Anda di halaman 1dari 1

DI HUJUNG JALAN

Akhir nanti
kau akan sampai jua
di hujung jalan
Diamit kejadian lalu
sepanjang perjalanan
lama dan baru

Di hujung jalan
kaulah manusia paling peka
pada kealpaan lalu
Lalu kau meranka-rangka
mahligai paling bahagia
hadiah kepada yang tercinta

Kiranya waktu berulang


apakah ungkapan terbaik
bakal kau ciptakan
Kerana selepas kejadian
jauh di luar dugaan
setiap kata-kata menjadi
kalung mutiara berharga
melekat kemas di dada
terbawa ke mana-mana

Agar nanti
kau tiba di hujung jalan
tanpa secebis kekesalan