Anda di halaman 1dari 1

i)

Aras Sintesis Aras sintesis ialah soalan yang memerlukan calon untuk merancang, mereka serta mencipta dan haruslah kreatif dalam menghasilkan sesuatu dari penggabungan pelbagai unsur. Calon perlulah mengaplikasikan semua yang telah dipelajari bagi memperolehi hasil yang baru. Terdapat beberapa contoh kata kerja yang boleh digunakan untuk menghasilkan soalan aras sintesis ini seperti bina, hasilkan, susunkan dan kembangkan. Contoh soalan, antara berikut yang manakah merupakan situasi yang menunjukkan sikap kerjasama di antara ahli keluarga? Melalui soalan ini calon perlulah mensintesiskan sesuatu fakta bagi memperolehi maklumat baru.

ii)

Aras Penilaian Aras Penilaian adalah aras dimana mengkehendakkan calon menilai sesuatu, membuat pertimbangan atau justifikasi untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu kesimpulan. Sebelum membuat sesuatu soalan pada aras ini, calon perlulah melihat fakta dari aspek pro dan cons semasa membuat penilaian. Soalan yang diberikan hendaklah menepati tahap pengetahuan pelajar. Ia mampu menggalakkan pelajar menilai dan memproses data yang diterima. Contoh kata kerja yang boleh digunakan di dalam membina soalan aras penilaian ialah bincangkan, nilaikan, beri pendapat, beri justifikasi, dan pertimbangkan. Ciri-ciri soalan juga hendaklah mempunyai tahap pengujian kemampuan pelajar yang berbeza. Ini penting supaya guru dapat mengetahui kelemahan pelajar dan memperbaiki lagi kaedah pengajaran di masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai