Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA AKTIVITI TERAPI BOWLING PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHERANG RUKU

PASIR PUTEH KELANTAN

1.0

PENGENALAN

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) pelajar-pelajar yang berkeperluan khas

merupakan yang

program untuk masalah

mengalami

pembelajaran, disleksia, autisme, down sindrom dan sebagainya. Selain aktiviti di dalam bilik darjah, para pelajar ini juga perlu didedahkan dengan aktiviti luar untuk meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus. Sehubungan itu PPKI SMKCR mengambil inisiatif menganjurkan aktiviti terapi bowling bagi memenuhi keperluan pelajar ini.

2.0

RASIONAL

Aktiviti ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajarpelajar mempertingkatkan mobiliti di samping mendedahkan mereka kepada pengalaman mengikuti aktiviti lawatan. Program ini juga akan mengeratkan hubungan dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan para pelajar PPKI. Dengan ini, diharap proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah dijalankan dengan lebih berkesan. Mereka juga perlu dilatih untuk berdikari, menghadapi dugaan dan cabaran dengan penuh keyakinan, menjadi insan yang berketrampilan dan berguna kepada masyarakat dan negara.

3.0

OBJEKTIF Aktiviti seperti ini membolehkan pelajar berkeperluan khas :a. Menjaga kebersihan, kesihatan, keselamatan serta pengurusan diri dengan baik. b. Memahami perkembangan jasmani, menguasai kemahiran dijalankan. c. Melatih diri supaya dapat memberi tumpuan terhadap sesuatu aktiviti yang dilakukan. d. Meningkatkan disiplin, motivasi dan keyakinan diri agar dapat berdikari dalam kehidupan seharian. e. Meningkatkan kebolehan pelajar melakukan pergerakan tangan dan jari serta daya tumpuan. f. Menguatkan anggota badan, kaki dan tangan. g. Melatih pelajar bersaing secara sihat di dalam sesuatu pertandingan /permainan. motor

kasar dan motor halus dengan melibatkan diri dalam aktiviti yang

4.0

PENGANJUR Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK. Cherang Ruku.

5.0

GOLONGAN SASARAN Program ini disertai oleh 12 orang guru, 3 PPM dan 42 orang pelajar. (rujuk lampiran 1 ).

6.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN Aktiviti Tarikh Masa Tempat : Permainan Bowling : 19 Mac 2013 (Selasa) : 7.30 pagi 5.00 petang : Pacific Bowl, Bowling, Kota Bahru. 1st Floor, KB Mall, Jalan Hamzah 15050 Kota Bahru. Tel: 09-7476622. Fax: 09-7475225 ...

7.0

JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN Seperti di lampiran 2

8.0

ANGGARAN KOS PERBELANJAAN Seperti di lampiran 3

9.0

TENTATIF PROGRAM Seperti di lampiran 4

10.0

PENUTUP Aktiviti terapi bowling banyak memberi faedah dan kebaikan kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas bagi membolehkan mereka bergiat cergas dan berdikari seoptima yang mungkin. Diharapkan pihak tuan dapat
3

memberi kerjasama dan sokongan yang sewajarnya supaya pelajar-pelajar ini dapat menjalani kehidupan seperti insan normal yang lain. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KECAKNAAN KITA INSPIRASI WARGA ISTIMEWA

Disediakan oleh;

Disemak oleh;

..................................................... (PUAN ZAINAB BT. ISMAIL) Setiausaha Aktiviti Lawatan PPKI Bermasalah Pembelajaran Disahkan oleh; ..................................................... (TN. HJ. WAN ZAKARIA BIN WAN ISMAIL) Pengetua SMK Cherang Ruku, 16700 Pasir Puteh, Kelantan.

..................................................... (ZAINUDIN BIN MOHAMAD) Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK. Cherang Ruku