Anda di halaman 1dari 21

PENGENALAN

Pengertian pendidikan adalah berlainan dan berubah mengikut tujuan, tugas dan tempat. Ramai ahli pendidik tidak mengehadkan proses ini kepada kanak-kanak tetapi memikirkanya sebagai suatu proses pemeliharaan. John Deway

memandangkan pendidikan sebagai satu usaha mengatur pengetahuan untuk menambahkan pengetahuan semula jadi yang ada pada seseorang individu itu. Konsep demokrasi dalam sistem kehidupan manusia bukan hanya terbatas kepada proses pemilihan kerajaan tetapi merupakan suatu bentuk amalan dan cara hidup bermasyarakatan. Demokrasi dikenal pasti sebagai satu proses yang berterusan. Proses demokrasi wujud di dalam kehidupan, setiap orang perlu diberi hak dan peluang untuk mengemukakan pandangan yang melibatkan kepentingan mereka. Pendemokrasian bermakna peluang, tindakan atau proses manakala

pendidikan bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan. Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi kanak-kanak mendapatkan hak yang sama terhadap peluang-peluang pendidikan. Pendididkan dipelajari secara bebas, tanpa sebarang sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas dan peringkat dasar. Ada beberapa aspek dalam pendemokrasian pendidikan di Malaysia adalah mendapat pendidikan tanpa mengira kelas sosial, kaum, sosioekonomi dan juga gender. Seterusya, desakan antarabangsa dalam semua segi kerana perkembangan dalam penggunaan teknologi komunikasi, banyak pilihan pendidikan, penyedian infrastruktur, peruntukan kewangan dan bandar dan luar Bandar aspek

pendemokrasian pendidikan. Lagi pendemokrasian pendidikan juga bentuk budaya nasional, sediakan tenaga kerja, pupuk perpaduan kaum, bentuk disiplin kendiri dan Rangka Rancangan Jangka Panjang.

Perubahan demi perubahan yang berlaku ini telah memberi peluang kesaksamaan pendidikan dalam system pendemokrasian pendidikan Negara. Perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan berjalan secara terancang dan teratur. Tindakan yang telah dilakukan untuk memberikan kesaksamaan peluang pendidikan adalah pendidikan rendah percuma, peluang pendidikan menengah, kemudahan sekolah berasrama, perlaksanaan sekolah bestari,

pendidikan khas, bantuan dan peruntukan, tenaga pengajar terlatih, peluang pendidikan tinggi, dasar liberalisasi pendidikan dan ekuiti dan kualiti. Hasilan kesaksamaan pendidikan adalah murid kaya maklumat, punyai kekuatan minda, punyai nilai luhur, semangat jati diri dan juga berketrampilan. Untuk kesaksamaan pendidikan guru perlu kuasai mata pelajaran, amalan pedagogi berkesan, kenali murid, mahir psikologi, guna ICT, kerjasama dengan sejawat dan keyakinan diri.

PETA MINDA

KONSEP

RASIONAL DAN KEPENTINGAN

PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

FAKTORFAKTOR MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK

KONSEP

tanpa mengira etnik, latar belakang, status sosioekonomi dan geografi.

penyedian peluang sama rata pendidikan dan kemudahan.

Dewey 1966, penyediaan peluang terbuka untuk mencapai kejayaan pendidikan sebagai agen meningkatkan kejayaan dan kualiti hidup.

RASIONAL DAN KEPENTINGAN

Membasmi buta huruf dalam kalangan penduduk negara kurang maju

1998, UNESCO di New Delhi Melancarkan projek APPEAL membawa reformasi dalam pendemokrasian pendidikan membasmi buta huruf di Negara kurang maju

Merapatkan jurang pencapaian akademik

PIERRE BOURIDIEU 1930 Ahli Sosiologi Pendidikan Perancis pencapaian sekolah berasaskan: o latar belakangan kebudayaan ibu bapa o tahap pendidikan ibu bapa

FAKTOR FOKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK MC CLELLAND 1990 -habitus dan modal budaya menentukan pencapaian seseorang dan meluaskan jurang ketidaksamaan.

B.BERNSTEIN 1925-2000 Wujud dua jenis bahasa di antara kelas sosial: Bahasa formal kelas pekerja Bahasa awam kelas menengah

PERBEZAAN KELAS SOSIAL

HUBUNGAN MODAL BUDAYA DENGAN SEKOLAH MALAYISA Menurut perspektif konflik: sekolah mengekalkan ketidaksamaan proses reproduksi masih mengikut pengagihan modal budaya penjajah

DAINE REAY 1995 Banyak dinamika kumpulan yang di bentuk di sekolah berdasarkan jantina dan etnik
6

PAUL WILLIS 1977 Proses pendidikan di sekolah gagal mendidik pelajar-pelajar dari kelas bawahan untuk memperoleh modal kelas tengah. Sekolah hanya merupakan alat reproduksi kelas sosial yang tetap.

FAKTOR FOKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK

PERBEZAAN SOSIALISASI DAN BAHASA

GEORGE H.MEAD 1863-1931 membezakan komunikasi bukan simbolik (gerak isyarat) dan komunikasi simbolik (idea/konsep). penguasaan bahasa membolehkan manusia mengorganisasikan dan menyimpan tanggapan/pemahaman sosial. memindahkan konsep-konsep

BOURDIEU 1930 sekolah memindahkan ketidaksamaan sosial dari satu generasi ke satu generasi. habitus-habitus individu mengandungi modal budaya yang berbeza antara kelas sosial. sistem pendidikan mengekalkan status quo hierarki sosial dalam masyarakat.

FAKTOR FOKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK

PERBEZAAN LOKASI BANDAR DAN LUAR BANDAR

Corak pendidikan semasa penjajahan;


setakat peringkat sekolah rendah. pendidikan hanya terhad untuk anak-anak sultan/pembesar. -tujuan penubuhan MPSI melatih bakal guru mengajar seni pertanian,kraf tangan dan sains r/tangga.

Untuk mengatasinya kerajaan telah melaksanakan: RANCANGAN MK (1971-1975) -mengeratkan perpaduan kaum -menyediakan peluang pekerjaan ~DEB: -membasmi kemiskinan -menyusun semula masyarakat dengan mengadakan reformasi masyarakat. -rancangan pelajaran dan latihan

TEORI KONFLIK Punca: Stratifikasi kelas sosial factor ekonomi Konflik diantara kelas sosial jurangekonomi

LAPORAN TENTANG KESAKSAMAAN PENDIDIKAN

Pendemokrasian pendidikan merupakan satu elemen yang penting dalam membangunkan pendidikan di Malaysia. Pendemokrasian pendidikan ialah meliputi hak individu memilih jenis sekolah yang difikir sesuai untuk menuntut ilmu pendidikan. Setiap individu diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan dan hak memilih jenis sekolah untuk belajar, tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum, agama atau latar belakang. Kepentingan

pendemokrasian ialah bagi merapatkan jurang pencapaian akademik kerana ketidak samaan peluang dalam pendidikan. Kita sangat mementingkan kepada keadilan sejagat dalam bidang pendidikan yang mana membolehkan semua pihak mendapat faedah dan juga kemudahan yang sama rata untuk belajar di mana-mana institusi pendidikan. Konsep pendemokrasian pendidikan menjamin keadilan untuk semua pihak untuk mendapat pendidikan yang sama dengan orang lain. Semenjak Negara mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan Negara kita telah mengalami banyak perubahan. Perubahan ini bermula dari Penyata Pelajaran Razak (1956), Ordinan pelajaran 1957,Laporan Abdul Rahman Talib (1960), Akta pelajaran (1961) dan Laporan Kabinet (1979). Perubahan demi perubahan yang berlaku ini memberi peluang kesaksamman pendidikan dalam sistem

pendemokrasian pendidikan Negara. Perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan berjalan secara terancang dan teratur. Pelbagai kemudahan pendidikan telah dibangunkan dan pendemokrasian pendidikan telah menjadi satu daripada dasar sistem pendidikan di Malaysia. Beberapa usaha dan tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan melalui KPM bagi memastikan kesaksamaan pendidikan kepada rakyat berlaku secara menyeluruh. Antara tindakan yang telah dilakukan untuk memberikan kesaksamaan peluang pendidikan bagi golongan-golongan tertentu adalah seperti berikut: Murid daripada keluarga yang kurang beruntung apabila modal budaya di

antara kelas sosial dan individu merangkumi secara keseluruhan latar belakang kebudayaan, ilmu pengetahuan,pembawaan dan kemahiran tekniknya. Secara khususnya, modal budaya merujuk kepada seseorang individu yang mewarisi dan memeperolehi keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan
9

masyrakatnya.

Maka budaya tersekat merupakan halangan atau kekurangan modal budaya. Individu yang menghadapi masalah budaya tersekat akan mengalami masalah kekurangan modal budaya yang menyekatnya untukmemperolehi pencapaian aspirasinya, khasnya dalam bidang akademik dan mobiliti sosial. Sosioekonomi yang tidak stabil muncul selepas perang dunia kedua. Sosioekonomi yang tidak stabil mnjadikan peluang pendidikn tidak saksama diantara kaum. Golongan atasan berpeluang menyambung pendidkan manakala golongan miskin sebaliknya. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan asaskan Projek Pendidikan

Imbuhan(1957-1980). Projek

Pendidikan

Imbuhan

menitik beratkan aspek punca

tindakan diambil seperti menjalankan ujian domestik untuk mengesan

masalah merancang rancangan pembelajaran yg disusun rapi dan menyediakan kurikulum yang sesuai. Ciri-ciri Projek Pendidikan Imbuhan ialah rancangan masalah objektif

pembelajaran yang disediakan khas untuk pelajar menghadapi

utama ialah untuk merapatkn jurang dalam peluang pendidikan antara golongan kaya dan miskin. Pendidikan Inklusif untuk murid istimewa. Perkataan inklusif berasal termasuk atau

daripada Bahasa Inggeris inclusive yang merangkumi

membawa maksud

semua.Di bawah konteks pendidikan, pendidikan inklusif boleh pendidikan umum, iaitu cacat, adalah termaktub dalam Dasar PendidikanKebangsaan yang

diertikan sebagai

Pendidikan Negara dan selaras dengan Falsafah

berbunyi. Di samping kanak-kanak normal dan pintar-cerdas, kanak-kanak cacat juga mempunyai potensi tersendiri. Potensi kanak-kanak ini juga boleh dididik dan dikembangkan supaya menjadi rakyat yang berguna. Berdasarkan FPK dan

tujuan pendidikan, Pendidikan Inklusif merupakan peluang pendidikan umum yang diberikan kepada semua kanak-kanak Malaysia, termasuk kanak-kanak cacat. Di bawah program Pendidikan Inklusif ini, kanak-kanak cacat khasnya, yang

mempunyai potensi belajar, adalah ditempatkan dalam kelas biasa di bawah bimbingan seorang guru resos ( guru terlatih khas) yang bekerjasama dengan guruguru biasa. Bagi kanak-kanak cacat yang tidak dapat mengikuti kurikulum biasa akan ditempatkan di dalam Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) mengikuti satu program pendidikan khas.

10

Sebagai

contoh, SK Taman Segar, Cheras yang melaksanakan program

pendidikan khas untuk kanak-kanak cacat sejak tahun 1995. Pelajar mengikuti satu program pendidikan khas yang dirancang mengikut kebolehan mereka. Selain BM, Matematik dan BI turut diajar kemahiran manupulatif seperti berkebun, membasuh, menggosok dan memasak. Apabila pelajar mencapai kemajuan yang memuaskan, mereka ditempatkan di kelas biasa. Program Pendidikan Khas dirancang khusus untuk kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak cacat dan kanak-kanak pintar-

cerdas. Merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik mengajar untuk kanak-kanak bukan normal tapi luar biasa. Ini kerana mereka tidak akan sanggup mendapat faedah dan pencapaian sepatutnya daripada program sekolah biasa. Dr Chua Tee Tee mangatakan bahawa pendidikan khas ialah satu

program pendidikan yang dirancang khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Mereka tidak akan dapat

mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak berupaya mendapat faedah sepenuhnya daripada program pendidikan biasa. Terdapat tujuh kategori kanak-kanak istimewa iaitu kanak-kanak kerencatan akal, kanak-kanak bermasalah pembelajaran, kanak-kanak kecelaruan tingkah laku, kanak-kanak cacat pendengaran dan masalah komunikasi, kanak-kanak cacat penglihatan, kanak-kanak cacat fizikal dan kanak-kanak pintar cergas dan berbakat.

Kanak-kanak kerencatan akal yang mempunyai Darjah Kecerdasan (IQ) antara 3585. Mereka mempunyai kerosakan sistem saraf akibat masalah kelahiran, gangguan

kecederaan, warisan baka keluarga, kekurangan zat makanan atau

hormon dan sebagainya. kanak-kanak yang mempunyai darjah kecerdasan 5070 merupakan kadar kecacatan ringan atau dilatih. Mereka dikategori sebagai murid yang lambat belajar. Kanak-kanak yang sederhana. Mereka boleh dididik dan

mempunyai darjah kecerdasan 35-49 menghadapi masalah menjaga diri sendiri. Mereka hanya boleh dilatih mengurus hal peribadi. Mereka sukar dididik kerana kekurangan kemahiran. Seterusnya kanak-kanak yang mempunyai darjah

kecerdasan bawah 35 mengalami kecacatan amat teruk. Mereka kurang keupayaan untuk berdikari dan perlu penjagaan rapi. Kanak-kanak kategori dua pula

menghadapi masalah pembelajaran. Mereka tidak berupaya mengikuti pelajaran


11

dalam kelas biasa. Hal

ini

mungkin

berpunca

daripada

masalah keluarga,

masalah peribadi atau kedua-duanya. Mereka mempunyai konsep kendiri negatif, merendah diri, sifat introvert, tabiat malas berusaha, kekurangan minat dan

kecenderungan dalam kanak-kanak atau sering sakit. Tidak melibatkan kanak-kanak cacat yang menghadapi masalah dan

pembelajaran kerana

kecacatan mental, penglihatan, pendengaran, emosi

fizikal. Keadaan kanak-kanak

bermasalah pembelajaran khusus dirujuk sebagai

halangan psikologikal atau neurologikal terhadap gerakbalas bahasa, sama ada lisan atau halangan atau tulisan, perseptif kognitif atau seperti aktiviti psikomotor. Kriteria- kriteria

percanggahan antara tingkah laku spesifik dengan kebolehan bermasalah pembelajaran, tidak berupaya

pencapaian kanak-kanak

mengikuti pelajaran dalam kelas biasa, tetapi memerlukan

kaedah mengajar khas,

kaedah mengajar khas bukan digunakan untuk mengajar kanak-kanak yang tidak berpeluang belajar. Kategori ketiga ialah kanak-kanak kecelaruan tingkah laku. Mereka boleh diklasifikasikan kepada empat kategori iaitu tingkah laku terbias, sifat

pengongkongan dalaman, tingkah laku ketidakmatangan, dan tingkah laku antisosial. Tingkah laku terbias ialah tingkah laku yang menentang autoriti, tidak mematuhi peraturan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka

menyerang orang. Sifat pengongkongan dalaman ialah bersifat pemalu, pendiam, sensitif, pasif, tidak suka berkawan, dan mudah tersinggung. Sering melakukan tindakan di luar dugaan. Tingkah laku ketidakmatangan ialah kurang berupaya

menumpukan perhatian dalam pelajaran. Tidak berminat belajar, sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri sendiri. Tingkah laku antisosial ialah sering

bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti memeras ugut, mencuri, dan ponteng kelas Kategori keempat ialah kanak-kanak cacat pendengaran dan masalah

komunikasi. Mereka digolongkan dalam dua kumpulan iaitu kanak-kanak cacat pendengaran pretutur dan kanak-kanak kanak cacat pendengaran pretutur cacat pendengaran postutur. kanakpekak sejak lahir.

ialah kanak-kanak yang

kanak-kanak cacat pendengaran postutur ialah cacat pendengaran separa atau sepenuhnya yang biasanya berlaku setelah mempunyai pengalaman bercakap.
12

Mereka

menghadapi masalah pembelajaran dan masalah komunikasi yg lebih ialah kerosakan gegendang telinga, saraf yang cacat

teruk. Punca cacat pendengaran

pendengaran atau warisan baka. Kategori lima ialah kanak-kanak penglihatan. Kanak-kanak

buta atau mempunyai kadar kecekapan penglihatan

antara 20/200 - 20/70 selepas pembetulan, berbanding penglihatan normal yang mempunyai kadar kecekapan penglihatan 20/20. Mereka boleh digolongkan dalam beberapa jenis iaitu rabun dekat, rabun jauh, rabun malam, rabun warna,

astigimatisme, katarak, glaukoma dan juling. Mereka akan menghadapi masalah dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran, khasnya dalam

proses persepsi dan penangkapan konsep dengan cacat fizikal. Kanak-kanak yang

tepat. Kategori keenam ialah kanak-kanak

mempunyai kecacatan ortopedik atau anggota. Ini mempengaruhi fungsi tulang sendi atau otot. Ia boleh menyebabkan pergerakan leher, pinggang , tangan atau kaki menjadi lemah, menjejaskan pencapaian akademik ialah kanak-kanak disebabkan oleh cergas dan

kekurangan zat makanan. Ketujuh

pintar

berbakat. Merujuk kepada kanak-kanak 120. Terdapat 3 kategori iaitu

yang ada Darjah Kecergasan melebihi

mempunyai intelek yang tinggi, mempunyai bakat

mencipta, berbakat khas dalam senilukis, penulisan, drama, muzik, kraftangan. Tujuh ciri pelajar pintar cergas ialah mempunayi keupayaan berfikiran positif,

memperoleh kebolehan intelek am, memiliki, kebolehan akdemik khusus, berbakat dalam satu atau lebih kesenian, cekap menyesuaikan diri dari segi sosial dan

emosi boleh bervisi jauh dan mempunyai bakat memimpin Terdapat lapan strategi dalam pelaksanaan program iaitu membina

sekolah-sekolah khas dan kelas khas bermasalah pembelajaran, melatih mereka dengan kemahiran dan vokasional, melalui bimbingan dan kaunseling, melatih

tenaga pengajar untuk melaksanankan P&P dengan lebih berkesan, menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling untuk ibubapa, menyedia kemudahan

perubatan dan penyelidikan utk merawat atau memulihkan kecacatan fizikal, mental atau emosi Bekerjasama dengan agensi persendirian atau pertubuhan sukarela

untuk membantu kewangan atau latihan. Dua model yang telah diperkenalkan ialah Program Pendidikan khas diintegrasikan dengan program pendidikan biasa dalam institusi pendidikan yang sama . Program pendidikan khas dilaksanakan dalam institusi khas.
13

Jantina

jumlah pelajar perempuan yang jauh lebih ramai

berbanding lelaki

di universiti. Pelbagai pihak telah mencadangkan agar jumlah pelajar lelaki memasuki universiti ditambah. Bagi memegang prinsip kesaksamaan pendidikan dan jantina, terdapat pihak yang menjelaskan kemasukan pelajar ke universiti awam harus ditentukan oleh kelayakan akademik dan bukannya faktor keseimbangan

jantina. Berdasarkan kepada prinsip kesaksamaan jantina, usaha yang perlu dicari ialah memperkasa pelajar lelaki dan bukannya mengurangkan perempuan pula pelajar di

universiti. Ia bukan satu perkara yang mudah kerana dalam waktu yang sama kita juga berpegang kepada prinsip kesaksamaan pendidikan dan jantina dan usaha memperkasakan pelajar lelaki. Kelas Bercantum ialah kelas yang mengandungi murid-murid terdiri lebih daripada satu tahun persekolahan. Diwujudkan kerana bilangan murid kurang

daripada 15 orang. Terdapat di sekolah yang mengandungi jumlah murid tidak melebihi 145 orang. Bilangan seseorang guru dikehendaki mengajar lebih dari setahun persekolahan secara serentak dalam sesebuah kelas bercantum. Biasanya terdapat di sekolah-sekolah pedalaman,Sabah dan Sarawak. Guru termasuk guru besar, kurang daripada 5 orang. Ciri-Ciri kelas bercantum ialah umur murid-murid berlainan mengikut tahun persekolahan, bilangan murid dalam satu tahun persekolahan tidak melebihi 14 orang, guru mengajar murid daripada dua atau tiga tahun persekolahan secara

serentak dalam kelas yang sama, strategi P&P adalah tersendiri dan berbeza daripada kelas biasa, bilangan guru dalam sesebuah sekolah tidak melebihi 5

orang, keadaan bangunan dan kemudahan sekolah adalah kurang lengkap dan biasanya terletak di kawasan terpencil. Masyarakat pedalaman terutamanya di kawasan terpencil menghadapi isu ketaksamaan peluang pendidikan kerana masih terdapat sekolah yang tidak mempunyai kemudahan asas. Menurut Noriati A. Rashid Et. Al. (2011), isu tentang kekurang guru terlatih masih wujud bagi sekolah rendah di kawasan pedalaman dan di luar bandar. Antaranya, terdapat kekurangan guru dalam bidang kritikal seperti subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris; kurangnya guru berkelayakan untuk Pendidikan Khas; kurangnya guru lelaki yang berkelayakan mengikut opsyen
14

ditempatkan di pedalaman menimbulkan masalah pengendalian aktiviti kokurikulum serta bilangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) masih ramai di sekolah pedalaman. Di sekolah menengah pula, sekolah pedalaman atau luar Bandar bergantung sepenuhnya kepada kerajaan untuk kelengkapan sekolah. Hal ini berlaku kerana latar belakang dan sosioekonomi ibu bapa yang kurang mampu untuk membantu sekolah dari segi kelengkapan sekolah berbanding sekolah bandar di mana ibu bapa berpendapatan tinggi. Sekolah Kurang Murid (SKM) juga merupakan isu di kawasan luar bandar dan pedalaman. Seperti yang kita ketahui, sesebuah sekolah itu diiktiraf sebagai SKM jika mempunyai murid kurang daripada 100 murid. Oleh itu, sekolah tersebut harus jalankan program kelas bercantum. Program ini dijalankan bagi sekolah yang mengamalkan pengajaran secara kelas tanpamengabaikan kepentingan

kepelbagaian murid yang berbeza dari sudut daya tanggapan, imaginasi, minat dan konsentrasi walaupun mereka dalam kumpulan umur yang hampir sebaya. Sebagai contoh, cantuman kelas Tahun 2 dan Tahun 3 yang terbahagi kepada tiga tahap pencapaian iaitu cerdas, sederhana dan lemah. Oleh kerana tidak ramai murid yang akan hadir kesekolah, maka kadar keciciran akan meningkat di sekolah tersebut. Malahan, jurang pencapaian murid akibat daripada kurangnya motivasi untuk belajar dan tiada daya saing kerana bilangan murid yang sedikit. Selain itu, ibu bapa juga tidak tekankan kepentingan pendidikan terhadap anak-anak mereka kerana ibu bapa tidak diberikan pendedahan terhadap dunia luar dan kepentingan ilmu kepada anakanak pada masa hadapan.

15

PENUTUP

Pengertian pendidikan adalah berlainan dan berubah mengikut tujuan, tugas dan tempat. Ramai ahli pendidik tidak mengehadkan proses ini kepada kanak-kanak tetapi memikirkanya sebagai suatu proses pemeliharaan. Konsep demokrasi dalam sistem kehidupan manusia bukan hanya terbatas kepada proses pemilihan kerajaan tetapi merupakan suatu bentuk amalan dan cara hidup bermasyarakatan. Dalam ini, peluang sama rata, banyak pilihan, peruntukan kewangan adalah salah satu aspek pendemokrasian. Dalam pendidikan kesaksamaan pendidikan adalah sangat penting. Ia memberi pendidikan percuma, peluang pendidikan menengah dan sebagainya. Daripada ini mendapat tahu sebagai guru perlu kuasai mata pelajaran, amalan padagogi berkesan dan sebagainya. Justeru, dalam pendemokrasian pendidikan konsep pendemokrasian

pendidikan dan kesaksamaan pendidikan adalah perlu mengetahui oleh seseorang guru.

16

REFLEKSI

Kami Sivagasmi a/p Armughom dan Nithiarenu a/p Balakrishnan kumpulan MU/PJ/Bhs1. Kami amat bersyukur kepada tuhan sebab kami dapat menyelesaikan kerja kursus ini dengan baik. Semasa kami menjalankan tugasan ini, kami dapat mempelajari beberapa perkara dan juga mengalami beberapa masalah. Ia, membagi pengalaman yang baru. Semasa mengalami beberapa masalah pun, kami tidak mudah putus asa. Kami mengambil ini sebagai satu cabaran. Pada hari pertama terima kertas kursus ini, kami menghadapi masalah untuk memahami soalan kerja kursus ini. Seterusnya, kami tak tahu cara membuat soalan yang terdapat dalam kerja kursus ini. Walaubagaimanapun, kami cuba untuk menyelesaikan masalah kami dengan cepat mungkin. Saya menanya rakan-rakan kelas lain tanya tentang cara membuat kerja kursus ini dengan baik. Dalam kerja kursus ini kami menyelesaikan dua soalan iaitu konsep pendemokrasian pendidikan dan kesaksamaan pendidikan dengan nota yang mengandungi di buku pengantar pendidikan. Selepas mendapat bahan, kami berjumpa dengan pensyarah untuk menanya bahawa bahan yang kami cari itu betul atau tidak. Pensyarah kami menolong kami untuk memberi penyelesaian soalan kami. Selepas itu, saya dan rakan saya membaca buku pengantar pendidikan. Kami lebih sedikit memahami penyelesaian soalan kami. Setiap hari, kami berbincang tentang bagaimana hendak membuat peta minda. Kami berbincang isi-isi penting yang perlu kami tulis dalam peta minda. Kami selesai membuat peta minda. Melalui peta minda, kami dapati maksud pendemokrasian dan pendidikan. Kami membuat peta minda tersebut dengan betul dan ringkas. Kami cuba membuat peta minda tersedut dalam mind map tetapi tidak dapat printkannya. Akhirnya, kami menggunakan bahan yang berlainan. Akhirnya, kami dapat menyiapkan dengan betul. Ia, membawa pengalaman yang baru kepada kami. Kerana dapat mengetahui tentang konsep pendemokrasian pendidikan dan kesaksamaan pendidikan. Semasa membuat soalan ini kami memang mendapat kesan yang baik dan kami juga mendapat tahu aspek pendemokrasian pendidikan iaitu peluang sama rata, pilihan
17

pendidikan, desakan antarabangsa, penyediaan infrastruktur dan peruntukan kewangan. Apabila membuat soalan kedua iaitu kesaksamaan pendidikan kami dapat tahu sikap yang perlu ada pada seseorang guru dan juga mengenali dasar sistem pendidikan di Malaysia . Kami juga mula merasai kepentingan kesaksamaan pendidikan terhadap diri kami kerana sebagai bakal guru, kami perlu memahami bahawa pendemokrasian pendidikan telah meliputi hak individu memilih jenis sekolah yang difikir sesuai untuk menuntut ilmu pendidikan. Selain itu, setiap individu diberi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan dan hak memilih jenis sekolah untuk belajar, tanpa mengira status ekonomi, sosial, keistimewaan, jantina, kaum, agama atau latar belakang. Oleh itu, kerja kursus ini amat berfaedah kepada kami. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya kerana memberi soalan yang berkesan untuk saya. Sebagai seorang guru, skami mengenali tentang pendemokrasi dalam pendidikan Negara kita. Kami amat berssyukur dapat lahir di Malaysia kerana sistem pendidikan adalah saksama kepada semua.

18

BIBLIOGRAFI

Syed Ismail Syed Mustafa.(2011). Pengantar Pendidikan .Penerbitan Multimedia Sdn.bhd.Selangor.

http://www.scribd.com/doc/43520384/Pendemokrasian-Pendidikan

http://notagurupelatih.blogspot.com/2011/09/pendemokrasian-pendidikan.html

19

LAMPIRAN

20

21