Anda di halaman 1dari 2

Kutawan Puncak Kinabalu 20 Ogos 2013

Cuti persekolahan sudah pun bermula. Aku mula mengikuti kedua-dua ibu bapaku mendaki gunung yang tertinggi di Asia Tenggara. Pada mulanya, semangatku berkobar-kobar tetapi apabila berada di kaki gunung tersebut, perasaanku mulai goyah dan tidak yakin akan kebolehanku. Ibu dan ayah memberi kata-kata semangat kepadaku. Aku mula mendaki pada pukul 9.00 pagi. Ketika mendaki, aku terpaksa melalui pelbagai rintangan dan cabaran. Aku terpaksa menempuhi hujan lebat dan kilat yang menakutkan. Sebelum sampai ke tempat penginapan, aku melalui tujuh pondok rehat. Aku tiba di hotel pada pukul 2.50 petang. Aku berehat di hotel sementara cuaca pulih.

21 Ogos 2013 Aku memulakan pendakian pada pukul 2.00 pagi. Aku mengambil sedikit makanan supaya tidak kelaparan nanti. Bagi memudahkan pendakian, aku menggunakan lampu suluh. Aku terpaksa lebih berhati-hati kerana menempuh beberapa bahagian gunung yang licin serta curam. Aku menggunakan tali untuk memudahkan pendakian. Aku berasa penat dan terseksa apabila berada di kawasan tinggi dengan tekanan udara yang rendah. Ayah menasihati aku agar bernafas menggunakan hidung untuk mengurangkan keletihan. Menurut ayah, bernafas menggunakan mulut akan menyebabkan kita cepat haus. Aku terlupa akan rasa penat dan terseksa itu apabila aku mulai nampak bayangan puncak Gunung Kinabalu. Aku semakin tidak sabar hendak sampai ke puncak. Kira-kira pada pukul 4.30 pagi, aku mencipta sejarah sendiri apabila berjaya menjejakkan kaki ke puncak gunung tersebut. Aku menunggu seketika untuk melihat dan menikmati pemandangan yang paling sukar aku lupakan, iaitu melihat matahari terbit. Selepas menikmati keindahan alam di puncak gunung, aku kembali ke hotel. Kami berkemas-kemas untuk turun ke kaki gunung. Hatiku berasa puas dan gembira kerana telah berjaya mendaki gunung kebanggaan negaraku! Sekiranya ada peluang kali kedua, aku tidak akan melepaskan peluang itu.

Nama:

Tarikh:

LATIHAN PENGUKUHAN Sila jawab soalan-soalan yang berikut dengan ayat yang lengkap.

1. Apakah nama gunung yang tertinggi di Malaysia? ______________________________________________________________________ 2. Pukul berapakah penulis tiba di hotel pada hari pertama? ______________________________________________________________________ 3. Apakah yang digunakan oleh penulis untuk memudahkan beliau mendaki pada hari kedua? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 4. Apakah pengalaman yang paling sukar dilupakan oleh penulis? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 5. Apakah nasihat ayah kepada penulis untuk mengurangkan rasa penat beliau? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai