Anda di halaman 1dari 8

8.

0 ALIRAN DAN TOKOH DALAM TATABAHASA MELAYU

Aliran Tradisional Aliran tradisional merupakan aliran terawal bagi historografi nahu Melayu. Aliran ini menekan kepada aspek makna dan logika semata-mata.

Definisi Struktur

Bersifat turun-temurun, mengikut tradisi Merujuk kepada huraian konsep preskriptif dengan penekanan kepada aspek semantik pengguna bahasa Kebiasaanya TT bersifatkan preskriptif dalam prestij dialek dari aspek sosial. Beracuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani dan menganggap bahasa tersebut mulia dan agung. Mengutamakan aspek makna dan semantik sebagai asas kepada sintaksis. Prinsip tatabahasa umum yang mengamalkan pendekatan preskriptif dan nosional. Bertujuan memberi pemahaman asas mengenai pembinaan struktur bahasa. Tidak menunjukkan dengan jelas sudut pengaplikasiannya. Hanya jelas pada ejaan, tatabahasa dan makna.

Konsep

Asas pegangan

Penekanan

Pendekatan

Tujuan

Sudut Aplikasi

Jadual : Definisi serta ciri-ciri tatabahasa aliran tradisional

Aliran Struktural Aliran struktural merupakan aliran yang membangkang aliran tradisional. Linguistik di Barat berkembang dengan pesatnya. Aliran ini begitu menekan kepada unsur dalam sesuatu bahasa. Setiap unsur dikaji secara mendalam mengikut sistem bahasa. Bukti yang nyata ialah penggolongan kata kerja yang dibuat oleh Asmah Hj. Omar dalam buku Nahu Melayu Mutakhir yang berasas kriteria sintaksis.

Aliran Transformasi-Generatif
Nahu ini terkenal kerana percubaan pengasasnya Noam Chomsky (1957) yang memperkenalkan konsep struktur permukaan dan struktur dalaman. Di samping itu, proses ayat yang ditransformasikan daripada satu struktur kepada satu struktur yang memberi kelainan kepada nahu TG. Aliran ini dilihat mengambil pendekatan pertengahan di antara nahu tradisional dan nahu struktural. Aliran TG begitu pesat berkembang di negara Barat dan di Malaysia perkembangannya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ini terbukti apabila ramai sarjana Melayu mengaplikasikan nahu TG ke dalam bahasa Melayu.

Tatabahasa Dewan Tatabahasa pegangan itu adalah tatabahasa yang dipilih oleh pihak berwajib bagi menentukan sesuatu tatabahas itu dijadikan pedoman umum untuk semua sekolah, institusi perguruan dan university. Umpamanya Tatabahasa Dewan. Rumus-rumus tatabahasa yang terdapat dalam kamus tatabahasa dewan hendaklah dijadikan pedoman bagi mengajarkan tatabahasa bahasa Melayu.

8.1 Tradisional : Marsden, Winsted, Zaba W. Marsden A Grammar of the Malay Language (1812)

R.O. Winstedt Malay Grammar (1914)

Zainal Abidin Ahmad (Zaba)

8.2 Stuktural : Asmah Dan Abdullah Asmah Hj. Omar

Abdullah Hassan The Morphology of Malay (1974), Penerbitan Kata (1986) dan Morfologi (2006)

8.3 Transformasi-Generatif : Farid M.Onn Secara ringkasnya, teori ini menekankan:

Binaan ayat- hubungan erat elemen menggunakan simbol atau rumus -> analisis nahu

Penutur jati- guna bahasa pelbagai keadaan, bersifat sejagat dan kreatif.

Bahasa- sistem tentang rumusrumus bahasa

Ayat- struktur dalaman dan permukaan, boleh dihuraikan dan difahami.

Pengetahuan bahasasatu fenomena mentalkecekapan semula jadi.

8.4 Tatabahasa Dewan : Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Musa, Dan Abdul Hamid Mahmood

Nik Safiah Karim dan et. Al Tatabahasa Dewan (1991), Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008)