Anda di halaman 1dari 48

9.

0 MEMPERBAHARUI BENTUK DIRI ANDA

KESESUAIAN DAN PERANAN WARNA, CORAK DAN TEKSTUR UNTUK PAKAIAN

9.1 Matlamat anda dan Kesempurnaan Fesyen Fesyen ialah suatu perkara yang susah bagi kita untuk mengamatinya. Ia sukar untuk di analisa, tetapi mudah untuk anda mencapainya. Ada berbagai - bagai cara untuk menempatkan diri anda dalam senarai wanita wanita berpakaian terbaik ditempat anda. Anda boleh menyerahkan tanggungjawab ini kepada pereka dan pembuat pakaian yang handal dan membayarnya dengan harga yang tinggi untuk memperolehi pakaian pakaian khas untuk anda, bersesuaian dengan bentuk muka dan badan anda serta dengan warna warna yang menarik. Jika anda termasuk dalam golonganyang bernasib baik yang mempunyai bentuk badan saiz 10, 12 ataupun 14, anda boleh didapati, pakaian pakaian siap pakai mengikut pilihan anda itu. Sudah tentu tidak ramai wanita yang benar benar mampu bergantung kepada pakar - pakar pakaian. Juga tidak ramai wanita yang mempunyai bentuk badan yang betul betul boleh menggunakan pakaian pakaian siap pakai tanpa membuat beberapa pembetulan di beberapa bahagian. Ini di sebabkan pakaian pakaian ini di buat secara massa, beribu - ribu helai untuk sesuatu stail dan pada bila bila masa sahaja anda akan terserempak dengan pakaian yang sama di majlis jamuan, dirumah kawan dan sebagainya. Kebanyakan wanita dapat menyelesaikan masalah mengenai keinginan mereka untuk memakai pakaian yang kelihatan sempurna, selesa dan padan dipakai serta mempunyai cirri ciri individuality. Mereka menjahit pakaian mereka sendiri dengan harga yang sangat berkurangan. http://tangkapgambar.blogspot.com/

Seperti mereka, anda akan dapat memastikan jenis pakaian dan warna yang bersesuaian untuk anda. Anda boleh membebaskan diri anda dari kongkongan pengeluar pengeluar pakaian, daripada belenggu fesyen yang mana stailnya tidak bersesuaian dengan anda. Anda dapat mencipta pakaian pakaian mengikut spesifikasi anda. Perlu diingatkan bahawa jahitan inilah satu seni kreatif di mana seseorang itu menunjukkan kemahiran dan kebijaksanaannya dalam mencipta dan membuat pakaian. 9.2 Analisa Diri kecantikan seni lukisan bergantung kepada kebolehan pelukis mencipta komposisi garisan dan warna dengan menarik. Kesempurnaan fesyen juga di capai daripada penggunaan garisan dan warna dengan betul. Namun demikian, dalam konteks ini, anda diibaratkan seperti konves yang rata. Oleh itu, langkah awal yang harus di ambil dalam mencipta rupa gaya yang anda mahu ialah dengan menganalisa diri anda dan tentukan betul betul rupa gaya yang anda mahukan. Oleh kerana sukar bagi seseorang itu mengetahui bagaimana sebenarnya bentuk badannya, anda dinasihatkan supaya jangan bergantung kepada cermin. Sebaik baiknya ambil dua keping gambar (satu dari hadapan dan satu lagi dari tepi ), seelok eloknya berpakaian yang boleh menampakkan bentuk badan anda. Dari gambarlah anda dapat mengetahui sifat sifat baik dan juga sifat sifat lemah pada badan anda yang perlu di perbaiki.

9.3 Memastikan Bentuk Badan Mula mula anda hendaklah mengkaji bentuk badan anda secara amnya. Adakah anda rendah atau tinggi, gemuk atau kurus, mempunyai berat badan http://tangkapgambar.blogspot.com/

serta tinggi yang bagaimana? Bagaimana posture anda? Adakah bahu anda tegak ataupun jatuh? Bagaimanakah perut anda?Adakah ia leper dan tidak menggeleber? Adakah pinggang anda ramping?Adakah tinggi anda bersesuaian dengan dengan lebar anda? Ukuran ukuran badan anda perlu dicatatkan bagi mengesahkan bentuk badan anda. Ukur keliling dada, keliling pinggang, perut, punggung kecil, punggung lebar, paha, lutut, betis, pergelangan kak, pangkal lengan dan pergelangan tangan. Ukur ketinggian anda dengan tepat tanpa kasut dan juga memakai kasut. Ambillah ukuran anda dari semasa ke semasa. Amnya, terdapat tiga jenis bentuk badan: Bentuk badan yang standard Buah dada besar Punggung lebar

Tentukan bentuk badan anda. Anda mungkin mempunyai masalah seperti bahu kecil yang tegak atau jatuh, belakang bulat, pinggang tinggi dan sebagainya. Sebahagian masalah bentuk badan memerlukan perhatian khas, dan mempengaruhi pemilihan stail serta memerlukan kepadatan yang baik sementara lain lain masalah bentuk anda pilih. badan hanya memerlukan beberapa pembaikan mudah terhadap pola serta tidak mempengaruhi stail pakaian yang

http://tangkapgambar.blogspot.com/

9.4 Bentuk badan yang standard Bentuk badan yang standard mempunyai ukuran keliling dada 5 cm. Kurang dari ukuran keliling punggung. Yang demikian, walau apa pun saiz anda, jika anda mempunyai nisbah seperti ini, pakaian pakaian yang mempunyai saiz standard boleh anda gunakan tanpa banyak pembetulan. Pemilihan pakaian pakaian bergantung kepada tinggi serta saiz sama ada badan anda lebar atau kecil. Jika anda kurus dan mempunyai nisbah yang betul, anda boleh memakai apa apa pakaian yang anda gemar. Jika badan anda lebar, gunakan pakaian yang sama sendat, terletak elok di bahu serta tidak mempunyai gelembung yang menambahkan kelebaran anda. Elakkan garis melintang dan skirt berkedut. Jika anda gemuk dan pendek, gunakan stail yang boleh menampakkan ketinggian anda. Ini tidaklah bergantung kepada labuhnya sesuatu pakaian itu, tetapi garis memanjang yang terdapat dalam corak pakaian itu. Jika hendak menggunakan tali pinggang, biarlah ia bersesuaian. Jika anda tinggi dan kurus, pakaian pakaian bergelembung, dirt kembang serta tali pinggang lebar dan fabric tebal amatlah sesuai untuk anda. i. Bauh dada yang besar

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Jika ukuran keliling dada anda lebih daripada ukuran keliling punggung, masalah anda ialah masalah kepadanan. Jika anda mahu menggunakan pola dagangan, belilah pola yang padan dengan dada anda dan suaikan pola itu di bahagian punggung. Stail yang paling sesuai ialah yang mengurangkan kelebaran di bahagian dada. Elakkan gelembung seperti kedut dan lisu. Pakaian hendaklah rata di bahagian dada. Keruk leher yang labuh hendaklah amatlah sesuai. Jika punggung anda benar benar kecil, gunakanlah skirt yang di buat dari fabrik tebal. ii. Punggung Lebar Jenis bentuk yang di takrifkan sebagai kewanitaan ialh bentuk buah pir. Bentuk badan jenis ini mempunyai garis dada yang cantik pinggang ramping dan punggung yang lebih besar daripada yang sepatutnya. Jika anda menggunakan pola dagangan, belilah yang sesuai dengan ukuran dada anda, dan kemudian lebarkan di bahagian punggung. Skirt potongan A dan gaun yang sama sendat di badan dan skirt yang berkedut adalah sesuai untuk anda. Ini akan menonjolkan kekecilan badan anda. Skirt dan gaun tegak janganlah terlalu longgar. Elakkan blaus yang mengelembung.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

b. Masalah Bentuk Badan Terdapat dua masalah bentuk badan yang kerap kita temui. i. Belakang bulat, bahu jatuh, leher ke hadapan dan pinggang tinggi. Jika ini masalah anda, Ubahsuaikan stail yang anda pilih. Pilihlah stail berbentuk segitiga untuk di padankan dengan bentuk badan anda yang kecil di atas dan lebar di bawah. Jangan gunakan blaus jenis tuck in , tetapi gunakan blaus pendek yang di pakai di sebelah luar skirt serta memastikan bahawa bentuk blaus yang di pakai itu adalah bersesuaian nisbahnya dengan ukuran labuh skirt. Leher nada ialah bahagian yang tidak kurang pentingnya yang perlu di berikan perhatian yang teliti. Jika tidak, ia akan sentiasa kelihatan pendek. Elakkan kolar tinggi dan lebar. Keruk leher hendaklah ringkas dan nyata. Jika anda memerlukan stail pakaian yang berkolar, pilihlah yang mempunyai kolar yang leper. Seelok eloknya biarlah keruk leher itu di pangkal leher. Jika leher anda kecil, anda boleh menggunakan kolar mandarin atau kolar gulung.

ii.

Dada lebih besar dari punggung, perut kempis dan bahu tegak. Jika ini adalah masalah anda, ubahsuaikan stail yang anda pilih. Pakaian yang tidak bergelembung paling sesuai untuk anda. Jika badan anda lebar atau pendek, elakkan sambungan di pinggang juga tali pinggang. Sentiasa kurangkan kelebaran di bahagian dada. Leher luas boleh di gunakan untuk gaun yang tegak dan sama sendat. Jika menggunakan trimin, biarlah ia di letakkan ke atas atau betul betul kebawah garisan dada. Gaun potongan A tidak akan memberikan apa apa bantuan dalam menyelesaikan masalah ini. Tetapi ini boleh di ubahsuaikan jika gaun itu kembang sedikit di bahgian bawahnya. Warna skirt dan blaus hendaklah bersesuaian. Elakkan blaus stail kemeja kerana ini akan membuatkan anda kelihatan seperti lelaki.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Ke dalamkan sedikit lubang lengan di bahagian hujung bahu untuk mengurangkan kelebaran. Elakkan lengan baju pendek atau lebar yang boleh menambahkan kelebaran. 9.5 Memastikan Bentuk Muka Singkapkan rambut anda ke belakang dan lihatlah di dalam cermin. Bentuk muka yang paling ideal ialah bentuk muka bujur sirih. Pastikan sama ada bentuk muka anda bujur, bulat, lonjong, empat persegi atau segitiga. Dengan memilih keruk leher yang tepat, anda akan dapat mengubah raut muka anda. Seseorang yang mukanya kurus boleh kelihatan lebih lebar dengan memakai baju yang lehernya bulat, merengang bahu atau persegi. Mereka yang mukanya bulat dan lebih berisi boleh mengurangkan kebulatan muka dengan memakai baju berleher V atau U.

9.6 Memastikan Warna Pastikan warna warna yang paling menyerikan kulit, rambut dan mata anda. Sangkutkan beberapa fabrik berlainan warna dan corak pada badan anda. Tentukan yang mana membangkitkan cahaya di rambut anda, serta menyerikan mata dan kulit anda. Warna warna inilah yang harus di titikberatkan apabila merancang pakaian pakaian anda. 9.7 Kesan Garisan Oleh kerana garisan menrupakan faktor penting dalam pembentukan gaya yang menarik, pemerhatian yang teliti hendaklah di berikan ke utamaan apabila memilih stail. Gaya am mengandungi bermacam garisan bukan sahaja di dalam pakaian yang anda gunakan, tetapi juga pada bentuk muka http://tangkapgambar.blogspot.com/

dan badan anda. Perhatikan bagaimana garisan menentukan garis luar asas badan anda, bagaimana garisan membahagikan badan anda pada beberapa bahagian. Garis leher, garis lengan, garis pinggang dan garis kelepet memainkan peranan mereka sebagai pembahagi yang menjadikan bentuk bentuk dan ruangan. Garisan garisan menjadikan stail menarik dan sedap mata memandang . Jika arah dan jarak tiap tiap garisan tidak di rancangkan dengan betul, hasilnya ialah satu stail yang mengelirukan.

9.7.1 Analisis Garisan Untuk menggunakan garisan dengan betul, adalah mustahak anda memahami bahawa garisan garisan mempunyai pengertian dari segi fungsinya dan emosi. Walaupun hanya terdapat hanya dua jenis garisan, lurus dan bengkok, garisan garisan mempunyai variasi yang tidak terhingga. Garis lurus boleh menegak, melintang atau menyerong; garisan garisan ini boleh berterusan atau terputus putus ataupun di gabungkan menjadi sudut. Garisan bengkok boleh jadi bulat seperti bulan atau hampir lurus. Tidak kira bagaimana bentuknya garisan itu, ia mempunyai daya untuk mencipta kesan yang mendalam.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

9.7.2

Garisan Lurus Garisan lurus membayangkan kekerasan. Namun demikian, arah sesuatu

garisan lurus itu boleh mempengaruhi mood design itu. Garisan menegak menggambarkan maruah yang tinggi serta sofistikasi. Manakala garisan melintang membayangkan ketenangan dan kelembutan. Garisan menyerong mempunyai campuran kedua dua ciri garisan tegak dan garisan melintang. Garisan garisan menyerong memberi gambaran yang lebih selesa.

9.7.3 Garisan bengkok

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Garisan bengkok mencipta mood yang berbeza sama sekali dari garisan lurus, dan garisan ini di anggarkan dapat menggambarkan keadaan lemah gemalai.. Namun demikian, garisan bengkok mestilah di kawal kegunaannya jika anda mahukan hasil yang baik. Bulatan penuh boleh membosankan. Garisan bengkok yang paling baik sekali ialah yang menyerong. Garisan bengkok boleh menrupakan bulan sabit, bentuk bentuk besar ataupun bintik bintik kecil yang berselerak. 9.7.4 Garisan yang menonjol Apabila beberapa garisan di gunakan pada satu masa, seperti mana yang terdapat dalam stail pakaian, mata seseorang itu akan tertumpu pada garisan yang paling menonjol. Dengan menggunakan hakikat ini, anda boleh menonjolkan sifat sifat baik anda dan menyembunyikan sifat sifat lemah. Ini di lakukan dengan cara yang menarik perhatian orang yang memandang ke sesuatu bahagian. Jika anda boleh membuat perhatian tertumpu ke rupa yang cantik, bentuk badan yang tidak elok tidak akan ketara. Misalnya, kolar besar menarik perhatian ke wajah yang cantik. Kocek dan garis pinggang menunjukkan pinggang ramping dan hiasan di kelepet baju menunjukkan betis yang cantik.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

9.7.5

Muslihat Dengan Garisan Ada masanya sukar untuk mempercayai bahawa apa yang kita lihat itu

bukanlah perkara yang sebenarnya. Dengan dekat, anda boleh menggunakan ilusi optik untuk ciptakan gaya yang lebih menarik. Untuk tujuan ini, adalah mustahak anda mengetahui serta memahami muslihat yang boleh di amalkan bagi mendapatkan hasil yang anda mahu. http://tangkapgambar.blogspot.com/

Perhatian garisan garisan dalam kumpulan ( A ). Anda dapat melihat bahawa garisan garisan itu tidak sama panjang. Tetapi jika anda mengukur kedua dua garisan ini, anda akan dapati ukuran di antara kedua duanya tidak berbeza. Sekarang perhatikan pula bagaimana garisan tegak dalam rajah ( B ) kelihatan seakan akan bengkok. Sebenarnya garisan garisan itu lurus. Sementara itu pula, bulatan bulatan yang di selitkan dengan pentagon pentagon tidak kelihatan betul betul bulat, seolah olah hampir lurus.

Sekarang perhatikan pula bentuk bentuk bujur segiempat dalam rajah ( D ). Sudah pasti petak yang di bahagikan oleh garis memanjang kelihatan lebih kecil daripada petak yang di bahagi oleh garisan melintang. Tetapi kedua dua petak itu adalah sama ukurannya. Dalam rajah ( E ) petak yang mempunyai penal kecil kelihatan lebih kecil daripada petak yang mempunyai panel lebar, walaupun kedua duanya sama saiz. Akhir sekali, dalam rajah ( F ) petak yang di bahagikan oleh garisan serong yang bermula dari garis atas kelihatan lebih kecil daripada petak yang di bahagikan oleh garis serong yang bermula dari garis tepi.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Anda mungkin berfikir bagaimana bentuk bentuk geometrik ini boleh di gunakan pada pakaian. Dengan menggunakan prinsip prinsip yang sama pada pakaian anda, anda boleh mebuat diri anda kelihatan lebih tinggi dan kurus atau lebih pendek dan lebar. Perhatikan bagaimana rajah rajah berikut menunjukkan bahawa keterangan keterangan yang di sebutkan tadi boleh di buat panduan. Pada garisan pertama, tiada terdapat kuasa panahan. Oleh itu, pandangan kita di arah terus ke atas hingga ke hujung garisan dan gambaran ketinggian di cipta. Jika kita mengikuti garisan kedua, kita akan dapati kuasa panahan iaitu garisan melintang dan pandangan kita mula beralih daripada satu tepi ke satu tepi yang lain dan ini membuatkan garisan memanjang itu kelihatan pendek sedikit. Pada garisan ketiga, pandangan kita di patah balikkan ke bawah

http://tangkapgambar.blogspot.com/

oleh garisan serong dan ini membuatkan garisan memanjang kelihatan lebih pendek daripada garisan kedua. Pada garisan keempat, garisan serong membuatkan garisan memanjang kelihatan lebih panjang daripada garisan pertama. Dengan menganalisakan arah garisan dalam stail apabila anda memilih pakaian, anda akan mendapat kesan yang anda mahukan. Peringatan : Garisan garisan yang tegak membuat anda kelihatan lebih tinggi; garisan yang melintang akan menambahkan kelebaran ; yang menyerong membuat anda kelihatan lebih tinggi. 9.7.6 Muslihat dengan Ruang. Garisan bukanlah satu satunya faktor yang di gunakan untuk mencipta illusi. Ruang ruang juga ada muslihatnya. Cara sesuatu stail itu di bahagi kepada beberapa bahagian oleh garisan garisan mempengaruhi hasil yang akan diperolehi. Ingatkan semula bagaimana satu petak bujur segiempat boleh kelihatan lebih lebar apabila terdapat garisan melintang. Dalam mereka pakaian, prinsip yang sama boleh di ikuti. Jaket lurus paras punggung adalah sama tujuannya dengan garisan melintang dalam petak bujur http://tangkapgambar.blogspot.com/

empatsegi. Begitu juga dengan kaedah gaun berbutang hadapan yang sama seperti petak bujur empatsegi yang mempunyai garisan memanjang. Dalam membahagikan sesuatu ruang ke beberapa bahagian yang lebih kecil, reaksi mata mestilah di ambil kira. Misalnya, petak segiempat di bahagikan kepada panel panel. Panel tengah yang kecil menjadikan petak itu kelihatan lebih kecil kerana pandangan di arahkan keatas diantara kedua dua garisan dan bahagian lain tidak di beri tumpuan. Jika panel yang lebih lebar di gunakan, pandangan di arahkan dari satu garisan lagi dan sebaliknya dengan ini membuatkan gambaran yang lebar. Walaupun pada dasarnya garisan memanjang membuatkan sesuatu objek itu kelihatan lebih tinggi dan garisan melintang menambahkan kelebaran, pengecualian kerap terdapat bagi membuktikan kenyataan ini, Hasil sebaliknya boleh di dapati apabila lisu, lisu perhiasan atau fabrik genggang di gunakan.

Perhatikan dalam rajah di atas ini bagaimana garisan garisan memanjang menambahkan kelebaran jika bandingkan dengan garisan garisan melintang. Ini adalah di sebabkan ruang ruang yang terdapat di antara garisan garisan. Oleh itu, dalam merancangkan penyusunan yang menghasilkan kesan genggang, adalah mustahak anda mengkaji reaksi mata supaya hasil yang di perolehi ialah hasil yang anda mahukan. 9.7.7 Illusi Memanjang http://tangkapgambar.blogspot.com/

Salah satu cara yang paling baik untuk kelihatan tinggi lampai ialah dengan menggunakan garis lurus memanjang yang tidak terputus. Gaun lurus potongan Princess.

Merupakan satu contoh yang baik. Pakaian ini janganlah terlalu ketat ataupun terlalu longgar. Panel tengah yang kecil yang kerap terdapat dalam gaun potongan princess menambahkan ketinggian jika nisbahnya bersesuaian dengan badan. Belah tengah hadapan juga menambahkan ketinggian. Jika anda mahukan muka dan leher kelihatan lebh kecil, pakai baju berbentuk V. Leher berbentuk U yang dalam boleh menghasilkan kesan yang sama, tetapi tidak seperti bentuk V. Pemilihan hiasan sampingan juga boleh menghasilkan kesan memanjang. Skarf dan selendang boleh menolong anda. Tali pinggang hendaklah kecil dan sama warnanya dengan warna pakaian untuk mengelakkan dari kelihatan pendek sedikit.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

9.7.8

llusi melintang Pada amnya, bentuk loceng menghasilkan efek melintang. Namun

demikian, kesan yang di perolehi bergantung kepada lebar skirt. Lengan leher atau bergelembung atau lengan yang mempunyai kaf sama paras dengan garisan dada atau punggung akan menambahkan kelebaran, terutama sekali di bahagian tersebut. Kocek boleh menghasilkan kesan yang sama. Tali pinggang lebar menjadikan pinggang kelihatan lebih lebar pada pakaian pakaian yang berasingan serta baju yang pendek akan memendekkan bentuk badan . Tiunik kembang dan seluar kembang juga mempunyai kesan yang sama. Untuk menjadikan raut muka lebih lebar, bentuk leher bulat, bateau dan segiempat menambahkan kelebaran agar tinggi dan bulat seperti kolar Peter Pan boleh menambahkan kelebaran. Kolar lebar yang mana bucunya melebihi bahu serta skarf yang diikat supaya hujungnya terlintang membawa pandangan anda dari satu tepi ke satu tepi.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

9.8 Kesan Corak Fabrik Penggunaan garisan yang betul, kerap diperolehi melalui fabrik bercorak seperti genggang dan sebagainya. Dan kesannya terhadap bentuk badan adalah sangat mengkagumkan.

9.8.1

Muslihat dengan Genggang Corak genggang di gemari ramai dan perubahan perubahan yang

terdapat pada lebarnya genggang, warna serta penyusunannya, memberi ia rupa baru setiap masa. Corak genggang bukan sahaja menghasilkan kesan yang menarik, malah ia boleh mencipta pelbagai ilusi. Selalunya corak genggang memanjang menambahkan ketinggian, tetapi ini bukanlah sesuatu kenyataan yang boleh di patuhi setiap masa. Ada masanya genggang memanjang menambahkan kelebaran. Prinsip yang sama juga di gunakan apabila menggunakan jalur jalur melintang. Walaupun selalunya, genggang memanjang membuat anda beralih pandangan daripada satu tepi ke satu tepi yang lain untuk menambahkan kelebaran, ia juga berkemungkinan menambahkan ketinggian. Semua ini bergantung kepada bagaimana reaksi mata atau pandangan anda terhadap jalur jalur dan ruang di antara jalur jalur itu.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Jika ini susah dipercayai, perhatikan bagaimana susunan corak yang berlainan boleh mengakibatkan illusi yang berlainan. Dalam satu contoh, jalur jalur memanjang menambahkan ketinggian tetapi dalam contoh yang lagi satu ia menambahkan kelebaran. Jika anda tidak percaya, ukurlah tiap tiap ruang bagi memastikannya. Jika ruang di antara iaitu jalur dengan jalur yang lagi satu dan pandangan anda beralih daripada satu tepi ke satu tepi yang lain, kesan kelebaran di hasilkan Menggunakan jalur jalur menyerong boleh menghasilkan illusi optik. Perhatikan contoh yang di beri bagaimana garis garis menyerong yang bertemu di satu titik membuatkan garisan memanjang kelihatan seperti berlembung. Adalah mustahak anda menganalisa fabrik genggang sebelum anda membelinya. Sentiasa fikirkan stail pakaian yang anda hendak buat dan bayangkan arah genggangnya. Adakah ini akan menghasilkan kesan yang anda mahukan? Selalunya stail pakaian yang ringkas akan menghasilkan kesan yang menarik.

9.8.2

Muslihat Dengan Corak

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Seperti genggang, corak fabrik juga boleh di gunakan untuk menghasilkan kesan yang menarik. Namun demikian, anda harus ingat bahawa corak selalunya membuatkan bentuk badan lebih besar jika di bandingkan dengan fabrik tanpa corak. Corak corak sederhana yang mana warnanya tidak bertentangan dengan warna fabrik yang sebenarnya, akan menghasilkan kesan yang menarik, dan boleh di sesuaikan dengan sebarang jenis bentuk badan. Warna warna cerah dan terang yang bertentangan dengan motif motif besar menambahkan saiz bentuk badan si pemakai; sementara warna warna yang lebih gelap, lebam serta dengan corak berselerak mengurangkan saiz. Motif motif yang di susun memanjang menambahkan ketinggian. Jika corak ini menggunakan warna yang tidak bertentangan sangat serta motifnya disusun rapat rapat, ia sangat sesuai untuk bentuk badan yang pendek. Corak corak memanjang yang di susun jauh di antara satu sama lain serta mempunyai warna yang bertentangan menambahkan kelebaran. Motif bulat menghasilkan kesan kebulatan dan sesuai jika anda berbadan kurus.

Corak berkaki di kelepet baju menarik perhatian terutama sekali jika corak itu gelap dan lebar. Corak seperti ini sesuai jika anda hendak menarik perhatian kepada betis yang menarik. Namun demikian, corak melintang yang terang ini

http://tangkapgambar.blogspot.com/

sukar untuk menambahkan ketinggian. Oleh itu, corak seperti ini hanya sesuai bagi orang yang tinggi lampai. Ada satu cara untuk menghasilkan kesan ketinggian dengan menggunakan corak berkaki ini, iaitu dengan menjadikan corak ini sebagai panel memanjang di tengah tengah pakaian supaya pandangan di arahkan daripada atas ke bawah atau sebaliknya. Hasil yang paling baik ialah dengan menggunakan corak berkaki yang kecil.

9.9 Kesan Fabrik Seperti garisan, Fabrik juga boleh mempengaruhi bentuk badan anda. Selalunya seseorang itu pandai memilih stail yang sesuai tetapi sebaliknya merosakkan hasilnya dengan pemilihan fabrik yang salah. Sama ada fabrik itu memantul atau menyerap cahaya, kasar atau licin, keras atau lembut; semua ini akan mempengaruhi diri anda.

9.9.1 Pantulan cahaya Fabrik yang berkilat memantul cahaya dan menjadikan bentuk badan kelihatan lebih besar, sementara fabrik lebam mengurangkannya. Illusi seperti ini adalah serupa dengan kaedahnya apabila sesuatu objek di letakkan di bawah cahaya yang terang dan kemudiannya di tempat yang kurang terang. Sudah tentu lebih banyak cahaya yang di terima dan di pantul, lebih besarlah lagi kelihatan objek itu. Oleh itu, orang yang berbadan besar yang memilih stail yang mempunyai garisan memanjang dan kemudiannya menggunakan fabrik satin berkilat untuk stail itu tidak akan memperolehi hasil yang ia mahu. Ia akan tertanya tanya mengapakah ia kelihatan begitu besar. Akan tetapi jika ia menggunakan fabrik sutera yang lebam, pakaian itu akan kelihatan tidak kurang tinggi nilainya. http://tangkapgambar.blogspot.com/

Terdapat sebilangan fabrik yang bukan sahaja memantul cahaya tetapi juga meresap cahaya. Baldu ialah satu contoh menghasilkan bayang bayang. Selagi fabrik itu satu jenis yang tidak tebal, ia tidak akan mempengaruhi saiz sesuatu bentuk badan itu.

9.9.2 Daging Fabrik yang Kasar dan licin Daging fabrik yang kasar dan kelihatan licin lebih tebal daripada yang sebenarnya dan dengan sebab ini ia menambahkan kebesaran kepada sesuatu objek. Fabrik krip ini tidak ketara sangat menambahkan kebesaran, tetapi fabrik tweed bulu biri biri menambahkan saiz dengan nyata sekali. Fabrik berdaging licin tidak akan mempengaruhi saiz si pemakai lagi ianya tidak berkilat. 9.9.3 Daging Fabrik yang keras Fabrik keras melindungi garis luar bentuk badan sebab ia mengelak mengikuti bentuk badan. Namun demikian, walaupun fabrik ini boleh menyembunyikan sebahagian ciri ciri sifat yang lemah, selalunya fabrik jenis ini menjadikan sesuatu objek itu kelihatan besar. Misalnya seseorang berpunggung besar dan mempunyai dada dan pinggang yang betul nisbahnya boleh http://tangkapgambar.blogspot.com/

menggunakan fabrik berdaging keras tetapi bagi mereka yang keseluruhannya haruslah mengelakkannya. 9.9.4 Daging Fabrik yang mencengkam

besar

Fabrik jenis ini mempunyai dua kesan. Jika di gunakan bentuk stail yang lurus, ia akan membuatkan si pemakai kelihatan lebih besar atau lebih kecil . Tetapi, jika di gunakan bentuk stail yang melampai, ia akan menghasilkan kesan yang menarik.

9.9.5 Fabrik Jarang Walaupun fabrik jenis ini boleh di sesuaikan untuk stail yang melampai, ia juga boleh menampakkan garis luar bentuk badan si pemakai. Adalah tidak wajar memilih fabrik terang jika anda mahu menyembunyikan bentuk badan anda yang terlalu besar atau terlalu kurus.

9.10 Kesan Warna http://tangkapgambar.blogspot.com/

Anda bukan sahaja boleh menggunakan garisan garisan dalam fabrik bagi mewujudkan illusi optik dalam pembikinan pakaian. Warna juga boleh mewujudkan illusi optik ini.

Walaupun ada beratus ratus warna, warna warna ini wujud daripada tiga warna asas merah, kuning dan biru. Jika dua warna asas dicampur, warna warna kedua di dapati, iaitu jingga hijau dan ungu. Percampuran seperti ini boleh bersambungan untuk mendapatkan warna yang lain. Warna warna juga berbeza daripada lain aspek. Sama ada warna warna ini di campurkan dengan warna putih atau hitam, warna warna ini mempunyai kecerahan dan kegelapan yang di sebut value. Warna warna juga mempunyai kecerahan dan kelebaman dan ini di sebutkan sebagai intensity. Kesemua faktor faktor ini mempengaruhi mata atau penglihatan anda dan adalah mustahak anda mengetahui perkara ini untuk mencapai matlamat anda

http://tangkapgambar.blogspot.com/

9.10.1 Muslihat dengan Warna Warna warna boleh membuat anda merasa dingin atau panas; warna warna juga boleh membuat anda kelihatan lebih besar atau lebih kecil. Ada warna yang menjadikan kulit anda berseri dan ada juga yang menghasilkan sebaliknya. Dari segi keselesaan, merah dan jingga memberi kesan panas; biru dan ungu memberikan kesan yang menyejukkan. Warna warna gelap dan hitam yang menyerap cahaya membuatkan anda merasa panas, sementara warna warna putih dan cerah yang memantul cahaya, menyejukkan. Setiasa ingatkan faktor ini apabila memilih warna untuk berlainan musim dan keadaan. Dari segi saiz, warna warna yang mengandungi merah dan ungu menarik perhatian dan ini membuatkan sesuatu objek itu kelihatan lebih dekat dan lebih besar. Sebaliknya warna warna yang mengandungi biru membuatkan sesuatu objek kelihatan lebih jauh dan lebih kecil.

9.10.2 Kecantikan Rupa Warna kulit, rambut dan mata berbeza beza sehinggakan mustahil bagi kita menentukan warna warna yang menarik bagi semua orang. Cara yang paling baik untuk ini di muka anda, berdasarkan kombinasi warna warna kulit, rambut dan mata. Amnya, warna kulitlah yang dahulu difikirkan apabila memilih warna untuk sesuatu pakaian. Warna warna kulit adalah campuran warna merah dan kuning dan sudah tentulah anda mahu membangkitkan warna warna ini. Elakkan warna hijau jika kulit anda gelap dan hitam jika kulit anda pucat. Jangan gunakan warna kuning jika anda ada ciri ciri kekuningan dan warna merah jika anda ada ciri ciri kemerah merahan. Selalunya warna gelap kekelabuan sesuai bagi kulit putih samar dan hendaklah di elakkan oleh orang yang berkulit kekuning kuningan http://tangkapgambar.blogspot.com/

Sifat sifat warna putih yang memnatul cahaya dan warna hitam yang menyerap cahaya mestilah di ambil kira apabila memilih warna warna yang akan di gunakan berhampiran dengan muka anda. Warna hitam seolah olah mengurangkan seri. Dengan yang demikian pakaian yang bewarna gelap biarlah mempunyai kolar yang bewarna cerah. Walaupun pakaian gelap boleh menghasilkan kesan dramatik jika di pakai oleh orang yang berkulit putih cerah, adalah di nasihatkan mereka yang berkulit pucat supaya tidak menggunakannya. Menggunakan warna terang terlalu banyak juga mempunyai kesan yang sama. Untuk membangkitkan pipi yang kemerah merahan, gunakan warna hijau dan biru kehijau hijauan. Jika kulit anda gelap, gunakan biru kehijau hijauan. Warna warna sederhana adalah lebih menarik daripada warna warna hijau dan biru kehijau hijauan. Untuk membangkitkan warna rambut anda akan dapati warna warna cerah membuatkan rambut hitam atau coklat tua lebih gelap membangkitkan wrana rambut yang cerah. Ada masanya seseorang yang mempunyai sepasang mata yang cantik mahu menonjolkan sifat eloknya ini. Ini dapat di lakukan dengan menggunakan corak corak fabrik yang mengandungi warna warna yang sama dengan warna mata, tetapi janganlah warna ini di gunakan terlalu banyak. 9.10.3 Kecantikan Bentuk Badan Walaupun warna warna biasanya di pilih untuk membangkitkan kecantikan rupa, kesannya terhadap bentuk badan tidaklah boleh dilupa. Ingatkan kembali bagaimana warna warna gelap mengecilkan bentuk badan dan warna warna terang membesarkan. Walaupun warna hitam mengecilkan saiz, warna ini sebenarnya menunjukkan garis luar bentuk badan dengan jelasnya. Jika anda mahu menyembunyikan bentuk yang tidak baik seperti punggung besar, elakkan daripada menggunakan warna hitam dan sebaliknya gunakan warna warna sederhana. http://tangkapgambar.blogspot.com/

Seseorang yang tinggi lampaidalah bernasib baik. Ia boleh

menggunakan

semua jenis warna. Ia juga boleh menyelitkan warna warna bertentangan dalam stail pakaian bagi pembahagian pembahagian yang tertentu. Wanita tinggi juga boleh menggunakan warna dalam pelbagai cara. Stail yang mempunyai dua warna adalah sesuai. Ini akan menghasilkan kesan kebulatan.

Bentuk badan yang besar tinggi mestilah menggunakan warna yang hati hati. Wanita seperti ini hendaklah mengelakkan warna yang menambahkan kebesaran. Warna warna sederhana adalah lebih sesuai. Ada kalanya panel hadapan berwarna cerah menimbulkan kesan mengurangkan kelebaran. Orang yang kurus dan rendah haruslah memilih stail yang mempunyai satu warna kerana ini paling menarik. Stail yang menggunakan dua warna atau lebih hendaklah di elakkan. Orang gemuk pendek hendaklah memakai pakaian yang stainya menggunakan hanya satu warna sahaja. Warna cerah dan sederhana menjadikan bentuk badan lebih tinggi dan kurus. Elakkan warna terang dan cerah serta stail yang mempunyai garis luar yang jelas menunjukkan bentuk badan.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Jika bentuk badan kurang menarik di beberapa bahagian, gunakan warna warna sederhana. Warna warna cerah dan terang akan lebih menunjukkan lagi kecacatan bentuk badan anda.

9.11 Merancang Pakaian Fesyen berubah dari semasa ke semasa terutama bagi golongan yang muda. Aliran fesyen dan jenis pakaian di dunia ini masih lagi di pengaruhi oleh fesyen di dunia barat. Walau apa pun fesyennya, pakaian mestilah sesuai mengikut keperibadian seseorang. Pilihan dan kesesuaian pakaian bergantung kepada rupa, warna kulit dan bentuk badan. Seseorang gadis yang ingin kelihatan menarik mestilah pandai memilih pakaian yang dapat menunjukkan sifat sifat rupanya yang elok. Ia mesti juga pandai memadankan warna, daging fabrik dan stail. Ia haruslah juga memilih pakaian yang sesuai untuk tempat di mana pakaian itu hendaklah di gunakan. 9.11.1 Rupa dan Warna kulit 1. Pilihlah warna yang melambangkan keperibadian seseorang itu dan jika di pilih dengan baiknya dapat menambahkan kecantikkan. 2. Pilihlah warna yang padan dengan warna kulit, rambut dan mata anda.

9.11.2 Stail 1. Stail yang di pilih itu hendaklah sesuai dengan bentuk badan anda 9.11.3 Masa dan Ketika

http://tangkapgambar.blogspot.com/

1. Mengetahui apa yang hendak di pakai yang hendak pada masa yang tertentu dan ketika yang betul adalah mustahak. 2. Memilih dan memakai pakaian pakaian dengan menggunakan sedikit daya pemikiran. 3. Setiap orang haruslah tahu bagaimana hendak memakai pakaian yang betul untuk ketika yang rasmi atau tidak rasmi. Ia hendaklah pandai menyesuaikan pakaiannya. 4. Stail pakaian yang di pilih itu hendaklah sedap di pakai dan bersesuaian. 5. Pilihlah stail yang senang dan mudah serta boleh di pakai dengan pakaian yang lain. Pakaian hendaklah kelihatan kemas dan fesyennya tidak keterlaluan. Perkara perkara yang harus di ingat apabila memilih pakaian. 1. kenali bentuk badan anda, iaitu sifat sifat yang baik dan sifat sifat yang lemah. 2. Pilihlah potongan, baju yang menyerikan bentuk badan dan perwatakan anda. 3. Pertimbangan juga ketahanan, kesesuaian dan tujuannya. 4. Pilihlah fabrik yang paling menyerikan anda. Perhatikan sama ada tebal fabrik itu serta keadaannya sesuai dengan potongan yang di pilih. 5. Pilihlah hiasan iringan seperti tas tangan, sepatu dan sebagainya, dengan cermat. Pilihlah mengikut umur, bentuk badan, potongan baju dan untuk apa baju itu di sediakan. 6. Cuba pilih pakaian pakaian yang menunjukkan sifat sifat yang tersendiri dan terasing. 7. Ingatkan juga tentang gaya persendirian. Kesihatan yang baik, cara pembawaan yang betul, lemah lembut dan sopan santun adalah sebahagian daripada rupa yang bergaya.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

9.12 Pakaian pakaian yang menyerikan bentuk badan . Kesemua faktor yang telah di jelaskan hendaklah di selaraskan untuk mendapatkan hasil yang betul betul bersesuaian dengan anda. Sebagai panduan, berikut di catatkan perkara perkara penting yang perlu di ingat sehubungan dengan jenis bentuk badan anda. a. Tinggi Lampai Tidak banyak masalah yang anda hadapi. Imbangkan ketinggian dengan menambahkan kelebaran dan kebulatan. Elakkan daripada menggunakan garisan dan warna membuat anda kelihatan lebih tinggi. Garisan garisan melintang dan bengkok sesuai untuk anda. Ini termasuk kolar besar, tali pinggang yang lebar dan bertentangan warna, kocek di paras punggung, bahu mendatang yang labuh dan sebagainya. Pakailah skirt kembang dari fabrik lembut yang berasingan dan bertentangan warna untuk menutup bentuk badan yang berbucu menghilangkan ketinggian. Pilihlah pakaian yang berkolar besar atau kolar berdiri, selendang yang lembut atau renda beropol bagi menutup leher yang kurus dan panjang. Gunakan lengan panjang untuk menutup lengan yang halus. Pakaian biarlah longgar dan banyak gelembung untuk membuat bentuk badan kelihatan lebih penuh. Gunakan warna warna terang dan garang. Elakkan fabrik jenis tebal, berat dan kasar. b. Tinggi tetapi terlalu kurus Pilihlah pakaian yang mempunyai kedut kedut supaya anda kelihatan lebih berisi. Gunakan skirt atau kain kembang, lengan kembang dan kolar besar. Seelok eloknya pakaian yang berasingan ( separates ), iaitu pakaian yang mengandungi baju atau blaus dan skirt, kain atau seluar. http://tangkapgambar.blogspot.com/ bucu dan juga untuk

Ini adalah kerana pakaian jenis ini membuat anda kelihatan rendah sedikit. Pilihlah warna yang terang. Fabrik yang sesuai ialah fabrik yang sederhana tebalnya dan keras. Elakkan pakaian pakaian yang ketat dan boleh menunjukkan bentuk badan anda. c. Besar tinggi Fesyen mestilah sederhana. Pilihlah fesyen yang membuat anda kelihatan kurus tetapi tidak menambahkan ketinggian anda. Jalur tegak menghilangkan kepenuhan badan tanpa menambahkan ketinggian. Pilihlah jalur tegak yang berterusan serta warna yang bertentangan untuk panel tepi skirt 2 atau 4 panel. Baju jangan terlalu sendat sangat dan tidak berapa kembang bagi menutupi bahagian bahagian badan yang penuh. Pilihlah baju baju yang mana garisan lehernya jauh daripada muka, seperti leher berbentuk V yang mana kesannya kelihatan kurus atau adakan sesuatu yang memusatkan perhatian seperti leher rendah bereben atau adakan tali pinggang yang di buat daripada fabrik yang sama. Gunakan fabrik lembut serta sederhana tebalnya dengan warna yang sederhana. Elakkan daripada kedut kedut, fabrik berkilat dan keras. Jangan sekali kali menggunakan fabrik yang berbunga besar. Coraknya biarlah sederhana. d. Rendah dan kurus Gunakan pakaian yang membuatkan anda kelihatan tinggi. Gunakan jalur jalur memanjang supaya memberi kesan ketinggian dan gunakan kedut kedut untuk menghilangkan kesan badan yang kurus. Baju berpinggang dan fesyen potongan princess, atau potongan berpanel yang sama sendat untuk menambahkan ketinggian adalah sesuai untuk anda. Gunakan satu warna sahaja untuk satu stail pakaian. Pilihlah fabrik yang lembut berbunga kecil. Elakkan fabrik tebal. Pakailah skirt panel yang menarik

http://tangkapgambar.blogspot.com/

perhatian kepada bentuk badan. Leher baju biarlah tinggi atau pilihlah kolar berdiri jika leher terlalu kurus. Gunakan lengan panjang untuk menutup lengan yang kurus dan gunakan tali pinggang dari warna yang bertentangan untuk menambahkan keluasan serta menunjukkan pinggang yang ramping. e. Pendek Gempal Gunakan jalur jalur memanjang untuk memberi gambaran yang tinggi. Fesyen yang sesuai ialah potongan princess dan juga yang mempunyai panel hadapan yang lurus. Elakkan pakaian yang ketat di pinggang. Pakaian pakaian yang mudah, ringkas dan separuh sendat berserta dengan skirt kembang sedikit untuk melindungi punggung dan betis yang besar adalah sesuai. Pilihlah fabrik pakaian yang mempunyai potongan leher berbentuk V atau potongan leher yang ringkas untuk menarik perhatian kepada muka serta memberi gambaran yang lurus. Jangan menggunakan tali pinggang atau pakaian berasingan, ataupu fesyen yang beropol ropol. Fabrik yang di gunakan jangan banyak sangat warnanya. Kalau boleh biarlah satu warna sahaja untuk memberi gambaran ketinggian. Elakkan fabrik kerasbdan berkilat. Gunakan fabrik lembut dengan corak yang berbalam balam atau tidak

f. Punggung Besar Gunakan skirt atau kain kembang, tetapi tidak berkedut. Misalnya skirt potongan A. jika anda mempunyai pinggang yang ramping, baju berpinggang seperti kebaya adalah paling sesuai. Gunakan pakaian yang boleh mengalihkan tumpuan daripada bahagian punggung kepada bahgian atas seperti baju baju http://tangkapgambar.blogspot.com/

berkolar. Gunakan warna yang gelap untuk skirt atau kain kerana warna warna gelap tidak menark perhatian.

g. Buah Dada Kecil Jika anda mempunyai buah dada yang kecil serta pinggang yang ramping, gunakan pakaian pakaian yang berkedut di bahagian dada, iaitu ke bawah sedikit daripada aras dada ( potongan empire ). Pakaian pakaian berpotongan seperti ini menambahkan gelembung di bahagian dada. Jikalau pinggang anda tidak ramping, pilihlah baju potongan A atau kembang payung yang di potong pada paras dada.

h. Buah dada Besar dan Jatuh Pakailah coli yang boleh menaikkan buah dada anda. Elakkan daripada pakaian pakaian berkedut pada bahagian dada serta leher baju yang terlalu luas. Untuk blaus, jangan gunakan fabrik yang berkilat dank eras serta corak yang garang.

i. Pinggang Tinggi Gunakan pakaian jenis hipster yang di potong ke atas sedikit paras pinggang untuk menutupi pinggang yang tinggi. Ini juga menjadikan paras pinggang kelihatan seolah olah ke bawah sedikit. Elakkan daripada menggunakan tali pinggang serta pakaian yang berkedut di bahagian pinggang yang boleh menunjukkan kedudukan paras pinggang yang sebenarnya.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

J. Pinggang Ke Bawah Ikatan pinggang yang lebar, tali pinggang bertentangan warna dan potongan empire akan menaikkan paras pinggang anda. Tiunik dan blaus labuh sangat efektif ( berkesan ). Jangan menggunkan skirt pendek kerana ini akan menambahkan kebesaran bahagian atas. k. Bahu Bulat. Blaus longgar boleh melindungkan kebulatan ini. Begitu juga dengan keruk leher dan kolar, biarlah ia bersegi. Cuba gunakan ped bahu untuk menaikkan sedikit paras bahu. Garis bahu yang dikebelakangkan sedikit boleh juga menolong keadaan ini. l. Bahu Kecil Gunakan lengan padanan dengan sedikit ped untuk menutupi bahu kecil. Elakkan lengan kimono, dolman, dan raglan yang akan menampakkan bahu yang kecil.

m. Leher Pendek Jangan gunakan kolar atau keruk leher yang tinggi. Baju tanpa kolar, kolar sport, leher berbentuk V atau U membuat leher anda kelihatan panjang sedikit. n. Leher Jinjang walaupum leher jinjang adalah idaman ramai wanita, namun bentuk leher ini boleh kelihatan hodoh : pendekkan lengan menggunakan kolar gulung dan kolar mandarin, atau kolar lebar beserta dengan choker tinggi. http://tangkapgambar.blogspot.com/

o. Perut Buncit Gunakan pakaian asas yang baik dan perhatian posture anda. Lisu dan kedut kedut di rusuk skirt serta panel hadapan yang rata boleh melindungkan perut buncit. Pakailah pakaian lurus. Utamakan garisan memanjang kerana ini akan menolong menutupi kelemahan ini.

9.13 Kesesuaian Pakaian Dengan mengetahui muslihat illusi optic serta cara untuk menukarkan rupa gaya anda, anda haruslah memikirkan keperluan anda bersabit dengan pakaian. Tidak kira walau bagaimana teliti sekalipun anda memilih stail pakaian anda, kesannya akan musnah melainkan pakaian itu sesuai untuk masa, waktu dan tempat pakaian itu hendak di gunakan. Ini tidaklah bermakna anda mesti mempunyai banyak pakaian. Beberapa helai sahaja yang boleh di gunakan untuk pelbagai masa dan tempat adalah satu pilihan yang bijak. Pakaian pakaian yang ringkas dan mudah paling sesuai kerana ia boleh di pakai dengan apa jenis hiasan iringan seperti rantai, subang, pin bajudan lain lain. Anda haruslah mempunyai beberapa helai pakaian untuk berjalan jalan, ke pejabat, ke pesta dan jemputan khas termasuk pakaian untuk berehat atau bekerja di rumah.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

a. Di Rumah Suri rumah suri rumahkerap membuat kesilapan bahawa ia tidak perlu berpakaian dengan betul apabila membuat kerja kerja rumah. Sebenarnya, pakaian pakaian yang tidak selesa kepadanannya mengurangkan

kecekapannya dalam mengendalikan kerja kerjanya itu, ini bukanlah bermakna ia mesti berpakaian elok, tetapi ia mestilah kelihatan kemas. http://tangkapgambar.blogspot.com/

Jika anda selesa memakai seluar atau sleek, pakailah seluar apabila mengendalikan kerja kerja di rumah. Tetapi pastikan anda sesuai memakai seluar dan juga seluar itu dan pada anda. Pakaian yang ringkas amatlah sesuai. Untuk berehat rehat di sebelah petang, gunakan pakaian yang ringkas dan mudah. Biarlah pakaian itu elok sedikit untuk membangkitkan suasana harmoni di kalangan ahli keluarga.

Ke Pejabat Pakaian ringkas, suit, skirt dan blaus boleh di sesuaikan untuk tujuan ini. Seberapa boleh, janganlah gunakan ropol ropol yang akan menyusahkan anda menyenggarakan pakaian itu. Warnanya janganlah terlalu tenang sangat. Pakaian yang terlalu sendat dan mendedahkan adalah tidak sesuai untuk ke pejabat. Elakkan keruk leher yang terlalu luas. Pakaian kasual juga tidak sesuai untuk ke pejabat.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

c. Ke Temasya Sukan Pakaian sukan dalam pengertian kita, meliputi pakaian pakaian untuk ahli sukan dan juga pakaian kasual amnya, sudah pasti, ahli ahli sukan memerlukan pakaian khas untuk tujuan ini. Misalnya pakaian untuk bermain golf sudah tentu tidak boleh di gunakan untuk bermain tennis. Dan sebagai penonton, pakailah pakaian yang selesa dan tahan lasak. Pakaian ringkas adalah amat sesuai. d. Untuk Membeli Belah Ini di takrifkan sebagai membeli belah di gedung gedung atau kedai kedai di Bandar atau di kota kota. Seluar pendek atau slek tidak sesuai. Gunakanlah pakaian yang ringkas.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

e. Mengembara Skirt yang kembang selesa adalah sesuai. Jika anda sampai ke destinasi anda, pakaian yang anda perlukan bergantung kepada keadaan di tempat itu.

f. Aktiviti Kelab Pakaian biarlah ringkas dan bersesuaian. Stail janganlah keterlaluan.

g. Ke Parti atau Pesta dan Jemputan Khas.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Pakaian pakaian untuk tujuan ini bergantung sepenuhnya kepada cara hidup anda. Untuk jemputan informal, pakaian koktel boleh di gunakan. Untuk jemputan formal, gunakan pakaian yang baik sedikit mutunya. Pemilihan pakaian anda biarlah bersesuai dengan keadaan masyarakat di tempat itu. h. Kanak kanak Kanak kanak membesar dengan cepat dan baju mereka lekas menjadi sempit. Adalah baik jika anda tidak membuat banyak baju untuk mereka. Fabrik hendaklah daripada jenis yang tahan lasak dan tahan lama kerana setengah kanak kanak terlalu kasar bila mereka bermain dan pakaian mereka selalu pula di basuh. Fabrik juga hendaklah nipis terutamnya daripada benang kapas yang selesa di pakai di iklim yang panas dan juga yang mudah di resapi peluh. Warnanya hendaklah terang dan mempunyai corak yang menarik. Pakaian hendaklah longgar, selesa dan mempunyai potongan yang mudah. Sediakan basi jahitan untuk kelepet yang lebar, kelim dan lisu untuk melabuh atau melebarkan baju sejajar dengan waktu kanak kanak membesar. Gunakan jahitan hiasan, sulaman atau lain lain supaya pakaian kelihatan lebih menarik. i. Belia Belasan Tahun Kanak kanak belasan tahun masih lagi membesar tetapi tidaklah sama pesatnya dengan kanak kanak yang kecil. Oleh itu, janganlah membuat pakaian yang terlalu ketat. Potongan baju biarlah mudah, selesa, sama sendat dan segak serta menarik potongannya. Jauhkanlah daripada pakaian pakaian atau potongan potongan yang menjadikan mereka kelihatan lebih tua. Jangan melampaui had. Adakan beberapa helai pakaian untuk di pakai hari hari. Untuk jamuan jamuan,

http://tangkapgambar.blogspot.com/

pilihlah beberapa helai daripada fabric yang lembut seperti kasa, voile, chiffon, rayon, renda dan sebagainya. J. Ibu Yang Mengandung Bentu badan seseorang ibu mengandung akan membesar lebih daripada biasa selama 6 bulan. Bagi 3 bulan yang pertama mereka boleh memakai pakaian biasa. Adalah menjimatkan jika anda tidak membuat terlalu banyak baju mengandung. Potongan baju mengandung hendaklah mudah serta boleh memberi imbasan tinggi dan mengalihkan perhatian daripada kelebaran perut. Pilihlah pakaian yan selesa, longgar dan yang tergantung terus dari bahu. Pilihlah potongan yang ada kedutan atau kembang supaya basinya dapat di luaskan. Berikan lebih banyak basi kelimpada baju yang di jahit pada peringkat permulaan hamil.

9.14 Tajuk : Fabrik

http://tangkapgambar.blogspot.com/

9.14.1 Daging Fabrik Tiap tiap elemen fabrik mempunyai pengaruh terhadap rupa pakaian serta bentuk yang memakainya. Sama ada fabric itu berkilat atau lebam, mahal atau murah, akan menjadikannya sesuai atau tidak untuk anda mahupun untuk tujuan tertentu. Permukaan fabrik yang kasar atau licin akan menentukan jenis pakaian untuk fabrik itu, kerana tiap tersendiri. a. Daging Fabrik dan Ciri ciri Perseorangan Beberapa stail di dapati untuk personaliti yang tertentu. Misalnya, 3 wanita yang bekerja dan mempunyai bentuk badan yang serupa, memilih stail yang sama. Wanita pertama mahu kelihatan tegas dan cekap, Oleh itu, dia memilih fabrik Worsted dengan warna yang tidak garang. Yang kedua meminati pakaian kasual, lalu dia memilih fabrik kordurai. Yang ketiga pula mementingkan kewanitaan dan memilih fabrik lembut. Ketiga tiga fabric ini sesuai untuk stail dan mencerminkan perwatakan yang ingin di gambarkan oleh si pemakai. Pastikan anda memilih daging fabrik yang anda merasakan paling selesa pada setiap masa. - tiap fabrik itu mempunyai cirri ciri

http://tangkapgambar.blogspot.com/

b. Daging Fabrik dan Stail Daging Fabrik dan stail hendaklah bersesuaian antara satu sama lain.Jika stail itu memerlukan efek lembung, pilihlah fabrik yang boleh memberikan kesan itu. Jangan gunakan fabrik keras. Berat fabrik juga perlu di ber perhatian. Cara untuk menentukan hal hal atau faktor sesuatu fabrik ialah dengan merasakan fabrik itu. Gantungkan untuk menentukan bagaimana ia melampai.

c. Daging fabrik untuk Tertentu Biasanya seseorang itu memilih pakaian yang sesuai untuk sesuatu tujuan. Tanpa menyedari sama ada fabrik itu sesuai atau tidak untuk tujuan itu. Ternyata ada sesetengah fabrik yang tidak sesuai langsung dipakai pada hari siang. Satin, broked dan fabrik berlangsung hanya untuk pakaian malam. Amnya, pakaian kasual dan pakaian hari hari memerlukan fabrik sederhana tebalnya: Fabrik untuk tujuan ini hendaklah jenis yang tahan lasak http://tangkapgambar.blogspot.com/

serta mengekalkan bentuk setelah beberapa kali di dobi. Fabrik ini lebih sesuai untuk pakaian biasa. Walaupun ada beberapa fabrik yang hanya di gunakan untuk pakaian malam, tetapi ada juga fabrik yang di gunakan untuk pakaian siang boleh juga di gunakan untuk majlis majlis formal. Fabrik kapas yang telah di beri kemasan dan juga sutera boleh di gunakan bagi kedua dua tujuan yang telah disebutkan tadi dengan syarat pilihan stail adalah bersesuaian. Sutera, krep, satin, taffeta dan broked hanya sesuai untuk pakaian pakaian formal pada sebelah malam. 9.4.2 Menggabungkan Daging Fabrik Untuk mendapatkan pakaian yang benar benar bersesuaian dengan anda, gabungkan fabrik, garisan dan warna perlu bersesuaian. Konsep asas dalam penggabungan faktor faktor yang kaitan ialah dengan menggunakan daya kreativiti dan sikit perubahan di sana sini. Amnya, jika di gabungkan fabrik, gunakan fabrik yang sama atau hampir sama jenisnya. Tetapi cara yang paling baik ialah dengan menguji kesan sesuatu fabrik itu terhadap fabrik lain. Dalam merancang sesuatu pakaian, gabungkan beberapa kombinasi yang berlainan. Anda bolehlah bawa bersama anda perca perca fabrik apabila anda membeli bahan bahan untuk blaus, aksesori dan lain lain fabrik yang boleh di gabungkan dengan pakaian itu. 9.4.3 Warna Faktor kedua yang perlu di pertimbangkan apabila memilih fabrik ialah warna. Jika salah di pilih, warna juga boleh menimbulkan pelbagai masalah. Dalam prinsip design, beberapa panduan asas yang perlu diikuti.

http://tangkapgambar.blogspot.com/

9.4.3.1 Carta Sim Warna. Dalam merancang pelbagai pakaian pakaian anda, adalah mustahak anda mempunyai skim warna yang tertentu. Jika tidak, pakaian pakaian serta hiasan hiasan iringan dan eksesori yang anda buat atau pilih tidak akan bersesuaian di antara satu sama lain. Kurangnya kordinasi ini akan menimbulkan keburukan. Dengan ini sesusatu pakaian itu akan tergantung di dalam almari pakaian anda beberapa bulan lamanya. Untuk mengelakkan situasi buruk ini berlaku, ada beberapa perkara yang anda perlu lakukan. Mula mula anda hendaklah menentukan warna warna yang paling menyerikan dan yang anda minati. Warna ini hendaklah di jadikan warna asas anda, dan warna inilah nanti akan di gabungkan dengan lain lain warna. Pada dasarnya, gunakan warna asas anda untuk pakaian pakaian yang anda mahu gunakan untuk bertahun tahu, kerana ini akan membolehkan anda menggunakan pertukaran hiasan iringan daripada semasa ke semasa tanpa mengubah pakaian anda. Warna warna gelap dan warna warna yang menimbulkan kesan neutral adalah warna warna yang selalu di gunakan sebagai warna asas. Diantaranya, hitam, biru tua, coklat dan kelabu. Walaupun warna warna terang boleh di gunakan sebagai warna asas, seboleh bolehnya elakkanlah warna warna ini melainkan jika anda mampu membuat pakaian pakaian baru dengan http://tangkapgambar.blogspot.com/

kerapnya. Warna warna asas tidak akan membosankan anda jika anda tahu cara menggunakannya dengan sedikit daya pemikiran. Sebaik baik sahaja anda telah memilih wrana asas anda harus memikirkan lain lain warna yang boleh di sesuaikan dengan warna asas anda. Tiap tiap stail yang baru yang anda pilih hendaklah bersesuaian dengan warna asas anda. Dengan cara ini anda akan mencipta skim warna anda dan seterusnya membangkitkan kepuasan terhadap diri anda kerana mempunyai pakaian pakaian yang menarik.

9.4.3.2 Pengimbangan Warna. Pengimbangan warna yang sempurna adalah mustahak, terutama sekali apabila warna warna garang dan warna warna lembut di gabungkan. Petua yang baik diikuti ialah menggunakan warna yang lembut untuk bahagian yang lebih kecil.

Banyaknya sesuatu warna itu hendaklah di gunakan bergantung kepada nisbah bahagian bahagian pakaian itu. Jangan luangkan sesuatu warna itu pada yang banyak bahagian sangat. Ini akan membosankan. Misalnya warna yang sama di gunakan untuk selendang, beg dan sepatu akan membosankan, berbanding dengan jika anda gunakan warna gelap untuk

http://tangkapgambar.blogspot.com/

satu hiasan, warna cerah untuk yang lain dan yang terang untuk yang lagi satu dengan syarat warna warna itu adalah dari warna yang sama. Anda juga perlu ingatkan bahawa warna terang akan menarik perhatian. Ini akan memudahkan anda menyembunyikan bentuk bentuk badan yang kurang baik dengan menarikkan perhatian ke sifat sifat yang baik. Jika banyak wrana cerah di gunakan, mata anda akan beralih dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain. Jika tidak di gunakan dengan betulnya, mata anda akan menyusur dari satu bahagian ke bahagian yang lain.

9.4.3.3 Harmoni Warna. Adalah mustahak tiap tiap kombinasi warna memberi kesan harmoni. Untuk menghasilkan kesan demikian, warna warna hendaklah bersesuaian antara satu sama lain. Ini boleh di laksanakan dengan mengabungkan warna warna berkaitan dengan harmoni yang menarik sekali. Jika warna warna yang di gunakan hampir hampir sama. Ini di namakan harmoni monochromatic atau anologous. Jika warna warna bertentangan di gabungkan, ia di namakan harmoni complementary. Apa jua jenis warna yang anda pilih, hanya satu warna sahaja harus di ketengahkan, manakala warna warna yang lain di beri peranan sebagai, Subordinates 9.5 Fabrik Bercorak

http://tangkapgambar.blogspot.com/

Corak genggang, dam dan bermotif boleh menjadikan pakaian anda lebih menarik. Namun demikian, adalah mustahak bagi anda memilih corak fabrik yang paling menarik untuk diri si pemakai. a. Analisa Corak fabrik Saiz corak fabrik hendaklah bersesuaian dengan saiz si pemakai. Corak kecil, dam kecil, belang atau genggang halus sesuai untuk badan yang kecil manakala corak yang lebih besar untuk saiz yang lebih tinggi. Corak yang besar dan terang hanya boleh di sesuaikan untuk orang orang yang berbadan tinggi lampai seperti peragawati. Biasanya, corak corak sederhana saiz dan juga warnanya di sesuai untuk badan yang sederhana. Oleh kerana tarikannya yang kuat, fabrik bercorak menjadi pilihan tiap tiap wanita. Walau bagaimanapun. Tidaklah mudah untuk memilih yang mempunyai elemen elemen design yang baik. Corak corak hendaklah berkaitan antara satu sama lain. Ia hendaklah di susun supaya pandangan menyusun dari satu motif ke motif yang lain. Cuba muslihat seorang pelukis, letakkan fabrik kira kira satu meter dari anda dan perhatikan betul betul dengan mata yang separuh tutup. Adakah design dan warna bergabung dengan menarik sekali? Jika ya, anda telah memilih corak yang lebih baik. Mood corak hendaklah di pertimbangkan. Ada yang menimbulkan kesan yang tenang, riang ataupun eksotik. Jangan biarkan corak fabrik menonjol lebih daripada diri anda. Ingatlah anda hanya memilih latar belakang bagi diri anda.

http://tangkapgambar.blogspot.com/