Anda di halaman 1dari 4

Bercerita Dari Al-Quran : HIJRAH NABI MUHAMAD S.A.

W KE MADINAH

Hijrah itu pengorbanan


Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.
Pada hari ini saya akan bercerita sebuah kisah yang bertajuk hijrah Nabi Muhammad
SAW ke Madinah. Nabi Muhammad SAW telah menyebarkan agama islam selama 13
tahun di kota Mekah. Malangnya penduduk Mekah bukan sahaja tidak menerima islam
malah menentangnya. Berbagai bentuk penyiksaan dilakukan keatas mereka .Ada yang
dihempap dengan batu,diseret ditengah panas padang pasir dan bermacam-macam lagi
supaya mereka kembali kepada ajaran nenek moyang mereka.

Orang islam sudah tidak tahan lagi dengan semua siksaan itu lalu mula berpindah ke
Madinah dengan keizinan nabi Muhammad SAW.

Rakan-rakan yang dikasihi,

Ekoran dari peristiwa perpindahan orang islam ke Madinah, orang Quraisy berpakat
untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W.
“Kamu tahu tak ramai pengikut Muhammad telah berpindah ke Yathrib.”
“Ya,aku ada terdengar juga,baru-baru ini ada beberapa orang Yathrib datang berjumpa
Muhammad.Mesti mereka menjanjikan perlindungan kepada pengikut Muhammad”
“Ini tak boleh jadi,kalau dibiarkan habislah kemasyhuran berhala kita.Kita mesti halang
mereka.”
“Apa kata kita bunuh sahaja Muhammad.Kalau Muhammad mati, mereka sudah tiada
ketua.”

Surah Al Anfal ayat 30 Mereka memikirkan tipu daya,dan Allah membalas tipu
daya itu dan Allah sebaik-baik membalas tipu daya.

Pada satu malam, nabi Muhammad meminta Ali tidur di atas katilnya dengan
memakai selimut.Baginda berbuat demikian untuk mengelirukan orang-orang Quraisy.
Ketika itu ,di luar rumah baginda empat puluh orang pemuda upahan telah mengepung
rumah baginda .Mereka diarahkan untuk membunuh nabi Muhammad SAW.
Di tengah keheningan malam,baginda keluar dengan membaca surah Yasin ayat 9,

Dengan izin Allah pemuda upahan itu tertidur dan nabi Muhammad SAW dapat
melepaskan diri .
Kawan-kawan sekelian,

Rasulullah meneruskan perjalanan bersama Abu Bakar menuju ke Gua Tsur dan
bersembunyi di dalamnya.

Apabila waktu subuh menjelang,pemuda upahan yang mengepung rumah nabi terjaga
daripada tidur.Mereka memecah masuk ke dalam rumah dan menuju kepada seseorang
yang sedang tidur, lalu membuka selimutnya.

Alangkah terperanjatnya mereka kerana orang yang disangkakan nabi itu rupa-rupanya
Ali bin Abi Talib.

Pembesar Quraisy mengarahkan pemuda-pemuda upahan itu supaya segera mengejar


baginda.”cepat, pergi kejar Muhammad,dalam tempoh yang singkat ini tidak mungkin
Muhammad terlepas jauh,!.”Tanpa membuang masa mereka berkejar dengan kuda ke gua
Tsur.

Agak lama juga mereka berlegar-legar di puncak berhampiran pintu gua yang sempit
itu,tetapi mereka tidak tergerak untuk menjenguk ke dalam gua itu.Mereka beranggapan
mustahil ada orang masuk ke dalamnya kerana melihat sarang labah-labah dan ada seekor
burung bersarang di pintu gua itu.

Abu Bakar kian cemas kalau-kalau musuh yang berada di luar itu dapat mengesan
mereka.Baginda menenangkan hati Abu Bakar”Wahai sahabatku yang setia ,usahlah
bimbang dan risau kerana Allah bersama kita”.
Akhirnya pemuda upahan itu meninggalkan tempat tersebut.

Guru-guru dan rakan-rakan ,

Setelah tiga hari bersembunyi di dalam gua,maka pada malam keempat rasulullah
meninggalkan Gua Tsur menuju ke Yathrib.

Setelah melalui perjalanan yang penuh cabaran ,akhirnya baginda sampai ke kota
madinah.baginda disambut dengan meriah oleh penduduk Madinah.

Maka bermulalah episod kehidupan yang penuh dengan cahaya kegemilangan


islam.Begitulah indahnya perjalanan peristiwa penghijrahan nabi.Jadikan ia sebagai
pengalaman dan pengorbanan.
Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
TAJUK SYAIR : SAAT KEMATIAN
SUSUNAN : PN. ZAINAB MOHD IKHWAN

Jantung berdegup sangatlah kencang,


Saat menanti malaikat datang,
Aku menggigil dalam ketakutan,
Gelap pekat di pandangan.

Lemah jemari nafas terhenti,


Tidak tergambar sakitnya mati,
Bila I’zrail datang memanggil,
Seluruh tubuh akan menggigil.

Jasad terbujur di pembaringan,


Terbujur badan dan kedinginan,
Datang masanya insafi diri,
Selimut putih pembalut badan.

Ajal yang datang di muka pintu,


Tiada siapa memberitahu,
Tiada siapa dapat hindari,
Tiada siapa terkecuali.

Kematian ini bukan khayalan,


Tetapi ia sebenar kejadian,
Hanya kain putih membalut tubuh,
Kaku jasad ku di dalam keranda kayu.

Tujuh langkah pun baru berlalu,


Seutas talqin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu.

Ku merintih, aku menangis,


Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta di hidupkan semula,
Agar dapatku kembali ke dunia nyata.

Namun, selamat tinggal pada semua,


Berpisah kita selamanya,
Kita tak sama nasib di sana,
Baikkah atau sebaliknya,

Berpisah kita selamanya,


Yang tinggal hanya kenangan,
Di iringi doa dan airmata,
Yang pergi tak
‫احمد سيف الدهام بن حسميل‬

‫شهينور الزراعي بن جمل الدين‬

‫شهر الشزوان بن أريل فاضيلة‬

‫شهرالنيظام بن ساليم‬

‫محمد فائز بن حوسني‬

‫محمد حاميزن بن عبدالرازق‬

‫محمد حذيق بن مد ناظيم‬

‫محمد شهريزل بن داؤت‬