Anda di halaman 1dari 3

1)Ucapan Alu-aluan Assalamualaikum wrt wbkth dan salam sejahtera diucapkan kpd Yang berusaha Pn.

Anita bt Othman, Guru Besar Sek. Keb. Tanjung Belipat, Yang dihormati En.........................., Yang Dipertua PIBG Sek. Keb. TANJUNG BELIPAT, Guru Penolong kanan kurikulum En. Mohd Shaifuddin b. Othman, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Luly Anak Jinggan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Mohd Amin bin Mukhtar,Guru-guru, AJK-AJK PIBG yang hadir pada hari ini serta murid-murid Sek. Keb. Sg. Tanjung Belipat yang disayangi sekalian. SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BELIPAT TAHUN 2012. Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini untuk menjayakan kejohanan sukan tahunan SK TANJUNG BELIPAT tahun 2012 ini. Kami warga SKTB mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para hadirin yang hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan pada hari ini. 2)Bacaan Doa Hadirin yang dihormati. Untuk memberkati temasya sukan tahunan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Ustaz Mohd Izwan b. Nordin untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan dengan segalahormatnya. Bacaan doa Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi. 3)Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku. Hadirin diminta berdiri Pasang tape nyayian 4)Upacara Perarakan Rumah Sukan. Hadirin yang dihormati, Pembuka acara pada pagi ini akan dimulakan dengan perarakan perbarisan dan lintas hormatrumah-rumah sukan sebentar lagi. Pasang CD Marching Rumah Temenggung dengan tema kuning mendahului kontijen perbarisan pada hari ini. Kuning melambangkan warna diraja. Diikuti oleh Rumah.........................dengan tema hijau. Hijau melambangkan kedamaian dan ketenangan antara ahli-ahlinya.Hijau mewarnai alam sekeliling kita. Kontijen seterusnya ialah Rumah..................................dengan tema Biru. Biru melambangkan perpaduan. Ini menunjukkan mereka bersatu padu untuk membentuk sesebuah pasukan yang mantap. Kontijen yang terakhir adalah Rumah ................................ dengan tema Merah. Merah melambangkan keberanian dan kegagahan sesebuah pasukan.

SUKAN TAHUNAN PIBG SKTB BY: MISS FAUZIAH HUSIN

5)Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan KEJOHANAN KEBANGSAAN SK TANJUNG BELIPAT TAHUN 2012 . Majlis mempersilakan.Terima kasih diucapkan kepada Pn. Anita bt Othman di tadi.

Puan Anita bt Othman untuk SUKAN TAHUNAN SEKOLAH dengan segala hormatnya atas ucapan dan perasmian itu

6) Atucara seterusnya adalah bacaan ikrar kejohanan sukan tahunan bagi tahun 2012, yang akan akan dipimpin oleh adik .. Begitulah tadi sempurnanya majlis pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen para atlet kepada kejohanan ini. 7) UPACARA MENYALAKAN OBOR KEJOHANAN. Hadirin yang dihormati sekalian, atucara seterusnya adalah upacara menyalakan obor kejoohanan sebagai simbolik kepada pelancaran sukan tahunan sekolah kebangsaan tanjung belipat bagi tahun 2012 ini. Untuk itu, majlis menjemput....................................... untuk mengiringi ......................................bagi menyalakan obor kejohanan. Maka dengan itu, rasmilah kejohanan sukan Sek. Keb. Tanjung Belipat bagi tahun 2012. 8)Perarakan Keluar Kontingen Demikian tadi selesainya upacara perasmian kejohanan.Sekarang dipersilakan semua kontingen yang mengambil bahagian untuk bergerak keluar kekhemah masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada pagi ini. Perhatian- Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk bersedia kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi. 9)ACARA SUKAN Acara sukan akan dimulakan sebentar lagi dengan larian 100 meter lelaki dan perempuanindividu bagi tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6. Para peserta diminta bersedia.Acara sukan pertama pada hari ini adalah larian 100 meter individu lelaki Tahun RUJUK BUKU ATURCARA Acara sukan diteruskan lagi dengan acara sukaneka secara individu bagi tahun 1, 2, 3, 4, 5,Para peserta diminta bersedia. Acara sukaneka pertama adalah _____________________ RUJUK BUKU ATURCARA Acara sukan diteruskan lagi dengan acara kemuncak pertandingan pada hari ini iaitu Larian bergantiganti 4 X 100 meter dan 4 X 200 meter lelaki & perempuan Tahap 2.

SUKAN TAHUNAN PIBG SKTB BY: MISS FAUZIAH HUSIN

10)Penutup Dengan berakhirnya acara pertandingan larian berganti-ganti 4 X 100 meter dan 4 X200 meter itu tadi, Maka berakhirlah acara olahraga kita pada kali ini. 11)Upacara Penyampaian hadiah Sekarang tibalah masanya bagi upacara Penyampaian hadiahMajlis dengan sukacitanya menjemput .Untuk mengiringi ...untuk menyampaikan hadiah. Terima kasih diucapkan kepada . di atas kesudian beliauuntuk menyampaikan hadiah. BAGI HADIAH IKUT ACARA. RUJUK BUKU ATURCARA Seterusnya diumumkan penyandang bagi olahragawan & olahragawati SKTB bagi tahun ini. Olahragawan SKTB tahun ini disandang oleh :Olahragawati SKTB tahun ini disandang oleh : 12) Acara Cabutan Bertuah. Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu..iaitu cabutan bertuah~~ Untuk itu, majils menjemput Pn. Anita bt Othman untuk Mencabut .....................................nombor. Nombor bertuah yang pertama adalah ..............dijemput pemenang bertuah untuk tampil mengambil hadiah. Nombor kedua ................................ dijemput pemenang bertuah untuk tampil mengambil hadiah

((Majlis dengan sukacitanya menjemput En Mohd Amin bin Mokhtar Untuk mengiringi Puan Anita Bt Othman untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada En......................... atas kesudian beliau hadir dan merasmikan majlis pada hari ini.)))) 13)Penutup Maka dengan itu berakhirlah sudah kejohanan sukan tahunan SKTB tahun 2012 ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk itu adalah daripada kami sendiri. Akhir kata dari kami berdua,Maaf atas keterlajuran kata dan bahasa sepanjang kami mengendalikan majlis ini, Syabas untuk semua dan Majulah Sukan SKTB untuk negaraTIGA SORAKAN UNTUK SEMUA YANG MENJAYAKAN KEJOHANAN KALI INI. HIP-HIP..HOORAY 3X Sekian , terima kasih. SUKAN TAHUNAN PIBG SKTB BY: MISS FAUZIAH HUSIN

Anda mungkin juga menyukai