Anda di halaman 1dari 4

Tatang puan tatang cerana, Tatang duduk Seri Rama, Datang tuan datanglah nyawa, Datang duduk bersama-sama.

Yang berusaha,

___________________________________________________________________ Yang dihormati,

___________________________________________________________________ Yang dihormati,

___________________________________________________________________ Seterusnya, Peserta-peserta PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 6 FASA 6 2013 AKTIVITI 1 SIRI 2 BERSAMA GURU CEMERLANG INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN PISMP SEMESTER 6 / 2013. Assalamualaikum dan salam kedah aman makmur.

Hadirin dan hadirat,

Allah juga yang dipuji dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah dan izinNya, membolehkan kita berkumpul pada pagi ini. Pihak majlis mengucapkan ,terima kasih dan mengalu-alukan, kehadiran hadiran-hadirat ke PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 6 FASA VI/ 2013 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN PISMP SEMESTER 6 / 2013.

Hadirin dan hadirat,

Majlis kita dimulakan dengan bacaan doa,untuk itu marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan diketuai oleh saudara Azammudin Bin Taib. Dengan itu, majlis menjemput dan mempersilakan.

Hadirin dan hadirat,

Seterusnya,tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan sesi perkongsian ilmu bersama Guru Cemerlang, Puan Faridah Bt Ahmad untuk sesi Amalan Pengajaran dan Pembelajaran (teknik, rutin, pendekatan dan kaedah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran). Sebelum itu, izinkan saya untuk membacakan secara ringkas biodata beliau buat makluman para hadirin.

(bacaan biodata)

Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan, Puan Faridah Bt Ahmad. Dipersilakan.

(slot berjalan)

Terima kasih diucapkan kepada Puan Faridah Bt Ahmad atas perkongsian sebentar tadi. Majlis berhenti seketika untuk memberi laluan minum pagi dan akan bersambung semula selepas selesai minum pagi. Majlis menjemput semua hadirin ke kantin untuk menjamu selera. Dipersilakan.

Hadirin dan hadirat,

Seterusnya, majlis beranjak maju dengan sesi perkongsian kedua oleh Puan Faridah Bt Ahmad mengenai , Bengkel ciri-ciri profesionalisme (potensi diri, personaliti kerjaya, citra diri insan guru) serta sedikit sesi soal jawab bersama Guru Cemerlang. Dengan itu, Majlis mempersilakan.

(slot berjalan)

Alhamdulillah, selesai sudah kedua-dua slot yang telah dirancang untuk program hari ini. Semoga segala perkongsian dan ilmu yang disampaikan oleh Puan Faridah Bt Ahmad sebentar tadi dapat memberi manfaat dan kebaikan untuk kita bersama.

Majlis sudah sampai ke penghujungnya. Kini tiba masanya kita ke Majlis Penutup program untuk hari ini. Dengan itu, saya menjemput saudara Bazlin Shafik Bin Bakri selaku Pengerusi Program Bina Insan Guru Semester 6 Fasa 6 2013 Aktiviti 1 Siri 2 Bersama Guru Cemerlang untuk menyampaikan sepatah dua kata mewakili seluruh pelajar IPG Kampus Darul Aman, PISMP Semester 6 Matematik/PJ/BM. Majlis mempersilakan.

(ucapan pengerusi)

Seterusnya,

majlis

menjemput

______________________________

untuk

menyampai cenderamata kepada Puan Faridah Bt Ahmad sebagai tanda terima kasih kerana sudi untuk menjayakan program kita pada hari ini. Dipersilakan.

BERSURAI

Bertiup bayu dipantai indah, Burung kedidi terbang melayang, Mana yang kurang silap dan salah, Jangan menjadi bekalan pulang.

Dengan itu, tamatlah sudah aturcara kita pada hari ini. Saya mengambil kesempatan, memohon maaf andai ada tersalah kata serta bicara .yang baik itu dtg daripada Allah, yang buruk dtg daripada kelemahan saya sendiri. Sekian, assalamualaikum wbt.