Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN KEPADA MISTERI SIHIR

Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat burut mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T melarang manusia melakukannya.

Definisi ringkas ialah , Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misteri. Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat (realiti) dengan percubaan yang betul-betul terjadi dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk islam para penyihir Firaun.

KESAN KESAN APABILA SESEORANG TERKENA PENYAKIT MISTERI SIHIR Dibaawah dinyatakan antara kemungkinan symptom-simptom seseorang itu menghadapi penyakit misteri, akibat terkena sihir atau sakit yang melibatkan gangguan jin dan iblis.

1) Dada atau jantung sentiasa berdebar Seseorang itu mengalami penyakit dada atau jantung berdebar dengan tiba-tiba (seseorang itu tidak tahu penyebabnya dan tidak boleh dikawal)

2) Tidak mampu untuk mengawal diri sendiri Hilang kawalan diri dengan tiba-tiba (seseorang itu akan pengsan,hysteria, mudah marah, tekan perasaan, tertekan, stress dengan tiba-tiba tanpa mampu mengawalnya.)

3) Selalu alami gangguan semasa sebelum tidur Amat sukar untuk tidur sentiasa terganggu semasa atau sebelum tidur. Termasuk sering mengalami mimpi menakutkan dan sering terjaga daripada tidur dengan tiba-tiba. Adakalanya tersa tertindih sesuatu (lembaga) semasa tidur dan mengalami gangguan fikiran sebelum tidur.

4) Hilang selera makan Selera makan hilang dengan tiba tiba dan berat badan turun dengan mendadak.

5) Timbul masalah hubungan suami isteri Hubungan yang baik antara pasangan suami dan isteri, tiba-tiba bermasalah. Biasanya apabila berjauhan rasa rindu antara satu sama lain tetapi timbul perasaan benci atau sering bergaduh bila berjumpa terutama sekali dirumah meskipun tanpa sebab yang besar.

6) Kesan lebam pada tubuh Ada kesan lebam pada badan tanpa tanpa tahu puncanya terutamanya di sekitar betis, lengan, tangan, dan paha.

7) Malas untuk melakukan kerja harian/ amal ibadat/ pekerjaan Ini juga tanda-tanda terkena penyakit non-perubatan iaitu tanpa sebab musabab seseorang terasa amat malas untuk melakukan kerja seharian di pejabat, malas ke pejabat, hilang minat bekerja, malas beribadat. Juga hilang semangat untuk aktiviti seks dan aktivitiaktiviti bersama keluarga atau saudara-mara terdekat.

8) Sering ternampak atau terdengar sesuatu yang pelik Selalu ternampak perkara pelik. Terdengar bisikan di telinga agar seseorang itu melakukan perkara pelik seperti mencederakan orang lain, melakukan perkara yang tidak pernah dibuat sebelum ini. Bisikan ini biasanya menghasut kea rah melakukan perkara yang bersifat jahat, halusinasi dan sebagainya.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI GEJALA MISTERI SIHIR


Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir sama ada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiaptiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin Asam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Quran yang dinamakan Al-Muawwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6 2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257 3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

LANGKAH UNTUK MENANGANI MASALAH PERBUATAN MISTERI SIHIR 1. Mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir 2. Menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat 3. Tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut

LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR 1. membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat 2. membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya 3. banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah

Anda mungkin juga menyukai