Anda di halaman 1dari 3

AMY ANAK TABOL

921121-13-5793

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya, akhirnya saya bersama-sama dengan rakan sekumpulan saya yang lain berjaya juga menyiapkan tugasan Kerja Kursus Projek bagi subjek Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani (PJM 3110) tepat pada waktunya. Sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani, saya perlu

bertanggungjawab untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan strategi-strategi yang berkesan.Tugasan ini telah banyak mendedahkan saya dengan tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh saya sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani. Tugasan ini sesungguhnya telah melatih saya untuk belajar membuat perancangan yang baik sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Setelah menjalankan tugasan ini, terdapat beberapa perkara yang dapat saya rumuskan berdasarkan aktiviti yang telah saya dan rakan-rakan sekumpulan jalankan. Pertama sekali, sebagai seorang bakal guru pendidikan jasmani, sebelum menjalankan aktiviti pendidikan jasmani, saya sepatutnya menentukan terlebih dahulu apa, mengapa, di mana, bagaimana dan bila akan saya lakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dalam erti kata lain, saya perlulah menyediakan rancangan pengajaran harian berkaitan dengan topik yang hendak diajar pada hari tersebut. Bagi menghasilkan sebuah rancangan pengajaran harian yang baik, seorang guru itu hendaklah terlebih dahulu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan kemahiran yang tinggi dalam bidang yang bakal diajar olehnya. Pengetahuan dan kemahiran inilah yang dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, untuk menjadi seorang guru pendidikan jasmani yang baik seseorangguru itu perlulah mempunyai kemahiran dalam menggunakan ICT. Kemahiran ICT dapat membantu seseorang guru pendidikan jasmani dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pendidikan jasmani yang dikendalikan olehnya. Penggunaan sumber pengajaran berasaskan teknologi ini amatlah perlu sebagai hasil inovasi baru yang sesuai dan menarik dalam pelbagai aktiviti dan gerak kerja.

Berdasarkan pengajaran mikro yang telah saya jalani, beberapa kesilapan telah dapat saya kenalpasti ketika saya menjalankan pengajaran mikro tersebut. Salah satu kesilapan yang telah saya lakukan ialah saya kurang menekankan aspek kualiti pengajaran dan pembelajaran. Saya tidak menyatakan dengan jelas kualiti objektif psikomotor yang akan dinilai kepada murid-murid terlebih dahulu. Saya sepatutnya memaklumkan hal tersebut kepada murid-murid terlebih dahulu sebelum mereka melakukan sebarang aktiviti. Dengan demikian, mereka akan lebih bersedia dan dapat membuat yang terbaik dalam aktiviti yang bakal dilaksanakan. Di samping itu, saya juga mengalami kelemahan dari segi pengurusan masa. Masa yang diperuntukkan bagi setiap langkah menjadi tidak menentu dan banyak lari daripada masa yang telah dicadangkan dalam rancangan pengajaran harian. Akibatnya, pengajaran yang dijalankan menjadi sedikit kucar-kacir. Saya terpaksa mengejar masa bagi memastikan semua aktiviti yang telah dicadangkan dalam rancangan pengajaran harian dapat dijalankan. Berdasarkan pengalaman ini, saya mendapati bahawa salah satu punca yang menyebabkan masalah ini berlaku ialah kelemahan saya dari segi kawalan kelas. Tugas mengawal kelas yang mempunyai murid yang ramai dan mempunyai pelbagai ragam bukanlah sesuatu yang mudah. Bagi saya, tugas mengajar dan pada masa yang sama mengawal keadaan muridmurid di tempat yang terbuka memang satu tugas yang sangat mencabar. Pengalaman menjalankan pengajaran mikro di sekolah bersama-sama dengan murid-murid sesungguhnya telah benar-benar memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk merasakan pengalaman berinteraksi dan mengenali murid-murid sekolah dengan lebih mendalam. Pengalaman berinteraksi dengan murid-murid sekolah yang sebenar memang jauh berbeza dengan pengalaman beirnteraksi dengan rakan-rakan di dalam kelas. Berdasarkan pengalaman tersebut, banyak perkara baru yang telah saya pelajari semasa mengendalikan murid-murid sekolah ini. Pengalaman inilah yang akan saya aplikasikan dan gunakan setelah begelar guru kelak. Sebagai bakal pendidik, saya perlu membuat persediaan yang rapi sebelum begelar seorang guru kelak agar dapat menjadi seorang guru yang berjaya. Dalam hal ini, saya merasakan bahawa tugasan ini telah memberi manfaat dan input yang banyak serta pengalaman baharu kepada saya. Semoga ilmu yang saya perolehi

daripada penghasilan tugasan ini dapat saya aplikasikan untuk mendidik anak-anak bangsa agar menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai