Anda di halaman 1dari 1

Festival Layang-Layang Antarabangsa

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Cikgu Juliah. Hari ini saya ingin berkongsi mengenai Festival Layang-Layang Antarabangsa. Sejak tahun 1995, Negara kita telah mengadakan festival layang-layang antarabangsa. Pada tahun 2001 festival ini telah diadakan di Tanjung Aru Beach Kota Kinabalu, Sabah. Peminat layang-layang telah mengetahui bahawa Negara kita akan mengadakan festival layang-layang ini. Oleh itu, festival ini mendapat sambutan yang hebat pada setiap tahun. Selain itu, kita juga dapat melihat pameran layang-layang di serata dunia. Menerbangkan sesebuah layang-layang bukannya senang seperti yang disangkakan. Mengawal sebuah layang-layang menggunakan daya dan tenaga seseorang pemain. Tenaga fizikal bagi seseorang pemain sangat penting untuk menarik dan merentap tali. Selain itu, rupa layang-layang yang berbentuk rambus adalah sesuatu yang penting untuk membuat sebuah layang-layang untuk keseimbangan sayap layang-layang apabila berada di atas udara dan ini juga salah satu cara untuk menarik pelancong-pelancong di luar Negara untuk melancong di Negara kita.

Anda mungkin juga menyukai