Anda di halaman 1dari 39

Bencana Alam

Bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi, seperti letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, banjir dan aktiviti manusia.

Contoh bencana alam


Gempa bumi Gunung berapi Tanah runtuh

Gempa Bumi
Gempa bumi, adalah suatu fenomena pergerakan permukaan bumi disebabkan oleh pergerakan yang mengejut di permukaan bumi yang berbatu. Gempa bumi berlaku apabila tenaga yang tersimpan dalam bumi, biasanya di dalam bentuk geseran batu, tibatiba terlepas

Gempa Bumi di Jepun

CARA MENGATASI GEMPA BUMI


Sebelum Kenal pasti secara teliti jalan-jalan keluar masuk dalam keadaan darurat di mana pun kita berada kerana gempa bumi boleh berlaku bila-bila masa Meletakkan barang-barang yang berat di tempat yang stabil dan tidak tergantung. Matikan segera lampu dan suis utama

Semasa
Jika berada di dalam sesuatu tempat,diam seketika jangan panik dan segeral keluar dari bangunan. Segera cari perlindungan di bawah meja atau di dekat pintu. Jauhi tempat-tempat yang mungkin mengakibatkan luka seperti kaca, paip gas atau benda-benda tergantung yang mungkin akan jatuh Jika berada di luar rumah: jauhi atau cari tempat yang bebas dari bangunan-bangunan, pohon atau dinding. Jangan masuk bangunan meskipun getaran gempa sudah berhenti kerana tidak mustahil runtuhan bangunan masih terjadi.

Jika berada di khalayak ramai: jangan berebutrebut mencari jalan keluar. Cari tempat yang tidak berlaku keruntuhan. Jika berada dalam bangunan tinggi: segera cari perlindungan di bawah meja dan jauhi jendela atau dinding luar bangunan. Berada tetap di lantai di mana anda berada ketika gempa terjadi, dan jangan gunakan elevator atau lift yang ada.

Jika sedang memandu kenderaan: hentikan kenderaan kamu dan tetaplah berada di dalam kereta dan tinggalkan kereta kamu. Jangan berhenti di atas jambatan, atau di bawah jalan bertindih.Jika gempa sudah berhenti, jangan lalu di bawah jambatan sehingga benar-benar selamat

Selepas

Gunakan alas kaki untuk mengelakkan pecahan kaca atau bahan-bahan yang boleh melukakan kaki. Periksa jika kamu mendapat luka yang memerlukan rawatan segera. Periksa aliran/paip gas yang ada jika terdapat kebocoran. Jika tercium bau gas,hendaklah segera menutup sumbernya dan jangan sekali-kali menyalakan api dan merokok.

Periksa kerosakan yang mungkin terjadi pada bangunan kamu. Dengarkan maklumat melalui televisyen, radio, telefon yang biasanya disiarkan oleh saluran tempatan. Bersedia menghadapi kemungkinan terjadinya gempa-gempa susulan. Dan berdoa agar terhindar dari bencana yang lebih parah.

Gunung Berapi
bukaan atau rekahan pada permukaan atau kerak bumi yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi.

Gunung berapi di Indonesia

SEBELUM LETUSAN:
1. Kenal pasti tempat pengungsian (evacuation)di daerah masing-masing 2. Sediakan plan bencana alam 3 Sediakan keperluan asas (ubatubatan,makanan)

Semasa letusan
Elak laluan letusan seperti lereng gunung,lembah dan aliran gunung Jika di tempat terbuka,lindung diri dari abu letusan dan awan panas Pakai pakaian yang dapat menutup tubuh seperti baju lengan panjang ,topi dan kasut Jangan memakai kanta lekap Pakai topeng muka atau kain untuk menutupi hidung dan mulut

Selepas
Jauhi kawasan yang berlaku hujan abu Bersihkan atap dari timbunan abu bagi mengelakkan abu tersebut meruntuhkan atap rumah Elakkan membawa kenderaan ke tempat yang mengalami hujan abu kerana boleh merosakkan enjin kereta

Tanah Runtuh
salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian. Kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun, dan aliran sampah cetek.

Contoh gambar tanah runtuh

Tindakan perlu diambil:


Sentiasa berwaspada terhadap bencana alam yang mungkin berlaku. Melaporkan serta merta kepada pihak berkenaan jika berlaku bencana alam. Mematuhi arahan pihak berkenaan. Mematuhi amaran pada papan tanda. Membantu menyelamatkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan bencana alam jika berkemampuan.

Langkah Pencegahan
o Memantau dan mengenalpasti kawasan berisiko bencana alam. o Papan tanda amaran kawasan yang berbahaya. Contoh: tanah runtuh. o Menyediakan pelan laluan keselamatan sebelum berlaku bencana alam. o Taklimat tentang perlunya berwaspada terhadap ancaman bencana alam serta langkah keselamatan jika berlaku bencana alam.

Faktor-faktor
Perubahan cuaca Kegiatan ekonomi manusia Pembangunan tidak terancang dengan sempurna

Faktor - Perubahan Cuaca

Perubahan cuaca yang dialami oleh kebanyakan negara di dunia ini merupakan salah satu isu yang tidak boleh dipandang remeh. Misalnya, peningkatan suhu panas, peningkatan suhu sejuk, dan banjir kilat. Pengeluaran gas rumah hijau merupakan punca utama kepada terjadinya perubahan cuaca. Gas yang dihasilkan seperti karbon monoksida daripada aktiviti manusia telah memudaratkan lapisan ozon yang semakin menipis yang menyebabkan suhu panas meningkat dari setahun ke setahun.

Banjir kilat yang melanda negara-negara bertanah rendah merupakan impak akibat daripada isu perubahan cuaca. Suhu panas yang semakin meningkat termasuk peningkatan suhu di bahagian kutub utara yang menyebabkan pencairan ais. Pencairan ais ini telah menyebabkan paras air laut yang naik yang menyebabkan terjadinya banjir kilat yang telah banyak meragut nyawa dan tempat tinggal.

Kegiatan Ekonomi Manusia Tindakan manusia seperti aktiviti perindustrian yang membebaskan gas kloroflorokarbon (CFCs) menyebabkan suhu meningkat. Industri yang menyebabkan fenomena ini ialah industri pendingin udara. Industri ini menggunakan CFCs melibatkan pendinginan kenderaan, bangunan, perumahan dan juga penggunaan peti sejuk. Aktiviti penghutanan dan pembalakan secara tidak terancang akan menyebabkan lebihan CO2 dalam udara di samping kehilangan kawasan tadahan air dan berlakunya banjir.

Selain itu, pembukaan bandar baru seperti Bandar Muadzam Shah dan bandar-bandar baru yang lain menyaksikan pembersihan hutan dan pemotongan bukit. Perancangan ini memberi kesan kepada hakisan tanah bertambah kerana air dan tanah tidak dapat dihalang

Pembangunan tidak terancang dengan sempurna

Projek pembinaan empangan yang tidak dirancang dengan sempurna, pembinaannya dijalankan secara tergesa-gesa dan membancuh simen dalam cuaca hujan akan mengakibatkan benteng atau dinding empangan yang dibina itu tidak kukuh.

Empangan yang dibina senang pecah dan mengakibatkan berlakunya banjir. Selain itu, sistem perparitan yang tidak dibina dengan sempurna juga akan menyebabkan banjir. Perancangan dan pemilihan kawasan pembinaan perumahan juga tidak harus berdekatan dengan kilang.

Rumah yang dibina di bukit atau kawasan tinggi juga menyebabkan tanah runtuh seperti Highland Tower runtuh berlaku pada tahun 1993. Jurutera Perunding Geoteknikal telah mengenal pasti bahawa faktor utama kejadian Highland Tower runtuh adalah disebabkan sistem perparitan di lereng bukit yang tidak dikendalikan dengan sistematik.

Kesan-kesan
Kemusnahan harta benda dan nyawa Masalah psikologi dan emosi mangsa Ekonomi Negara terjejas Masalah kesihatan

Kemusnahan harta benda dan nyawa


Banjir yang besar akan menenggelamkan rumah kediaman dan merosakkan barang-barang seperti barang-barang elektrik, kereta dan sebagainya. Kejadian ini membawa kerugian kepada semua pemangsa. Kemarau yang berlaku berpunca apabila sesuatu kawasan mengalami kekurangan air untuk masa yang panjang. Ini menyebabkan tumbuhan dan haiwan mati kerana kekurangan air. Selain itu, Kejadian gempa bumi boleh membawa kemusnahan persekitaran dan kehilangan nyawa.

Contohnya, tragedi gempa bumi di Sichuan telah meragut 70,000 nyawa dan beratus orang masih belum dijumpai. Gempa bumi tersebut juga menyebabkan kerugian sebanyak 6 bilion di kawasan pertanian. Oleh itu, Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan membaiki kerosakan dan membiayai kelengkapan perubatan. Kerajaan juga perlu menyediakan pelbagai keperluan asas seperti makanan, minuman, ubat-ubatan di samping menyediakan petempatan sementara untuk mangsa bencana alam.

Masalah psikologi dan emosi mangsa


Mangsa bencana alam menghadapi masalah trauma. Contohnya, mangsa tsunami di Acheh, Indonesia berjaya menyelamatkan diri ke kawasan tinggi telah mengalami trauma yang teruk sehingga takut turun ke kawasan rendah untuk mendapatkan bantuan kerana bimbang bencana alam akan berulang.

Tragedi gempa bumi di Sichuan, mangsa menghadapi kesedihan dan kesusahan kerana kehilangan ibu bapa atau anak yang disayangi. Mereka fobia akan suasana bencana alam sehingga mereka sanggup membunuh diri di tempat perkemahan sementara waktu.

Ekonomi Negara terjejas


Kejadian bencana alam yang berlaku menyebabkan sesebuah negara mengalami kesusahan dalam pertumbuhan ekonomi. Contohnya, tragedi gempa bumi yang berlaku di Sichuan telah menyebabkan 20% pengeluaran padi tersebut terhancur di samping mengalami kerugian yang banyak.

Sesebuah negara yang menghadapi bencana alam seperti banjir dan gempa bumi terpaksa menghadapi banyak masalah. Contohnya, pelabur asing tidak yakin melabur, hasil pertanian terhancur, bursa saham tutup, syarikat korporat tutup dan lain-lain. Kesannya, kadar pengangguran semakin meningkat kerana tiadanya peluang pekerjaan. Oleh itu, bencana alam yang berlaku di sesebuah negara akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara.

Masalah Kesihatan
Banjir merupakan bencana alam yang sering berlaku di kebanyakan negara. Kesan yang paling teruk adalah menjejaskan kesihatan manusia. Ini menyebabkan takungan najis keluar bersama-sama lumpahan air. Najis ini juga akan bertaburan di merata-rata tempat sehingga mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti taun dan malaria.
Malaria = penyakit demam yg disebabkan oleh kuman melalui gigitan nyamuk Taun = penyakit muntah-muntah dan selalu buang air

Perkembangan Industri dan teknologi meningkat sejajar dengan pertambahan penduduk dan menimbulkan pencemaran di dalam udara. Aktiviti-aktiviti manusia termasuklah pembakaran terbuka, asap kenderaan bermotor, kegiatan pertanian dan perindustrian telah menyebabkan gas-gas yang bahaya kepada kesihatan manusia hadir di dalam udara. Contohnya gas karbon monosida boleh menyebabkan kematian, sulfur dioksida dan nitrogen dioksida boleh menyebabkan kesan di bahagian saluran pernafasan serta kesan kerosakan kepada paruparu dan sesak nafas dan sebagainya.

Kesimpulan
Bencana alam merupakan petanda semula jadi ekoran daripada perubahan ekosistem alam. Walaupun berlakunya bencana alam tetapi langkah-langkah perlu disediakan untuk menghadapi bencana alam. Amalan Sediakan payung sebelum hujan perlu diamalkan untuk mengelakkan nyawa manusia terkorban. Semua pihak perlu bersedia memberi bantuan kecemasan kepada pihak yang memerlukan. Usaha murni ini berupaya meringankan kesengsaran mangsa.

Anda mungkin juga menyukai