Anda di halaman 1dari 15

Tajuk Artikel : Sampah Jejas Mutiara Jaya Pengarang : Mohamad Danial Mohamad Saad

Tarikh Artikel : 13/06/2011 (Isnin) Sumber : Berita Harian

A. Ulasan Artikel Lebih kurang 2000 penduduk Rumah Pangsa Mutiara Jaya,Puteri Gunung di Simpang Ampat terpaksa hidup dalam keadaan tidak selesa kerana bau busuk daripada longgokan sampah yang berdekatan denggan tempat kediaman

mereka.Selain berbau busuk ,sampah sarap juga bertaburan di laluan masuk ke rumah pangsa berkenaan dan ini satu perkara yang memalukan. Hanya empat tong sampah yang disediakan dan ada yang rosak.Ini tidak dapat menampung keperluan penduduk yang bilangannya ramai.Tapak tersebut juga menjadi tempat pembuangan sampah daripada pasar malam yang

berhampiran.Keadaan juga bertambah teruk kerana jadual kutipan sampah tidak berjalan dengan lancar mengikut jadual.Ini menyebabkan sampah sarap bertambah banyak setiap hari.Lambakan sampah yang banyak pula menjadi sasaran haiwan liar khususnya anjing. Menurut Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) En.Harun Zakaria, beberapa aduan telah dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai tetapi tiada tindakan susulan malah MPSP cuba mengelak dengan pelbagai alasan.Penduduk menggesa agar pihak MPSP mengambil tindakan segera kerana bilangan tong sampah yang ada tidak mencukupi.Tambahan pula ,tempat tersebut turut digunakan oleh peniaga pasar malam.Mereka berharap supaya kemudahan tersebut dapat dipertingkatkan kerana sepanjang hari. Mengikut keterangan En.Khairul Azman Abd Manan yang sudah tinggal 11 tahun di tempat berkenaan, kontraktor yang dilantik oleh MPSP hanya mengutip sampah yang ada di dalam tong sampah sahaja.Manakala sampah sarap yang bertaburan dibiarkan begitu sahaja.Pengutip sampah hanya mengambil sampah yang berharga sahaja dan ini mengecewakan penduduk di situ .Menurut penduduk tidak sanggup lagi menghidu bau busuk

di situ,ada di kalangan mereka menghidap demam denggi , kerana tempat longgokan sampah tersebut menjadi sarang pembiakan nyamuk.Jabatan Kesihatan pula hanya datang membuat semburan sahaja. B. Ulasan Peribadi Isu sampah sarap yang tidak dikutip oleh pihak berkuasa tempatan bukanlah perkara biasa khususnya di bandar.Perkara ini sudah lama berlarutan dan seolaholah tidak ada penamatnya.Masalah sampah sarap yang tidak dikutip dan bilangan tong sampah yang tidak mencukupi merupakan masalah lumrah kawasan perumahan di bandar seluruh Malysia. Sebenarnya pihak berkuasa tempatan tidak boleh dipersalahkan seratus peratus.Ada faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah tersebut.Walau bagaimanapun memang tidak dapat dinafikan bahawa kegagalan pihak berkuasa tempatan dalam menjalankan tugas merupakan faktor utama dalam masalah ini.Inilah masalah yang dihadapi oleh penduduk di Rumah Pangsa Mutiara Jaya apabila Majlis Perbandaran Seberang Perai gagal mengutip sampah secara berjadual.Masalah sampah yang bertaburan tidak akan berlaku jika kerja mengutip sampah dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua hari .Bilangan tong sampah yang tidak mencukupi juga menjadi faktor kepada masalah sampah sarap yang bertaburan.Jika tong sampah yang disediakan mencukupi,sudah tentulah ia boleh menampung keperluan penduduk yang ramai . Sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab juga merupakan salah satu faktor kepada masalah sampah sarap. Sikap membuang sampah di luar tong

sampah merupakan penyumbang utama kepada masalah sampah sarap yang bertaburan.Sepatutnya mereka mencari inisiatif lain bagaimana untuk membuang sampah mereka.Sikap para peniaga yang menggunakan jalan mudah dengan

membuang sampah di tempat kediaman penduduk juga turut menyumbang kepada masalah ini. Semua pihak harus berkerjasama untuk mengatasi masalah ini.Pihak berkuasa tempatan mestilah sentiasa memantau keperluan penduduk khususnya di tempat kediaman yang mempunyai ramai penduduk.Dengan melakukan

pemantauan yang kerap, mereka akan mengetahui masalah yang dihadapi oleh

penduduk .Pihak berkuasa tempatan juga harus menyediakan tong sampah di setiap pasar malam supaya mereka tidak akan membuang sampah di tempat lain.Masalah yang dihadapi oleh penduduk di Rumah Pangsa Mutiara Jaya tidak akan berlaku jika Majlis perbandaran Seberang Perai menyediakan tong sampah yang mencukupi dan menggantikan tong sampah yang telah rosak.Para peniaga dan penduduk juga harus mengutamakan kebersihan dan janganlah membuang sampah sesuka hati.Sikap menyalahkan pihak lain merupakan satu sikap yang tidak baik. Akhir sekali,kerajaan seharusnya mengambil langkah-langkah yang wajar untuk mengatasi masalah ini.Kerajaan haruslah memastikan kerajaan tempatan menjalankan tugas dan peranan mereka dengan baik demi kebaikan penduduk yang tinggal dibandar.Keperluan kemudahan tong sampah haruslah disediakan oleh syarikat-syarikat yang membina rumah kediaman untuk meringankan beban yang ditanggung oleh pihak berkuasa tempatan.Ini dapat dilakukan jika kerajaan memasukkan syarat ini dalam setiap projek pembinaan rumah kediaman .Apa yang penting ialah kesedaran penduduk menjaga kebersihan alam sekitar.Walaupun apa sebabnya,jika masyarakat mementingkan kebersihan perkara yang berlaku di Rumah Pangsa Mutiara Jaya tidak akan berlaku.

Tajuk Artikel : Sungai Tupai Punca Banjir Kilat Pengarang : Yahya Awang

Tarikh artikel : 21/06/2011 (Selasa) Sumber : Berita Harian

A. Ulasan Artikel Menurut Berita Harian,kira-kira 100 keluarga di Kampung Tupai Emas dan kampung Ulu Tupai serta penduduk berhampiran di sekitar Tupai dan Poko Asam dihantui kebimbangan ekoran banjir kilat yang sering berlaku apabila hujan lebat.Banjir kilat ini berlaku kerana Sungai Batu Tuguh atau dikenali juga Sungai Tupai semakin cetek. Kerja meratakan tanah bukit di kawasan berhampiran menyebabkan keadaan bertambah buruk kerana tanah lumpur merah turut masuk ke dalam sungai berkenaan.Lumpur tersebut dikatakan melimpah ke kawasan kampung dan beberapa kawasan perumahan termasuk rumah penduduk di sekitar Tupai dan Pokok Asam. Menurut keterangan penduduk dari kawasan berkenaan,banjir kilat kerap berlaku sejak sungai itu menjadi cetek.Kerja meratakan tanah untuk projek perumahan pula menyebabkan banjir lumpur kerap berlaku.Penduduk di kawasan berkenaan juga berharap agar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) atau agensi berkenaan dapat mendalamkan sungai berkenaan.Mereka percaya sekiranya sungai tersebut didalamkan dan dibersihkan , banjir kilat atau banjir lumpur tidak akan berlaku di kawasan berkenaan. Seorang lagi penduduk yang dikenali sebagai Ramesh,mengatakan sistem pengairan longkang di taman perumahan yang sering tersumbat juga menjadi

punca banjir kilat.Masalah yang sebenarnya merunsingkan para penduduk di kawasan berkenaan ialah masalah pengairan dan longkang yang tersumbat.Oleh itu mereka berharap agar penstrukturan semula longkang serta kerja membersihkan dan mendalamkan parit perlu dilaksanakan .

Perkara ini menyebabkan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping(MPT) bersama dengan Ahli Majlis dan kakitangan MPT melawat tempat berkenaan untuk mencari punca sebenarnya banjir kilat di Pokok Asam dan kawasan sekitarnya.Hasil tinjauan mendapati pembangunan tambahan tanah perkuburan menyebabkan hakisan tanah berlaku.Pihak MPT akan merujuk perkara tersebut kepada pihak berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik. B. Ulasan Peribadi Sejak kebelakangan ini banyak berlaku banjir kilat di negara kita khususnya di kawasan yang pesat membangun dan padat dengan kawasan petempatan.Banjir kilat berlaku apabila sungai ataupun longkang tidak dapat menampung jumlah air yang banyak.Ini menyebabkan air lebihan akan melimpah keluar dan membanjiri kawasan sekitarnya dalam masa yang singkat. Salah satu punca utama banjir kilat ialah keadaan sungai yang menjadi semakin cetek. Perkara ini berlaku apabila sungai dipenuhi tanah ataupun pasir yang menyebabkan aliran air boleh tersekat dan dipenuhi oleh sampah sarap bila berlaku hujan lebat.Apa yang berlaku di Sungai Tupai merupakan salah satu bukti kepada punca banjir kilat.Projek pembangunan yang dibuat berhampiran dengan sungai merupakan penyumbang utama kepada punca tanah dan pasir yang masuk ke dalam sungai.Apabila kerja meratakan tanah atau membersihkan hutan dijalankan bagi tujuan pembangunan,tanah akan terdedah dan mudah dihakis terutamanya oleh air .Bila berlaku hujan lebat, struktur tanah yang lemah akan mudah dihakis oleh air yang mengalir .Seterusnya tanah atau pasir akan mengalir masuk ke dalam sungai dan menyebabkan sungai menjadi cetek. Selain daripada itu,banjir kilat yang sering berlaku di kawasan perumahan pula berpunca dari sistem perparitan yang lemah dan tidak diselenggara dengan baik oleh pihak-pihak yang berkenaan.Parit atau longkang yang tersumbat,sempit dan tidak dalam menyebabkan air tidak mengalir dengan lancar.Apabila berlaku hujan lebat,air akan melimpah keluar dan membanjiri kawasan perumahan. Bolehlah dikatakan bahawa banjir kilat ini sebenarnya berpunca daripada tindakan manusia yang mengubah permukaan bumi sehingga air tidak dapat mengalir dengan lancar.Tindakan manusia ini kerana keinginan untuk mengecapi

pembangunan dan kemajuan hidup.Oleh itu untuk mengatasi masalah ini,kajian perlu dibuat secara terperinci sebelum memulakan sebarang aktiviti pembangunan di sepanjang atau berhampiran sungai.Adalah lebih baik jika kawasan yang berhampiran tebing sungai tidak dimajukan untuk tujuan pembangunan ataupun pertanian.Walau bagaimanapun jika kerja-kerja membersihkan sungai kerap dijalankan, masalah banjir kilat ini dapat diatasi.Oleh itu,sepatutnya Jabatan Pengairan dan Saliran menggandakan usaha memantau sungai-sungai yang berisko menyebabkan banjir kilat. Projek perumahan pula harus dilengkapi dengan sistem perparitan yang baik.Kerajaan melalui agensi berkenaan haruslah meletakkan syarat yang ketat agar parit atau longkang yang dibuat dapat menampung jumlah air yang banyak ketika hujan lebat.Majlis Berkuasa Tempatan pula haruslah peka dengan aduan orang ramai dan mengambil tindakan segera bila mendapat aduan .Selain itu,punca parit tersumbat ini juga disebabkan oleh sikap orang ramai yang membuang sampah ke dalam parit dan mengharapkan pihak berkuasa tempatan untuk membersihkan parit tersebut.Orang ramai juga harus bertanggungjawab memastikan parit di tempat kediaman mereka bersih dari sampah sarap.Pendek kata semua pihak haruslah berkerjasama dan bertanggungjawab untuk mengatasi masalah banjir kilat dan bukannya saling tuduh menuduh antara satu sama lain.

Tajuk Artikel : Lambakan Lelaki di Pahang Pengarang : Rosli Abdul Jalil

Tarikh artikel : 21/06/2011(Selasa) Sumber : Berita Harian

A. Ulasan artikel Berdasarkan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Penemuan Awal Banci Penduduk dan Perumahan Tempatan 2010 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN),menunjukkan bilangan lelaki di beberapa negeri terbabit termasuk Pahang lebih ramai berbanding perempuan.Nisbah yang tidak seimbang ini menimbulkan fenomena marriage squeeze,iaitu kekurangan bilangan penduduk dalam kumpulan usia perkahwinan tertentu untuk dijadikan pasangan hidup. Bilangan lelaki dalam usia perkahwinan 20 hingga 34 tahun ialah 198,600 orang berbanding bilangan perempuan pula hanya 188,900 orang .Manakala nisbah 113 lelaki berbanding 100 wanita pada 2010 di Pahang.Ini melebihi paras normal,iaitu 105 lelaki berbanding 100 wanita. Menurut Ketua Pengarah LPPKN,Datuk Aminah Abdul

Rahman,ketidakseimbangan yang berlaku di Pahang akan memberi kesan dari segi persaingan lelaki untuk mendapatkan pasangan hidup.Masalah tersebut turut memberi kesan kepada sektor pekerjaan dan juga intitusi kekeluargaan pada masa akan datang. Tiga punca utama yang dikenal pasti menyebabkan keadaan

tersebut.Pertama,penghijrahan keluar wanita muda dalam usia perkahwinan secara selektif menyebabkan lelaki terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pasangan dan ini turut menyumbang kepada isu lelaki kahwin lewat.Yang kedua,kadar kelahiran bayi lelaki lebih banyak iaitu 13,232 berbanding 12,279 bagi bayi perempuan pada 2008.Ketiga,berpunca daripada kemasukan pekerja asing yang menambah bilangan lelaki dengan nisbah satu warga asing bagi setiap 13 rakyat tempatan dengan jumlahnya 7.5 peratus.

B. Ulasan Peribadi Masalah ketidakseimbangan bilangan lelaki melebihi bilangan perempuan

merupakan masalah baru khususnya di Malaysia.Sebelumnya ini,kajian mendapati bilangan perempuan lebih ramai berbanding lelaki sehingga menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat khususnya perempuan kerana sukar untuk mendapatkan pasangan. Antara faktor yang menyebabkan bilangan lelaki lebih ramai berbanding perempuan di Pahang ialah kadar kelahiran bayi yang tinggi berbanding bayi perempuan.Ini mungkin disebabkan oleh keinginan setiap pasangan untuk mendapatkan bayi lelaki lebih tinggi sebelum ini.Oleh itu setiap pasangan akan berusaha sama ada dengan kaedah moden atau tradisional untuk mendapatkan bayi lelaki.Masalah ini turut berlaku kerana pada masa kini lebih ramai perempuan berminat menceburi bidang kerjaya yang diminati.Ini menyebabkan ramai

perempuan berhijrah ke tempat lain untuk mengejar peluang perkerjaan yang diidamkan.Namun kemasukan pekerja asing juga menyumbang kepada bilangan lelaki yang ramai berbanding perempuan.Kita sedia maklum bahawa Malaysia merupakan tumpuan pekerja asing mendapatkan peluang pekerjaan sama ada di sektor pembinaan ataupun pertanian.Kebanjiran mereka ini memberi kesan kepada bilangan lelaki yang sedia ada. Bilangan lelaki yang banyak berbanding perempuan ada baik dan buruknya.Dari segi ekonomi,perkara ini akan menyediakan tenaga kerja yang mencukupi khususnya bidang yang tidak sesuai untuk perempuan seperti kerja pembinaan.Ini secara tidak langsung akan mengurangkan kemasukan pekerja asing ke Malaysia pada masa akan datang.Walau bagaimanapun akan menimbulkan masalah dari segi sosial kerana persaingan akan menjadi semakin sengit khususnya untuk mendapatkan pasangan hidup.Pada masa kini pun terdapat kes yang dilaporkan dalam akhbar berkenaan kes bunuh kerana berebut perempuan.

Tajuk Artikel : Parang Jadi Teman Tidur Pengarang : Ifwan Tun Tuah dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Tarikh Artikel : 9/06/2011(Khamis) Sumber : Berita Harian

A. Ulasan Artikel Menurut Berita Harian,segelintir penduduk di Taman Semarak tidur bersama dengan parang kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga.Kebimbangan ini disebabkan jarak asrama pekerja asing hanya 50 meter sahaja dari taman perumahan mereka.Kumpulan pekerja Vietnam,Bangladesh dan Nepal yang seramai lebih 3,700 itu dikatakan jarang mengganggu penduduk setempat,tetapi penduduk di Taman Semarak tetap berasa tidak selamat. Penduduk di situ masih trauma dengan kejadian rusuhan yang berlaku sebelum ini sehingga kawasan tersebut menjadi medan pergaduhan yang menakutkan.Menurut Anita Mansor,34,mereka sekeluarga tertekan dengan

pergaduhan yang sering berlaku.Banyak pergaduhan kecil berlaku yang tidak membabitkan polis dan orang luar. Pergaduhan lapan tahun lalu merupakan pergaduhan yang masih tidak dapat dilupakannya.Pada masa itu kumpulan pekerja Vietnam dan Indonesia yang berwajah bengis keluar masuk ke kawasan asrama dengan membawa besi dan kayu sebagai senjata.Penduduk ketakutan dan berkurung dalam rumah kerana takut dicederakan. Rusuhan kali ketiga telah menyebabkan 23 orang cedera akibat pergaduhan antara kumpulan pekerja Vietnam dan Bangladesh.Pergaduhan besar telah berlaku pada 17 Januari 2002 kerana pekerja Indonesia tidak berpuas hati dengan tindakan polis menahan rakan mereka yang positif dadah.Lebih 500 pekerja Indonesia merusuh dan merosakkan kenderaan polis. Pergaduhan kedua berlaku pada 22 September 2003 antara pekerja Indonesia dan pekerja Vietnam.Punca pergaduhan berlaku apabila seorang warga Indonesia dikejar dan dipukul oleh sekumpulan pekerja Vietnam yang mabuk ,menyebabkan enam pekerja Indonesia cedera.Menurut seorang pekerja kilang iaitu

S Kannahe,40,dia tidak berasa selamat dengan kehadiran pekerja asing yang selalu mabuk dan berkeliaran dengan rumahnya. B. Ulasan Peribadi Masalah pekerja asing di negara kita bukanlah perkara baru.Masalah ini sudah lama berlaku tetapi tidak ada kesudahannya.Apa yang dilaporkan dalam akhbar di atas merupakan salah masalah yang timbul akibat kebanjiran pekerja asing ke Malaysia. Menurut Jabatan Imigresen ,terdapat 1.91 juta pekerja asing di Malaysia dan 400,000 daripadanya masuk secara haram ke Malaysia.Pertambahan pekerja asing ini kerana keperluan tenaga kerja akibat pelaksanaan projek pembangunan yang pesat di negara kita.Antara sebab mengapa pekerja asing berminat dengan negara kita ialah kerana kemakmuran dan kestabilan ekonomi di Malaysia. Kemasukan pekerja asing ini menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan penduduk tempatan dan mahu supaya kemasukan mereka dikawal.Kebimbangan rakyat tempatan ini ada asasnya.Pergaduhan yang sering berlaku membabitkan kumpulan pekerja asing mengikut negara boleh mengugat keamanan negara menjadi kacau bilau.Laporan Berita Harian mengatakan telah berlaku tiga kali pergaduhan besar yang membabitkan pekerja asing.Pergaduhan tersebut

menyebabkan ada penduduk tempatan yang terpaksa tidur bersama parang kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga.Jabatan Imigresen melaporkan sehingga 30 Jun 2006, seramai 362,958 pekerja asing telah diusir keluar kerana melakukan pelbagai kesalahan di negara kita. Tindakan harus diambil untuk mengurangkan jenayah perkerja asing di kawasan perumahan penduduk tempatan.Tempat tinggal pekerja asing harus terletak jauh daripada mana-mana kawasan perumahan penduduk

tempatan.Dengan cara ini keselamatan penduduk tidak akan terancam walaupun berlaku pergaduhan di kalangan pekerja asing.Pihak berkuasa juga harus memantau tempat kediaman dengan lebih kerap untuk memastikan pekerja asing tidak berani melakukan kesalahan jenayah khususnya pergaduhan. Oleh itu kebanjiran pekerja asing ke negara kita harus diurus dan dipantau dengan bijak untuk meminumkan kesan negatif.Semua pihak harus memainkan peranan agar masalah ini dapat diurus dengan baik demi kebaikan bersama.

Tajuk Artikel : Pelupusan Sampah Baru Siap Akhir Tahun Pengarang : Poliana Ronnie Sidom

Tarikh Artikel : 24/06/2011(Jumaat) Sumber : Berita Harian

A. Ulasan Akhbar Menurut Berita Harian,kira-kira 800 pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Dua,Semporna tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan selesa kerana bau busuk,lalat dan nyamuk dari tapak pelupusan sampah yang berdekatan dengan sekolah.Masalah ini dijangka akan berakhir hujung tahun ini apabila tapak pelupusan sampah yang baru akan disediakan di Kampung Tagasan kira-kira 15 kilometer dari pekan tersebut. Projek tersebut melibatkan tapak baru seluas 12 hektar dengan kos peruntukan kira-kira RM500,000 dan kerja pemindahan akan dimulakan akhir tahun ini.Menurut Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Semporna (MDS) En.Mohd Jaafar Amat,surat kebenaran telah pun dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur Negeri dan MDS dalam proses melantik kontraktor untuk melakukan kerja pemindahan. Menurut beliau,tapak yang baru itu lebih sesuai kerana terletak di lereng bukit dan jauh daripada kawasan petempatan.Tapak yang baru itu juga dijangka dapat menampung keperluan pelupusan sampah dalam tempoh 30 tahun akan datang.Beliau turut mengulas masalah yang dihadapi oleh warga SK Pekan Dua yang terpaksa menghidu bau busuk sepanjang hari.Selain sekolah tersebut,terdapat juga sekolah lain yang turut tertejas iaitu SK Simunul dan penduduk lima kampung iaitu Kampung Selamat,Seri Aman,Sejati,Batu dan Mesra. Menurut En.Mohd Jaafar,tapak pelupusan sampah tersebut telah dibuka sejak 1960 sebelum SK Pekan Dua dibina dan petempatan dibuka

berhampiran.Perancangan untuk memindahkan tapak pelupusan sampah tersebut telah lama dirancang tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana masalah tapak dan kos yang tinggi.Beliau turut menjelaskan bahawa kerja pemindahan mengambil masa yang agak lama.Oleh itu beliau berharap pihak yang terjejas dapat bersabar.Selain itu,beliau turut menjelaskan bahawa MDS juga sedang berkerjasama dengan Majlis

Perbandaran Tawau dan Majlis Daerah Kunak untuk mengkaji tapak pelupusan sampah seluas 160 hektar di Ladang Pinang yang dijangka dapat menampung keperluan pelupusan sampah dalam tempoh 100 tahun. B. Ulasan Peribadi Apa yang dilaporkan dalam Berita Harian tentang masalah tempat pelupusan sampah di SK Pekan Dua, Semporna bukanlah perkara baru di negara kita.Masalah tapak pelupusan sampah semakin meruncing dan menyusahkan banyak

pihak.Masalah ini perlu ditangani dengan bijak demi kebaikan semua pihak. Di negara kita ,sampah yang dihasilkan akan dihantar ke tapak pelupusan sampah atau pusat pembakaran.Walaupun tapak pelupusan sampah banyak di negara kita tetapi ia tidak mencukupi untuk menampung jumlah sampah yang dihasilkan.Teknik pelupusan sampah ini berisiko ke atas alam sekitar .Sebagai contoh,tapak pelupusan sampah boleh memberi kesan kepada sistem tanah dan air di sekeliling kawasan tersebut.Selain itu,tapak pelupusan sampah ini juga mengeluarkan bau busuk dan mengundang lalat yang boleh mengganggu hidup manusia di sekitar tapak pelupusan tersebut.Inilah yang berlaku di SK Pekan Dua Semporna. Punca utama kepada masalah ini ialah masalah ruang yang semakin terhad .Ekoran kepesatan pembangunan dan pertambahan penduduk di negara kita,adalah amat sukar untuk mencari tapak pelupusan yang sesuai dan jauh dari kawasan petempatan manusia.Masalah ini akan menjadi semakin kritikal bila pihak berkenaan membuat petempatan tanpa membuat kajian secara terperinci.Inilah yang berlaku terhadap SK Pekan Dua di Semporna.Menurut sumber,tapak pelupusan tersebut telah dibina terlebih dahulu sebelum SK Pekan Dua .Tetapi kerana tiada perancangan rapi daripada pihak tertentu, sekolah tersebut telah dibina disitu. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2001, 16,247 tan sampah dihasilkan di Malaysia setiap hari.Melihat kepada data ini ,perancangan secara rapi perlu untuk menangani masalah sampah dan tapak pelupusan sampah.Untuk mengatasi masalah ini,satu perkara yang boleh dilakukan ialah dengan mengurangkan kapasiti sampah sarap yang dibuang di tempat pusat pelupusan sampah. Cara yang boleh dibuat untuk

mengurangkan

kapasiti

sampah

ialah

dengan

konsep

kitar

semula.Walau

bagaimanapun cara ini tidak akan berkesan jika tiada kesedaran di kalangan masyarakat.Oleh itu kempen kesedaran perlu dipergiatkan oleh kerajaan dan bukan kerajaan .

Bibliografi Ifwan Tun Tuah dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi.2011.Parang jad teman tidur:Berita Harian Mohamad Danial Mohamad Saad.2011.Sampah jejas Mutiara Jaya:Berita Harian Poliana Ronnie Sidom.2011.Pelupusan sampah baru siap akhir tahun:Berita Harian Rosli Abdul Jalil.2011.Lambakan lelaki di Pahang:Berita Harian Yahya Awang.2011.Sungai Tupai punca banjir kilat:Berita Harian

KEPADA :

DG.NORIZAH AG.KIFLEE @ DZULKIFLI


SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, JALAN UMS, 88400,KOTA KINABALU, SABAH. (014-8666909)

DARIPADA: ROSIEY BIN STEVEN KALUNANG (CT10210646), 730124-12-5767, SMK PINGGAN-PINGGAN, 89108 ,KOTA MARUDU. (019-8936033) PITAS,