Anda di halaman 1dari 10

3.01.

1 Rujukan Grid
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Garisan-garisan grid di peta topografi digunakan untuk menentukan kedudukan di peta topografi. Garisan grid menegak dinamakan garisan Timuran. Garisan Timuran bermula dari barat dan semakin ke timur apabila bacaan semakin meninggi. Garisan grid mendatar dinamakan garisan Utaraan. Garisan Utaraan bermula dari selatan dan semakin ke utara bila bacaan menjadi semakin meninggi. Di atas peta topografi Malaysia, jarak antara dua garisan grid ialah 2 cm, iaitu bersamaan dengan 1 000 meter atau 1 km di muka bumi. Garisan Timuran dan garisan Utaraan membentuk segi empat sama yang dipanggil persegi grid. Kedudukan sesuatu tempat dinyatakan oleh titik persilangan garisan Timuran dan garisan Utaraan. Cara menentukan kedudukan berdasarkan garisan grid dikenal sebagai rujukan grid atau panduan grid.

10. Kedudukan sesuatu tempat dapat dinyatakan dalam rujukan grid empat angka atau rujukan grid enam angka. 11. Semasa menggunakan rujukan grid, angka Timuran disebut dahulu dan diikuti dengan angka Utaraan.

Rujukan Grid 4 Angka


1. 2. Rujukan Grid 4 angka digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat dalam segi empat grid di peta topografi. Cara menentukan Rujukan Grid 4 angka untuk segi empat X berpandukan Rajah 1.01.8: a. b. c. d. 3. tandakan sudut barat daya segi empat X; catatkan nilai Timuran yang menyentuh sudut barat daya segi empat X, iaitu 13; catatkan nilai garisan Utaraan yang menyentuh sudut barat daya segi empat X, iaitu 34. rujukan grid bagi segi empat X ialah 1334.

Rujukan grid bagi segi empat grid Y ialah 1233 dan segi empat grid Z ialah 1634.

Rujukan Grid 6 Angka

Rajah 3.01.8 Rujukan grid


1. 2. Rujukan Grid 6 angka digunakan untuk menentukan kedudukan sesuatu titik di peta topografi. Cara untuk menentukan Rujukan Grid 6 angka bagi titik P berdasarkan Rajah 1.01.8 dan Rajah 1.01.9: a. b. c. bahagikan garisan Utaraan dan garisan Timuran kepada 10 bahagian yang sama; nomborkan bahagian-bahagian ini dari kiri ke kanan bagi garisan Timuran dan dari bawah ke atas bagi garisan Utaraan; Titik P terletak lima bahagian di timur garisan Timuran dan lima bahagian ke atas garisan Utaraan 33;

d.

Oleh itu, Rujukan Grid 6 angka titik P ialah 145335.

Rajah 3.01.9 Cara menentukan Rujukan Grid 6 angka


3. 4. 5. Rujukan Grid 6 angka bagi titik Q ialah 163328. Jika titik terletak di atas garisan Timuran atau garisan Utaraan, angka ketiga disebut sebagai "0". Oleh itu, Rujukan Grid 6 angka bagi titik S ialah 135320.

3.01.2 Menentukan Ketinggian


1. 2. Relief atau muka bumi dapat digambarkan dengan pelbagai cara di dalam peta topografi dan atlas. Cara-cara yang digunakan adalah seperti menggunakan tanda tinggi, tanda aras, stesen trigonometri, warna, dan garisan kontur.

Rajah 3.01.10 Tanda tinggi, tanda aras, dan stesen trigonometri


3. 4. 5. 6. 7. Tanda tinggi digambarkan dengan satu titik yang diikuti oleh angka di peta topografi seperti 85. Tanda tinggi 85 menandakan Kg. Jernih terletak 85 meter dari aras laut. Tanda tinggi dapat digunakan untuk menandakan kawasan tanah tinggi dan tanah rendah. Tanda aras atau batu aras digambarkan dengan satu titik diikuti oleh anak panah dan angka seperti 33. Tanda aras 33 di sepanjang Sungai Jernih menandakan ketinggian tebing sungai di tempat itu ialah 33 meter dari aras laut.

8. 9.

Jenis tanda tinggi ini digunakan untuk menunjukkan ketinggian di sepanjang sungai, jalan raya, dan landasan kereta api. Stesen trigonometri digambarkan dalam peta topografi sebagai satu segi tiga kecil dengan satu titik di dalamnya, contohnya 206.

10. Stesen trigonometri digunakan untuk menunjukkan ketinggian kemuncak atau gunung. 11. Ketinggian Bukit Kelah adalah 206 meter dari aras laut. 12. Warna digunakan untuk menggambarkan ketinggian relief di dalam peta atlas. Contohnya, hijau bagi tanah rendah, coklat bagi tanah tinggi, biru bagi air. 13. Garisan kontur adalah garisan yang menyambungkan tempat-tempat di atas peta topografi yang mempunyai ketinggian yang sama dari aras laut. 14. Garisan kontur 15 meter menyambungkan kawasan-kawasan berketinggian 15 meter dalam peta topografi. 15. Perbezaan ketinggian antara dua garisan kontur dikenal sebagai selang kontur. Contohnya selang kontur bagi garisan-garisan kontur dalam Rajah 1.01.11 ialah 15 meter. 16. Setiap garisan kontur yang kelima pula ditebalkan dan dikenal sebagai indeks kontur.

Rajah 3.01.11 Selang kontur dan indeks kontur

3.01.3 Garisan Kontur dan Keratan Rentas


1. 2. Keratan rentas adalah gambaran bentuk muka bumi di sepanjang satu garisan antara dua poin di atas peta topografi. Cara membuat keratan rentas XY: a. b. c. d. sambungkan poin X dan poin Y dengan garisan lurus. letakkan satu jalur kertas pada garisan XY. tandakan garisan-garisan kontur yang menyentuhnya pada jalur kertas. tuliskan nilai-nilai garisan kontur pada jalur kertas itu.

Rajah 3.01.12 Garisan kontur sesuatu kawasan

Rajah 3.01.13 Jalur kertas diletakkan pada garisan XY

Rajah 1.01.12 Garisan kontur sesuatu kawasan Rajah 1.01.13 Jalur kertas diletakkan pada garisan XY e. f. g. tandakan juga ciri-ciri geografi yang lain, seperti sungai dan jalan raya jika ada yang menyentuh garisan. lukis satu pemidang seperti Rajah 1.01.14 dengan skala tegak yang sesuai, seperti 0.3 cm mewakili 15 m. skala mendatar ialah jarak XY sebenar.

Rajah 3.01.14 Kedudukan setiap garisan kontur ditandakan di atas garisan-garisan pemidang

h. i.

letakkan jalur kertas XY pada skala mendatar dan tandakan ketinggian garisan kontur di sepanjang XY pada pemidang. sambungkan poin-poin yang telah ditandakan itu untuk menunjukkan keratan rentas kawasan tersebut.

Rajah 3.01.15 Keratan rentas XY

3.01.4

Hubung Kait Garisan Kontur Dengan Bentuk Muka Bumi

1. 2. 3.

Pola susunan garisan kontur dapat menggambarkan bentuk muka bumi. Pelbagai bentuk muka bumi yang dapat digambarkan melalui keratan rentas. Bukit tunggal ialah tanah yang berbentuk bulat atau bujur di bawah ketinggian 600 m.

Rajah 3.01.16 Bukit tunggal


4. 5. Jarak garisan kontur yang rapat menunjukkan cerun yang curam. Jarak garisan kontur yang jauh menunjukkan cerun yang landai.

Rajah 3.01.17 Cerun landai dan cerun curam

6. 7.

Jarak garisan kontur yang rapat di atas dan jauh di bawah menunjukkan cerun cekung. Jarak garisan kontur yang jauh di atas dan rapat di bawah menunjukkan cerun cembung.

Rajah 3.01.18 Cerun cekung dan cerun cembung


8. Jarak garisan kontur yang berselang jarang dan rapat menunjukkan cerun bertangga.

Rajah 3.01.19 Cerun bertangga


9. Tebing tinggi mempunyai tebing yang sangat curam dan biasanya mempunyai garisan kontur yang sangat rapat.

Rajah 3.01.20 Tebing tinggi


10. Dataran tinggi ialah tanah tinggi yang mempunyai permukaan atas yang rata atau beralun, manakala bahagian tepibercerun curam. 11. Garisan kontur bersusun rapat di tepi, manakala bahagian tengah tidak mempunyai garisan kontur.

Rajah 3.01.21 Dataran tinggi


12. Lurah adalah lekukan di atas muka bumi yang kadang kala direntasi oleh sungai.

Rajah 3.01.22 Lurah


13. Garisan konturnya berbentuk V dengan bahagian hujung V menghala ke tanah yang lebih tinggi. 14. Rabung tinggi ialah bukit yang panjang dan tirus.

Rajah 3.01.23 Rabung


15. Garisan kontur disusun rapat-rapat dan memanjang. 16. Susuh bukit ialah tanah tinggi yang panjang serta sempit yang menganjur dari tanah tinggi ke arah kawasan tanah rendah. 17. Garisan konturnya berbentuk V dengan bahagian hujung V menghala ke tanah yang lebih rendah. 18. Pelana adalah lekukan cetek di antara dua puncak bukit. 19. Kol ialah lekukan kecil yang terletak di antara dua hulu sungai yang bertentangan.

Rajah 3.01.24 Pelana, kol, dan genting


20. Keratan rentas pandang darat fizikal digunakan untuk menggambarkan ciri-ciri fizikal di kawasan bentuk muka bumi dengan lebih terperinci.

Rajah 3.01.25 Keratan rentas pandang darat fizikal


21. Keratan rentas pandang darat budaya memberikan gambaran yang lebih jelas tentang penggunaan tanah.

Rajah 3.01.26 Keratan rentas pandang darat budaya