Anda di halaman 1dari 2

4.4 Pembantu makmal Tugas- tugas pembantu makmal 4.4.1 Tugas harian a.

Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir. b. Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam keadaan bersih. c. Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat. d. Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat/radas atau borang pesanan. e. Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali dijalankan. f. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja amali. g. Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan bahan sains h. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan. i. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali. j. Membersihkan meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali. k. Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas. l. Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali. m. Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang terakhir pada setiap hari : i. Membersih bekas dan sisa bahan sains yang telah digunakan.

ii. iii.

Menutup bekalan gas , air dan elektrik Menutup tingkap, mengunci pintu bilik persediaan dan pintu makmal sains.

iv.

Menyimpan kunci bilik makmal sains mengikut arahan pengetua.

n. Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang kehilangan , kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia Sains dan Matematik atau Pengetua. o. Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti mengemaskini stok dan sebagainya. p. Mencuci peralatan sains yang kotor. q. Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal. r. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.