Anda di halaman 1dari 1

ASAM PEDAS IKAN SAMA NENAS...

MAT GEBU BAHAN-BAHANNYA :-) 3-4 ekor ikan selar (jenis besar), siang cuci bersih dan kerat 2 setiap 1 1 biji nenas madu saiz kecil, kupas dan hiris kasar 1 genggam daun kesom 1 1/2 senduk nasi cili kisar 1 camca besar pes asam jawa 1 kiub ikan bilis (optional) Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-) 8 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1/2 inci kunyit hidup 1/2 inci halia Secubit belacan 3 biji buah keras, hiris 1 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-) 1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hinga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan pes asam jawa, kacau rata. 2. Masukkan nenas, gaul dan masak sekejap. Tuang air secukupnya (anggaran 5 cawan). Tambah kiub ikan bilis, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan dan daun kesom. Masak sekejap. 3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..