Anda di halaman 1dari 5

Konsep Makanan dan Amalan Pemakanan

Makanan ialah bahan yang menarik rasanya dan pada masa yang sama boleh menghilangkan rasa kelaparan. Menurut pakar pemakanan, makanan ialah bahanbahan pepejal atau cecair yang apabila dimakan boleh menyebabkan pertumbuhan badan, membekalkan tenaga dan mengawal proses perjalanan badan dengan perkataan lain ianya mengawal kehidupan. Pemakanan adalah sains nilai makan termasuk berbagai-bagai kumpulan makanan, makanan berzat dan perseimbangan makanan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai pengkajian untuk semua proses pertumbuhan, pengekalan dan membaiki kehidupan badan yang bergantung kepada penghadaman makanan, dan pengkajian tentang makanan tersebut. Makanan berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada manusia untuk terus hidup. Makanan yang dimakan setiap hari membekalkan zat-zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan kanak-kanak. Amalan pemakanan yang sihat penting untuk kanakkanak agar dapat membekalkan tenaga dan nutrien penting yang diperlukan untuk tumbesaran, perkembangan dan untuk aktiviti sehariannya. Terdapat pelbagai jenis makanan untuk tubuh badan yang sihat dan cergas seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral dan gentian. Enam makanan berzat atau nutrien diperlukan untuk pertumbuhan, membaiki dan mengawal badan. Perseimbangan makanan berzat mengandungi beberapa pilihan makanan dari setiap keempat-empat kumpulan makanan. Ia adalah; Roti, bijirin, nasi, dan kumpulan pasta, Sayur dan kumpulan buah-buahan, Susu, dadih, dan kumpulan keju. Daging, ayam, ikan, telur, kacang kering, dan kumpulan kacang. Lemak, minyak, dan manisan. Makanan dan Amalan Pemakanan

Tujuan menekankan konsep makanan dan pemakanan: Meningkatkan tahap dan taraf kesihatan kanak-kanak Membina kelaziman dan minn supaya makan makanan berkhasiat Tingkatkan proses perkembangan & pertumbuhan positif Memelihara adab sopan & peraturan makan Berpeluang memperoleh bimbingan ilmu pengetahuan tentang pemakanan, vitamin & nilai-nilai positif bagi membina gaya hidup sihat Kanak-kanak diterapka rasa bersyukur dengan razeki . Memantapkan daya ketahanan kanak-kanak dari segi JERIK. Persidangan Rumah Putih tentang Makanan, Pemakanan dan Kesihatan (1969) telah menggariskan kerangka Makanan dan Pemakanan bagi kanak-kanak yang di antara lain ; Pemakanan adalah merupakan satu proses memakan makanan yang membolehkan kanak-kanak untuk hidup, membesar, sihat dan cergas, dan mempunyai tenaga yang secukupnya bagi bermain dan menjalankan aktiviti kehidupan. Makanan yang dimakan bertindakbalas dan bahan kimia yang terdapat di dalam tubuh badan bagi memenuhi keperluan tubuh badan Setiap makanan mempunyai fungsi yang khusus bagi tubuh badan Kebanyakan zat yang diperlukan oleh tubuh badan terdapat pada makanan. Pemakanan seimbang didapati melalui kepelbagaian makanan . Makanan sahaja tidak dapat membantu perkembangan dan pertumbuhan tubuh badan Makanan mempunyai pertalian rapat dengan kebudayaan, ekonomi dan psikologi kehidupan masyarakat setempat. Semua manusia memerlukan makanan yang sama tetapi berbeza dari segi kuantiti. Pengendalian makanan penting dalam menentukan keselamatan, rasa, kos dan persembahan.(John Brewer,1995)

Jenis makanan yang diperlukan oleh kanak-kanak: Karbohidrat Bertujuan bekalkan tenaga dan haba bagi mengekalkan suhu badan dan melakukan aktiviti. Kanak-kanak perlu karbohidrat kerana makanan ini perlu membekalkan tenaga bagi mereka yang suka bergerak, aktif dan bersenam. Di antara sumber makanan ialah nasi, roti, ubu kayu, keledek, kentang dan mihun. Lemak Bertujuan membekalkan tenaga kepada kanak-kanak. Minyak sayur-sayuran , mentega, minyak sapi, minyak limpa, limpa ikan dan minya kelapa sawit membekalkan lemak kepada kanak-kanak. Protein Berfungsi membina otot-otot tubuh badan . Protein boleh didapati dari haiwan atau tumbuhan. Di antara makanan yang mempunyai sumber protein termasuklah ikan bilis, telur, susu, daging dan ikan. Vitamin A Boleh didapati dari makanan seperti tomato, lobak, minyak limpa ikan, sayursayuran berdaun hijau dan sebagainya . Penting untuk kesihatan mata dapat menggelakan penyakit rabun ayam. Vitamin B Boleh didapati daripada susu, telur, bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar . Penting untuk membina sel-sel darah supaya kulit sentiasa segar dan cantik. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit beri-beri dan pelagra. Vitamin C Boleh didapati daripada jambu batu, betik, limau , oren dan sayur-sayuran berdaun hijau. Vitamin C perlu untuk kesihatan kulit dan kekurangannya menyebabkan penyakit kulit dan gusi berdarah. Vitamin D

Boleh membantu kanak-kanak dari segi pertumbuhan gigi yang sihat dan kuat. Di antara makanannya termasuklah ikan , minyak limpa, susu, telur dan mentega. Kekurangannya boleh menyebabkan tulang menjadi lemah dan perut serta menjadi lemah . Vitamin E Boleh didapati daripada gandum, kekacang, sayuran berdaun, bijiran dan hati haiwan. Vitamin E penting supaya otot-otot boleh berfungsi dengan berkesan selain menjadikan bulu dan rambut menjadi hitam dan berseri. Vitamin K Boleh didapati dari daripada sayur-sayuran berdaun hijau, telur, kaca soya, minyak soya, minyak limpa ikan dan bunga kubis. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan darah sukar membeku apabila luka atau kemalangan. Garam Mineral Perlu kepada perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Di antaranya termasuklah: Kalsium dapat membina pertumbuhan tulang dan gigi supaya kuat dan sihat. Susu, ikan bilis, ketam dan kulit udang dapat membekalkan kalsium kepada tubuh badan. Fosforus pula boleh didapati daripada kismis, telur, ikan, kuaci dan daging. Kalium pula membolehkan otot kanak-kanak berfungsi disamping membantu pertumbuhan saraf. Kalium boleh didapati dari buah-buahan seperti belimbing, pisang, oren dan sayur-sayuran berdaun. Natrium pula penting bagi membantu pengawalan imbangan cecair di dalam badan. Di antara makanan yang boleh memberikan rasa masin ini ialah kicap, makanan berjeruk semulajadi, garam dan perasa. Besi pula penting di dalam pembentukan hemoglobin yang memproses oksigen di dalam darah. Makanan seperti telur, kismis, daging ayam , hati, ikan dan kacang tanah kaya dengan sumber besi.

Iodin pula penting untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan yang normal disamping mengekalkan rambut, kuku dan gigi sihat dan kuat

Anda mungkin juga menyukai