Anda di halaman 1dari 16

1.0 Pengenalan Setiap individu yang lahir adalah berbeza diantara satu sama lain.

Hal ini jelas kerana setiap individu adalah unik dan tidak ada seratus-peratus sama dengannya meskipun bagi pasangan kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Oleh itu guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan muridmurid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.[wp-like-locker] Umumnya, para pendidik mempunyai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran tersendiri yang akan diaplikasikan ke dalam bilik darjah mengikut subjek atau matapelajaran. Namun, kebanyakan guru percaya bahawa dengan menggunakan satu kaedah dan teknik sahaja mampu menjadikan proses P&P; berjalan dengan lancar tanpa mengambil kira dari aspek kepelbagaian pelajar. Oleh hal demikian, proses P&P; tidak akan mencapai objektif yang telah ditetapkan berikutan terdapat sebilangan pelajar yang ketinggalan. Jika hal ini berlarutan golongan berkenaan akan merasa dipinggirkan dan menganggap guru tidak cakna akan persekitaran. Sebagai seorang guru, adalah penting untuk mengetahui dan ambil peduli akan siapa sebenarnya pelajar-pelajar atau komuniti didalam sesebuah kelas. Guru juga perlu meneliti akan pendekatan yang bersesuaian yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran. Sewajarnya guru perlu mengetahui bahawa setiap individu pelajar adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang mana sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya dan corak pembelajaran mereka.Setelah guru mampu memahami serta mengenali setiap jenis pelajar didalam kelas,impaknya pelajar boleh mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan kepada budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya

pembelajaran setiap daripada mereka dengan menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman serta kemahiran yang diperolehi dalam membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran. Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan di selitkan dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Justeru itu adalah penting bagi guru memahami serta mengetahui gaya pembelajaran pelajar yang wujud didalam sesebuah kelas. 1.1 Gaya pembelajaran pelajar yang perlu diketahui oleh guru: Gaya pembelajaran seseorang pelajar dapat mempengaruhi keseluruhan aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru harus berusaha menghubungkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan bukan mengisi serta menyuap pelajar dengan ilmu. Justeru itu adalah penting guru-guru memahami serta mengetahui gaya pembelajaran yang ditonjolkan oleh pelajar.Pada asasnya, terdapat tiga jenis gaya pembelajaran yang harus diketahui serta difahami iaitu: 1. Pelajar visual: (belajar dengan melihat) 1. Huruf atau perkataan 2. Benda, gambar atau gambar rajah 3. Demostrasi, tindakan atau lakonan b. Pelajar audio: (belajar dengan mendengar atau bercakap) 2. Menerangkan, menghuraikan 3. Pelajar kinestetik: (belajar dengan membuat atau melakukan sesuatu): 1. Menulis atau melukis sesuatu 2. Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan, simulasi, atau projek Selain daripada itu juga, interaksi sosial mampu menangani isu-isu berkaitan dengan cara bagaimana pelajar berinteraksi semasa proses pembelajaran. Menurut Reichmann dan Grasha (1974) telah menyarankan beberapa jenis pelajar berasaskan berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau 1. Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian olehguru atau pelajar lain

kepada cara yang paling mereka gemari semasa belajar. Antaranya adalah, pelajar yang ingin belajar secara bersendirian, kolaboratif, penyertaan dan kompetitif. Dunn & Dunn (1978) mengkategori gaya pembelajaran kepada 18 kategori berdasarkan unsurunsur asas tetapi diklasifikasikan dan diringkaskan kepada empat perkara sahaja berdasarkan rangsangan (stimuli) iaitu: 1) 2) 3) 4) Alam sekitar (cerah -kelab; bunyi seperti muzik sunyi; formal tidak formal; panas sejuk) Emosi ( berstruktur tidak berstruktur; bermotivasi tinggi tidak bermotivasi) Sosiologi ( Ingin belajar bersendirian dalam pasangan/kumpulan) Fizikal (auditori; analitik). 2.0 Analisis artikel Mapping a Route Toward Differentiated Instruction by Carol Ann visual; tekstual mobiliti tinggi kurang bermobiliti) dan Psikologi (impulsif reflektif; global -

Tomlinson
Artikel yang dipilih ini bertajuk Mapping a Route toward Differentiated

Instruction. Artikel ini ditulis oleh Carol Ann Tomlinson dan dihasilkan pada tahun 1999.
Beliau merupakan seorang Professor dari Universiti Virginia, Charlottsville dan beliau juga merupakan seorang pensyarah dalam bidang pendidikan di universiti tersebut. Artikel dalam kajian ini menekankan tentang kepentingan mengaplikasikan kepelbagaian kurikulum (differentiated curriculum) dan kepelbagaian cara atau arahan (differentiated instruction) dalam sesi pengajaran dan pengajaran supaya hasil pembelajaran dapat diperolehi dan prestasi pembelajaran dapat dipertingkatkan. Dalam artikel ini, beliau mempersoalkan cara yang terbaik dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P;) yang perlu diambil oleh setiap guru supaya proses P&P; mencapai objektif pembelajaran dengan memberikan tiga situasi pembelajaran yang berlainan dengan menggunakan matapelajaran yang sama. Beliau

menerangkan satu persatu cara P&P; yang diambil oleh tiga guru tersebut dan kemudiannya, membuat perbandingan antara satu sama lain. Daripada artikel tersebut, dapat dilihat bahawa terdapat kepelbagaian cara pendekatan pembelajaran yang dilakukan oleh tiga guru yang berbeza tetapi mengajar matapelajaran yang sama. Hasilnya, kita dapat melihat dengan jelas perbezaan cara P&P; yang dilakukan oleh guru-guru tersebut dan kita dapat membuat perbezaan dan dapat melihat cara pendekatan mana yang dapat menarik perhatian pelajar dan seterusnya perlu ditekankan dalam supaya proses P&P; mencapai objektifnya. Daripada artikel tersebut, dapat dilihat bahawa guru yang pertama menjalankan proses P&P; beliau dengan mengarahkan perlajar untuk mengambil nota penting tentang isi pelajaran dan di akhir setiap bab, pelajar akan diarahkan untuk menjawab soalan-soalan yang disediakan. Beliau juga menekankan perkara apa yang akan disoal semasa peperiksaan. Daripada senario pembelajaran ini, kita dapat lihat bahawa, guru pertama ini lebih menekankan tentang keputusan peperiksaan pelajar semata-mata. Guru tersebut langsung tidak mengaplikasikan konsep kepelbagaian dalam teknik pengajaran beliau. Walaupun guru tersebut peka tentang kepentingan pelajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tetapi tanpa adanya konsep kepelbagaian samada kepelbagaian cara pengajaran atau kurikulum pembelajaran ataupun arahan, objektif pembelajaran tersebut tidak akan tercapai. Dalam senario kelas kedua, iaitu dalam kelas Mrs Baker, beliau mengajak pelajar untuk terlibat dalam perbincangan, kerja kumpulan serta memberikan kebebasan kepada pelajar untuk mengemukakan topik kegemaran tersendiri dalam sesi P&P.; Beliau juga membawa pelajar untuk merasai sendiri bagaimana cara dan gaya hidup orang-orang Rom terdahulu dengan membawa contoh gambar-gambar sastera, arkitek dan bidang perundangan dalam bilik darjah untuk mendapatkan perhatian pelajar supaya dapat menumpukan perhatian dalam sesi P&P.; Di sini kita dapat lihat bahawa, walaupun Mrs Baker menggunakan cara pendekatan pembelajaran yang agak berlainan daripada Mr Appelton, tetapi konsep kepelbagaian pelajar masih tidak dititik beratkan dalam bilik darjah beliau. Kemungkinan besar beliau cuba untuk mengaplikasikan kepelbagain arahan dalam sesi pembelajaran tetapi apa yang kita

boleh lihat disini ialah, beliau lebih menekankan kepada kepelbagaian tugasan yang diberikan kepada pelajar dan bukan kepada penekanan konsep curriculum differentiated dan differentiated instruction. Oleh itu, guru ini juga gagal dalam mencapai objektif pembelajaran dan gagal mengaplikasikan konsep kepelbagaian. Manakala, kepelbagaian guru yang dalam terakhir sesi iaitu Ms beliau. Cassel, Beliau menekankan bijak konsep dan pelajar P&P; mencari

mempelbagaikan cara pendekatan pengajaran supaya semua pelajar yang mempunyai tahap intelek yang berbeza dapat memahami dan seterusnya menguasai isi pelajaran yang diajar. Beliau menggunakan pelbagai kaedah seperti perbincangan kumpulan, mengajak pelajar untuk memberikan respon dan pendapat mereka dengan mengutarakan soalan-soalan, daripada tahap rendah sehingga soalan yang menguji minda pelajar supaya proses P&P; lebih menarik. Beliau juga bijak untuk mengolah isi pelajaran dengan membuat perkaitan sejarah zaman dahulu dengan kehidupan zaman nenek moyang pelajar-pelajar tersebut termasuklah dengan kehidupan seharian pelajar. Kepelbagian cara yang diambil oleh Ms Cassel ini menunjukkan beliau memberikan penekanan terhadap konsep kepelbagaian pelajar dalam bilik darjah beliau. Dengan adanya aplikasi pembelajaran seperti ini, proses P&P; akan mencapai objektif pembelajarnnya. Menurut penulis (Carol Ann) konsep kepelbagaian kurikulum dan kepelbagaian arahan hanya akan tercapai sekiranya penglibatan pelajar dan tahap kefahaman pelajar diberikan penekanan dalam proses pembelajaran. Kedua-dua elemen ini sangat penting untuk dan saling bergantung antara satu sama lain untuk menjadikan proses P&P; berjaya. Kita perlu tahu bahawa, setiap pelajar mempunyai tahap pemikiran dan kefahaman yang berbeza. Oleh itu kita sebagai pendidik haruslah sedar akan hakikat tersebut dan berusaha untuk mempel bagaikan cara pengajaran supaya semua individu mendapat manfaat daripadanya. Kesimpulannya, kami setuju dengan pendapat penulis bahawa konsep kepelbagaian adalah mengenai kebijaksanaan seorang guru untuk mengetahui kelemahan pelajar dan mencari jalan penyelesaiannya dengan menggunakan kepelbagaian cara pengajaran dan kepelbagaian kurikulum pembelajaran. Hal ini

supaya, pelajar terlibat secara aktif dalam proses P&P; dan tahap kefahaman pelajar dapat ditingkatkan. 3.0 Corak dan Gaya Pengajaran dan Pembelajaran Dalam artikel yang ditulis oleh Carol Ann Tomlinson, terdapat beberapa corak dan gaya Pengajaran & Pembelajaran (P&P;) yang berlainan digunakan dalam tiga konteks dalam bilik darjah yang berbeza. Dalam bab ini, analisis melihat secara terperinci tentang corak-corak dan juga gaya-gaya P&P; yang dijalankan oleh tiga orang guru yang berbeza ditonjolkan dalam artikel yang dipilih serta melihat pro dan kontra setiap corak dan gaya yang digunakan dalam kurikulum atau rangka pengajaran yang disediakan mengikut setiap guru-guru di dalam artikal ini. Situasi atau senario yang diberi dalam artikel ini adalah berkaitan dengan corak dan gaya pengajaran tiga orang guru iaitu; Mr Appleton, Mrs Baker dan Ms Cassell 3.1 Dari Konteks Mr Appleton Pertama sekali, analisis akan dijalankan kepada kelas Mr Appleton. Mr Appleton yang merupakan guru yang mengajar mata pelajaran sejarah dan dalam kes ini, Mr Appleton sedang mengajar tentang sejarah Roma. Dalam pemerhatian yang dijalankan, didapati bahawa Mr Appleton menggunakan kaedah P&P; yang berpusatkan kepada guru atau pun lebih dikenali sebagai teacher-oriented. Ini bermakna Mr Appleton merupakan guru yang akan menyediakan semua data-data yang akan disampaikan kepada para pelajar menggunakan alat bantu mengajar seperti powerpoint

presentation. Dalam senario yang diberi, didapati bahawa Mr Appleton mencadangkan


kepada para pelajar untuk mencatat nota sementara dia memberi penerangan dan mengarahkan mereka menjawab soalan di akhir bab yang diajar. Mr Appleton juga turut memberikan kuiz berdasarkan teks dan nota mereka serta menyediakan senarai tentang apa yang perlu para pelajar baca untuk kuiz tersebut. Daripada corak dan gaya P&P; Mr Appleton yang diterangkan di atas, ianya jelas bahawa pembelajaran yang diterima oleh para pelajar, kurang berkesan. Analisis menunjukkan bahawa, sepanjang proses P&P; berjalan dalam bilik darjah Mr Appleton, para pelajar tidak dilibatkan sama sekali. Dalam erti kata lain, Mr Appleton tidak memberi peluang para pelajar untuk menyuarakan pendapat, mengutarakan soalan dan

sebagainya. Semua fakta-fakta dalam topik tersebut memang disampaikan dalam kelas tapi pembelajaran yang bermakna tidak wujud. Para pelajar cuma duduk diam dan melihat ke hadapan serta menyalin nota namun sebarang perbincangan atau soalan yang menjana pemikiran tidak berlaku dalam proses P&P; yang dijalankan oleh Mr Appleton. Corak dan gaya P&P; Mr Appleton juga tidak menitik beratkan tentang kepelbagaian pelajar yang mungkin wujud di dalam bilik darjah seakan-akan semua individu di dalam kelas tersebut adalah sama. Ada kebaikan tentang cara Mr Appleton dalam memberikan tip atau garis panduan untuk membuat persiapan menjawab soalan kuiz pada masa akan datang. Namun begitu, secara keseluruhan, para pelajar tidak mendapat ilmu itu sepenuhnya dan mereka hanya akan membaca untuk menjawab soalan dan bukan untuk pemahaman mereka. 3.2 Dari Konteks Mrs Baker Situasi atau senario kedua akan melihat kepada bilik darjah Mrs Baker. Mrs Baker ialah seorang lagi guru yang mempunyai corak dan gaya P&P; yang berbeza. Mrs Baker juga ialah seorang guru sejarah yang turut mengajar topik sejarah Roma seperti Mr Appleton. Namun begitu, kedua-dua mereka mempunyai pendekatan yang berbeza dalam menyampaikan ilmu dalam kelas mereka. Mrs Baker menyediakan para pelajarnya dengan pelan perancangan grafik yang akan membantu dalam proses pembelajaran mereka. Pelan perancangan grafik ini adalah untuk para pelajar mengisikan pelan tersebut semasa membaca teks mereka untuk memastikan mereka dapat merekodkan semua isi-isi penting dalam topik yang sedang mereka pelajari. Mrs Baker mennyampaikan gambar-gambar tentang sejarah Roma dan menerangkan para pelajar tentang kepentingan Roma dalam membentuk peradaban bahasa, seni dan undang-undang mereka. Sebagai susulan daripada P&P; yang disampaikan, Mrs Baker mencadangkan agar mereka berpakaian Togas dan membawa makanan Roma, menonton filem yang berunsurkan empayar Roma, bercerita tentang hiburan orangorang Roma dan sebagainya. Untuk projek pula, Mrs Bakers menyediakan 10 topik seperti baju atau fesyen orang Roma, simbol, menulis puisi tentang Roma serta topik yang dicadangkan oleh para pelajar dan sebagainya.

Mrs Baker ialah seorang pendidik yang mahukan pembelajaran menjadi sesuatu yang seronok dan menghiburkan. Dalam konteks ini, tidak salah jika seorang guru itu ingin menjadikan proses P&P; itu sesuatu yang bersifat mesra dan berpusatkan pada pelajar, masalah utama yang wujud ialah proses P&P; kurang berkesan dari segi fakta atau input utama yang ingin disampaikan. Mrs Baker menyampaikan maklumat yang ada namun bukan ke tahap yang diharapkan. Proses pengajara n haruslah menekan kepada fakta dan bukannya kepada kreativiti para pelajar dalam membuat poster, memakai pakaian toga dan merasa makanan orang Roma zaman dahulu. Sebagai pengetahuan sampingan mungkin ini adalah relevan, namun isi utama topik itu tidak disampaikan secara baik kepada pelajar. Kemahiran kreativiti dan cakupan topik sepatutnya diseimbangkan dalam bilik darjah untuk menghasilkan pembelajaran bermakna. 3.3 Dari Konteks Ms Cassell Ms Cassell merupakan seorang lagi guru yang dianalisis dalam artikel yang dipilih. Corak dan gaya penyampaiannya begitu berbeza sekali daripada Mr Appleton dan Mrs Baker. Ms Cassel adalah seorang guru yang mementingkan fakta-fakta dalam pengajarannya dalam bilik darjah. Oleh itu, Ms Cassell menyediakan set konsepkonsep utama dalam topik-topik yang ingin diajar olehnya kepada para pelajarnya. Set konsep-konsep ini mudah dan membantu para pelajar dalam merancang, mengatur dan menyimpan fakta dalam apa yang telah mereka pelajari. Dalam setiap topik-topik yang diajar, Ms Cassell telah menyenaraikan perkara-perkara yang perlu disampaikan kepada para pelajarnya dan juga kemahiran-kemahiran yang perlu dijana oleh dirinya dan juga para pelajar sepanjang proses P&P; untuk membantu dirinya dan juga para pelajarnya membuat persiapan. Mr Cassell juga telah menyediakan set-set soalan yang akan membantu para pelajarnya dalam berfikiran kritikal untuk proses memahami apa yang disampaikan dalam kelas. Ms Cassell akan mengubahsuai set-set konsep dan fakta serta apa yang ingin disampaikan dalam kelas mengikut kepelbagaian para pelajarnya selaras dengan masa. Perancangan rangka pengajaran yang telah dibuat oleh Ms Cassell mempersiapkan para pelajar untuk memahami konsep-konsep penting dalam sejarah Roma. Mereka digalakkan mencari sendiri konsep-konsep tersebut untuk

membantu mereka menghafal dan memahami dengan lebih berkesan. Tarikh dan konsep fakta mengikut kronologi amat penting dalam mata pelajaran sejarah dan ini merupakan aspek-aspek yang diberi penekanan dalam corak dan gaya P&P; Ms Cassell. Analisis mendapati bahawa corak dan gaya P&P; Ms Cassell adalah yang paling berkesan sekali berbanding Mr Appleton dan Mrs Baker. Penegasan terhadap pembelajaran bermakna ditonjolkan dalam rangka pengajaran Ms Cassell. Sejarah merupakan subjek yang amat mementingkan fakta dan pelajar ditekankan untuk memahami konsep serta penghafalan isi-isi penting. Ms Cassell telah menyenaraikan kesemua konsep-konsep penting dalam topik-topik yang perlu disampaikan kepada para pelajar. Namun begitu, Ms Cassell tidak memberikan konsep-konsep itu kepada pelajar secara bulat-bulat. Ms Cassell mengarahkan mereka untuk mencari konsepkonsep tersebut sendiri untuk membantu mereka menghafal dan pada masa yang sama memahami isi penting dalam konsep-konsep tersebut. Rangka pengajaran P&P; Ms Cassell juga tidak tetap dan boleh berubah-ubah. Ini menunjukkan bahawa Ms Cassell sentiasa berinovasi dan merancang selaras dengan kepelbagaian pelajar di dalam kelasnya. Selain daripada itu, Ms Cassell juga akan bertanya soalan yang menjana pemikiran kreatif, contohnya seperti Bagaimana perbezaan hidup dan budaya anda sekiranya anda tinggal di tempat dan zaman lain? dan soalan seperti ini, akan membuka ruang untuk para pelajar mengaplikasi dan berpeluang untuk menjana kreativiti sendiri. 4.0 Perbezaan Strategi Pengajaran &Pembelajaran; Terdahulu telah dinyatakan bahawa setiap guru mempunyai kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran tersendiri. Masing-masing berusaha untuk menghubungkan pengetahuan kepada pelajar, berusaha untuk menjadikan suasana pembelajaran lebih bermakna seterusnya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Berdasarkan artikel Mapping a Route Toward Differentiated Instruction, Carol telah memberikan beberapa cara berbeza yang telah diguna pakai oleh tiga orang guru bagi subjek yang sama iaitu subjek Sejarah- Empayar Rom. 4.1 Bilik Darjah Pertama Mr. Appleton

Mr. Appleton lebih berorientasikan kepada kaedah deduktif. Hal ini kerana beliau lebih gemar memberi penerangan dan memberikan idea-idea dankonsep yang perlu diketahui oleh pelajar bagi menguasai subjek ini. Kaedah deduktif yang digunakan oleh Mr. Appleton akan memberitahu objektif pembelajaran kepada para pelajar pada awal pengajaran. Para pelajar akan dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri tertentu yang berkaitan. Selain daripada itu juga, jelas dapat diperhatikan Mr.Appleton lebih berorientasikan kepada mengingat fakta dan menghadapi peperiksaan bukan untuk menjadikan P&P; lebih bermakna dan diingati. Dalam aspek ini faktor kefahaman pelajar adalah tidak penting melainkan fokus kepada peperiksaan semata-mata dan mengingat fakta. Pengajaran Mr. Appleton juga jelas berorientasikan kelas dan secara menyeluruh. Hal ini jelas dinyatakan oleh Carol bahawa sepanjang masa Mr. Appleton lebih banyak berhujah, menerang dan bercakap dari membiarkan pelajar-pelajar bercakap dan mengutarakan pendapat sendiri. Dalam kaedah ini, Mr. Appleton lebih banyak menyampaikan isi kandungan pelajaran kepada kelas,isi pelajaran,masa dan latihan yang sama. Ciri-ciri bilik darjah tradisi adalah ketara sewaktu Mr. Appleton mengendalikan kelas. Antaranya i) ii) iii) iv) v) Pelajar-pelajar akan membaca buku teks dan mencatat nota Menjawab soalan yang telah disediakan pada akhir bab dalam buku teks Menjawab soalan bersama-sama pada keesokan harinya Mencatit nota yang telah diberikan dan menjawab kuiz Memberikan senarai semak peperiksaan sebelum peperiksaan berlansung Hal ini membataskan interaksi serta potensi pelajar-pelajar didalam kelas dan dilihat bersifat komunikasi sehala iaitu berpusatkan guru. Setiap aktiviti dan soal jawab diadakan secara kelas atau menyeluruh menyebabkan aktiviti pengayaan dan pemulihan sukar dijalankan. Malahan penggunaan ABM juga adalah minimum dan interaksi antara pelajar dan bahan juga minimum. 4.2 Bilik Darjah Kedua Mrs Baker ialah:

Bagi kelas Mrs Baker, suasana pembelajaran adalah lebih selesa dan wujud komunikasi dua hala antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru. Hal ini dapat diperhatikan apabila beliau banyak menyusun aktiviti yang membantu para pelajar memahami serta memperkembangkan potensi masing-masing. Mrs. Baker menerapkan 4 teknik atau kaedah pengajaran didalam kelasnya iaitu: Kaedah/ Teknik a) Koperatif dan Kolaboratif Aktiviti seperti zaman Rom, bawa makanan, - Menyediakan 10 jenis projek iaitu mencipta menyenaraikan kepentingan dewa dewi

- membuat catatan dalam organizer, berp

kepentingannya, mencipta brochure, menulis

rekaan pakaian,binaan model bangunan,mema b) Tugasan/Projek c) Simulasi d) Perbincangan Berdasarkan kaedah dan teknik empayar jajahan Rom.

anak patung dengan pakaian Rom, dan melak

- Membawa minda pelajar ke zaman berkenaan - Pelajar mengemukakan pendapat pendekatan dari Mrs. Baker lebih

- Membawa tradisi dan kebudayaan Rom dalam

- Pelajar memberi topik tambahan berkenaan tu

berorientasikan kepada pemusatan pelajar. Pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam sesi pembelajaran. Pelajar diperuntukkan masa yang banyak untuk meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru selaku fasilitator. Corak komunikasi juga lebih aktif kerana guru mengamalkan kepimpinan demokratik dan pelajar bebas bertanya serta melontarkan pendapat. Namun begitu aktiviti penerapan P&P; tidak mempunyai matlamat yang jelas malahan kesuluruhan aktiviti telah ditetapkan dan tidak menjana pemikiran kritis dan kreatif para pelajar. Selain itu juga, didapati beliau turut mengandaikan bahawa pelajar-pelajarnya adalah sama dari aspek kefahaman dan minat. Pembelajaran yang diutarakan juga hanyalah sekadar aktiviti dan tidak menggalakkan pelajar berfikir secara logik berdasarkan realiti kehidupan sebenar.

4.3 Bilik Darjah Ketiga Ms. Cassell Bilik darjah Ms. Cassell dilihat lebih berkesan dan meninggalkan impak yang mendalam kepada pelajar. Beliau lebih menekankan kepada pembelajaran yang bermakna disamping aktiviti yang boleh memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh. Beliau bertindak sebagai perancang yang menggerak dan menghidupkan suasana dalam bilik darjah bagi tujuan P&P.; Selain itu beliau turut bertindak sebagai pengurus yang bijak mengendali sumber yang ada dalam bilik darjah dan menepati kurikulum yang sedia ada. Disamping itu juga beliau bertindak sebagai pengelola yang mengelola aktiviti, sumber dan penilaian secara analitikal serta memahami kepelbagaian yang wujud dalam kelasnya. Beliau bijak mengawal situasi serta menjadikan P&P; sesuatu yang bermakna. Selain itu juga,Ms. Cassell telah menerapkan tiga teknik dalam aktiviti P&P; bagi subjek Sejarah iaitu: a) Eklektik Menggabungkan pendekatan deduktif dan induktif yang lebih seimbang, sesuai dan berkesan. b) Penyebatian/Infusion mentafsir, menaakul dan memahami seterusnya mencapai objektif c) Pembelajaran Masteri dengan kebolehan setiap pelajar. Secara keseluruhannya Ms. Cassell memusatkan proses P&P; lebih kepada pelajar dan tidak hanya kepada guru. Beliau membolehkan setiap pelajar mengambil bahagian yang aktif dalam setiap aktiviti yang telah disediakan. Selain itu juga, beliau turut berusaha memenuhi keperluan yang mempunyai pelbagai kebolehan yang mampu mempertingkatkan tahap pencapaian mereka. Ms. Cassell telah meluangkan masa memastikan pelajar-pelajar menguasai topik dan percaya mengintegrasikan beberapa kemahiran iaitu menganalisis,

beliau dengan memahami dan berusaha menghubungkan pelajar-pelajar dengan ilmu pengetahuan dan bukannya mengisi tempayan yang kosong. 5.0 Aplikasi dan kesesuaian dalam kontek Malaysia Mapping a Route Toward Differentiated Intruction oleh Carol Ann Tomlinson menekankan tentang kepentingan mengetahui apa yang ingin dicapai pada akhir pembelajaran sebelum memulakan sesi pembelajaran tersebut. Beliau memberikan 3 situasi di mana situasi yang pertama iaitu kelas Mr. Appleton merupakan situasi yang biasa dilihat di sekolah di Malaysia. Mr. Appleton menekankan tentang mengingati fakta iaitu fact-based

curriculum di mana beliau hanya menekankan tentang fakta, bukan kata kunci, konsep
atau perkara lain yang membolehkan pelajar berfikir di luar kotak. Murid sekadar mengingati fakta untuk menghadapi peperiksaan kelak tetapi dalam masa yang sama, murid sebenarnya tidak memahami dan mengetahui apa sebenarnya yang perlu mereka belajar. Lulus dalam peperiksaan menjadi peransang untuk mereka belajar. Situasi pembelajaran di Malaysia secara realiti sebenarnya sangat menitikberatkan jumlah A yang didapati di dalam peperiksaan. Guru -guru di sekolah berlumba-lumba untuk menghabiskan sukatan matapelajaran dan menekankan aspek latihan (latihtubi) yang banyak supaya murid dapat menjawab dengan baik di dalam peperiksaan. Ibu bapa di rumah juga sanggup menghabiskan wang supaya anak mereka dihantar ke pusat-pusat tusyen swasta supaya anak mereka akan dapat mencapai keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan peringkat pusat. Namun begitu, salah satu teras di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah membangunkan modal insan. Ini bermakna, murid tidak lagi wajar diberikan semua maklumat oleh guru tanpa mereka sendiri cari ataupun spoonfeed di dalam kelas. Murid perlu berusaha keras untuk mendapat pengetahuan yang diperlukan tanpa mengharapkan kepada guru 100%. Guru pula bertindak sebagai pembimbing, pemberi motivasi dan pengawas di dalam kelas iaitu kelas yang tidak lagi berorientasikan guru tetapi berorientasikan murid. Ini akan dapat mewujudkan generasi yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020

kerana telah dilatih di dalam sekolah lagi untuk berfikir di luar kotak ( think out of the

box) dan tidak takut untuk menghadapi cabaran atau kegagalan. Mereka akan bangkit
semula dan mencuba lagi sehingga berjaya. Di sinilah pembelajaran secara aktif berlaku. Murid akan terlibat secara aktif di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P;) iaitu mencapai syarat yang dikemukakan oleh penulis untuk pengajaran yang berkesan. Dua syarat yang diperlukan ialah kefahaman murid dan penglibatan murid di dalam aktiviti di dalam kelas. Penggunaan chalk and talk semata-mata tidak lagi sesuai diadakan di dalam kelas kerana pencurahan fakta dan konsep semata-mata kepada murid akan hanya mengganggu proses pembelajaran. Kaedah pengajaran berasaskan guru akan menyebabkan murid berasa bosan dan tidak begitu mengambil berat akan apa yang diterangkan oleh guru, berbanding dengan pengajaran yang berasaskan oleh murid di mana murid akan bergerak dan berfikir secara aktif di dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Kepelbagaian pelajar di dalam sesebuah kelas juga memberi peranan terhadap jenis aktiviti yang akan dilakukan di dalam kelas. Walaupun murid telahpun dibahagikan mengikut tahap intelektual mereka berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun tingkatan sebelumnya tetapi masih juga ada perbezaan di antara murid-murid di dalam kelas. Golongan pelajar yang terdiri daripada pelajar yang bijak, pelajar yang sederhana dan pelajar yang lemah perlu diambil kira oleh guru sebelum merancang sesuatu aktiviti. Kepelbagaian kecerdasan (multiple intelligence) sepertimana yang dikemukakan oleh Howard Gardner juga perlu diberi perhatian. Disinilah bermulanya episod di mana guru perlu bijak mengaplikasi pengetahuan dan mengapdatasi apa jua yang boleh dimanipulasikan supaya apa yang dirancang sepadan dengan kemahiran dan tahap murid. Guru tidak hanya menitikberatkan jenis aktiviti yang diadakan tetapi juga perlu memikirkan persoalan adakah aktiviti tersebut memberikan manfaat kepada murid. Justeru, apa yang diperkatakan oleh penulis di akhir penulisan beliau iaitu Differentiation is not much the stuff as the how. If the stuff is i ll conceived, the

how is doomed perlu diambil kira. Seperti yang ditekankan tadi, di dalam kelas
terdapat pelbagai jenis murid yang memerlukan pendekatan yang berbeza. Guru perlu

menganggap murid sebagai perseorangan (individual) yang memerlukan perhatian yang sewajarnya. Kepelbagaian kaedah pengajaran dapat juga menarik minat murid untuk belajar dan mengelakkan mereka berasa bosan di dalam kelas dan seterusnya menimbulkan masalah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Maka, guru perlu bijak mengkategorikan murid berdasarkan kebolehan mereka dan menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap mereka. Perjalanan bagi aktiviti terbabit juga perlulah dirancang dengan teliti kerana kegagalan murid untuk memahami objektif pembelajaran akan memberi kesan kepada kelancaran di dalam kelas. Guru perlulah sentiasa memastikan murid mengetahui dan memahami apa yang perlu dilakukan dan dipelajari. Secara kesimpulannya, kaedah pembelajaran yang berbeza sesuai diaplikasikan di dalam kelas di Malaysia, bukan sahaja untuk menarik minat murid tetapi juga dapat membuatkan murid lebih memahami isi kandungan yang dipelajari. Demi mencapai cita-cita menjadi negara maju menjelang 2020, guru-guru di sekolah hendaklah berani menyahut cabaran dengan mengetengahkan pengajaran yang berorientasikan murid, yang sesuai dengan tahap dan kebolehan mereka. 6.0 Penutup Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gaya pembelajaran banyak membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajar dan menarik kesungguhan serta usaha untuk mencipta pengalaman-pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar mampu memberi pulangan yang cukup baik kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, ia dapat meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan bukan hanya berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata. Tuntasnya, tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi turut mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami dunia pendidikan yang sebenar terutama pengurusannya di dalam sesebuah bilik darjah. Hal ini kerana realitinya, kini pelajar yang wujud dalam

sesebuah kelas adalah datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik, personaliti, bahasa, status ekonomi kelurga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal, tingkah laku dan sosial. Kesemua aspek ini mempengaruhi penerimaan serta minat pelajar untuk terus belajar dan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar. Bibliografi Kementerian Pelajaran Malaysia (2007) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

(PIPP). Malaysia
Mel Silberman (1996) Active Learning: 101 Strategies to Teach Any Subject. United States of America : Pearson Education Inc. Bryan Coombs (1995) Successful Teaching. Oxford: Heinmann Publisher (Oxford) Ltd. Rohizani Yaakub, Shahabudin Hashim & Mohd Zohir Ahmad. Pedagogi: Strategi dan

teknik mengajar dengan berkesan.Cetakan ke 3, 2008.Batu Caves. PTS Pub. &


Distributors Sdn. Bhd. Hasan Mohd Ali. 1996. Strategi Belajar Yang Berkesan. Kula Lumpur: Utusan Publication & Distrubutors Sdn Bhd Diambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya_Malaysia, pada Disember 17, 2009 Diambil dari http://www.scribd.com/doc/8004852/Perbezaan-Individu, pada Disember 17,2009 Diambil dari http://www.smkbp.com/attachments/Pengurusan%20Bilik%20Darjah.pdf, pada Disember 17,2009