Anda di halaman 1dari 3

Aktiviti penganiayaan dan penderaan haiwan dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang paling zalim dan merupakan amalan

yang tidak wajar wujud dalam diri manusia. Hal ini kerana haiwan dikategorikan sebagai makhluk ciptaan tuhan yang lemah dan perlu dilindungi. Sejak kebelakangan ini, kes penderaan terhadap haiwan semakin meningkat dan terdapat segelintir daripada manusia berpendapat haiwan tidak mempunyai hati dan perasaan. Kumpulan ini tidak berupaya untuk melawan dan melindungi diri mereka daripada dianiayai oleh golongan manusia. Mereka hanya mampu meronta-ronta melaung kesakitan apabila digenggam dan dianiayai tanpa dipedulikan oleh manusia. Contohnya seekor anak burung helang hanya mampu menjelirkan lidahnya apabila dicekik oleh manusia dan tidak berdaya untuk melepaskan diri daripada cengkaman manusia tersebut. Kita sebagai insan biasa haruslah ingat bahawa setiap makhluk ciptaan tuhan mempunyai hak untuk meneruskan kehidupan dan kita tidak sewajarnya meragut hak mereka demi kepentingan diri sendiri. Individu yang melakukan penderaan haiwan mungkin disebabkan oleh tekanan emosi. Mereka tidak mampu lagi memedamkan perasaan dendam terhadap seseorang individu ataupun tekanan. Oleh itu, haiwan menjadi sasaran mereka untuk melepaskan tekanan bagi memuaskan perasaan dan nafsu mereka. Contohnya kucing yang kelaparan dan datang untuk menagih simpati terhadap individu yang berada dalam keadaan tertekan akan dizalimi seperti disimbah dengan air panas, ditendang, serta dipukul menggunakkan payung. Walaupun kita tidak rela untuk memberi makanan kepada kucing tersebut, kita tidak sepatutnya memperlakukannya dengan cara sedemikian kerana ia berana dalam keadaan yang lemah dan kelaparan. Hal ini menunjukkan sifat keperimanusiaan dalam diri manusia semakin terhakis. Tahap undang-undang di Malaysia yang agak lemah juga menyebabkan si pelaku berani untuk melakukan penganiayaan terhadap haiwan. Hal ini kerana perbuatan yang dilakukan oleh si pelaku tidak setimpal dengan hukuman atau denda yang dikenakan. Mereka langsung tidak insaf terhadap perbuatan yang dilakukan oleh mereka dan mengulangi kesilapan tersebut. Nasib haiwan yang dianiayai tersebut juga tidak dibela secara seriusnya menyebabkan si pelaku berupaya bebas daripada tindakan yang sewajarnya dikenakan ke atas diri mereka. Sebagai contoh, seorang wanita hanya didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan menzalimi tiga kucing dengan memukul menggunakan payung, menendang serta menyakiti haiwan malang itu pada 19 FEBUARI 2011 antara jam 4.25 petang hingga 5 petang.

Secara tidak langsung, aktiviti penganiayaan dan penderaan haiwan yang dilakukan oleh rakyat Malaysia akan melahirkan tanggapan yang tidak baik terhadap negara kita apabila pelancong asing berkunjung ke negara kita. Mereka akan berkongsi amalan yang dijalankan di negara kita dengan rakan-rakan senegara mereka ataupun rakan dari negara yang berlainan yang akan menjejaskan reputasi baik negara kita. Negara kita akan dianggap sebagai negara zalim kerana sanggup menzalimi haiwan yang lemah dan tidak berdosa tersebut. Hal ini akan menyebabkan pelabur asing takut untuk melabur dalam negara kita kerana imej baik negara kita tidak dapat dipertahankan. Pertumbuhan ekonomi negara kita turut akan terjejas disebabkan insiden ini kerana kekurangan pengaliran mata wang asing masuk. Bagi mengelakkan amalan ini terus berleluasa dalam kalangan rakyat malaysia, langkah yang drastik perlu diambil dengan segera. Kempen kesedaran harus dijalankan secara meluas sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik. Media elektronik khususnya televisyen harus menayangkan insiden-insiden penganiayaan haiwan agar lahirnya perasaan simpati dalam kalangan rakyat malaysia. Kempen Hentikanlah Penganiayaan Haiwan diharapkan dapat mengatasi masalah ini seterusnya orang ramai berganding bahu untuk memperjuangkan dan melindungi haiwan tersebut daripada terus dianiayai. Selain itu, kanak-kanak yang diumpamakan seperti helaian kain putih haruslah diberikan pendidikan untuk membela binatang bagi melahirkan rasa kasih sayang dalam diri mereka sejak kecil lagi. Bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya,golongan kanak-kanak harus disemai dengan rasa tanggungjawab terhadap perbuatan yang mereka lakukan temasuk kesan akibat keputusan yang dibuat oleh mereka. Pembelaan haiwan oleh kanak-kanak sejak kecil lagi dapat memupuk rasa tanggungjawab dan kasih sayang terhadap haiwan, sekaligus menanam nilai-nilai terpuji dalam diri mereka agar mereka tahu menghormati makhluk dunia ini serta memiliki sikap baik hati yang menjadi komponen penting dalam keseluruhan hidup kita. Kanak-kanak turut diajar cara yang betul untuk menjaga haiwan peliharaan mereka termasuklah membelai mereka agar mereka dapat merasai kasih sayang manusia terhadap mereka. Hal ini dapat mengelakkan kanak-kanak tersebut daripada terjelumus dalam amalan penganiayaan haiwan. Kesimpulannya, aktiviti penganiayaan haiwan di negara kita berada pada tahap yang kritikal. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama memperjuangkan hak haiwan tersebut untuk terus hidup dan membela mereka daripada terus dianiayai oleh individu yang tidak

berkeperimanusiaan. Hal ini penting agar rakyat malaysia dapat hidup dalam situasi yang harmoni dan sejahtera tanpa dibelenggu oleh masalah ini. Imej negara Malaysia juga dapat dipertahankan kerana bebas daripada amalan yang tidak bertanggungjawab tersebut.

1)What is the topic? 2)What is the purpose?

-Penganiayaan dan penderaan haiwan -untuk memberi kesedaran kepada masyarakat agar menyayangi, membela dan memperjuangkan hak haiwan agar tidak terus dianiayai oleh individu yang tidak berperikemanusiaan. -semua lapisan masyarakat -undang-undang yang berkait dengan penganiayaan haiwan agak lemah. -Sebagai contoh,seorang wanita hanya didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan menzalimi tiga kucing dengan memukul menggunakan payung,menendang serta menyakiti haiwan malang itu pada 19 FEBUARI 2011, jam antara 4.25 petang hingga 5 petang.

3)Who is the audience? 4)What is the thesis,or Central idea? 5)What evidence support the thesis?

6)How are the ideas Organized?

-Pendahuluan penganiayaan haiwan diterangkan terlebih dahulu, kemudian sebab penganiayaan dilakukan,kesan secara tidak langsung,dan seterusnya langkah untuk mengurangkan amalan penganiayaan. Akhir sekali,penutup iaitu harapan agar semua pihak bekerjasama untuk membanteras amalan penganiayaan haiwan.

7)What do the ideas means?

-Semua pihak harus berganding bahu untuk membela dan memperjuangkan nasib haiwan yang dianiayai.

Anda mungkin juga menyukai