HIKMAH
karya
Maksud : persoalan pokok atau persoalan utama yang diketengahkan oleh pengarang dalam karya
TEMA
PERSOALAN
Perkara-perkara kecil yang terdapat dalam karya yang berhubungan dengan tema karya.
(a)Kasih sayang ibu terhadap anaknya. Emak Amri sangat sayang akan Amri dan sentiasa mengambil berat terhadapnya. Segala keperluan Amri, sedaya upaya dipenuhinya walaupun dia sendiri berada dalam keadaan yang lemah. (b)Tanggungjawab anak terhadap kedua ibu bapanya Amri sangat sayang dan bertanggungjawab terhadap emaknya. Dia sanggup mengayuh basikal sejauh sepuluh kilometer untuk membeli ubat emaknya di pekan.
Amri
Perwatakan
Taat dan bertanggungjawab Amri taat dengan perintah ibunya. Misalnya, emak Amri menasihati Amri agar bersabar dengan sikap ayahnya. Dia menuruti nasihat emaknya. Amri juga bertanggungjawab membeli ubat untuk emaknya walaupun terpaksa mengayuh basikal sejauh 10 kilometer untuk ke pekan. Berdendam Amri berdendam dengan ayahnya kerana sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab dan selalu memukul emaknya. Amri akan berdendam dan melepaskan tekanan dengan membuli dan memeras ugut murid lain.
Sedar dan insaf atas kesalahan diri Akhirnya, Amri sedar dan insaf atas kesilapannya yang selama ini selalu memeras ugut dan membuli murid lain. Kesedaran ini muncul apabila dia telah diperas ugut oleh dua orang pemuda setelah membeli ubat untuk ibunya.
Nakal Amri membuli murid lain dengan memeras ugut mereka. Dia melakukan perbuatan ini kerana ingin melepaskan tekanan ekoran sikap ayahnya yang tidak bertanggungjawab.
Berani
Sapura
Sapura berani mengadukan tentang tingkah laku Amri yang memeras ugut murid lain. Semua murid di sekolah itu tidak berani mengadukan perbuatan Amri kepada guru.
Baik hati
Sapura sangat baik hati. Buktinya dia telah menolong Amri dan emak Amri dengan menghantar mereka ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Tidak berdendam
Sapura tidak berdendam dengan Amri walaupun Amri telah mengenakannya sehingga terjatuh dalam sawah dan menyebabkan baju Sapura kotor.
Pemaaf
Sapura memaafkan Amri yang telah mengenakannya dan menolong Amri dan ibunya.
Emak Amri
Penyayang
Emak Amri sangat sayang akan Amri. Buktinya, dia sedaya upaya menyediakan keperluan kepada Amri walaupun dia tidak mampu.
Tabah
Emak Amri tabah menghadapi ujian hidup apabila dia dipukul oleh suaminya. Selain itu tabah dengan sikap suaminya yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
Sabar
Emak Amri sabar dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab dan selalu memukulnya.
Pemaaf
Emak Amri memaafkan ayah Amri walaupun selama ini suaminya tidak melaksanakan tanggungjawab dan selalu memukulnya.
Tidak bertanggungjawab
- Dia tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dan suami
Bapa Amri
Kejam
- Dia selalu mencederakan isterinya tanpa belas kasihan dan meminta wang untuk berjudi dan membeli dadah.
Latar tempat
Latar masa
Waktu atau tempoh masa peristiwa yang berlaku dalam karya.
Tempat berlakunya sesuatu peristiwa di dalam karya. Contohnya: sungai, sekolah, rumah, dan lain-lain.
LATAR
Latar masyarakat
Keadaan atau citra ditempat sesuatu peristiwa berlaku.
Kelas Amri
Amri berbual-bual dengan Siva tentang hukuman yang diterima oleh Amri kerana memeras ugut murid lain.
Rumah Amri
Bapa Amri meminta wang daripada emak Amri. Apabila tidak diberikan wang, ayah Amri telah menyelongkar gerobok pakaian sehingga menemukan wang.
LATAR TEMPAT
Lorong di pekan
Tempat Amri diperas ugut dan dipukul oleh dua orang pemuda.