Anda di halaman 1dari 28

1.

PENGENALAN

Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di sekolah melibatkan pengajaran beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap murid perlu menguasai kemahiran ini untuk memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran yang seterusnya. Namun demikian senario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi menunjukkan bahawa kemahiran-kemahiran itu masih lagi gagal dikuasai oleh sebahagian murid walaupun sudah menjejakkan kaki di sekolah menengah.

Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej atau makna atau sebutan makna. Membaca merupakan proses kognitif iaitu berfikir melalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang berbeza-beza. Pada setiap aras penguasaan mencerminkan tahap penguasaan pembacaan bagi individu tersebut. Pada setiap penguasaan bacaan ini terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh pembaca.

1.1

KAEDAH KAJIAN

Pengkaji telah menggunakan kaedah : a) Merujuk laman sesawang. b) Temubual rakan-rakan seperjuangan c) Merujuk buku panduan

1.2

BATASAN KAJIAN

Kajian ini adalah meliputi aspek penyelidikan tentang Teori Pemerolehan Bahasa, Konsep KIA2M, Kemahiran-kemahiran asas KIA2M, Prinsip dan Kriteria Pemilihan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran KIA2M.

Aspek kajian juga terarah kepada Penghasilan satu pekej permainan bahasa bagi kelas pemulihan. Selain itu pengkaji juga menghuraikan tentang konsep prabacaan selain menghasilakn aktiviti-aktiviti prabacaan yang bersesuaian bagi kelas pemulihan.

Aspek kajian juga terarah kepada esei tentang aktiviti-aktiviti prabacaan iaitu aktiviti pengamatan penglihatan, aktiviti pengamatan penglihatan dan aktiviti pergerakan tangan dan mata.

2.0

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Berikut merupakan 3 daripada beberapa teori-teori yang mengkhusus kepada pemerolehan bahasa yang pernah dikemukakan, iaitu Teori Behaviouris, Mentalis dan Konstruktivis. 2.1. Teori Mentalis (pelopor Bloomfield, Edward Sapir, Fries, Boas dan Brooks) Ahli psikologi yang turut berpegang pada teori ini termasuklah B.F Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike. Golongan mentalis berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan pengulangan yang banyak. Bagi meningkatkan kemahiran bahasa, satu bentuk latihan mekanisme bersistem perlu dilakukan. Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. 2.1.1 Kebaikan Kebaikan-kebaikan teori ini ialah: a. Proses pemerolehan/penguasaan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara berulang-ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih bersistem. b. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. c. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan.
3

2.1.2 Kelemahan Walaupun demikian terdapat beberapa kelemahan teori ini iaitu: a. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar, contohnya dalam bentuk penggunaan bahan bantu mengajar. Ini bermakna dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menghasilkan bahan-bahan bantu bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. b. Pembelajaran bahasa diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru mesti bersama murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu pembelajaran bahasa sukar dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kendiri. c. Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri kerana ia lebih menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimbing murid dalam proses pembelajaran mereka. Ini bermakna murid mengharapkan bantuan daripada guru untuk belajar

2.1.3 Pengaplikasian teori dalam kelas bacaan Dalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini melalui latihan secara berulang-ulang. Ini bermakna apabila mengajar kemahiran menyebut suku kata contohnya KV + KVK (LUSUH dan lain-lain), guru akan meminta murid mengulangi sebutan bagi suku kata tersebut beberapa kali mengikut sebutan yang betul seperti yang diajar. Berkemungkinan kekerapan pengulangan itu bergantung kepada penguasaan murid tersebut. Sekiranya budak itu cepat belajar, pengulangan adalah sedikit tetapi jika sebaliknya, pengulangan adalah agak lama sesuai dengan kemahiran murid. Setelah menguasai kemahiran menyebut suku kata, guru akan diperkenalkan

dengan perkataan-perkataan yang terbina daripada suku kata tadi. Seterusnya murid diminta memberikan contoh perkataan yang terbina daripada suku kata tersebut. Proses ini adalah berulang kali sehingga penguasaan terhadap kemahiran berlaku.

2.2. Teori Pembelajaran Mentalis (Pelopor Noam Chomsky) Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanakkanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur.

2.2.1 Kebaikan a. Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat. b. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. c. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan murid. Pengajaran berpusatkan murid bermaksud murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa.

2.2.2 Kelemahan a. Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur). 2.2.3 Aplikasi dalam kelas bacaan Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna, murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut. 2.3. Teori Konstruktivis Berbeza dengan kedua-dua teori terdahulu, Konstruktivis merupakan satu teori yang berpusatkan murid. Ini bermakna murid adalah bergerak secara aktif untuk memastikan mereka dapat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa murid mempelajari sesuatu itu berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia ada murid serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran yang bakal diajar. Murid pula

hendaklah mampu mempergunakan pengetahuan baru itu untuk kegunaan masa hadapan. Peranan guru dalam kelas hanyalah sebagai pemudah cara, pemantau dan penggubal disiplin. Pendekatan ini biasanya akan membuahkan hasil yang baik kerana murid akan lebih memahami sesuatu perkara itu sekiranya dia terlibat secara aktif.

2.3.1 Kebaikan a. Konstruktivis menekankan cara belajar secara reflektif, iaitu mengaitkan pengalaman baru dengan pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar dan memudahkan mereka untuk faham. b. Teori pemerolehan bahasa ini menekankan pembelajaran secara kendiri. Murid akan berusaha untuk memperkembangkan kemahiran/pengetahuan mereka berdasarkan penerokaan dan penemuan hasil daripada aktiviti penyelesaian masalah. c. Pembelajaran bahasa melalui Konstruktivis dapat memupuk semangat berdikari di kalangan murid. Oleh itu mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran meskipun tanpa kehadiran guru, ataupun di luar waktu kelas. 2.3.2 Kelemahan a. Guru tidak mengajar tetapi hanya menyediakan bahan bantu yang boleh merangsang minda pelajar supaya dapat mengaitkan aktiviti dan bahan bantu itu dengan pengalaman sedia ada mereka. Ini menyebabkan guru terpaksa menyediakan pebagai bahan bantu sebelum dapat melaksanakan pengajarannya. b. Penekanan kepada andaian bahawa murid mempunyai pengetahuan asas atau sedia ada tentang apa yang akan dipelajari dalam pelajaran seterusnya adalah perkara utama dalam pendekatan ini. Tetapi sekiranya andaian guru tidak tepat, berkemungkinan dia murid tidak akan dapat mengikuti pembelajaran tersebut.

2.3.3 Aplikasi dalam kelas bacaan Teori Konstruktivis menekankan cara untuk mengaitkan pengajaran dengan yang

pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar. Jadi, dalam pengajaran kemahiran membaca bagi murid-murid dimaksudkan, aktiviti pencetusan idea murid akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum guru menerangkan sesuatu konsep atau mengajar kemahiran. Aktiviti pencetusan idea ini boleh dilakukan melalui soal-jawab secara lisan antara guru dengan murid. Sebagai contoh, guru meminta murid menyatakan apa yang telah mereka pelajari sebelum ini atau meminta mereka membaca mengikut tahap kemahiran yang telah diajar dalam pelajaran lepas. Melalui aktiviti ini, guru akan dapat mengesan pencapaian murid dan seterusnya menyesuaikan pengetahuan tersebut dengan pembelajaran yang baru.

3.0

Kelas Intervensi Asas Membaca Dan Menulis (KIA2M)

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.

3.1 Strategi berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian; a. Berpusatkan Guru Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja. b. Berpusatkan Murid Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas. c. Berpusatkan Bahan Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan

perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan. 3.2 Pendekatan Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M), pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar. a. Pendekatan secara kelas Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.

b. Pendekatan secara berkumpulan Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan. c. Pendekatan secara individu Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu. 3.3 Teknik Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif. Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru. Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah:

teknik bercerita teknik latih tubi teknik tunjuk cara teknik bersoal jawab teknik main peranan teknik menyanyi teknik lakonan

teknik kuiz
10

4.0

Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu. 4.1 Pendidikan Jasmani Kesihatan:

1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan. 2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata, perkataan. 3. Lambung dan sambut pundi kacang/ bola berabjad/ suku kata. 4.2 Pendidikan Muzik:

1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak. 2. Pergerakan berirama 3. Bunyi-bunyian berirama 4.3 Pendidikan Seni:

1. Binaan - menggunakan "play dough', plastesin dsb. membentuk abjad. 2. Catan - melukis bentuk-bentuk abjad, suku kata. 3. Capan - mengecap bentuk. 4. Tampalan - menampal bentuk abjad dan kolaj.

4.4

Kesimpulan

11

Penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih berkesan jika murid mendapat peluang yang luas dan pelbagai untuk membolehkannya memahami sesuatu konsep. Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru untuk merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yng disampaikan dengan lebih baik.

5.0

PRABACAAN

12

Prabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Pada peringkat awalnya, kesediaan membaca ditakrifkan sebagai satu peringkat bagi menyediakan kanakkanak untuk bacaan awal atau bacaan asas. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktivitiaktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajaran kemahiran- kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiran sebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan (Juriah Long et.al. 1994). Peringkat prabacaan meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan peglihatan, aktiviti koordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasa pertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membaca ayat. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorong mereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran.

Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti pramembaca boleh dilakukan dengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkan lagi kemahiran tersebut

PERINGKAT PRABACAAN Pengamatan penglihatan Pengamatan pendengaran


Pergerakan mata dan tangan

5.1

AKTIVITI PRABACAAN

13

Aktiviti prabacaan merujuk kepada aktiviti yang dijalankan untuk tujuan memberi asas kepada kanak-kanak sebelum mereka boleh membaca. Walaupun kemahirankemahiran pra bacaan dapat dipelajari secara semulajadi di rumah atau di prasekolah, kemahiran ini adalah penting dalam perkembangan kemahiran membaca kanak-kanak. Secara ringkasnya, kemahiran ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:a) Pengamatan penglihatan b) Pendengaran c) Pergerakan mata dan tangan.

5.1.1

PENGAMATAN PENGLIHATAN

Kemahiran pengamatan penglihatan dapat dipupuk dalam pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti memadan dan juga arah. Aktiviti memadan adalah sebahagian daripada membaca kerana semasa kita membaca kita sebenarnya sedang memadan huruf atau perkataan dengan bunyi yang sesuai. Pada peringkat permulaan, kanak-kanak boleh diperkenalkan dengan memadan bentuk, dikuti dengan corak, huruf dan akhirnya perkataan. Aplikasi permainan memadan ialah jigsaw puzzle. Manakala aktiviti arah ini lebih merujuk kepada menyesuaikan kanak-kanak dengan membaca arah ayat dimulakan iaitu dari kiri ke kanan untuk tulisan rumi. Dalam situasi sebenar kanakkanak sebenarnya tidak tahu arah ayat dimulakan. Oleh itu, semasa guru atau ibu bapa membacakan cerita atau ayat, mereka harus menunjukkan pada huruf yang dibaca. Kemudian guru harus menyoal kanak-kanak dari mana ayat mula dibacakan demi menunjukkan kepentingan membaca dari arah yang betul. Guru harus mendemontrasi dengan membaca dari arah terbalik. Apabila dibaca terbalik, ayat yang dibaca akan menjadi tidak bermakna.

Contoh aktiviti pengamatan dan penglihatan Aktiviti 1: Menghimpun gambar benda maujud yang sama jenis, warna dan saiz. Bahan: Pelbagai bentuk haiwan, buah-buahan, alat-alat muzik dan lain-lain.

14

Aktiviti murid: Murid mengelaskan gambar yang telah dicampukan oleh guru. Aktiviti ini dijalankan secara individu, kelas atau berkumpulan.

A. Bulatkan yang sama

5.1.2

PENGAMATAN PENDENGARAN

15

Selain itu, pengamatan pendengaran juga biasa digunakan terutama bersama pengamatan penglihatan. Contoh aktiviti yang boleh dilakukan ialah memperkenalkan huruf-huruf dengan bunyinya. Ini membolehkan kanak-kanak mengenalpati huruf sebelum berkembang membaca perkataan dan ayat. Cara yang boleh digunakan oleh guru ialah dengan memperkenalkan sebahagian perkataan yang penting seperti huruf dalam nama pelajar. Selain itu, guru mengajar huruf bersama-sama dengan ayat. Contohnya ialah, a untuk ayam, b untuk bola. Pada masa yang sama, elakkan menggunakan huruf besar kerana ini dapat menimbulkan kekeliruan kepada pelajar. Bukan itu sahaja, cara yang paling langsung untuk kanak-kanak mahir dalam pendengaran adalah bertutur dengan kanak-kanak atau membaca kepada kanak-kanak. Semasa bertutur dengan mereka, kanak-kanak sedang mendengar dan mendapat pengalaman dalam berbahasa. Pengalaman inilah yang penting dalam perkembangan membaca.

Aktiviti pendengaran A. Membunyikan haiwan berikut:

5.1.3 PERGERAKAN MATA DAN TANGAN

16

Kemahiran yang terakhir ialah kemahiran pergerakan mata dan tangan. Kemahiran ini dapat di pupuk melalui aktiviti motor tangan seperti aktiviti mewarna. Perkembangan moto tangan adalah amat penting kerana pada peringkat awal, motor halus kanakkanak belum matang lagi. Guru harus mengalakkan kanak-kanak untuk menggunakan kreativiti untuk melukis dan mewarna menggunakan peralatan yang berbeza. Ini bertujuan untuk melatih kanak-kanak memegang pensil atau objek yang seumpama seperti crayon dan pensil warna dengan cara yang betul dan pada masa yang sama melatih motor halus. Selain itu, guru juga boleh memberikan permainan yang menggunakan objek kecil seperi set bongkah yang dapat membantu dalam perkembangan motor. Kalau tidak terdapat set bongkah, guru juga dapat memberi aktiviti menggunting tetapi harus diingatkan supaya berhati-hati semasa menggunakannya. Aktiviti pergerakan mata dan tangan Melakukan origami Bahan: kertas warna Murid membuat origami bersama guru, guru menunjukkan cara satu persatu dan murid mengikutnya. Contoh origami

6.0

PEMULIHAN BACAAN

17 Faktor yang menyebabkan seseorang murid tidak dapat membaca:-

i)

Faktor yang ada pada murid itu sendiri; Kecerdasan berbahasa, kebolehan berbahasa dan pengalaman sedia ada.

ii)

Faktor yang ada pada bahan bacaan. Meliputi perbendaharaan kata, panjang pendek ayat, kandungan bahan, struktur cerita, penggunaan dan organisasi bahan grafik.

6.1

KAEDAH MENGAJAR BACAAN

Kaedah mengajar bacaan merupakan sebahagian lanjutan daripada aktiviti bacaan. Tetapi ini lebih berfokus kepada cara memperkenalkan huruf, perkataan dan ayat serta bunyi kepada kanak-kanak. Kaedah ini secara kasar boleh dibahagikan kepada tiga: Kaedah bunyi / fonetik Kaedah huruf Kaedah pandang dan sebut

6.1.1 KAEDAH BUNYI / FONETIK Kaedah ini lebih mengutakan bunyi. Terdapat dua cara menggunakan iaitu: Menyembunyikan suku kata dan menyambungkan dengan suku kata yang lain; contohnya: ba + pa = bapa

18

Menyembunyikan huruf-huruf dahulu selepas itu menjadikannya sukukata dan akhirnya perkataan; contoh: b (ben) a (ah) = ba p (peh) a (ah) = pa ba + pa = bapa

6.1.2 KAEDAH HURUF

Kaedah yang tertua ini mementingkan mengenal nama-nama huruf dan bunyi-bunyi huruf. Biasanya kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan huruf-huruf dari a , b , c sehingga z kepada kanak-kanak. Kemudian kanak-kanak akan mengenali huruf mana yang dikategori sebagai vokal dan konsonan. Pada tahap seterusnya, kanak-kanak di ajar dengan gabungan vokal dan konsonan serta diftong. Bunyi-bunyi akan disambung menjadi suku kata seperti su + ka = suka. Seterusnya mereka akan mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca. Vokal Konsonan Gabungan vokal dan konsonan Perkataan saya lari s sa a y ya a l la i r ri

Kekuatan

Kelemahan
19

Sesuai dengan susuk bahasa Malaysia Murid-murid suku-suku kata yang tetap bunyinya

membaca

dengan

lancar

kerana bahasa Malaysia terdiri daripada tanpa mengetahui apa yang dibacanya. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca. Membolehkan kanak-kanak baru, membaca Murid-murid terbawa-bawa tabiat

perkataan-perkataan dapat mengenal vokal

walaupun membaca sambil mengeja menyebabkan membaca merangkak-rangkak. serta tidak psikologi secara dan Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan pendidikan pengajaran kerana

belum mempelajarinya kerana mereka mereka huruf-huruf dan membunyikan dengan baik. konsonan kehendak

keseluruhan yang bermakna. Kaedah ini memberi asas dan binaan yang Boleh kukuh dalam membaca. Kecekapan murid. dan kemahiran membaca membosankan murid terutama

mereka diberi latih tubi yang berlebihan.

serta memberi keyakinan kepasa murid-

20

6.1.3 KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Kaedah ini juga dikenali dengan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata dan kaedah ayat yang mementingkan dua perkataan iaitu membunyikan perkatan atau rangkai kata Berdasarkan pengalaman melalui gambar dan membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita. Kaedah ini tidak menggunakan kaedah mengeja atau membunyi tetapi mengecam dan membaca. Peringkat Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan yang disampaikan mengikut kaedah ini disertakan dengan gambar. Kanak-kanak diminta untuk mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. Setelah dicam, dibunyikan dan juga tidak dieja, tetapi terus disebut perkataan itu. Mempelajari ayat pula, kanak-kanak diminta tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung didalamnya tetapi mengecam terus ayat-ayat yang pendek yang mudah dan pendek. Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan. Kekuatan Kelemahan

Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa Bacaan kana-kanak tertumpu kepada kanak-kanak mempelajari keseluruhan, murid. Bersesuaian dengan resmi semulajadi Kaedah ini tidak besesuaian dengan kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu kanak-kanak yang tidak belajar secara daripada keseluruhan kepada bahagian- formal. Lambat menguasai suku kata. bahagiannya. Kaedah ini dari awal mementingkan makna. Guru dapat melatih kanak-kanak
21

kerana sesuatu menarik minat

mereka perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang secara mudah. murid-

membaca dengan sebutan dan rentak irama ataupun alunan suara yang betul

dari mula.

7.0 7.1

PEMULIHAN MEMBACA DALAM MATAPELAJARAN Mata pelajaran muzik Contoh aktiviti: Menyebut nama huruf mengikut melodi. Prosedur pelaksanaan: 1. Menyebut lirik lagu sebaris demi sebaris secara berpandu. 2. Membaca lirik lagu mengikut irama 3. Menyanyi lagu dengan iringan 4. Guru menunjukkan kad imbasan abjad a (warna merah untuk tempo cepat) i (warna biru untuk tempo lambat) 5. Murid menyebut abjad sambil bergerak dalam tempo cepat dan lambat. 6. Murid menyanyi dengan membuat gerakan tempo cepat dan lambat berpandukan kad imbasan yang ditunjukkan oleh guru. 7. Murid menyanyi sambil mengangkat kad imbasan berpandukan tempo yang dinyanyikan.

22

Penyediaan bahan bantu: 1. Kibod

2. Skor lagu 3. Lembaran kerja 4. Alat perkusi.

Ingin jadi seperti burung Lihatlah lihatlah Di langit biru Burung berterbangan Berkawan kawan Riangnya riangnya Rasa hatiku Inginku bersama Tinggi diawan

23

7.2

Mata pelajaran seni visual

Contoh aktiviti: mengeja dan menyebut perkataan berdasarkan gambar yang dilukis , kraf, kolaj dan lukisan yang dihasilkan Prosedur pelaksanaan Elemen bahasa : Teknik/ Aktiviti : 1. Murid menghasilkan pelbagai jenis garisan dengan bimbingan guru. 2. Guru mengedarkan kad bercetak huruf kepada murid: Contoh: a p e s i b o j u Suku kata KV

3. Murid memilih bahan yang akan digunakan untuk menghasilkan kolaj huruf. 4. Guru mengedarkan kad gambar kepada murid. 5. Murid menamakan objek secara lisan. 6. Murid menggabungkan hasil kolaj untuk menghasilan suku kata .

Penyediaan bahan bantu: Bahan kutipan (pasir, kacang, kertas, tisu), kertas bercetak, gam, tali, benang, riben.

24

25

7.3

Mata pelajaran pendidikan jasmani

Contoh aktiviti: bermain dengan huruf dan perkataan secara lokomotor. Pelaksanaan aktiviti: 1. Memanaskan badan seperti berjalan, berlari dan melakukan regangan (melakukan aktiviti kepala ke kaki) 2. Aktiviti simulasi Mari Naik Kereta Api dimulakan. 3. Bahagikan murid kepada 2 kumpulan. Kumpulan hendaklah dalam bentuk barisan. Barisan tersebut perlulah seolah-olah seperti kereta api.

4. Setiap murid akan menulis huruf kecil dibelakang kawan dengan menggunakan jari telunjuk sambil menyebut huruf tersebut. 5. Murid akan berpusing kea rah belakang dan mengulangi aktiviti tersebut. 6. Murid diminta membentuk huruf kecil dengan menggunakan barisan kereta api tadi.

9.1

RUMUSAN
26

Kemahiran bahasa dan komunikasi merupakan nadi kepada pembelajaran murid.

Individu murid dikatakan telah menguasai kemahiran asas bahasa apabila mereka mempunyai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta boleh berinteraksi dengan orang lain. Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik berupaya meningkatkan keyakinan murid untuk melibatkan diri secara lebih aktif dalam pembelajaran. Sekaligus ini akan menjadi asas kepada pembelajaran sepanjang hayat. Kemahiran bahasa dan komunikasi boleh dicapai melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna dan menggembirakan seperti permainan bahasa, main peranan, bercerita dan lawatan. Selaras dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan menjadi mata pelajaran wajib di peringkat rendah dan menengah adalah wajar Bahasa Melayu dikuasai dengan baik dari peringkat prasekolah lagi.

Bahasa Melayu digunakan secara merentas komponen dan dalam interaksi seharian. Oleh itu penggunaannya perlu dipertingkatkan sebagai alat untuk berfikir, berinteraksi dan menyatakan fikiran dan perasaan. Selain itu penguasaan kemahiran Bahasa Melayu membolehkan murid berkomunikasi dengan bahasa yang betul dan bertatasusila. Penguasaan kemahiran Bahasa Melayu diperolehi melalui pelbagai pengalaman pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti yang menggembirakan seperti bercerita, berbual, bersoal jawab, menyanyi, berlakon, berpuisi dan permainan bahasa. Aktiviti ini boleh menambahkan perbendaharaan kata dan seterusnya meningkatkan kemahiran bahasa. Berikut adalah objektif Kurikulum Bahasa Melayu. I. Mendengar dan menyatakan apa yang didengar; II. Bertutur dengan sebutan yang betul dan bahasa yang bertatasusila; III. Membaca dan menceritakan isi bacaan sesuai dengan peringkat perkembangan murid; dan IV. Menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul.
28

AKTIVITI PERMAINAN BAHASA


27

Anda mungkin juga menyukai