C Topik 3 (1) .1 (M4) A Taksonomi Bloom

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 2

TAKSONOMI BLOOM DOMAIN KOGNITIF

Bloom (1956) dan rakan-rakan telah mengemukakan satu taksonomi domain kognitif yang mengandungi enam tahap hierarki seperti yang berikut:

0* 1* 2* 3* 4* 5*

Pengetahuan Pemahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

PENGETAHUAN

6*

Objektif-objektif pengetahuan menegaskan proses psikologi mengingat. Proses ini termasuk-lah pengenalan dan pengingatan maklumat spesifik, idea, teori, peraturan, takrifan, kaedah, prosedur, struktur & sebagainya.

PEMAHAMAN

7*

Memahami tentang apa yang dimaksudkan oleh sesuatu komunikasi dalam bentuk konsep, idea, peraturan, proses, prosedur, takrifan, gambarajah, jadual, graf dan sebagainya. Tetapi seseorang itu tidak semestinya memahami implikasi sepenuhnya tentang komunikasi itu.

APLIKASI

8*

Kebolehan untuk menggunakan konsep, idea, peraturan, prosedur, teori atau kaedah yang telah dipelajari, dalam situasi yang tertentu dan baru.

ANALISIS

9*

Menceraikan sesuatu komunikasi kepada unsur-unsur atau bahagianbahagiannya supaya pertalian dan atau susunan berperingkat (hierarchy) antara unsur-unsur itu menjadi lebih jelas dan senang difahami

SINTESIS

10*

Menyatukan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya ia menjadi satu bentuk yang lengkap dan bermakna. Aktiviti-aktiviti seperti menghasilkan satu rancangan untuk sesuatu projek dan membina corak atau pola baru melibatkan proses sintesis.

PENILAIAN

11*

Membuat penghakiman tentang setakat mana sesuatu konsep, kaedah, prosedur, bahan dan sebagainya memenuhi kriteria-kriteria tertentu.

Anda mungkin juga menyukai