Anda di halaman 1dari 8

2.

0 FOKUS KAJIAN

2.1 Isu kajian

Semasa sessi pengajaran, saya telah mengenal pasti pelbagai masalah yang dihadapi oleh muridmurid di prasekolah terutama dalam Tunjang Bahasa dan Komunikasi (Bahasa Malaysia).. walau bagaimanapun, saya memfokuskan kajian saya ini untuk membaiki amalan pengajaran saya dalam mempertingkatkan kemahiran mengenal huruf. Hal ini kerana dalam standard pembelajran dalam Tunjang Bahasa dan komunikasi, mengenal huruf adalah salah satu daripada matlamat yang harus dikuasai oleh murid-murid prasekolah sebelum melangkah ke tahun 1.

Saya telah mengambil masa yang agak lama untuk mengajar murid-murid mengenal huruf. Namun begitu masih ada di antara mereka yang tidak dapat menguasai kemahiran Bagi mengenal dan menyebut huruf sehingga pertengahan tahun. Jika keadaan ini berterusan, mereka tentunya akan menghadapi masalah apabila menjejakkan kaki ke tahun satu kelak. menarik minat murid-murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran. menerima pendidikan formal nanti. mengatasi masalah ini pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran telah saya gunakan bagi Saya berusaha sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini agar tidak timbul masalah apabila murid-murid ini

Menurut kamaruddin (1989), sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan itu memerlukan guru yang pandai dan berkebolehan dalam mempelbagaikan kaedah, teknik dan aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran. Hal ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Sinari (2003), sesuatu pengjaran yang baik dan berkesan memerlukan guru yang pandai dan berkebolehan mempelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan dan aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran.

Oleh itu, bagi mencapai objektif kajian serta menepati dengan apa yang disebut sebelumini, iaitu guru perlu mempelbagaikan teknik, kaedah serta pendekatan dalam pengajaran, maka saya telah melaksanakan kaedah pengolongan Bulat Tegak ini.

2.1 Tinjauan Masalah

Bagi mengetahui sejauh mana masalah mereka, saya telah menjalankan pemerhatian awal. Saya dapati seramai tujuh orang daripada 25 orang murid di kelas saya tidak Berjaya menyebut abjad a hingga z sepenuhya. Semasa pemerhatian, saya menjalankan sessi soal jawab bagi Saya telah mengetahui tahap pengecaman mereka terhadap huruf yang saya tunjukkan. Sessi soal jawab ini telah dijalankan secara individu selepas pengajaran di dalam aktiviti kelas. menggunakan kad pengecaman huruf bagi tujuan tersebut.

Kemudian, saya menggunakan senarai semak bagi tujuan merekod penguasaan murid. Langkah terakhir dalam tinjauan masalah, saya telah menjalankan ujian ke atas tujuh orang murid yang telah dikenal pasti bermasalah dalam menyebut nama huruf. menggunakan instrument penilaian kemahiran membaca huruf. Saya telah

langkah Langkah 1

Cara penilaian

Kumpulan sasaran 25 orang

Tujuan Mengajar Tunjang Komunikasi Bahasa Malaysia Hasil pemerhatian adalah dari segi:

Pemerhatian awal Langkah 2 (soal jawab) 25 orang

Tindak

balas

murid

ketika

sessi

pembelajaran mengenal abjad. 1.Bertujuan untuk menguji tahap mengenal

Soal Jawab Langkah 3 (isi pelajaran) 7 orang

huruf murid. 2.Sessi soal jawab secara individu selepas pengajaran di dalam aktiviti kelas.

Langkah 4

Senarai semak

7 orang

Bertujuan

menilai

tahap

kemahiran

mengenal abjad. Ujian ke atas murid yang dikenal pasti

Langkah 5

Ujian mengecaman

bermasalah mengenal huruf. 7 orang Bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi ketika mengenal huruf.

Data Pemerhatian Awal.

HURUF A a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z / x / x / / / x / x x / x x / x x / x x / / x x x / B / x / x / / x x / x x x / / / x x x x x / x x x x / C / x / x / / x x / x x x / x / x x / x x x x x x x /

SUBJEK D / / / x / / x x x x / x x x / x x x x x x x x x x x E / / / x / / x x x x x x / x / x x x x x x x x x x / F / / / x / / x x x x x x x x / x x x x x x x x x x / G / / / x / / / x / x / x x / / x x x x x / x x x x /

TINDAKAN YANG DIJALANKAN Prosedur Tindakan

Bagi kajian ini, saya menggunakan model kajian tindakan Stephen Kemmis dan Mc Taggar (1998). Model kitaran ini terbahagi kepada empat fasa iaitu merancang(plan), bertindak (action), memerhati (observe) dan rerleksi (reflect). seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Langkah-langkah ini dapat dilihat dengan jelas

Rajah 1: Model kajian Tindakan Stephen Kemmis dan Mac Taggart (1998)

Saya menggunakan model ini keana model ini mempunyai kitaran ulangan sekiranya tindakan yang dijalankan kurang berkesan. Saya berpeluang untuk meneruskan kajian sehingga kajian yang dijalankan dapat menambah baik amalan guru dalam pengurusan pengajaran.

Berdasarkan proses pemerhatian yang dilakukan, saya telah mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh subjek saya. Dengan menggunakan proses kajian tindakan Kemmis dan Mc Taggart ini, saya telah membuat perancangan berdasarkan setiap isu dan masalah pengajaran dan pembelajaran yang hendak diatasi. Terutamanya masalah yang dihadapi oleh subjek saya dalam mengenal huruf. Pelan perancangan yang telah saya jalankan dalam kajian ini adalah seperti berikut :

MERANCANG Tentukan masa Pilih kaedah Pilih instrumen

MEREFLEK Mencari kelemahan isu yang timbul dan juga kekuatan

BERTINDAK Membina dan mengaplikasikan kaedah Bulat Tegak

MEMERHATI Instrumen senarai semak dan temu bual.

Rajah 2: Kitaran 1. Pelan Tindakan berdasarkan Model Kajian Tindakan Stephen Kemmis dan Mc Taggart(1988)

Merancang

Bagi fasa perancangan (plan), saya telah menyediakan satu plan perancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah ini. Berdasarkan jadual perancangan , saya telahmelaksanakan tindakan (action) iaitu membuat kit penggolongan huruf Bulat Tegak dan menggunakan kaedah Bulat Tegak dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, menjalankan pemerhatian (observe) mengenai keberkesanan kaedah yang dijalankan terhadap pencapaian subjek dengan mengggunakan instrument penilaian kemahiran membaca huruf. Saya merekod segala maklumat

yang telah diperhatikan dengan menggunakan boring senarai semak. Saya juga menggunakan pemerhatian secara lisan iaitu temu bual bersama subjek. Peringkat yang terakhir ialah refleksi (reflect) . Pada peringkat ini, saya menganalisis semua data dan maklumat yang telah saya peroleh daripada rekod pemerhatian yang dijalankan. Pada peringkat akhir ini, saya membuat kesimpulan daripada hasil kajian yang telah saya jalankan sama ada objektifnya tercapai ataupun tidak.

Perancangan Kajian Tindakan BIL 1 2 3 4 AKTIVITI Merancang tindakan yang diambil Pelaksanaan tindakan Melaksanakan pemerhatian Menulis refleksi Senarai semak dan temu bual subjek. TARIKH PELAKSANAAN CATATAN

Bertindak

Sebagai salah satu usaha untuk mengatasi masalah mengecam huruf, saya telah melaksanakan satu kaedah pengajaran yang difikirkan sesuai iaitu menggunakan kaedah Bulat Tegak. Secara ringkasnya Bulat Tegak ialah abjad yang telah digolongkan mengikutkan golongan mereka iaitu huruf yang berbentuk bulat, tunggal, tarik dari atas, tarik ke bawah dan huruf yang terjuntai. Kaedah ini adalah hasil rekaan saya sendiri berdasarkan pengalaman saya mengajar murid mengenal abjad. Saya memilih kaedah ini kerana huruf-huruf yang digolongkan merupakan

huruf yang hampir sama bentuk dan dapat memudahkan murid-murid mengenal dan mengingat nama huruf.