Anda di halaman 1dari 2

SJK(C) DAMANSARA

JALAN TROPICANA UTARA, PETALING JAYA. PENILAIAN ( KALI 4/2013 ) PENULISAN BAHASA MELAYU TAHUN 4
Nama ______________________________ Kelas ______________________________ Markah Tarikh Masa _____________ _____________ 8.00 8.50 pg ( 50 minit )

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, Kamu boleh memilih sama ada menjawab Soalan1, Soalan2 atau Soalan 3. Bahagian A [ Masa dicadangkan : 15 minit ] [ 10 markah ] Gambar di bawah menunjukkan suasana ketika Hari Sukan di sebuah sekolah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang lima suasana ketika Hari Sukan tersebut.

___________________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________________


4 BM/PEN/1

Bahagian B [ Masa dicadangkan : 40 minit ] [ 30 markah ] Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 60 patah perkataan. 1. Pada suatu petang, aku dan dua orang kawanku berjoging di taman. Setelah penat berjoging, kami berjalanjalan disekitar taman sambil berbual-bual. Tiba-tiba... Mulakan karangan kamu dengan, Tiba-tiba ... ATAU 2. Kamu telah menyertai lawatan ke sebuah zoo. Ceritakan pengalaman kamu ketika melawat zoo itu. ATAU 3. Ibu kamu meminta kamu ke kedai untuk membeli beberapa barang. Tuliskan perbualan kamu dengan pekedai tersebut dengan selengkapnya.

Bahagian C [ Masa dicadangkan : 20 minit ] [ 20 markah ] Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan cerita di bawah ini. Berikan contoh yang sesuai berdasarkan petikan tersebut. Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Pada malam ini, ibu Wei Wen, Puan Nancy akan mengadakan majlis sambutan hari lahir ayah Wei Wen yang keempat puluh satu. Wei Wen segera pulang dari sekolah. Selepas menukar pakaian sekolah, Wei Wen ke bilik air untuk mandi. Kemudian, dia berjalan ke dapur untuk mendapatkan ibunya. Wei Wen melihat beberapa orang jiran sedang membantu ibunya memasak. Wei Wen bersalam dengan jiran-jirannya itu. Selepas itu, Wei Wen membantu ibunya menghiris bawang. Dia menghiris bawang dengan hati-hati agar jarinya tidak cedera. Kemudian, dia memasukkan kulit bawang ke dalam plastik sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Pada waktu malam, ayah Wei Wen, Encik Leong pulang ke rumah. Encik Leong terkejut melihat jiran-jirannya berkumpul di rumahnya. Rupa-rupanya, mereka hendak menyambut ulang tahun kelahirannya. Beliau berasa terharu dengan sambutan yang diberikan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan jiran-jirannya itu.

Disediakan Oleh :_________________ ( En. Jeffry B. Shapi )

Disemak Oleh :___________________ (En. Johari B. Mat Jap )


4 BM/PEN/2

Anda mungkin juga menyukai