Anda di halaman 1dari 1

Maimunah Binti Muhammad B38, Blok Kediaman B IPG Kampus Temenggong Jalan Datin Halimah 80350, Johor Bahru,

Johor. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Temenggong Jalan Datin Halimah 80350, Johor Bahru, Johor.

12 SEPTEMBER 2013

Tuan, SURAT TUNJUK SEBAB TIDAK HADIR SESI KULIAH 2 JAM PADA 12 SEPTEMBER 2013 Merujuk perkara di atas, saya, Maimunah Binti Muhammad, K/P: 920722-14-5896 dari 4PISMP TESL1 tidak dapat hadir pada sesi kuliah pada 12 September 2013 kerana masalah kesihatan yang menyebabkan saya tertinggal 2 jam sesi kuliah. 2. Saya memohon maaf terlebih dahulu kerana tidak dapat menghadiri 2 jam sesi kuliah pada tarikh tersebut. Namun begitu, pada waktu tersebut, saya mengalami migrain dan senggugut yang teruk sehinggakan saya terpaksa berehat di bilik. 3. Saya faham bahawa saya sepatutnya menyediakan surat kesihatan untuk rujukan pihak tuan, tetapi saya gagal untuk pergi ke klinik atau hospital pada hari tersebut kerana terlalu sakit dan pening kepala sehinggakan saya tidak mampu untuk keluar dari bilik. Tambahan lagi, saya tidak berjaya untuk meminta tolong sahabat saya yang terdekat kerana masing-masing 4. Saya amat berharap pihak tuan dapat memahami sebab saya tidak hadir sesi kuliah pada permohonan saya ini dan sekali lagi saya mohon maaf atas kesulitan yang telah saya bari kepada pihak tuan. Terima Kasih

Yang Benar, . (MAIMUNAH BINTI MUHAMMAD)