Anda di halaman 1dari 3

JURNAL REFLEKTIF MINGGU 4 NAMA PELAJAR OPSYEN/ KUMPULAN NAMA SEKOLAH TARIKH : THANESHWARAN ALAGESU : PENGAJIAN SOSIAL PISMP

AMBILAN JAN 2011 : SEKOLAH KEBANGSAAN BAYAN LEPAS : 24 OGOS 2013

1. Isu / masalah / peristiwa Masalah Peristiwa yang difokuskan pada minggu ini ialah mengenai pengisian slot rehat murid-murid ketika pada setiap hari jumaat. Ternyata pihak sekolah telah mengendalikan slot yang sangat bermanfaat kepada murid-murid iaitu semua murid muslim dikehendaki berada di dewan untuk mendengar alunan ayat-ayat suci al-quran dan sesi tazkirah. Pengisian ini dikendalikan oleh seorang ustaz yang bertanggungjawab. Walaupun slot ini hanya memakan masa 20 minit namun dapat dijadikan sebagai pengisian setiap hari jumaat di SK Bayan Lepas. Guru-guru akan memastikan murid-murid berada di dewan semasa slot rehat. Pengisian bacaan ayat al-quran dan tazkirah berjalan sebanyak dua sesi iaitu pada 9.40 pagi hingga 10.00 pagi bagi tahap satu manakala bagi tahap dua adalah pada pukul 10.40 pagi hingga 11.00 pagi. 2. Pandangan dan perasaan terhadap isu / masalah / peristiwa Pandangan dan perasaan Pada pendapat peribadi saya, slot sedemikian wajar diteruskan pada setiap hari jumaat bagi memastikan murid-murid tidak berkeliaran dan membuat bising pada waktu rehat memandangkan musim peperiksaan akan tiba tidak lama lagi. Selain itu, aktiviti ini dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan semua individu. Pengisian dengan tazkirah ringkas dapat memastikan segala peringatan, teguran dan penambahbaikan disampaikan kepada murid-murid. Jelas kelihatan keikhlasan seorang guru dengan menjalankan aktiviti ringkas ini. Saya berharap agar-agar murid-murid dapat menghadiri dan menghargai slot ini dengan sebaik mungkin

3. Analisis isu / masalah / peristiwa Kebaikan Salah satu kebaikan daripada pengisian slot ringkas tersebut adalah dapat memastikan keadaan murid-murid terkawal. Seterusnya, segala aktiviti tidak berfaedah seperti bermain, berkejar-kejaran dan berbual kosong dapat dihindari dalam kalangan murid. Murid-murid turut dapat mengingati surah-surah tertentu yang dialunkan sepanjang kendalian slot ini. Nasihat dan peringatan yang disampaikan sedikit sebanyak dapat meningkatkan sahsiah diri murid. Kelemahan Namun, terdapat sedikit kelemahan di mana terdapat murid-murid yang tidak mengikuti slot ini. Malah mereka berada di pondok atau kerusi batu sekali gus tidak mengendahkan slot bacaan ayat al-quran dan tazkirah yang disampaikan.

4. Cadangan idea untuk menyelesaikan isu Bagi mengatasi masalah tersebut, guru-guru haruslah bertindak tegas dengan

mengarahkan murid-murid untuk berada di dewan semasa waktu rehat dengan tepat selama tiga puluh minit. Guru boleh memantau pergerakan murid semasa waktu rehat. Selain itu juga, pesanan awal semasa perhimpunan pagi membantu mengingati murid bahawa terdapat slot pengisian waktu rehat hari jumaat di dewan. 5. Tempoh masa yang diperlukan untuk menyelesaikan isu Segera Masalah yang dihadapi perlu diselesaikan dengan segera. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan bagi memastikan semua murid muslim mengikuti slot pengisian tersebut. Dalam tempoh terdekat, pada minggu hadapan diharapkan terdapat perubahan. Selama seminggu mungkin perubahan kearah yang lebih baik boleh berlaku. 6. Pelaksanaan langkah-langkah penambahbaikan Guru perlu memantau pergerakan murid-murid semasa waktu rehat. Seterusnya mengarahkan murid-murid untuk berada di dewan tanpa merayau-rayau ke tempat lain. Jadual pemantauan boleh diwujudkan bagi memastikan terdapat kawalan daripada guru

7. Tindakan susulan Sekiranya terdapat murid yang cuba ponteng dan mempengaruhi murid lain untuk ponteng, tindakan disiplin dan sesi kaunseling perlu dilakukan.

Pelajar

Guru Pembimbing

Pensyarah Penyelia

( THANESHWARAN )

.. ( PN. FLORENCE )

. ( PN. GURUMINTARJIT )