganegaraan) Cik Ng Mun Pei (Ketua Panitia, Bahasa Cina) Cik Chan Wei Peng (Ketua Panitia, Pend. Seni Visual) En. Ahmad Fadhli b Shaharum (Ketua Panitia, Kemahiran Hidup) En. Muhammad Khairi b Bakar ( Ketua Pend. Jasmani & Kesihatan) En. Muhammad Rizal b Ismail (Ketua Panitia, Bahasa Arab) Puan Fazilah bt Abdullah (Ketua Panitia, Pendidikan Moral)

AGENDA 1 1.1 Ucapan Pengerusi Mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru dalam mesyuarat kurikulum kali ke 2. Mengingatkan guru-guru tentang senarai semak yang perlu disiapkan dan perkara yang telah diputuskan dalam mesyuarat kurikulum yang pertama diambil tindakan segera.

Mengesahkan Minit Mesyuarat Dicadangkan oleh Disokong oleh : Pn. Zaleha bt Abdul Ghani : Pn. Fazidah bt Kamaruddin

3 3.1

Perkara Berbangkit Pn. Hajah mengingatkan guru-guru tentang peringatan daripada pihak nazir tentang beberapa perkara yang perlu diambil tindakan. Antara teguran nazir ialah: 3.1.1 Guru mesti membawa buku rekod mengajar apabila melakukan pengajaran dan pembelajaran. 3.1.2 Guru membawa buku rekod mengajar tetapi persediaan mengajar pada hari tersebut tidak dibuat. 3.1.3 Rekod mengajar dibuat tetapi tidak mengajar seperti yang terdapat dalam buku persediaan mengajar. Tindakan : semua guru 3.2 Pn. Mengingatkan bahawa buku persediaan mengajar boleh dibuat mengikut kesesuaian dan boleh dikomputer dan diprint dan diguna dalam pengajaran dan pembelajaran. Tindakan : semua guru 3.3 Pn. Hajah memaklumkan bahawa pihak pentadbir boleh masuk melihat pengajaran guru sama ada dimaklumkan terlebih dahulu ataupun tidak.Oleh itu, semua guru diminta sentiasa bersedia dengan buku persediaan mengajar. Tindakan : Semua guru Terdapat ramai guru yang masih belum menghantar buku latihan untuk diperiksa oleh pihak pentadbir. Latihan yang diberi kepada murid masih tidak mencukupi dan perlu ditambah mengikut ketetapan dasar yang telah diputuskan. Tindakan : Guru berkenaan 3.5 Pn. Hajah memaklumkan tentang pemantauan oleh pihak kementerian.(In House) yang sepatutnya telah dijalankan oleh Pn. Zulaina. Untuk itu, setiap guru yang pergi berkursus mesti sampaikan taklimat dalam in-house supaya maklumat yang diperoleh dapat disampaikan. Pn. Hajah mengingatkan semua ketua panitia supaya mengemaskini fail masing-masing mengikut ketetapan yang ditentukan. Fail am mesti berada di pejabat supaya memudahkan pihak pentadbiran sekiranya didatangi pegawai-pegawai daripada jabatan atau kementerian.

3.4

3.5

Tindakan : Ketua Panitia

3.6

Pn. Hajah mencadangkan supaya panitia yang belum melengkapkan fail supaya dapat hadir pada hari sabtu untuk mengemaskinikan fail masing-masing. Tindakan : Ketua Panitia PKSR 1

3.5.1

Semua soalan PKSR 1 daripada Tahun 1 hingga tahun 6, set soalan akan dibuat oleh guru-guru mengikut jadual pembinaan soalan yang telah diputuskan oleh aliran masing-masing. Jadual pembinaan ujian danjadual spesifikasi item soalan mesti disediakan mengikut pembahagian soalan iaitu: a) Senang b) Sederhana c) Susah Jumlah - 30% - 50% - 20% 100%

3.5.2

Semua soalan PKSR (1) mesti dihantar ke pejabat pada minggu pertama Mei, 2012 Tindakan : Semua guru

Fail Panitia 4.1 Pn. Hajah mengingatkan semua guru bahasa Melayu dan bahasa Inggeris supaya patuh kepada jadual penggunaan pusat sumber dengan sebaik mungkin. Untuk itu, buku panduan penggunaan pusat sumber (PSP), untuk guru akan difotostat supaya prosedur penggunaannya dapat dipatuhi. Tindakan : Semua guru 4.2 Program NILAM diharap dapat ditingkatkan dan pinjaman secara berkelompok akan dijalankan dan diletakkan di dalam bilik darjah disatu sudut bacaan.

Tindakan : Semua guru 5 5.1 Hal-hal lain Laporan pencapaian ujian (1) akan dibentangkan dan dibincangkan dalam mesyuarat panitia kali ke dua. Untuk itu, ketua panitia dapat membincangkan dan mengambil tindakan susulan bagi mengatasi masalah yang dikenal pasti melalui pencapaian ujian tersebut. Tindakan : Ketua panitia

5.1

Pn. Hajah mengingatkan semua guru supaya memberikan perhatian kepada latihan dan kerja murid. Masih terdapat guru tidak memberikan perhatian atas kesilapan murid di mana tarikh dan hari latihan yang dibuat oleh murid tidak dititik beratkan. Ketua panitia maklumkan dalam mesyuarat panitia kali ke dua. Tindakan : Ketua Panitia

5.2

Buku kerja murid boleh disemak bersama dan tarikh pemeriksaan mesti ditulis oleh guru yang memeriksa buku tersebut. Tindakan : Semua guru

5.3

Setiap kesilapan murid harus diterangkan dan pastikan murid membuat pembetulan bagi setiap kesilapan yang dilakukan. Guru juga harus memberikan perhatian kepada ejaan (murid) dan minta mereka membuat pembetulan. Tindakan : Semua guru

5.3

Pn. Hajah mengingatkan tentang teknik menjawab soalan bagi tahun 4,5 dan 6 perlu dijalankan mengikut takwin sekolah.

Tindakan : Ketua aliran

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.25 petang

Disediakan oleh, Setiausaha Kurikulum 2, Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam

Anda mungkin juga menyukai